HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

masakan paling simple; chicken kungpao!


dekat instagram memang kesukaan aku untuk pos apa yang aku masak, so 2 hari lepas rutin berjalan seperti biasa pos kan di instagram hasil air tangan aku (eceh..)


tak sangka pulak ramai yang kecuq ayaq liur tengok chicken kungpao yang hanya sipi-sipi je aku snap, tajam betul mata korang eh. actually chicken kungpao ni adalah masakan terawal aku masak masa memula kahwin, masa tu masih lagi jadi penganggur berjaya, so hari-hari duk masak kat laki. sampai aku pun da naik jemu tak tau nak masak apa, so i made this which at first i'm not even know the commercial name. selepas sekian lama, satu hari tu aku ada luncheon discussion di Thistle Hotel, they served this and its called "chicken kungpao" =D


mujur aku ada simpan lagi resize image, cos aku tak expect korang jatuh hati dengan chicken kungpao. so tak payah cakap banyak. mari lihat cara masakan CHICKEN KUNGPAO =D

Bahan-Bahan:
  • Ayam
  • Cili Kering
  • Halia
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Lada Hitam
  • Sos Pekat ABC
  • Sos Tiram
Cara Memasak:
  • Ayam tu kalau boleh potong kecik-kecik, then lumurkan dengan kunyit, garam. gorengkan macam biasa. jangan terlalu garing. da siap goreng, angkat letak tepi dulu. (Bahan A)
  • Cili kering, Halia, Bawang besar, Bawang putih dihiriskan. kalo nak lagi sedap, lebihkan cili kering dengan halia. (Bahan B)
  • Then panaskan minyak, jangan terlalu banyak. ibarat cukup untuk tumis Bahan B. tumis biar garing sikit, then boleh masukkan Bahan A.
  • Pastu baru letak sos tiram dengan sos pekat ABC. terpulang nak letak banyak mana, ikut sedap tekak. kalau boleh jangan banyak sangat, asal cukup untuk menyelaputi ayam goreng tadi.
  • kalau nak pedas, korang boleh tambah lada hitam yang kasar tu. ada orang letak gajus, tapi aku tak pernah menggunakan gajus dalam masakan, so memang gajus tak pernah wujud di dapur aku.haha
  • gaul bahan-bahan tadi jangan terlalu lama tau. dan kalau nak tambah air, sikitttttttttt jer. sebab tak sedap kalau chicken kungpao ni terlalu berair atau digaulkan terlalu lama sampai dry sangat, agak-agak nampak macam moist lah. then siap dihidangkan.
Senangkan? lauk ni pun sesuai untuk orang pantang kot, sebab bahan-bahan dia menggunakan banyak halia, cili kering, lada hitam. nanti kalau korang dah cuba, tag aku ok =D

[lama tuan tanah tak interframe, muka hancus naik cik pimp durjana..pedulik!]

SELAMAT MEMASAK KALIAN!!!


Wednesday, May 2, 2012

Subway Homemade Sajork~

sangat ampun, lama gila blog terabai. banyak sebab kenapa aku tak update blog, antara nya sebab sibuk sesangat dan idea pun yileekkk. so hari ni rajinkan diri sikit update blog.

kejadian ni dah lama berlaku. selama ni aku dengan suami boleh la dikategorikan penggemar SUBWAY. tapi memandangkan SUBWAY kat JB ni agak jauh sikit dari rumah aku. so memang terpaksa la buat homemade sandwich.

resipi adalah sangat simple, ikut suka hati. so maybe korang boleh try kalau rasa-rasa no idea mau masak apa atau nak makan benda mudah tapi kenyang. ini dia TARAAA~~






ini lah hasil nya..lenguh mulut laki bini nak makan. roti besar gajah T__T

paling menyampah bila si kecik ni memilih makan. dia tak nak segala "sampah sarap" dalam roti tu. dia hanya nak makan tomato cicah thousand island. so layan kan ajer =)


ok lah, untuk permulaan cukup lah entry simple ni ok. nanti aku kasi update perihal dani kena warded baru ni. stay tune =D

