HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Tuesday, September 20, 2016

Pasu Murah di PISB Ayer Hitam

Assalamualaikum,
 
siapa yang pernah datang rumah saya, memang dah sedia maklum la dengan adanya banyak pasu kat rumah tu. nak kata penggila setia pasu-pasu ni tak juga. semuanya kebetulan je, masa first visit saya ke Ayer Hitam.
 
rasanya ramai yang tau kot yang Ayer Hitam tu memang popular sangat dengan segala jenis pasu. emmm bagi saya pasu memang banyak, cuma yang berkenan di hati tu yang masalahnya..hihi. tapi it depends la pada citarasa masing-masing kan, kata orang, lain mata, lain citarasa.
 
tapi hari ni nak cerita pasal satu kedai hiasan kat Ayer Hitam ni, PISB. dari tepi jalan besar tu memang boleh nampak bangunan dia. so far kedai ni jer yang menepati citarasa saya. sebab pasu dia design semua moden, dan yang paling best, MURAH. seriously murah, tak tipu punya nih. saya tak ingat harga setiap pasu, tapi average below RM30. itu belum diskaun tau, PISB ni terkenal sangat dengan manjang ada less, so boleh jadi satu pasu jatuh harga sampai berbelas ringgit pun ada.
 
saya dengar PISB ada dekat Nilai jugak, tapi saya tak pasti dekat sana ada jual pasu jugak or hanya kedai hiasan hantaran. try la korang yang ada lalu Ayer Hitam, singgah PISB, tempat pun selesa, besar.. memang bawak budak-budak tu tak jadi hal lah. bunga-bunga gubahan pun cantik-cantik, so start dari visit first tu, saya rajin sikit la gubah-gubah. cantik tak cantik, belakang kira. hihi
 
saya share sikit antara pasu-pasu yang saya beli, ada banyak lagi pasu yang lupa nak snap, nanti ada kesempatan saya share lebih sikit. ouh jangan cakap anak-anak saya behave ya tak pecahkan pasu-pasu ni, ada je 2,3 bijik yang dah pecah. redha je lah kata nak hias rumah kan, tapi at least ada la reason tazkirah kat telinga suami ajak pegi PISB lagi..hihi

 
 ni kalau tak silap design 2 tahun lepas kot, sekarang lagi cantik I tell u, kalau siapa yang nak carik pasu ala-ala warna chrome tu banyak. saya dah rembat banyak jugak yang style gitu.


 ni pun awal pembelian dulu. sakit mata tengok ranting tu, ingat nak tambah ranting lagi, Nampak tak senonoh lopong gitu T__T

 
 design hall masa memula pindah, haha..sendu je nampak

 
recent visit..tak silap saya memang below RM30, ke murah lagi..tak ingat..
 
 
 
 
gubahan bunga pertama.. haha..boleh la khenn..bunga pun dari kedai yang sama

Thursday, September 8, 2016

Hiasan Dulang Hantaran

 
Assalamualaikum,
 
Allahu saya nampak ramai nya bakal pengantin masuk dalam blog saya untuk tengok post yang lama berkaitan dengan hiasan bilik pengantin. dalam post tu pun saya ada berjanji bulan bintang nak share pasal hiasan dulang hantaran. tapi alahai saya lupa sangat-sangat...maaf la kot ada yang ternanti-nanti post saya yang tu.
 
ok kali ni saya tunaikan janji, harap segala perkongsian bagi manfaat pada korang semua ok!
 
terus-terang saya bukan lah creative orang nya, tapi saya rajin sikit la buat research. lepas tu saya saja suka nak lain dari yang lain. awal-awal lagi saya dah imagine nak tema hantaran macam mana. saya nak nampak hantaran tu fresh and lively.
 
 
ok saya cuba bagi se-details mungkin kalau ada bakal pengantin nak guna idea saya untuk rujukan ok.
 
1) Foam/based :  as usual dari kedai barang pengantin, ada macam-macam bentuk, pilih je ikut pilihan hati.
 
2) Rumput : ok kalau awak tengok kat kedai pengantin memang ada jual rumput plastik sekeping, tapi saya tak nak macam tu sebab nampak sangat macam plastic. saya beli rumput yang jenis "kirai-kirai" (kat kedai pengantin juga) ni and then gigih tau tampal sikit-sikit sampai nampak merimbun. tak silap saya dia jual banyak dalam satu plastic. awak try cari, confirm ada.
 
3) Bunga bulat merah (kecil) : hurmm seingat saya beli kat SSF. tapi as usual kena rajin la potong-potong sikit dan tampal.
 
4) Bunga artificial/Kotak Hiasan : yang ni saya beli kat pameran Kraftangan. seriously bakal pengantin please la visit pameran macam ni. sebab korang akan nampak banyak sangat benda yang berguna, cantik-cantik, moden. masa saya kahwin ni tahun 2009 tau, 7 years back bunga-bunga semua dah modern design, nowadays saya rasa lagi gempak kot.
 
