HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label iman edna. Show all posts
Showing posts with label iman edna. Show all posts

Wednesday, October 12, 2016

Wean-Off, susah ke senang?

Assalamualaikum,

saya rasa benda ni benda paling common yang selalu mak-mak fikirkan. saya rasa nak gelak pun ada blog saya sekarang semua cerita pasal permasalahan mak-mak..haha .. ok lah nak cerita pasal breastfeed journey memang dah bertahun la saya tinggalkan.

Edna sekarang dah 3 tahun lebih, dia menyusu badan memang complete 2 tahun. tapi tak la exclusive breastfeed (bf) sebab susu saya tak banyak mana. masa 6 bulan pertama tu boleh tahan la, saya mampu la buat stock sikit. tapi masalah saya ni susah sikit nak consistent untuk pumping session. nak pump kena consistent timing, without failed. saya pulak kerja tak menentu masa, kadang time nak pump tu saya tengah drive nak pegi meeting ke apa. so bila kurang consistent, itu yang ke laut penghasilan susu.

walaupun saya tak mampu provide eksklusif bf, tapi saya keep bagi je kat Edna. so far cukup la untuk anak tu, tapi kalau nak kata untuk super kenyang wallahualam la pulak saya. nampak Edna ok je tak nangis, maknanya cukup la susu saya seadanya untuk dia kan? kalau rasa-rasa tak cukup memang saya bagi dia susu formula. yang extreme bf jangan kecam saya tau, lain orang lain cara, awak dengan cara awak, saya dengan cara saya. peace.

ok lah melalut ni, how to wean off? dah dengar banyak versi kan? ada yang kata letak benda pahit/masam dekat keliling nipple lah, ada yang paksa anak hisap botol lah..etc. macam-macam cara.

macam saya memang takde specific date saya nak wean-off, agak-agak lagi 2,3 bulan Edna nak genap 2 tahun. saya slowly avoid direct bf. Edna siang memang minum susu formula kat rumah pengasuh. bila saya ada dengan dia baru dia direct bf. so bila balik kerja, dia merengek nak susu. saya bancuh susu untuk dia. trust me, struggle weh, anak tu memang akan mengamuk teruk punya. tapi korang kena steady la, buat pekak je dia nangis, jangan tewas. pujuk dia perlahan-lahan, cakap la dengan dia, "Edna dah besar, takmo la hisap tets mama lagi.." memang susah, tapi lama-lama budak tu akan redha, automatic dia akan amik jugak botol susu tu hisap.

tapi jangan lupa waktu paling challenging adalah time nak tidur... masa minggu pertama nak wean-off, saya bagi dia hisap sekejap-sekejap, dia tidur je, saya terus "cabut".. then masuk 2nd week, saya pujuk lagi, memang saya buat keras tak nak bagi. bayangkan memang Edna mengamuk sakan...tapi saya pujuk dia perlahan-lahan, tepuk-tepuk dia lalaikan sampai dia tertidur.

lama-lama budak tu fedup la, saya rasa kurang sebulan la trial saya, terus Edna completely wean-off. tapi yang tak tahan tu saya pulak macam sentimental rindu momen-momen dia "mengempeng" dengan kita. hihi.. tapi kena kuat, mak-mak jangan sentimental sangat k :)

ha tapi kan yang seronok sikit, bila masa nak wean-off tu saya tak ajar dia dengan hisap botol tengah-tengah malam, saya bagi dia botol sekali je sebelum tidur, then tepuk-tepuk sampai lena. hasil dia, sampai sekarang Edna memang tak pernah mintak susu tengah-tengah malam. saya cuma sediakan botol air masak sebelah dia. tapi kena la pastikan perut anak tu kenyang sebelum tidur, ni kalau tak bagi makan apa, bagi susu semata-mata, pengsan la anak menahan lapar..hihi


rindu la nak ada baby lagi T__T



Monday, October 3, 2016

Forest City @ Johor Bahru

Assalamualaikum,

Ya Allah susahnya nak kekalkan kerajinan ni..haha..bukan tak rajin, tapi memang jadual tengah pack tahap melampau, so tu yang satu entry seminggu. takpe lah, saya cuba k :)

ok hari ni tak boleh nak cite panjang sangat, banyak sangat keja hakiki tengah menanti ni. saya just nak highlight kan pasal salah satu lagi area "must visit" kalau pegi Johor. kalau tak silap sebenarnya ada beberapa tempat lebih kurang dengan Forest City ni, satu nama dia Country Garden kat Danga Bay, satu lagi saya tak berapa ingat nama apa.

