Assalamualaikum,
Ok as promised hari ni saya nak share la serba sedikit pasal placenta previa ni, sebab saya tau sure ramai yang akan carik info ni kalau uols punya pregnancy detected as placenta previa. sama la macam saya, memula jer dapat tau mengagau carik info.
ok as we know, placenta previa ni ada 4 stages, kita kenal dulu stage dia ok macam gambar kat bawah ni;
as seen ada macam-macam bentuk kedudukan placenta previa (PP) ni. masing-masing ada faktor risiko. tapi nak cite pasal saya sendiri la. tak silap masa 20 weeks pregnancy la rasanya, masa tu teruja nak scan baby la ni, then Doc pusing-pusing kat perut dia kata, "Awak ni low lying placenta la.." time ni still tak paham, or bahasa lain nya macam ignorant pun ada sebab masa tu Doc cakap its normal since uri masih ada chance untuk naik atas. tapi Doc ada pesan jangan buat kerja berat since u ada potensi untuk bleeding dan dia mintak masa checkup dekat KK nanti bagitau Doktor. ouh masa saya mengandung kali ni saya buat 2 checkup, satu kat klinik luar (Klinik Hana Adda Heights, servis best!) dan satu lagi kat KK. sebelum ni Dani dengan Edna tak pernah bukak buku kat KK, entah kali ni tergerak nak bukak buku, ada hikmah tau.. later kite cerita hikmah nya..hihi
so nak jadikan cerita masa checkup kat KK pun disahkan low lying placenta lagi. then masa 24 weeks pergi scan lagi sekali kat Klinik Hana, Doc cakap based on scan awak ni PP type IV, so potensi heavy bleeding ada since uterus makin besar dan dinasihatkan jangan buat kerja rumah atau pun bersama suami. tapi macam biasa la degil, pantang tengok rumah bersepah, atas bawah non stop buat kerja.
then dijadikan cerita masa tengah ralit tengok TV dalam 10.30pm kot, Edna tidur depan TV, saya kan "bijak" sangat, dukung Edna yang seberat 20kg tu masuk bilik. the moment sambung balik tengok TV tu tetiba saya bleeding, macam air paip tau memancut. gelabah sangat pegi emergency PAC dekat HSI JB. untuk pengetahuan mommies kes PP sangat diutamakan tau sebab melibatkan nyawa, darah banyak keluar kan. masa tu Doc terus buat scan nak tengok keadaan baby, masa ni darah dah stop keluar tapi dalam 3 pads penuh jugak, ha one thing mommies yang kena PP kalau bleeding kena ingat berapa pads ya to determine how serious the blood loss. Doc check baby OK, heart beat OK, then Doc check uri masih lagi type IV. masa ni Doc cakap "saya hanya boleh monitor je dulu since no frequent contraction appear, kalau i keluarkan jugak baby u wont survive since berat dia baru 600gram.." OK la mama dalam hati memang barai la kan, so mama refuse to warded, cakap dengan Doc saya nak balik la monitor sendiri. then Doc lepaskan atas dasar patient take own responsibility. time ni HSI booked kan appointment dengan pakar on a later date. bila jumpa pakar pun dia bagi chance lagi sebab kadang uri ni masih boleh naik paling lewat 32 weeks.
then 2nd episode of bleeding masa saya baru balik dari grocery shopping, agaknya angkat berat plastik-plastik tu, bleeding but not heavy.. so masa ni tak pergi hospital. sebab previous bleeding, Doc ada pesan awak akan sentiasa bleeding cuma monitor berapa banyak pad penuh darah, kalau setakat stain still OK lagi.
then 3rd episode bermula masa 32 weeks pregnancy, pagi sebelum pergi kerja agak kelakar la ni sakit perut sangat so masuk toilet la memerut kan.. sekali bleeding yang keluar melimpah banyak, apa lagi visit to emergency PAC again, time ni Doc cakap ward HSI penuh, so dia nak transfer saya pergi ward HSA, saya refuse sebab awat jauh nooo rumah saya kat Sri Saujana, Kota Tinggi, kenapa nak hantar HSA. fyi, Hospital Kota Tinggi tak amik ya risky pregnancy, kalau pegi sana diorang akan hantar balik kat HSI. then, Doc kata gini la kena amik 2 injection Dexa, satu buat kat HSI la since saya dah ada kat sini, Dexa tu untuk kuat kan paru-paru baby ya. satu lagi dos Dexa amik kat Hospital Kota Tinggi since gap untuk 2nd Dexa kena 11 jam kot rasanya, tak kan nak patah-patah balik ke HSI kan. kali ni 4th episode bleeding jadi masa malam selepas amik 2nd Dexa, kelakar jugak masa amik injection OK jer, the moment masuk kereta and keluar dari pagar hospital terus bleeding lagi teruk non stop. so kitorang berkejar ke HSI since Hospital Kota dah nasihat kalau bleeding terus pegi HSI, jangan datang Kota sebab nanti naik ambulan hantar HSI jugak.
