HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Heartburn semasa mengandung

2 kali mengandung, 2 kali jugak aku kena heartburn. masa dani dulu the whole 9 months, dah masuk labor room pun sampai muntah-muntah aku tahan sakit heartburn nih. untuk BabyE pulak, masa 1st trimester aku tak kena heartburn, punya la happy, merdeka dari heartburn. sekali hamik masuk 2nd trim terus heartburn kuat gila sampai la dah 33 weeks ni.
 
since ramai yang tanya aku pasal hal heartburn ni. aku buat satu entry khas ok, mana tau boleh jadi panduan untuk ibu-ibu mengandung yang tengah suffer heartburn.

Heartburn (also called acid indigestion or acid reflux) is a burning sensation that often extends from the bottom of the breastbone to the lower throat. It's caused by some of the hormonal and physical changes in your body.

During pregnancy, the placenta produces the hormone progesterone, which relaxes the smooth muscles of the uterus. This hormone also relaxes the valve that separates the esophagus from the stomach, allowing gastric acids to seep back up, which causes that unpleasant burning sensation.

Progesterone also slows down the wavelike contractions of your esophagus and intestines, making digestion sluggish. Later in pregnancy, your growing baby crowds your abdominal cavity, pushing the stomach acids back up into the esophagus.
 
 

dari explanation kat atas ni pun kita dah boleh dapat real picture kenapa heartburn ni berlaku kan. tak semua ibu mengandung experience benda ni, so jangan la pulak yang tengah baru-baru mengandung ni rasa berdebar-debar bila turn aku nak kena serang dengan heartburn ni. hehe
 
perkara yang jadi isu, macamana nak avoid heartburn berlaku. kalau korang pegi website BabyCenter ada banyak cara untuk mengurangkan heartburn. tapi terus terang cakap bila aku dah experience 2 kali, cara-cara yang disuggest kan agak lambat untuk hilangkan rasa heartburn, cuma membantu rasa lega sikit. mesti kita rasa kalau boleh nak heartburn ni hilang serta-merta sebab rasa perit dia tu memang sangat tak selesa. sebabkan ramai yang tanya aku ubat apa yang bagus untuk kurangkan heartburn dan ramai jugak yang was-was boleh ke tidak consume ubat sebab takut effect baby. ok meh nak share sikit.
 
 

Gaviscon ni memang sangat popular sebagai ubat yang mampu hilangkan heartburn secara serta merta. range harga dalam RM 21 - RM 23. korang jangan risau, Gaviscon ni memang selamat. sebab aku ni pun jenis tak beli ubat sembarangan. aku akan tengok doctor prescribe ubat apa, then aku akan buat further research, baru la aku rasa secure sikit untuk makan. aku dah consult dengan 3 doctor (gynae), so far semua suggest Gaviscon. tapi Gaviscon ni yang best sikit dia mampu hilangkan heartburn within a second, so korang akan rasa lega serta merta, tapi dia tak long lasting tau, possibility untuk korang kena heartburn semula dalam 5-6jam selepas tu memang ada.
 
kalau korang jenis suffer mild heartburn, aku suggest Gaviscon je kot, tak payah amik yang hi-dosage lagi. macam aku memang sentiasa ada stok Gaviscon sebotol kat rumah, dan aku ada beli yang jenis sachet tu letak dalam handbag, iyelah heartburn aku teruk wei, kena lah sentiasa standby Gaviscon Sachet. now, Gaviscon ada keluarkan satu lagi generasi Gaviscon Double Action, aku baru beli semalam. so far ok la. tak nampak lagi perbezaan dengan Gaviscon yang biasa ni.


2. Histac 150mg

 
 
untuk 2nd pregnancy, aku suffer teruk dari zaman lahirkan dani. kadang-kadang sampai aku tak cukup nyawa nak bernafas sebab tahan sakit. so baru-baru ni aku tanya doctor, ubat apa yang bagus selain Gaviscon, so dia suggest Histac 150, first time aku consume ubat ni. merasa la Hosp caj aku RM 2.50 untuk sebiji Histac, darab pulak dengan sebulan consumption (30 biji), RM 75. *nangis* aku dah cek kat farmasi, satu papan ada 10 biji kalau tak silap, harga dalam RM 6 ++ *nangis lagi*
 
apa yang best Histac ni? ok benda ni kalau makan dia tak mampu hilangkan Heartburn serta-merta macam Gaviscon, TAPIII dia mampu bertahan dari diserang heartburn dalam tempoh 24jam. aku tak terlalu depend sangat pada Histac, aku hanya makan Histac kalau Gaviscon tak mampu kurangkan Heartburn aku.
 