Tuesday, November 8, 2011

puding triffle di pagi raya

ikut kan hati yang malas ni, memang ke laut nak mengupdate blog. tapi kesian aku tengok kat viewer tu, ada je orang duk refresh kot-kot ada entry baru dari aku..sorry korang, kalau takde cite best memang aku malas nak meng-update. ini pun macam aku bakal hasilkan satu entry sampah.. =)



ok lah, hows raya? initial planning raya aku sangat caca marba. ikut kan kami beraya di jb jer, sebab tak jadi balik kampung. then, suddenly, family belah suami pakat-pakat turun jb, so meriah la sikit.


bagi tak nak nampak macam aku ni sangat hampeh sebab reti makan je apa orang hidangkan di pagi raya, aku amik inisiatif untuk buat dessert. antara yang aku hidangkan adalah triffle. sangat mudah dan pasti semua pun tau camne nak buat. tapi meh la aku share cara buat nya, biar entry kali ni nampak informative sikit eh..haha


firstly apa yang kita perlukan? cheese cake/tepung kastard/susu cair/buah dalam tin/jeli. untuk cake tu actually ramai jer yang menggunakan swiss roll lah, sponge cake lah, so terpulang. macam aku prefer cheese cake, baru dia rasa macam lemak berkrim.




so bila dah siap, dia akan automatik jadi berlayer-layer gitu. macam aku punya tak nampak layer cheese cake tu sebab i pakai tupperware jer Y__Y itu yang cake tu nampak terselindung ke bawah..kalau pakai mangkuk queen anne tu sure menggoda, yeah harus rembat satu.




senangkan, lain kali agak-agak nak berkunjung ke rumah saudara mara, takde idea nak bawak buah tangan apa..buat je triffle, senang dan pantas. nanti-nanti aku update lagi cerita yang lebih baik ok =) akhir sekali, meh tepek muka aku dan si hensem yang dah lama tak interframe~

Thursday, October 27, 2011

ber-cream puff kita di hari jumaat~

hari ni aku terpaksa amik EL, demi konon nya nak menjaga si anak kecik yang muntah tak sudah-sudah. pagi tadi aku bukan main dah bersiap berbaju kurung nak pegi keja, sekali mamat kecik ni muntah lagi..ok fine, alang-alang da tuka baju semua, aku bawak je la dia breakfast kejap.

sampai MCD, bukan main sihat kau yer..



dalam pada boring kat rumah tak tau nak buat apa, aku terus plan nak buat cream puff.. tapi mahu di warning banyak kejadian yang memalukan diri sendiri masa nak bake benda alah ni, antara nya:-


- aku yakin yang kat rumah aku ada penimbang, sekali hampeh..rupa nya hanya imaginasi..

- aku tak ingat resipi ni guna susu segar, aku rembat jer susu S-26 si dani..huhu

- plastic cover untuk nozel koyak..haha, mengalah chef!


masa nak buat puff dia tu, na bagitau kita kena kacau sendiri kan? aku dah try kacau, tapi dia jadi ketulan-ketulan yang menggerunkan, aku da geram terus ambik mixer, terus kite putarr! yeah, mudah, lepas agak-agak soft, baru aku panaskan balik.

maaf di atas rupa yang agak tidak senonoh..


nampak macam menjadi ~


taraa~~ not bad la, walaupun semua tak sama size



aku ada terbaca satu blog ni, tapi aku tak pasti blog mana, dia advise guna foil untuk lapik dulang tu. then aku pun try lagi. tapi tak best la, foil tu penyebab puff aku melekat. ke aku yang kurang mahir? aku tengok blog na, dia pakai baking paper jer, pasni proceed baking paper je la gamak nya..so nak tengok tak hasil cream puff aku??





betul kata dayu, seriously kami perlukan noven yang lebih besar..letih la bake, dapat berapa bijik jer.. oh untuk resipi sila check di blog na okeh!

Monday, October 17, 2011

pavlova terhebat setakat ini

wah..lebih plak kau eh claim pavlova kau yang terhebat.


hakikat nya ini adalah cubaan kedua. first time aku buat hari tu aku ada bagitau yang pavlova aku crunchy, so bila dah crunchy dan nipis, dia punya manis memang tahap aku nak makan pun pikir banyak kali.


