HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label 1st birthday party dani. Show all posts
Showing posts with label 1st birthday party dani. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

birthday party dani mungkin akan di-cancel-kan

assalamualaikum..


sedih nak buat keputusan. tapi kita perlu lah hormat situasi orang. aku pun dah letak status di fb dan twitter . besar kemungkinan birthday dani terpaksa cancel.


oh jangan berfikiran bukan-bukan, aku dan hafiz biasa-biasa ajer, ada yang berfikiran kami sedang berantakan, biasa lah sedangkan lidah lagi tergigit. tapi ianya masih under control.


ini kerana sebab lain yang mana tak mungkin menyebabkan aku cerita secara details di sini. kata orang langit tak selalu cerah, tapi jangan lupa, mendung pun tak mungkin berpanjangan..


insyaallah, aku mungkin akan buat birthday party untuk dani, tapi bukan tahun ni. moga tahun depan tiada halangan lagi.


to dani sayang: kesian anak mama.. tapi dani kena kesian kat orang lain jugak. kita tak boleh sentiasa happy-happy, bila mana orang lain tengah bersedih. ok =) nanti kita ajak abah pegi park..

Thursday, June 30, 2011

dani di usia 11 bulan 3 hari

ok, masa untuk dani's milestone.



dani, sori k, kadang-kadang mama terlebih ghairah cerita pasal apa yang jadi dalam kehidupan kita sampai mama lupa nak post milestone dani.


hari ini sudah 1 july 2011, bermakna dani sudah berusia 11 bulan 3 hari. mama happy bila tengok dani membesar dengan baik. tapi mama sedih bila june pergi, july muncul. dan ini bermakna dani bakal berusia setahun.


cepat nya.. baru-baru ni mama ada ke klinik Penawar, which is tempat mama membawa perut setiap bulan untuk buat check-up. masih segar setiap memori. abah pun ada cakap dengan mama, " rasa macam baru sangat kita datang sini buat checkup.." **wah syahdu nya**


walaupun mama tengah ghairah merancang birthday party dani, tapi jauh dalam hati mama sedih oh.. dani pulak sangat ghairah meng-explore dunia. mama harap biarlah masa berjalan seperti siput. biar mama dapat catch up dengan setiap perkembangan dani.




da lah mama tak nak cakap banyak. jum dani sama-sama tengok apa yang dani sudah capai bila kamu di usia 11 bulan:-


- dani da ada 6 batang gigi. 4 di atas, 2 di bawah. di saat ni dani kuat sangat menggigit. lagi-lagi bila dani geram mama tak nak bangun dari tido. such a good alarm clock T__T


- dani dah expert panjat sofa dan kerusi makan. bila dapat panjat sofa, dani akan tepuk tangan~~


- dani dah pandai berdiri sendiri without support. tapi bila mau jalan? malas eh? ish ish


- da pandai turun naik katil. dah takde kes tergolek dari katil lagi. pandaiii!!


- sangat kuat makan. makanan kegemaran, biskut tiger susu flavoured! berkodi-kodi mama beli pas kat cik munah.


- dani dah pandai menjerit balik kat mama bila mama marah dani. kecik-kecik mama senyum, da besar sikit, hanger pasti akan hinggap! hoho


- lebih banyak cakap dari belajar jalan. kepochi nih!


itu jelah yang mama ingat sayang.. oh satu lagi yang mama sedih. hari rabu (6/7/11) depan dani sudah mau operation. mama doa terbaik untuk dani yer sayang..xoxo T__T

Tuesday, June 28, 2011

plan birthday anak, macam plan keja kawin..alahai

aku rasa zaman aku dulu kala, takde plak mak aku yer,yer plan nak buat birthday party ni. esok birthday, malam tu baru plan nak buat apa. or mungkin masa zaman aku dulu mak bapak jenis kurang alert dengan perkara-perkara macam ni. mak zaman sekarang je yang seronok buat macam-macam plan untuk birthday anak mereka.

opss of cos weh aku tak terkecuali. at first aku terfikir jugak macam no point buat grand bagai, sebab dani tak paham satu hapak pun. tapi bila fikir-fikir balik why not kita invest sikit untuk meraikan anak kita sempena ulangtahun pertama. tapi ini jer skali mama buat besar-besar, next year mama tak kuasa ok dani, kopak! haha..


memang aku takde idea nak buat party ni. mula-mula nak buat kat MCD jer, lebih mudah. tapi fikir balik, lagi tak berbaloi. so aku kena la google idea birthday party. antara yang aku berkenan adalah macam bawah ni:







cantik oi! ni mak yang teruja, bukan anak..haha. so about the same la theme dia. aku pun dah sedia checklist untuk make sure semuanya well-coordinate. pada mak-mak yang anak bakal setahun, boleh la gunapakai idea aku jugak k? (haha..dan-dan claim idea sendiri) :-


- Fotografer. (DONE!) aku guna khidmat BaniJamian. mesti ada yang cakap aku over nak fotografer bagai.haha. takde la, aku tak pernah ada special capture untuk dani. why not untuk kenangan kan?




- Design untuk party decoration. (DONE!) yang ni aku hire kawan hidup mati aku sendiri. senang nak deal..hihi. kalau berminat boleh email dia : fadzliezsix@gmail.com







- Birthday cake (DONE! sponsored by nenek! tq) kalau cakap pasal cake ni aku memang berkenaan dengan designer cake seperti ini:



tapi bila aku fikirkan, cake macam ni pun bole cecah rm200-300, so aku tak nampak apa faedah nya. kitorang pun da invest banyak pada benda lain. so sebelum laki aku botak kira duit, baik kita suruh nenek sponsor cake berupa ini sahaja dari Secret Recipe =)




- untuk goodies bag dengan candy's buffet (NOT YET!) plan sudah ada. tunggu nak dekat nanti baru akan ku fikir kan.



- Candy Jar (DONE!) ha sekarang kan popular ada sudut Candy's Buffet. so aku yang poyo ni pun ada plan nak buat satu sudut buffet. haha.



cantik kan?


so aku duk fikir la mana nak carik jar-jar comey lote ni. plan nak ke SSF, tapi hari tu aku terjumpa kat kedai rm5. banyak design, murah-murah. pandaikan aku jimatkan duit laki?haha




- invitation card (DONE!) sekarang kan zaman teknologi. kita pakai e-invitation jer. korang jemput la datang..




so far, itu lah planning aku. kalau aku ada idea lain lagi, aku kasi update. or korang ada idea nak share? silakan =)