pasal Histac pun aku dah consult dengan 2 doctor, iye lah, aku yakin apa yang doctor cakap. tapi bila ada kawan-kawan yang provoke cakap elok ke makan ubat sembarangan time pregnant? so aku pun jadi was-was. berkali-kali dah aku consult dengan doctor, so far takde masalah ok.
 
market kat luar memang ada provide banyak ubat untuk heartburn, so kalau korang nak beli ubat Heartburn kat farmasi tu, rujuk dulu dengan Gynae korang ok. kalau dia cakap ok, baru consume, jangan pandai sendiri. bendanya senang je, memula korang apply dulu cara natural untuk hilangkan heartburn, contohnya jangan makan makanan pedas dan kena minum air masak banyak-banyak, kalau tak hilang jugak baru makan ubat. jangan pulak tak kena heartburn, tapi korang dah get ready nak makan ubat, sebab kita tak nak la terlalu bergantung pada ubat kan?
 
aku faham ramai je ibu-ibu yang mengandung rasa insecure dengan ubat-ubat selain dari ubat untuk kandungan, aku senang je, tepuk dada, tanya lah diri sendiri. tak kan lah sampai kau dah tak cukup nyawa, muka biru tahan heartburn, tapi still degil tak nak amik ubat kan. kita mengandung 9 bulan ni pun dah rasa seribu macam ketidakselesaan, sekali sekala tolonglah sikit badan kita ok.
 
Till Then.
 

Sunday, May 12, 2013

Tantrum

"A tantrum (or temper tantrum or tirade or hissy fit) is an emotional outburst, usually associated with children or those in emotional distress, that is typically characterized by stubbornness, crying, screaming, yelling, shrieking, defiance, angry ranting, a resistance to attempts at pacification and, in some cases, violence. Physical control may be lost, the person may be unable to remain still, and even if the "goal" of the person is met he or she may not be calmed. A tantrum may be expressed in a tirade: a protracted, angry, or violent speech."
 
Dani sedang berada di fasa super-tantrum. ada tak term tu? hehe. yes, itu lah hakikatnya. sebelum aku pregnant, memang Dani least tantrum, semua masih under control. kalau kita says no, dia patuh lagi. tapi bila aku masuk 2nd trimester, aku nampak dia dah start suka mengamuk tak tentu pasal.
 
ramai yang bagitau, biasalah budak meragam sebab dia tau dia bakal dapat adik. masa mula-mula, aku tak bole cope dengan perangai dia. bila dia start mengamuk, aku pun sama naik angin. aku pun perasan sejak pregnant ni, level "hangin" aku memang meningkat, mudah sangat naik marah. so bila angin bertemu angin, apa lagi, aku dengan Dani tak jadi bestfriend dah. kitorang jadi macam sorang Ultraman, sorang Monster.
 
 
 
ada satu tahap, setiap kali aku hantar Dani pergi rumah pengasuh, mesti dia tak nak keluar dari kereta. korang bayangkan eh, masa dalam kereta aku dah awal-awal warning sampai rumah pengasuh jangan nangis, mama nak work, petang mama pick up. selalunya Dani dengan confident jawab, "Baik, bos!"  , FYI, dia akan panggil aku "Bos" sebagai memberi maksud "like I care whatever you said, mom" , so bila dia start panggil aku Bos, aku tau sangat setiap butir yang aku cakapkan maknanya ibarat mencurah air ke daun keladi T__T
 
sampai je kat rumah pengasuh, dia akan siap sedia pegang dashboard or seat sekuat hati, so tugas aku setiap hari kena tarik dia keluar dari kereta macam hape je. kalau aku ni tak membawak perut, memang takde hal, tapi ni mak kau dah la perut memboyot, kau buat perangai gini, nak. *pengsan* last resort, sekarang tugas hantar Dani di serahkan kat abah dia. bila abah dia hantar, ok la pulak. korang nampak tak permainan Dani? T__T
 
tu belum lagi tambah dengan dia tak dapat apa yang dia nak, dia punya berguling atas lantai, nangis sampai high-pitch. aku kalau dah hilang sabar, nak elak dari tangan naik, memang aku terus blah je, nangis la kau sorang-sorang kat situ. so selalunya abah dia la take over melayan kerenah si Dani.
 
