HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label 20 days journey with jm5. Show all posts
Showing posts with label 20 days journey with jm5. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

kenapa aku beria nak diet?

perbualan dengan rakan-rakan blogger di forum FB tadi buat aku tergerak hati untuk post entry ini. dan aku ingin maklum kan pada readers, entry ini mungkin agak telus, so kalau korang rasa mahu berasa hati, sila back off awal-awal ok, aku tiada masa mahu melayan keterasaan hati kamu =)

di kalangan family dan kawan-kawan terdekat, memang sedia maklum yang aku tengah diet ketat. aku rasa sebelum ni pun aku ada post berapakah berat badan aku semasa anak dara dan berapa berat sekarang. sebelum ni aku ada ambil jusmate5 sebagai pembantu diet aku, aku berjaya turunkan 4kg, dan masih maintain.


tapi aku lebih berminat untuk share kenapa aku beria sangat nak diet. sebab nya sejak metabolisme aku slow selepas bersalinkan dani, aku memang agak stress bila tengok gambar aku or dengar kata-kata orang walhal aku bukan lah kategori berbadan besar. mungkin sebelum ni mereka tengok aku lebih kecil dari ini Y__Y... dan nak tau apa yang buat aku stress?



- dulu aku selalu tengok kawan aku yang berbadan besar kena approach dengan SA slimming product. dan masa tu kawan aku senyum je sambil geleng kepala. dan now, aku dah tau perasaan dia.



- dulu aku boleh slumber tangkap gamba duduk di hadapan. dan sekarang seboleh mungkin aku nak sorok badan aku.



- sesiapa yang baru kenal aku ketika badan begini, otak diorang akan set aku gemuk, tak pernah merasa kurus.



- keluarga mertua aku semua halus-halus dan berbadan kecil, so aku rasa sangat awkward bila berada di samping mereka. dan aku rasa macam aku besar sangat, walau hakikat nya hanya orang yang pernah melihat aku secara berdepan je yang tau.



so dengan reason-reason di atas, korang ingat aku tak panas hati ker? of cos la aku jadi stress bila fikirkan hal-hal macam ni. sebab tu sekarang aku amalkan diet sihat sambil dibantu oleh jus mate. harap aku berkesempatan turun 5,6 kg sebelum raya haji =)



ouh sebelum aku tamat kan entry emosi terlebih ni, mari aku sajikan korang gamba aku dedolu..ahh rindu nya =(


di malam berinai 2 tahun lepas..


aku rindu lengan kecik Y__Y



sekarang, slightly berisi Y__Y


ok dah, nanti ada yang meroyan yuu.. till then =)

Wednesday, March 16, 2011

reaksi si suami pabila si isteri berblogging


ha lelaki di atas adalah suami saya. maaf yer penat da aku korek mana gamba B single photo, tapi memang xde. aku carik gak kot2 ada gamba masa kami bercinta ke, tapi hampeh x jumpa or aku x pedulik setelah kehadiran boifren baru saya si iman dani bagi menggantikan lelaki di atas.

tu bukan lah point sebena aku nak cerita, tapi ni berkenaan dengan B da berjaya terjah blog aku~!haha..hai B sayang..xoxo..oppss..sebelum tu untuk yang wondering, suami saya tau saya ada blog ok. cuma dia xde masa nak investigate apa yang ada kat blog bini dia ni. da mari kita berbalik kepada point sebena, aku memang x kesah kalo B nak baca, dari dulu aku da inform dia yang aku tidak akan sekali2 cuba untuk bercerita perkara yang melibatkan sensitiviti rumahtangga.

so apa first impression dari B? haha..nak gelak aku bila dia bercerita pengalaman pertama dia menjejak kaki di blog aku;

B: hoho..i da tengok blog u?

aku: ha? yela tu macam la tau url blog i.

B: eleh i pandai la carik.

aku: ok, apa yang i cerita hari ni?