Actually Forest City ni memang agak jauh la dari Bandar JB, dia dekat area Gelang Patah/Nusajaya.. kalau visitor ke arah LEGOLAND/Puteri Harbour ke, worth it la travel jauh-jauh.

saya memang saja je bawak budak-budak pegi sana, tak tahan la kalau asyik pegi Shopping Mall ni. nanti sorang menangis nak mainan, sorang lagi merajuk..pening kepala. so kita jalan-jalan tengok pemandangan sudah.

ok apa Forest City ni sebenarnya, saya pun susah nak describe in details. dia macam satu development/residential area yang baru. macam mega projek pun ada. kalau nak tau further visit link ni ok: http://forestcityjohor.com/

tak nak cerita banyak, keja tengah membukit ni T___T

 
gambar yang paling saya suka, cantik kan ni tengah sunset
 


 





 
 

Sunday, July 13, 2014

Selamat Hari Jadi Kesayangan Iman Edna Mohd Hafiz

Assalamualaikum
 
Alhamdulillah, hari ini 14hb Julai, 2014, Ramadan yang ke-16, buah hati yang kedua, Iman Edna dah setahun. Cepat betul rasanya masa. Pejam Celik Pejam Celik da setahun anak mama. bila nak pandai jalan ni dikkkk.. hehe
 
aku tak berapa pasti sama ada aku pernah post atau tak pasal kelahiran yang kedua ni. tapi takpe lah, kite cerita lagi sekali ye dak. Since Dani genap 2 tahun aku dah get ready untuk ada baby lagi, tapi rezeki je takde masa tu.
 
aku tak yakin sangat aku senang pregnant masa ni, sebab period tak teratur lepas setahun bersalinkan Dani, so kira tawakal la, kalau ada, ada, takde pun, kita cuba lagi. so one day, aku rasa macam period aku delay 2-3 hari, tapi aku tak bother sangat, sebab macam aku cakap dah tau period jenis memain. tapi part yang tak best bila bahagian breast sakit ya hampun, kalau terlanggar apa-apa memang jadi amarah la.
 
aku rasa aku mengadung la kot, terus beli test kit. beli yang murah-murah je, tak macam masa Dani dulu, excited terlebih, sampai 4-5 test kit aku beli. hehe. lepas test, crystal clear 2 lines (November 23rd, 2012). terkejut memang ya, tapi deep down of cos la excited jugak. hehe. laki aku? jangan tanya, dia memang mana pandai buat muka excited. hehe
 
ok lah, nak cerita pasal saat kelahiran Edna. at first EDD 28th July, 2013, aku dah hepi time ni sebab sama birth date Dani. tapi nak buat macamana Edna nak sangat keluar 2 minggu sebelum EDD. sepanjang mengandungkan Edna nak kata aku beria pegi scan or checkup takde la sangat, aku just ikut schedule Hosp bagi je.
 
ingat lagi sehari sebelum bersalin, aku da siap-siap kemas rumah, tukar cadar baru, masa tu hari sabtu, puasa jugak time tu. anak-anak aku memang semua anak Ramadan. hehe. last keja aku buat aku panjat kerusi, tukar langsir. haha. mati la kalau laki nampak time tu.
 
esok nya Ahad, aku sempat call mak aku, saja je borak kosong, dia tanya ada sakit-sakit tak, masa ni still lagi rasa biasa. lepas letak je fon, aku duduk sebelah laki aku, sekali eh apsal laju je air mengalir ni, aku kencing ke apa. masuk bilik tengok da berdarah. ah sudah, tapi aku still cool lagi jalan rileks je contraction pun takde lagi.
 