 
tapi bila dah lama-lama memang rasa kesian la pulak, ye lah mungkin ada betulnya dia "rasa" nak ada baby lepas ni, tak boleh manja-manja dah. aku pun dah start kawal emosi, try layankan ajer perangai dia tu. dan sangat berharap by the time, babyE dah keluar, Dani dapatlah kawal emosi dia pulak. wiuwiuwiu
 
 
Budak Bertuah. Soon to be Abang :)
 
 
 
Till Then.


Tuesday, April 9, 2013

Perihal Buku Merah

Sori yer lama sangat aku mendiamkan diri, kesihatan sangat tak mengizinkan sekarang. so, mood pun agak ke laut.
 
Hari ni nak cite pasal buku merah. Yang tak kahwin lagi or takde baby lagi sure confuse apa tu buku merah? Ha ni bukan buku merah yang macam lagu Kaka dengan Zizan tu ye, ni buku merah yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Kegunaan buku merah ni adalah untuk menyimpan segala data perjalan pregnancy kita, history penyakit kita ke apa.

Masa aku pregnant kan dani, aku memang tak tau langsung kewujudan or kepentingan bukak buku merah. Masa tu aku baru pindah JB, baru pulak start kerja dengan company baru. So, aku agak blur kat mana nak buat checkup. Kebetulan panel klinik company dekat Hospital Penawar, tapi yang tak best company aku tak cover maternity. Plus baru je keja, mana entitle untuk Annual Leave lagi, then aku laki bini decide buat checkup dekat Penawar. Sampai la satu masa aku dah full term kot, mak aku tanya, "ko dah buat buku merah ker?" Pang! Terus aku tanya wajib ke nak buat? Oh sebelum tu memang kami decide bersalin je kat gomen. Tapi aku memang tak budget pun memang wajib buat buku merah kalau bersalin kat gomen.

Sampai la hari aku admit labour, doctor tanya mana buku merah. Aku cakap la, memang tak buat buku merah, aku bagi dia rekod Hosp Penawar, sambil beri alasan yang aku susah nak dapat cuti untuk refer kat KK, maklum lah checkup kat KK available weekdays jer. Apa lagi, memang doctor tu membebel la dengan aku. Sentap mak! Dah la aku tengah menahan contraction, lepas tu perli-perli kata nak beranak gomen tapi checkup swasta. Tak manis kot cakap macam tu, bukan aku tak nak checkup kat KK, tapi masalah aku yang baru berpindah keja, jadual keja yang terbatas, tak boleh nak follow hari checkup on weekdays.

Aku amik situasi tu sebagai lesson. So, untuk second baby. Aku masih continue checkup dekat Penawar, tapi aku dah plan nak buat buku merah jugak. Cukup 4 bulan pregnant aku pegi KK, beria la tunggu berjam-jam buat procedure, then aku tanya la nurse;

Aku: "Nurse, boleh ke saya buat checkup kat 2 tempat"
Nurse: "boleh takde masalah, tapi awak kena follow kita punya checkup date."
Aku: "eh tak boleh ke kalau bulan ni saya checkup kat luar, bulan depan saya checkup kat KK?"
Nurse: "eh kenapa plak gitu. Mana boleh awak nak check kat berapa banyak tempat pun. Awak kena follow date kite"
Aku: "saya memang tak boleh follow date KK sebab saya selalu kena pegi audit, outstation. So tak bole nak follow checkup KK masa hari bekerja.."
Nurse: "oh kalau gitu awak checkup luar jelah, tak payah la buat buku merah.."
Aku: "saya nak bersalin kat gomen. Doctor tak marah ker. Nnti jadi macam dulu..."