hari ni sampai rumah hati serasa di cabar-cabar tengok pavlova korang yang superb gebu. bak kata na, kena make sure putih telur tu pukul sampai dia jadi "meringue"..kali ni aku nekad. lenguh tangan pun lenguh la, janji pavlova aku menjadi. (read: lenguh tangan di sini bermaksud aku lenguh pegamng mixer tu =0 )




this is what we called as meringue



macamana nak tau dia jadi meringue? bak kata dayu, bila kau punya adunan dalam bekas tu, kau goyang-goyang pun dia tak cair meleleh, makna nya dia jadi likat dan pekat..





ha ni baru betul, lepas bake dia akan naturally terbentuk, oh macam biasa aku memang selalu hover konpidem sampai meringue aku hitam di atas Y__Y



so masa yang di nanti-nanti kan, nak tengok tak pavlova gebu aii tu??





ini lah yang aku idam-idam kan.. betul la kata kau jue & dayu, lima minit pun habis licin, jadi nak tambah-tambah..opsss ingat dr.rozmey (diet-diet!!) ..hiks!


p/s: oh pada blogger yang nak tengok gamba bday party dani, esok-esok la aku upload, aii tengah teruja pasal pabloba =))

Thursday, October 13, 2011

Jadi ker Pavlova aku ni?

lately, aku tengok sana sini blog post pasal pavlova ni. aku pun start tau pasal pavlova ni bila baca blog jue mummy hafiy. aku duk pikir la apa benda la pavlova ni..then aku tengok terus macam berjangkit pulak ke blog lain. sebelum ni pun aku ada google cara-cara nak buat pavlova, tapi semua nya menyusahkan. sampai ada certain step tu aku lost, ada jugak video tunjuk smpai 6 jam penyediaan, baru boleh makan.. gilo ke apa..


sampai la aku tengok blog na bila dia post pasal dia berjaya bake pavlova ni. bagi aku step na adalah paling termudah, caya lah na! so memandangkan semalam aku on leave, aku sempat la ke Jusco beli bahan-bahan, semangat nak membakar.






kalau ikut kan kata juerayyan (kalau tak silap), time dia bake ni sampai menggunung benda ni, tapi aku tengok pavlova aku macam hidup segan, mati tak mau je.. selama sejam aku bake tu, duk takuk tu je la pavlova aku..tapi aku rasa mayb sebab aku tak pukul putih telur tu sampai kembang, itu yang dia menipis je.. betul tak assumption aku ni?haha



ini lah hasil nya..agak nipis..opss bukan agak nipis kot, memang nipis, pastu crunchy. satu lagi silap aku bila aku ni punya kedekut nak beli icing sugar, poyo rela blend gula kasar. sekali hamek, berbintat-bintat pavlova aku..


hamek kau, hover benau letak whip cream sampai melimpah ruah




tadaa..ini lah hasil nya, nipis kan pavlova aku..so memang crunchy sepenuh nya. bila dah cuba, baru aku tau begini rasa nya pavlova..ok lah, cuma memang super manis, lepas ni aku kena sukat sikit la gula. tapi pavlova ni memang elok hias dengan buah yang masam2, baru ada kick! =) ohh disebabkan aku dengan B kurang sikit benda-benda manis ni. orang yang habis kan 2 slice pertama adalah si dani. gemar benar dia..

Monday, September 12, 2011

malam tadi aku buat open house mengejut eh?

ok cerita nya begini, ahad lepas aku ada pegi open house seorang kawan, sebelum balik mak dia ada bekalkan sebiji tembikai dan beberapa biji buah oren. so atas sifat benci kepada pembaziran, aku belah tembikai tu kepada dua, sebelah aku ambil, sebelah lagi aku berniat nak bagi pada jiran sebelah. so perbualan kami bermula begini;


aku: "kak mai, tolong panggil kakak suruh datang rumah kita ambil tembikai ni. semalam pegi rumah kawan, mak dia bagi, banyak sangat pulak..."


kak mai: "eh malam ni ada marhaban tau anjuran blok ni.. kau ingat tak?"


aku: "ha yeker? kita ada perasan jugak. tapi tak ingat date dia bila..kenapa?"


kak mai: "takde lah, sebab nanti semua melayu satu blok ni akan pegi dari rumah ke rumah buat marhaban..rumah kau join la sekali.."


