HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, January 6, 2014

Di Rompak!

Di Luah Mati Mak, Di Telan Mati Bapak, gitu lah perumpamaannya. kejap rasa nak bercerita, kejap rasa nak hold. tapi takpe lah aku cuba cerita k.
 
weekend lepas aku ditugaskan untuk bekerja kat satu pameran ni. selalunya bergilir dengan seorang lagi eksekutif, maknanya dia amik sabtu, aku amik ahad. tapi memandangkan semua exec cuti nak balik kampong, aku pun tak boleh nak cakap apa la. rela jelah kerja 2,2 hari tu.
 
hari sabtu ok lagi sebab Hafiz cuti, dia boleh la teman aku. salah satu sebab aku paksa dia teman aku pun sebab aku tak selesa ada sorang mamat ni cuba berkenalan dengan aku tahap ekstrem. tackle gitu-gitu aku boleh terima lagi, ni tahap depan ni ada bos aku pun dia menggatal. gila betul.
 
then hari ahad Hafiz kerja, ok lah takpe lagi. aku pergi berdua dengan Dani. sampai je kat tempat pameran aku parking bahagian basement. aku carik tempat yang strategic which is depan lif dan dekat dengan kaunter bayaran. masa turun kereta aku perasan belah hujung ada guard. so ok la, rasa selamat sikit.
 
nak jadikan cerita dalam petang sikit, si Dani mengamuk nak beli beg skolah baru. selalunya aku jegilkan jer, senyap la dia. tapi aku tak tau kenapa aku ikut je kata dia. tapi aku turun parking kejap nak letak semua beg yang penuh dengan dokumen kerja, beg galas, dan beg mainan Dani.
 
tak lama aku kat atas kurang dari sejam, aku turun balik pegi kat kereta, tekan alarm seperti biasa, aku terkejut lampu sensor dalam kereta menyala, selalunya sensor menyala kalau pintu tak rapat atau salah tekan alarm. tapi aku ignore je, terus lock pintu dan drive ke rumah BS nak amik Edna.
 
sampai je rumah BS, aku nak amik beg galas dengan beg mainan Dani letak kat seat depan, once aku bukak bonet; "kosongggggg" aku jadi bodoh sekejap. aku pelik mana pegi semua beg. aku bagitau suami BS. terus dia check pintu then casing handle pintu driver jatuh, so si pencuri umpil pintu depan. tapi yang buat aku pelik, alarm tak berbunyi pulak masa dia umpil pintu.
 
yang buat aku jadi blur, sebab semestinya orang macam ni professional, tak kan kerana aku pasang steering lock dia terus tak jadi curi kereta. polis klasifikasikan kes ni under sabotage, sebab crystal clear 1 luggage beg dan 2 woven beg penuh dengan dokumen kerja semata-mata pun dia amik. serius berat tau dokumen tu semua.
 
paling kesian si Dani, mainan kesayangan dia aku estimate lebih RM 500 penuh dengan hot wheels, motorbike, kamen rider figurine hilang. bila aku explain, dia kata; "oohhh hantu mak limah amik eh mama.." sedih rasa. yelah dia bukan tau apa-apa. dah 2 malam dia tidur tak nyenyak.
 
takpe lah nak, tu harta material je. kalau tak kerana aku naik atas balik pegi beli beg skolah mesti penjahat tu dah apa-apakan aku masa kat parking lot.
 
FYI, baru pagi tadi aku perasan hon steering pun dirosakkan. aku tak pasti motif dia. doa dijauhkan segala kejahatan ye.
 
as conclusion, even though kau dah parking tempat strategic, plus orang super ramai nak parking, tempat tak sunyi, orang jahat still berani nak buat kita. scary kan?
 
Mohon kalau kawan-kawan nak tau details tempat boleh PM aku je tau, zaman sekarang bahaya, semua info boleh detect.