jadinya bermula la episod saya warded kat HSI, fyi juga, jangan la kita paksa-paksa Doc untuk keluarkan anak kita cepat since risau takut apa jadi, they know better than us, macam kes saya ni Doc keep cakap kita akan monitor awak, but awak kena total bed rest sebab tu diwardedkan. almaklum kalau kat rumah tak reti duduk diam.. sepanjang saya warded, nurse akan monitor CTG, hanya pakar je akan decide apa nak buat untuk kes PP. kebetulan masa 3rd day hospitalise kot saya detected frequent contraction tapi light cramp la, tapi pakar advise buat tocolytic untuk stop kan contraction.. kenapa nak stop kan contraction sedangkan baby da complete Dexa, apa masalah? harap maklum ya baby saya masa tu baru 32weeks, Dexa baru sangat complete it can be belum fully absorb pada baby, so kalau Dexa belum take effect, baby perlukan bantuan ventilator untuk survive. kebetulan masa ni ventilator di HSI dah fully-utilised. so HSI memang terpaksa call semua hospital seluruh Johor nak dapatkan ventilator. kena ingat juga, if let say Hospital Kluang ada ventilator, it means that HSI akan hantar anak kita ke Kluang, bukan bawak ventilator dari Kluang pegi HSI. sedih kan? tak cukup equipment, takpe kita redho ini bahagian kita. jadinya sebab itu la Doc sedaya upaya kalau boleh stop contration by doing tocolytic, Doc akan usahakan. mama hanya berdoa pada Tuhan agar semua dipermudahkan.
on the 5th day hospitalise, Doc cakap most probably saya kena warded sampai date czer which is 38 weeks, adoi time tu saya baru 32 weeks nak nangis rasa. then next day pakar buat round, saya merayu nak discharge dan berjanji akan jaga diri sendiri. OK la pakar kesian then memandangkan ward HSI pun congested dengan patient, dia pun lepaskan saya balik. masa ni ventilator untuk baby dah ada, tapi sebab pakar tengok saya dah stabil, dia OK je dischargekan saya.
tapi tak lama ya, masa 34 weeks pregnancy, malam sebelum bleeding saya sempat borak dengan baby sebab dia aktif sangat then asyik hiccup je. tepat jam 4 pagi, saya rasa macam ada benda mengalir, bila bukak lampu tengok atas katil ada lautan darah da. bangun je dari katil memancut laju darah, masa ni saya dah rasa lain macam kalau nak compare dengan bleeding episode sebelum ni, sebab kali ni heartbeat saya laju, contraction saya kuat sampai menitis airmata iols. sampai emergency PAC terus gamat suasana sebab kes saya dah berat sangat sebab non stop darah makin laju tak terkira pads dah ni. terus pakar turun dia decide; "OK puan sabar ya kita dah check heartbeat baby everything OK, heartbeat puan pun dah stable sikit, pukul 8 pagi kita terus czer eh, kita tak nak tunggu dah sebab kerap sangat puan bleeding ni..Dexa pun dah complete, weight baby ok..tapi sementara kita nak tunggu backup darah sampai, kita akan buat tocolytic dulu kasi reduce contraction.."
delay a bit tunggu back up darah dengan siapkan document, pukul 9 pagi baru masuk OT room, masa ni macam blur sangat sebab out of sudden tak sempat cium anak-anak, tak sempat cakap banyak sangat dengan suami, dah kena tolak ke OT. as usual pelbagai form sign untuk dapatkan consent.
procedure tak lama dalam less than 30 minutes kot, kalau nak cerita experience czer ni, masa czer tak sakit, pre-czer sakit sebab banyak nau kena inject sana sini. tapi sedih la the moment dengar baby Ayra nangis Doc terus bawak pegi NICU cos breathing problem campur dah infected dengan pneumonia. seee.. kerja Tuhan kan, Dexa dah complete, baby ok masa CTG, tapi semua tu urusan Tuhan..still Ayra kena hantar ke NICU, dan bersyukur sangat sebab ada vacant ventilator. masa czer saya hilang in total 1litre darah..adoi.
experience kat NICU later kita cite in different post k. berbalik pada hikmah Alhamdulillah saya buat keputusan check kat KK, trust me our government clinic sangat bagus sebab diorang memang monitor thoroughly kes kita, lagi-lagi untuk kes yang complicated. ni pengalaman saya kat HSI dan KK Kota Tinggi lah ye, saya tak pasti kalau mommies yang lain ada bad experience.
tapi one thing la ya saya nak advise please,please jangan sesekali pegi urut urut ni, chance untuk bleeding lagi tinggi. ini uri tau, bukan baby breach position u boleh pusing-pusing, take nota ya :)
Till Then :)
5 comments:
Salam sis, masa sis minta keluar too doktor ade suruh sign surat ape2 tak?
Degilnya awak ni.sorryto say .ikut apa y sye baca, brpa kali refused to admit .refused to transfer. Multiple bleeding . To all readers, please jdikan pegajran. Kalau xsyg nyawa .sygkan bayi. Berkali2 bleeding still degil until btul2 major blood loss . Please lah adoi
Hi sis sy pun PP TYPE4, orang saujana juga ππ»♀️ Tp after married pindah selangor dah. Baru anak first ni hehe. So far 31w belum ada episode bleeding. And masih belum warded, ward penuh due to covid ☹️
Hi, saya terbaca comment awak dekat post ni. Saya pun pp type 4 first pregnancy also. And sekarang 32w belum ada episode of bleeding. Saya dijadualkan warded on 34w di hospital putrajaya. If possible boleh saya tahu mcm mana keadaan awak sekarang? And boleh share sikit tak experience awak facing this issue? Thank youu so much sis ��
nice post..
Best Gynecologist In Tirunelveli
Best Hospital In Tirunelveli
Gynecologist Near Me
Post a Comment