Aku pun continue la cerita apa yang aku kena masa nak bersalin kan dani dulu. Yang nurse pelik gila,  sebab eventhough kita nak bersalin gomen, takde masalah kita nak checkup kat luar, asalkan segala hal pregnancy ada dalam rekod. Aku macam tak percaya bila dia cakap macam tu sebab aku beria kena marah dengan doctor sebelum ni. Sampai sekarang ahkak ingat weii.. Rupanya dia kata dulu memang yer diorang nak kan buku merah tu, tapi sekarang dah tak kesah...

Ler, awat ler tak habaq awai-awai, kematu pungkoq tunggu 4 jam semata-mata nak buat buku merah. So aku decide continue checkup kat Hospital Penawar, then nurse pun dah tulis kat buku merah aku atas reason apa aku mintak pindah checkup.

Mesti ada yang nak tanya kenapa tak beranak je kat private.. Biasa la, kalau normal RM 3-4k ahkak mampu la. Kalau operation, rasa nya aku dah check purse ada berapa sen kot. Aku check up kat luar pun atas alasan yang munasabah, meeting, audit bukan kira masa. Tak dapat la nak mintak nurse kat KK asik ubah date checkup. Mau kena penampar bak hang *peace*
 
Till Then.

Wednesday, December 19, 2012

Iman Jr.


mesti ramai yang dah tau, dan mungkin juga ada yang macam blur-blur ayam what is happening kan? haha. iye rakan-rakan sekalian saya dikurniakan rezeki untuk mengandung lagi sekali..



ramai yang jadi ahli nujum bila membuat andaian aku memang dah tau aku pregnant bila aku post entry ni .. haha..tak baik tau. masa aku post entry tu aku memang tak tahu menahu aku pregnant, sebab period aku pun belum due masa tu.

Alhamdulillah, ini semua rezeki. rezeki yang tak di sangka-sangka. sebab aku memang nak kan baby lagi, tapi takde lah beria planning nya tu, kalau ada, ada la, takde pun, takpe. aku memang tak harap sangat sebab lepas setahun aku bersalin kan dani, period cycle aku tak tetap, sekejap awal seminggu, sekejap lambat seminggu. lepas tu datang pun secoet je, dan last up to 3 days. 

bulan 10 hari tu period aku datang awal, 21hb Oct. so masa bulan 11 tu aku tunggu jugak bila sign period nak muncul. normally kita akan rasa stomach cramp, atau bengkak kat cik B kan. tapi kali ni takde cramp, cuma cik B aku sakit tahap melampau. ibarat kalau tersentuh tu, memang makan penampar la. masa tu pun memang kerap urinate, tapi aku takde la pikir apa, sebab memang kuat minum air masak, so ignore jer.

tapi yelah berkat experienced lepas, aku dah boleh agak aku pregnant, bila cik B sakit melampau. genap 3 hari delay, aku test UPT, Alhamdulillah POSITIF. syukur sangat..pregnant kali ni tak macam dani tahap excitednya, masih under control. cukup 8 minggu baru aku buat check-up. Alhamdulillah masa scan tu,  Iman Jr. dah ada heartbeat :)

 
sekarang dah masuk 9 minggu. doa kan aku dan baby selamat sampai final stage ok :) pregnant kali ni jauh beza masa pregnant kan dani. masa dani, no morning sickness, cuma selalu cramp dan heartburn. cramp ubatnya calcium, heartburn ubatnya Gaviscon. so memang aku enjoy masa pregnant kan dani.

cuma yang kali ni aku di uji supaya merasa morning sickness. dulu selalu pandang enteng benda ni, sekarang hameekkk merasa morning sickness. dia punya meloya dengan pening kepala tu yang buat ahkak letih. lepas tu perut kerap ada angin. aku tak pasti apa cara atau petua untuk kurangkan angin ni. kalau korang ada tips, di alukan untuk share ok :) tidak lah, nak kata aku tak enjoy pregnant kali ni, cuma aku agak tenang, takde lah macam zaman dani dulu, heboh nak bgtau orang aku pregnant. haha. kali ni, siapa yang tau tu, tau lah.

Dani ok tak? yes, my big boy tu macam matured sikit. dia ok je dan dia pun tau aku pregnant. cuma lately dia macam tak suka, sebab orang keliling usik tak nak sayang dia, nak sayang baby. haha. sentap abe Dani. ok lah, nanti free aku cite pasal abe Dani plak k. lama tak cite pasal budak tetik tu. Till Then.