5) Kertas pembalut merah : yang ni beli kat bookstore je, memang sengaja tak nak plain, nak yang komot-komot macam ni. baru color naik.
 
 

itu je kot dari saya.. tak tau nak explain lagu mana lagi. saya assist yang DIY punya proses or yang budget punya design, kalau mak andam punya design memang meletops eh sekarang, suka tengok. saya hias dulang ni kategori amatur je.. hihi..macam saya cakap tadi saya tak creative, saya cuba je :)
 
kalo nak further info, boleh roger-roger k, Insyallah boleh tolong mana patut ;)
 
 

yang telangkop dengan mangkuk tu nak letak kek sebenarnya..hihi..
tak boleh letak awal, kang ada yang penyet pulak
 






Monday, September 3, 2012

Dani dah bercerai..

sana sini orang update pasal cerita raya..aku bab-bab nak update mengikut trend semasa ni memang payah, sebab hasrat tu selalu terbantut. so hadap kan ajer la yer kalau aku update cerita raya 3,4 minggu lagi :)

ha dani bercerai? bercerai apa? yes, dani dan puting/soother sudah bercerai, orang lain duk sibuk wean-off, dani pun soother-off la kan? :) sesiapa yang kenal keluarga kami secara rapat, or kerap berjumpa dengan dani, memang tau sangat tahap obses nya dani dengan soother. dani memang sangat addicted dengan soother, kalau boleh 24 jam mesti duk menghisap. 

masa die baby aku masih tolerate lagi, sebab takde gigi. bila start dia ada gigi aku memang dah susah hati, yelah aku selalu dengar kalau kerap hisap soother ni, gigi ni ada possibility untuk "maju ke depan" .. so dah banyak cara aku buat untuk pisahkan dani dan soother. ramai cakap celup soother dengan serbuk kopi lah, sorok soother lah, dan macam-macam lagi. aku dah buat semua, takde satu pun yang jalan. tapi dani ada satu kelemahan, dia memang sangat takut dekat cicak, so aku memang keras hati, beli cicak plastik, letak dekat tepi soother. abah dani cakap aku jahat, tapi who cares, dari anak merana, baik buat mana yang sepatutnya. tapi kejap je jalan, bila dia berjam menangis nak kan soother dia, aku campak je bagi dia, sebab mak dia ni memang serabut kalau dengar anak merengek tak memasal.

tapi method cicak plastik tu berhasil la jugak, tahap obses dani dengan soother berjaya di kawal, dia mintak time nak tido jer. ok la kan. tapi ada satu kejadian ni yang membuatkan dani terus tak nak dengan soother. seminggu selepas raya, kami ke Jusco nak carik soother baru setelah duk delay beberapa bulan kes lupa je manjang nak beli. aku tunjuk kat dani, nak design yang mana. aku tak tau brand lain, tapi kalau Avent memang banyak design, so since anak dah besar dan pandai memilih, aku biarkan dani decide. so dia pilih yang ini;


 brand yang sama, cuma design dia mintak yang plain..ok layankan ~

sampai je rumah, aku bukak, terus bagi kat dani. si hensem reject sambil cakap; "wekk..wekk.. tak dapp..nanakk" ..aku pun pelik, cakap dengan dia sama je, dia mati-mati tak nak jugak. mak aku ada cakap, budak ni memang ada satu stage, dia memang tak nak langsung tukar soother or puting botol susu. yang berkulat/lusuh tu la yang dia nak. so detik 24th ogos, 2012, dani bebas dari soother nya. kalau lah aku tau begini senang, aku takde lah duk delay-delay nak beli soother dia. caitt~!




 soother lama dani. berkarat kan? hari tu suruh dia pilih design camni, dia yang tak nak.

bawah ni semua gambar dani masa zaman obses dengan puting sampai mak die boleh jadi stress!!






now, anak I dah jadi grown up kid. sudah pandai tidur sendiri w/o soother lagi :) happy me!