doctor check dah 4cm, dalam pukul 4pm gitu kot baru masuk labor room. masa dah pasang CTG semua, aku baru rasa sakit. yang pelik tu sakit dia terus continuous but still bearable la. aku pelik dah, eh tak kan la bukaan dah besar. skali cek, eleh baru 5-6cm gitu. Tsk.
 
tapi kan, tak strategic sangat timing aku pun, sebab dalam pukul 7pm semorang tinggal kan aku termasuk laki sendiri, sebab diorang nak buka puasa. haha. sedih wei dalam labor sakit sorang-sorang. tapi macam aku cakap sakit kali ni takde la aku meroyan ke apa, bearable lagi. tapi mungkin masa Dani kena induce, sakit dia of cos berganda la.
 
dalam pukul 11pm, aku suruh laki panggil nurse cek dilation, baru 7cm gitu la. hangin gak apsal lama nau nak bukak nya. tak lama lepas tu aku da tak tahan sangat. rasa macam benda nak keluar sangat dah. yang Hafiz malu nak panggil nurse sebab nurse baru datang tadi. aku paksa jugak panggil. ha sekali betul kau, nurse siap cakap eh da nampak kepala ni, boleh da teran. Alhamdulillah  2 kali teran terus keluar anak dara ni :)

 
 
 
Iman Edna Mohd Hafiz 14th Julai, 2013 11.41pm 3.2kgs
 


sekejap je masa berlalu. sedih rasa tengok anak cepat je membesar. selalunya budak-budak kalau dah masuk setahun, lagi la cepat progress diorang eh :)

 
ha bulat mata. haha. Selamat Hari Jadi anak dara mama. jadi anak yang baik ye. In Sha Allah~

Till Then~ Assalamualaikum.

Thursday, July 3, 2014

Hampir Setahun Bersama Iman Edna

Assalamualaikum :)
 
Salam Ramadan. MasyaAllah lama betul aku tak update blog. sebenarnya dah takde feel sangat nak update blog..hehe.. tapi tadi aku saja la nak search some info, tetiba keluar link blog aku. eh eh sayunya rasa tengok blog terabai.
 
tapi still tak bole nak janji bole update dengan lebih rajin :)
 
rasanya blog aku ni jarang benar update pasal anak bongsu aku, Iman Edna. dah nak setahun dah ucuk atam mama tu. minggu depan 14hb genap la Edna setahun. tapi apsal aku tengok dia macam baby je lagi? haha
 
kalau ikutkan masa Dani setahun dulu, dia dah pandai berlari sebab 10 bulan da berjalan.Edna pulak masih takde lagi ye tanda-tanda nak berjalan. maybe sebab perempuan kot, mak aku cakap perempuan memang lemah lebut sikit. tapi semalam masa kitorang keluar berbuka kat luar, aku pakaikan Edna kasut, then paksa ajar dia berjalan. Nampak macam dia suka, so pasni mama kena rajin la pimpin Edna jalan.
 
hampir setahun dengan Edna.. hurmm.. aku boleh kata aku dengan Hafiz totally "feel the progress", sebabnya aku bagitau Hafiz, "B, kita kena feel betul-betul layan Edna ni, sebab I tak jamin tahun bila I nak pregnant lagi and nak bagi baby kat u  lagi..haha"
 
bam bam mama :)
 
 
In Sha Allah ada rezeki nak buat birthday Edna dengan Dani sekali, sebab Dani pun lahir bulan ni, tapi dia 28hb. Eh kalau ikutkan si Edna punya EDD sama dengan tarikh Dani tau 28hb, tapi dah si Edna tak menyaba nak tengok dunia, tu yang terkeluar 2 minggu awal..hehe
 
 
Dan In Sha Allah kalau takde aral, kitorang pindah next month, tu pun kalau contractor sempat siapkan renovate sikit-sikit tu la. so hajatnya kalau ada rezeki nak buat makan-makan, blogger area JB kalau sudi, jemput la datang :)