B: aaaa~~ u cite pasal benda yang menggembirakan!

aku: eleh..ntah2 main teka je. try bagitau apa i cerita yang menggembirakan tu?

B: ala u cakap astro x datang pasang lagi la..apa laa..

aku: eleh~~

ha tu la conversation aku dengan si suami. malu gak..bila sebiji2 dia nak mention apa aku cite..cait! eh tapi aku nak share beberapa point pada kaum isteri yang berjinak dalam blog ni, ouh sebelum tu point ini juga bakal menjadi sempadan aku sepanjang berblog:

  • jangan sesekali membuka aib suami. contoh nya, kita jaja yang laki kita ni pemalas, keja dia asik menepek depan tv, x tolong kita satu hapak pun. walau hakikat suami kita begitu, senyap2 sudey. x perlu jaja pada public, sebab kita x tau sape baca blog kita.
  • kalo kita rasa ada benda yang kita x puas ati dengan dia akibat bergaduh malam tadi, x perlu la meluahkan perasaan mara kita dalam blog. x manis kot~
  • jangan la menjaja ketidak comelan tindak tanduk keluarga suami. lagi2 bila blog kita x private, kot2 mertua ko google nama ko..ha hamik dia da detect blog tu.

ouh saya berjaya jumpa gamba kami berdua yang suwit muwit. tapi bukan gamba masa bercinta ok. gamba di kala saya sedang mengandungkan seorang manusia comel..





p/s: ahh suda..B da bunyi nak baby lagi..ouch ouch..gud bye la jus mate gamak nya~

Thursday, February 17, 2011

7 peket jusmate5 bersamaan dgn 2kg..ok la kan?

hari di mulakan dgn hati sedikit susah dan mood manjang nak marah je..aku ni nama je jasad ada kat ofis, tapi hati duk terpacak kenangkan anakanda yang tengah demam panas, batuk, selsema. ni pun aku da berjaya pujuk ofismate ajak teman tengok dani kejap kat umah babysitter. tiba2 rasa macam useless pulak x dapat nak hadapkan anak yang sakit akibat tuntutan kerja. nasib esok cuti~~
ok, lupakan tu sekejap..

ni berkenaan 20 days journey with jm5.. ha ingat lagi x yang aku duk sibuk *pung *pang cerita pasal kenaikan berat aku yg mendadak x hengat? memang hanginn je aku tengok jarum penimbang tu..

tapi ni nak dikhabarkan aku da berjaya turun 2kg selepas consume 7 peket jm5..hahahaha ya ribba!! ya ribba!! aishhh apa ni happy2..ouh kembali kepada mood ketat.

ha tu la, ok la kan 2kg? ada lagi 13 peket x disentuh lagi. bertambah2 motivate aku nak habiskan. tapi kan aku xde la disiplin sangat ikut diet pemakanan yang dicadangkan. masa minggu pertama, aku memang x sentuh nasi langsung. kiranya pagi aku minum jm5, lunch mihun soto, malam milo cereal dgn roti. just weekend baru2 ni aku makan mcd prosperity, sebab risaukan prosperity season akan "blah.." x lama lagi.. T__T pastu kan aku ada makan nasik, sebab tempted kan tengok asam pedas beku import dari kl buatan mak aku, so aku pun cedok la sesenduk nasik nak hilang kempunan..haha


tapi aku sangat fussy dengan jumlah tenaga yg aku consume, macam aku ni kena consume 1000kcal per day. so ko bayangkan la betapa hangin laki aku tgk aku berkira2 pasal jumlah kcal dalam makanan/minuman?haha..bayangkan la, B ada belikan ribena utk aku, tiba2 aku nampak dalam ribena ada 175kcal, terus aku xnak minum..sebab pagi tadi aku da minum milo cereal yang ada 125kcal..try ko imagine macamana hangin nye laki aku??hahaha..