aku: "ha apa? saya tak tau ni..saya nak hidang apa nanti..ya allah, segan la camni"


so begitu lah cerita nya.. aku tau perkara ni tepat pada pukul 7.15 pm. dan majlis marhaban tepat pukul 8 pm. yeah, great, dengan aku tak mandi lagi, aku sempat text suami, "B, call i ada emergency!" tragis kan ayat aku?haha.. so aku dengan pantas nya menyiapkan apa yang ada sahaja, sebab bak kata kak mai, sediakan yang simple, sebab nanti lepas habis marhaban, dekat bawah blok ada jamuan makan.



mujur mak azie bekal kan buah-buahan, thanks makcik!


ribena yang menjadi penyelamat..lebiu!!


kira nasib la siapa dapat yang mana..


mujur B sempat balik sebelum team marhaban sampai. ouh lupa nak maklumkan yang kami ni tak pernah buat majlis keraian di rumah, dan jarang sekali join aktiviti rukun tetangga di sini. so sifat teruja orang nak datang tu agak terlampau la sikit. tapi ada guna nya join benda-benda macam ni..almaklum lah, aku dengan B ni hidup merantau, so bila susah senang boleh la mintak tolong jiran-jiran ye tak?



mujur sempat bersiap..

sedia menunggu team marhaban


sebelum ni aku sibuk canang kat orang yang rumah aku kecik, so nama di hati nak buat open house tu rasa macam..alahai, tak sampai hati rasa nya nak biarkan tetamu datang rumah makan sambil berdiri. so korang nak tengok tak keadaan rumah aku sebelum dan ketika team marhaban sampai?




keadaan rumah yang kecil molek, tapi rasa besar kalau hanya bertiga sahaja


haha..tragis tak? yang aku nampak hanya kipas di syiling Y__Y


overall, kami suka dan teruja jugak tengok ramai yang datang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. tengok foods pun habis licin. tapi dalam pada kegembiraan, ada perkara yang kami rasa terkilan sangat, aku pesan pada B, takpe lah kita redha jelah..



Dear new owners some of the cars,


thanks sebab datang rumah auntie dan meriahkan rumah auntie. kamu-kamu yang terambil cars adik dani, takpe lah, auntie and uncle halal kan. it just kami terkilan because dani love that cars to the max. harap kamu jaga dengan baik ok. pesan auntie, jangan buat di rumah orang lain yer.. have to admit our mistake, lupa nak simpan all the collection.


Emm have to admit the mistake, yang kami pun lupa simpan all the collection. malam tadi pun lepas turn rumah kami, B ada ikut team marhaban ke rumah lain. dan bila B balik rumah, dia ketuk pintu, muka dah putih macam mayat, rupa nya begini;


seorang budak: "pakcik, rumah pakcik ada PSP kan?"


suami: "ha mana tau ni?"


seorang budak: "saya nampak dalam laci masa pakcik nak ambil duit.."


errr.. ok, lets learn from the lesson. tapi kami tetap berbesar hati untuk membuat open house dan menjemput kawan-kawan datang =)


Thursday, August 25, 2011

resepi lauk berganding bahu

ewah title..apakah resipi lauk berganding bahu itu? haha.. begini lah kalau laki aku berpeluang balik awal dari keja. dia sampai umah pukul 6.45pm, pastu ajak aku pegi supermarket nak carik lauk untuk di M.A.S.A.K! masak ok, bukan ajak aku pegi bazaar beli lauk yang S.U.D.A.H S.I.A.P D.I.M.A.S.A.K!


end up orang lain semua dah sedap berbuka di rumah, kami laki bini tengah pilih sayur lagi kat sana. kalau dah gini gaya nya, memang confirm kami berbuka pukul 10pm. ok berbalik pada cerita kita, yang menjadi resipi berganding bahu tu sebab aku laki bini macam take baton nak masak kat dapur. dia mandi, aku masak dulu, lepas tu aku pulak mandi, dia sambung masak. sweet kan?haha..apa yang penting kerjasama~~~!



ikan bakar, air asam, sup sayur, cili hijau masak-apa-ntah-ini-laki-aku-masak



yang paling penting, ini adalah pertama kali aku buat air asam atas ajaran si sha ..tapi aku buat masih kurang ummpphh! sebab laki aku tak sentuh. dia cakap nampak cair, that's why tak nak makan...eeee do i care? asalkan aku dapat jugak hilangkan kempunan nak makan ikan bakar =)



boleh dah meniaga ikan bakar kat bazaar ramadhan ni..heh~

Sunday, February 20, 2011

ikea meatball.from kl to jb.with love yummeh!