Wednesday, August 15, 2012

shopping raya untuk anak bujang

raya dah dekat sangat ni, lagi 2,3 hari jer lagi... kami sekeluarga macam biasa suka nau shopping di hujung-hujung ramadan. alasan? sebab nak rasa kemeriahan atau debaran nak raya tu. shopping awal-awal macam takde feel sangat, those yang shopping awal tu ok jugak, at least tak kacau budget nak balik kampung beraya ye dak? so lesson learnt. shopping di hujung-hujung ramadan memang membuatkan poket kemain laju jadi kempis.

last year abe dani tu kecik lagi, bila carik baju dia pun semua nya ala-ala design ke-baby-an lagi. tapi tahun ni si bujang tu dah pandai stunt bagai, so vision utama nak carik baju yang tahan lasak, yang bukan color putih, etc. tapi alahai bila aku jelajah ke setiap mall, mata ni duk tertancap pada girl's section je, kemain hot baju bebudak ni. yang dress semua ala-ala pengantin, yang top semua nya ala-ala blouse, then ada quarter legging, plus cardigan pun ada. automatik jadi kempunan nak anak gegirl hoi..!! yang ada anak sepasang tu, untung la kan? syukur. macam aku, masih dengan si bujang selamat sorang tu, so mari lah ke boy section je ok.

sampai je boy section, aku mesti terus "blerghhh..".. design untuk boy apa sangat, round-neck or collar t-shirt~~ aku malas nak gerak gi pusing-pusing tengok baju, sampai Padini terus duduk situ, rembat semua design. 10 minit dah settled. pathetic kan? tapi laki mak mesti happy, sebab dia pun tak kuasa nak tunggu aku belek-belek design macam mana yang aku nak.


 cukup lah... balik kampung seminggu, sehari sehelai. haha



iya design car lagi, beginilah anak jantan T__T kaki dia size 7, besar nau dah anak mama nih.



part mudah untuk uruskan pembelian barang anak lelaki, memang terbaik, 10 minit dah settled. tapi yang part sedey sangat, choice memang yilekkk~~ kena target dapat gegirl next year ni. haha..amennn~

ok lah, those yang start nak gerak ke kampung esok, drive safely. kalau husband mengantuk, wife yang pandai drive tu, you may take over, or else park kat mana-mana RnR, take a nap. kampung tak lari mana, raya tak lari mana, yang penting kita sekeluarga selamat ok. 



Selamat Hari Raya. Jemput datang rumah ye kawan-kawan :-)

Sunday, July 15, 2012

panduan hiasan bilik pengantin

sebelum ni ramai yang tegur suka dengan hiasan rumah aku. but to tell the truth, itu semua adalah hiasan yang sangat biasa, trust me! rumah aku too congested, sarat dengan segala perabot. cuma aku banyak gunakan perabot yang berciri praktikal, janji ada meja makan, ada sofa, ada kabinet, that's all. bila ruang sempit, idea pun jadi sempit.

idea nak menghias memang banyak, tapi ruang pulak tak mengizinkan. insyaallah, ada rezeki ada rumah lebih besar, akan aku praktikkan segala idea. sebenarnya aku takde la kreatif sangat, aku memang tak selalu refer pada majalah interior design, cuma aku push myself hard to learn on interior design. ok, kali ni aku nak tunjukkan salah satu design-piece aku masa kahwin dulu.

semua design ini adalah bersifat DIY, aku takde engage dengan mana-mana mak andam dengan mengambil semua pakej hiasan bilik. sebab aku allergic dengan cadar pengantin licin-licin tu, langsir bergantung-gantung, ropol sana sini..

jum tengok gambar bilik aku sebelum di hias;


 akibat sifat keanak-anakan sangat menebal dalam diri, hiasan pun jadi gitu..blergghh~




disebabkan ingin kelihatan matang di hari perkahwinan nanti, awal-awal aku dah fikir, "i want to set a theme~!" .. sebab hiasan bilik pengantin ni penting tau, it must be cosy and neat =) so aku decide nak color putih dan merah. so ruangan dalam bilik pun nampak lebih besar dan bersih..


dulu aku sangat gila pada color coklat, so tak perna terfikir untuk memutihkan balik dinding. so beringat la yer, once korang dah cat dengan menggunakan color yang dark, korang kena bekerja keras balik untuk meng-virginkan cat tu balik dengan 2 layer T__T penat oh!


 saya penggila IKEA jugak..sep sep Nurul!! =D


 hasil selepas cat putih..nampak bersih la sikit kan~


untuk pintu toilet dan pintu bilik aku cat color merah in order to suit the theme~!



penggemar IKEA pasti kenal ini. ini adalah frame wood color yang berharga RM 5 untuk 3 frame, if not mistaken la. murah kan? so aku nak jadikan benda ni prop untuk fotografi, lantas aku paksa adik aku spray benda alah ni menjadi hitam merah. jimat kan?


gambar di awal perkenalan..memories!


langsir yang sebelum ini agak dull, aku tukar dengan langsir modern design sikit..
(abaikan muka huduh lagi teruja aku tu T__T)

jum tengok hasil idea berbudget aku ni;


view di kala siang..(oh hantaran tu pun aku buat sendiri *wink* )



 view di kala malam..



so itu jelah yang dapat aku tunjukkan, so hiasan untuk bilik pengantin tak semestinya nak cantik sahaja, yang penting mesti selesa. sebab lepas hari bersanding, mesti nak tidur dalam bilik tu kan.. aku mungkin beruntung sikit sebab mak aku boleh menjahit, so segala bed-runner, langsir, sarung bantal, mak aku buat sendiri. untuk hiasan, aku suka survey dekat expo Kraftangan, dekat situ kau akan dapat harga yang sangat murah, contoh macam tirai dan frame buluh tu..nice kan? ok nanti aku share pulak idea untuk hantaran, mungkin boleh jadikan panduan untuk bakal pengantin =D



muka orang-orang yang teruja duk lanyak bilik pengantin..hetchu~!