dulu idaman aku ni..x dapat bole nangis T__T

benda ni la yg buat laki aku hanginn..haha

so bila aku da consume jm5 ni baru la aku tau cara diet yg sihat. ni bukan bermakna ko cakap ko diet, x makan nasik, tapi lunch tadi ko bantai cheeseburger dgn sundae vanilla, dinner semalam pulak ko makan spagetti bolognese with extra cheese..haa memang lebih baik ko makan nasik je..tapi nasik tu sedap kan??meleleh air liur aku tgk laki aku makan nasik x pandang kiri kanan..xpe2, sabar sabar!

ok, da. aku nk fly ke rumah pengasuh..rindu dani =(

Sunday, February 6, 2011

alahai berat badan ku, peha ku..oh oh

haha..da macam lagu la pulak~~ hai semua =) cuti sangat best, lama.. sampai hari ni jadi blur nak buat kerja. how i wish i could be a housewife, tapi poket mesti tebal..haha.

ok, ok enough! pagi-pagi aku da dapat parcel, benda yang aku sangat2 tunggu nie..apakah?



finally, aku berjaya beli Jus Mate 5 (jm5)

actually, da lama da aku aim benda ni, lagi2 lepas bersalin kan dani. para mak2 memang maklum la kan, bila da bersalin ni body part kita memamg da x semenggah langsung. aku muda lagi weh, baru 24 tahun 5 bulan, so kena la amik inisiatif sikit nak comey2 kan badan, lagi2 muka laki gua macam budak2, so x kan la aku nak nampak x senonoh sebelah dia kan?


alahai laki ku yg kurus, lagi buncit..

ok apa la yang di jadikan isu sangat kan pasal berat badan ni? entah la, bagi aku terpulang kat masing2, kalo pada aku, of cos nak nampak cantik pakai baju, sihat & fit, dan pasti untuk suami ku jua..ahh

rasa gerak hati nak beli jm5 ni bila lepas 5 bulan bersalin, aku pegi tesco, timbang berat, skali hamek 71kg!! aku type balik nih 71kg ok!! gila mak aihh..aku memang sah2 la confius dgn berat badan aku, sebab lepas je dani bersalin, berat aku jadi 65kg. FYI, berat biasa aku adalah 58kg. masa preg kan dani pun berat aku naik 13kg je. so bila lepas bersalin tengok berat aku 65kg, aku xde la jadi kan isu sangat, sebab berapa kg je nak gigih turun kan lagi. tapi yang buat aku x puas hati, aku still makan portion biasa, memang aku x makan secara berlebihan. FYI lagi, da 6 tahun kot aku makan hanya sesenduk nasi walau lapar, hanya buat x tau pada periuk nasi yang melambai2 suruh; "tambah la lagi nasik, tambah la lagi~~~"".. so bila da tengok jarum timbang tu dekat 71kg, so paham2 la eh cari inisiatif..haha

at first, aku memang makin kurangkan makan.kalo dulu aku makan nasik 2 kali sehari. tapi sekarang pagi aku minum milo cereal, tengahari nasi sesenduk, malam mushroom soup. kadang2 ada gak aku puasa, alang2 bole ganti puasa kan. tapi yang buat aku bertambah hangin tu bila berat aku turun 1kg je bila aku praktik kan semua di atas..caitt! nak pegi gym, memang x la, mana ada kawan beb, malu aku~~

so bff aku syor kan, jm5! dia kata, dia main2 makan pun, bole turun 3 kg. kalo serious mau turun 6-7 kg. so apa lagi, try la kan.. dalam kotak ni ada 20 sachets. aku akan start makan esok, so apa kata follow aku punya 20 days journey with jm5! aku nak tgk keberkesanan nya..x sabar ni nak balik umah mak mentua aku bulan depan, biar dia terbeliak tgk menantu dia da hot balik..hahahahahaha

lastly, meh aku tempek gamba masa badan flat je, sekarang? huh! main konda kondi pun boleh =

dulu selamba badak posing2 badan dari tepi. sekarang? big no! aku rela nyorok belakang stroller..haha

aku rasa time ni lagi kurang dari 58kg, cos time ni gigih main futsal