HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label wish list. Show all posts
Showing posts with label wish list. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

cara paling senang untuk buat savings (ohh please, aku bukan nak jual insurans or MLM)

minggu lepas aku dengan seorang bestfriend sempat berdiskusi bagi menolong dia untuk bagi tips menyimpan duit. katanya nak kawin dalam masa terdekat, tapi takde saving langsung. setiap bulan duit betul-betul umpama air paip mengalir laju, habis licin begitu sahaja. al-maklum, walaupun dia di pihak lelaki, mungkin tak keluar banyak belanja untuk kenduri menyambut menantu, tapi si pihak perempuan tak lari kot mintak barang RM 10k atau RM 11k buat duit hantaran. *pengsan*

so in one fine day, aku free dan saja blogwalking, baca blog ni http://peliks.blogspot.com/2012/04/saving-tips.html (credit goes to Maria for such useful tips) . ok, nak di summarize kan Maria ada segregate the allocation untuk para-para duit dia bila time hari gaji. iaitu:-
  1. Responsibilities (e.g: Car Loan/Housing Loan/Study Loan/etc)
  2. Savings (e.g: travel/emergency)
  3. Miscellaneous (Misc) (e.g: duit untuk shopping semata *wee*)
aku rasa cara Maria buat segregation adalah sangat best. sebab selalu nya orang perempuan ni sangat suka membazirkan duit pada benda tak berfaedah. so bila ada akaun untuk Misc, tak perlu risau lagi sebab setiap masa ada budget untuk shopping, kalau budget dah habis, sila duk diam-diam.

in order to comply with this, ececeh siap ayat ber-comply keluar bagai, takde lah kalau nak buat macam Maria applied tu kita kena la nekad dan tekad. so aku pun da buat segregation duit gaji. aku buat gini:

LET SAY gaji aku RM3,000. aku akan bahagikan kepada 2, makna nya RM 1,500. so RM1,500 yang pertama tu aku akan gunakan untuk bayar segala hutang piutang (it's better for you to list down). kalau dah tolak semua hutang, baki tinggal RM400, dengan RM 400 ni akan aku gunakan untuk perbelanjaan untuk food n petrol in weekdays sahaja.

Then RM 1,500 yang kedua tu aku akan buat segregation lagi 60% untuk savings, dan 40% untuk Misc. 60% savings tu aku akan pecahkan lagi jadi 2, makna nya 30% untuk ASB (yang mana aku akan simpan tak kan withdraw) dan another 30% untuk Maybank (iaitu duit untuk emergency or for vacation). so sekarang aku ada that 40% Misc untuk dihabiskan over the weekend.

itu lah allocation dan cara aku manage duit gaji. harap saya lebih berdisiplin! aku pun dah buat further step on this, aku dah create different-different akaun untuk semua duit, so takdelah nanti bercampur. FYI juga, aku siap come out dengan satu savings table untuk pastikan aku on track.


siap dah tampal kat freezer, jangan hangat-hangat tahik ayam yer! tengok tu freezer magnet all the way from London (thanks fasha!) dengan harapan simpan duit bebanyak boleh pegi UK pasni. haha

untuk dani pun aku dah bukak kan akaun. macam biasa satu akaun Yippie, duit untuk dani beli segala toys. satu lagi ASB, untuk dani further study satu hari nanti (insyaallah..)

lega semua dah settle. tapi yang tak best, si dani ni pantang nampak duit berciciran kat umah semua campak dalam tabung dia. camni gaya anak kaya, makbapak kayap la nak oii..

ok itulah cara aku, kalau korang ada cara lain yang lagi best, most welcome to share :)