hello.

diet pun diet gak. tapi kalo da 3,4 kali duk bukak fridge then mata asik trnampak ikea frozen food. mau cair hati aku ni. so ahad lepas aku amik diet day-off.hehe.. aku bukan apa kesian plak tengok meatball tu duk membeku je x bersentuh. so kita kasi masak sikit, dan makan lah tanpa rasa bersalah..hoho

ini la nasib orang merantau, mujur ada bekalan..

owh x ke heaven nama nye tu?

actually ramai yang bertanya, aku ni sebenar nye duk kat mana? haha. ok la, orang tua aku ada kat kl. aku pindah jb ni pun baru sgt la, baru setahun kot. itu pun sebab ikut si suami berpindah keja kat jb.. masa mula2 pindah jb, aku admit aku nangis lepas seminggu duk kat sini. bukan sebab aku x suka jb tau, tapi sebab aku da terbiasa duk kl. plus kaum kerabat, kawan2 semua duk kat sana. da laki aku kena keja sini, apa kes nak durhaka duk jauh2 kan? hehe..

masa mula2 aku pindah jb, otak blank oh! masa tu x keja lagi, so B asik busy keja..mau x meroyan aku. then lepas sebulan aku dapat keja kat sini. paling x sangka dpt keja yang berganda2 bagus lg. tu nama nye rezeki merantau ke tempat orang kan?

so far, jb ni ok la..of cos la x sehappening di kl. tapi jb ok what, ada auntie anne, ada tutti fruity, starbuck, macam2 lg la ada. so aku bole la hidup. tapi baru2 ni aku berjaya jumpa famous amos kat senai airport..haha da macam jakun aku g borong macam2 biskut kat sana. just terkilan ikea belum ada lagi. nasib la ikea kl ada frozen food. so kasi import jb sikit..

tapi kan mana nak sama tempat kita membesar kan? aku ngan B memang plan nak pindah kl balik, mungkin 2,3 tahun dr sekarang. sunyi weh kat sini, sebab kami xde sape2. ko bayangkan la, bila kat sini aku dapat jemputan org kawin, bole berjujur airmata kot. terharu... sebab nye, kat sini aku mana ada kawan sgt, harap bdk ofis je. open house apa lg beb, gigit jari je la..

ok la, merepek berjela2 da ni.

lepas mkn meatball, main plak dgn budak ni, lagi la heaven beb..

p/s: abaikan muka aku yg tgh membuak naik pimples, aku beli tia amelia fake ke? hoh sedey!

Thursday, January 27, 2011

bila lapar, tapi xde apa dalam fridge, jadi nak masak ape?

semalam punya la lapar masyaallah, sejak2 da beranak satu ni, memang malas gila nak keluar malam. bukak fridge ada seketul ayam (seketul yer, bukan sekor), 3 ekor sotong, dgn 10 ekor udang je.pasrah gila rasa..x kan aku masak utk sorang sambil share/suap B?? ahh cannot cannot..

tengok yee mee ada lagi 2 keping, so taraaa..nah Yee Mee Cantonese~~

meh sini nak share ngan korang..kot2 bosan asik makan nasik je, skali skala makan yee mee cantonese sedap gak kan?


ni bahan2 utama yang diperlukan
ni bahan penting ni, so xde la mee tu rasa x complete kan?

sedih x?sayur ni je ada kat umah aku..tu pun da lunyai..hoho.kalo ada carrot lagi sodap!


ouh jangan dilupakan bahan tumisan, bawang putih/merah, wajib ada cili padi

ha ni mana bole lupa, garam, kiub pati bilis, telur
1st, kita kasi tumis bahan2 tumisan tadi..

lepas da garing, masukkan la ayam, udang, sotong tadi

tengah2 tunggu tu, siap2 kan la yee mee atas mangkuk elok2

ha masa utk masukkan sayur pulak

bila semua nya sudah empuk, masuk kan la putih telo, kacau cepat2, then masuk kan pulak tepung jagung untuk pekat kan kuah ok

taraaa..da siap kan? kejap je 10 minit settle untuk di ngap ngap!!

meh aku kasi close up sikit.amacam? kenyang nih pecah purut woo

bak kata Chef Dani: "kenapa beli kalau bole buat sendiri?" keh keh..selamat mencuba!