Monday, March 19, 2012

nak cantik punya pasal

masa anak dara memang syok sangat. tak payah duk runsing-runsing nak jaga muka, nak jaga badan, nak jaga dalam. semua nya in well-condition. tapi lepas je aku bersalinkan dani, aku dah jadi macam orang psycho. duk runsing je manjang pasal penampilan diri, ha itu lah die yer akibat masa pantang, kau tak nak pantang bebetol. skarang baru rasa bahana nye.. Y__Y


kalau nak kata aku tak jaga langsung, memang tipu la. tapi iyelah, dah beranak ni hormon dah lari tune, so proses nye pun a bit slow. kalo dari segi berat badan, masa anak dara, diet seminggu pun da bole turun 2,3 kg, lepas beranak? hurrmmm haram, nak turun 500g pun payah, makan lebih sikit naik 2 kg. stress mak! bab muka pulak, aku ni jenis lewat naik jerawat, masa umur aku early 20s camtu baru naik mencanak-canak jerawat, so hormon jerawat nak bermaharajalela tu masih ada.


mak aku selalu pesan, dah berlaki ni kena la beringat. jangan pulak masa bercinta, kau sanggup mencantik depan die. dah kawin, kau buat tak kesah jer. so aku pun da start ada initiative untuk melabur dengan produk-produk collagen bagai ni. so far, aku baru guna barang-barang ni;


yang di atas ni semua produk-produk untuk menjaga kesihatan dalaman. so far aku baru pakai dalam seminggu. perubahan yang aku nampak tumit kaki dah smooth, rasa badan segar je. nanti aku kasi review lagi apa perubahan yang aku dapat rasa ok. bab berat badan tak nak sentuh dulu, sebab dalam seminggu ni diet aku ke laut, nafsu macam buaya, duk makan nasik je keja. hari ni baru aku start disiplin balik.


kalau bab muka pulak, baru-baru ni aku ada guna satu produk, tak nak la reveal brand apa eh, local brand jugak. mana yang tau, tau lah yer..tapi malangnya tak sesuai dengan kulit aku, yelah kulit kita ni tak semua sama ye dak? so aku da stop pakai produk tu. aku guna produk ni pulak.. dah la murah, berkesan sangat pada aku.




ok mesti nak tengok hasil kan? kali ni aku nak kasi reveal. tapi jangan korang terkejut beruk ok. sebab aku letak muka close-up ni. sebab tak main la tipu-tipu pasal kondisi muka. haha


muka aku 2 minggu lepas, jerawat berbukit-bukau kaww..malu mak



muka hari ini, bukit-bukau dah hilang, kering. yang tinggal hanya parut yang wajib di-nyah-kan..dush dush berambus kau parut jerawat



begitu la kekdah nya peel orang psycho yang semakit meningkat usia, hormon tak stabil. sebab terlalu concern lah aku amik semua supplement di atas. mak aku selalu cakap, "laki kau tu muka macam budak, umur dia da dekat 30 pun tak nampak tua, so kite ni pompuan kena la jaga supaya tak nampak tua sangat.." Tsk. sentap mak.


aku nampak muda ke, dia yang nampak muda..heh~

Wednesday, January 4, 2012

mangkuk penyelesai masalah

aku rasa bukan aku je yang menghadapi masalah ni, surely semua mak-mak kat luar kerap naik darah tinggi everytime anak korang buat sepah barang makan or tumpahkan air ke apa kan. so baru-baru ni dalam pada aku tengah tengok catalog dekat FB Maria, aku ternampak dia jual mangkuk ni, Gyro Bowl. perghh tak perna ku fikir ada mangkuk macam ni. terus book dengan Maria.







ini la barang nya, tengok dia quote "The Food Bowl That Never Spills!" harap dani tak kan berjaya tumpahkan makanan lagi. sebab dani ni ada satu perangai, let say kalau aku tengah leka masak ke apa, senyap-senyap dia buat projek, tuangkan semua isi makanan dalam mangkuk, pastu dia tuang air atas lantai, then he blends the makanan altogether. hangin kan?


macamana benda ni berfungsi? meh tengok..



macamana best kan? seronok aku dapat jumpa benda ni. kalau korang nak beli, boleh la contact
Maria wokeh =) nak tengok tak muka budak hangin tak dapat campak makanan lagi??