Tuesday, March 8, 2011

Skim Rumah Pertama Ku.. berita baik utk pekerja swasta

bahagia aku bila dengar kerajaan umum kan ada Skim Rumah Pertama Ku (SRP) ni. FYI, bagi penjawat awam, kamu patut lagi berlipat kali ganda rasa bahagia sebab sebelum ni kamu di provide kan dengan government loan. or else, bertambah untung, kalau umur x panjang pun, rumah tu akan kekal menjadi hak milik korang secara free, aku tau benda ni sebab ayah aku ex-army. x ke bahagia tu? tapi bagi pekerja swasta macam aku ni lelah beb. nak cekau 10% down payment beli rumah, nak2 kalo ko tringin beli rumah harga rm300k, kalo 10% mau nak kena dulukan rm30k, then kalo agak2 umur ko baru 25tahun, even gaji rm3k, tapi keja baru 3 tahun, agak2 balance akaun kedua kat kwsp ada brapa?hahaha..sebab tu la bulan2 aku gigih bayar sewa rumah kat owner T__T

aku selalu adore dgn penjawat awam, tapi sesetengah kawan aku yang kerja under kerajaan selalu mempersoalkan yang bekerja swasta gaji lebih tinggi. aku admit benda tu, tapi kalo ko tengok workflow orang keja swasta ni, mau menangis 3hari 3malam beb..bak kata bos aku; "everyone in this company will wear 2 hats" haa..boleh bayangkan x? even kerja tu x indicate dalam offer letter ko, tapi ko kena buat jugak keja orang lain..hangin aku~~ eh eh ni da mengomel hal dalam kain sendiri ni..haha

da enough2..so skim SRP ni memberi satu keuntungan pada org muda belia dgn gaji dibawah rm3k utk memiliki rumah. syarat2 dia sgt mudah weh, kalo korang tengok syarat2 dia pun, aku pasti 90% drpd korang semua memenuhi ciri. tapi yang jadi isu sekarang dia ikat brapa tahun aku x pasti. normally, beli rumah ikat 25tahun. kalo under skim ni aku x pasti. atau pun mungkin juga sama 25tahun, tapi installment mungkin tinggi. so jangan la terburu2, baik pikir panjang ok

kita amik calculation mudah la eh, skim ni maximum gaji adalah rm3k, maximum house loan rm220k, beserta 100% pinjaman. kata kan lah..ni kata kan lah eh.. gaji aku rm3k, kalo bersih rm2600 la.. utang keta, utang kad kredit, utang MARA, duit bagi mak.. balance brapa?haha. so kalo aku rembat max house loan rm220k, disebabkan pinjaman 100%, so kat situ da markup harga installment. mau rm900 ke rm1000 sebulan, aku rasa la, atau mungkin lebih. so tolak utang piutang, ko rasa tinggal brapa balance ko tiap2 bulan? haha..kena ingat, dulu xde duit, bole makan burger rm1, tapi skang burger pun da rm3, so nk mkn apa?hahaha

ini terpulang pada masing2, mungkin sesiapa yang xde big commitment, macam ko laki bini, pakai satu keta je, anak sorang, duit PTPTN/MARA pun agak bayar x berapa nak bayar.. bole la kot yg si bini amik skim ni. so laki ko bayar utang2 lain, bini bayar utang rumah. amboi aku plak mengajar..haha.
aku personally prefer aku letak 10% downpayment, so installment aku pun akan kurang sikit plus range harga rumah yg nak dibeli pun besa sikit, ko pikir la rm220k nak rumah cantik tersergam kat country height memang x la.. kat JB mungkin harga rumah still in range, macam aku ni ha nak blk KL blk, dengan rm220k..alahai lemah longlai aku dengar.. tapi currently la aku cakap macam ni, x tau la esok lusa aku berubah fikiran amik skim SRP ni. tapi kan hangin tadi masa aku nk masuk official website skim ni. try korang search: http://www.srp.com.my/ then bgtau aku hangin ke x ok? @~@

kalo guna skim tu, beli rumah macam ni boleh x? hoho


p/s: pemaju perumahan diharapkan jangan gedik2 ko letak harga mahal2 pasni

Sunday, March 6, 2011

saya bakal bergelar pelajar semula oh!

lama sangat dah ni x update blog.huhu..nak buat camne, nama pun balik kg, so harus la blog ni di ignore2 kan..haha

x banyak pun aktiviti yang di buat, yang penting diet ku hancuss..makan nasik tahap x hengatt punya..haha. meh view sikit aktiviti2 yang di buat sepanjang kat kg B:

B yang sampai kesudah x berjaya naik kan heli.. ish ish kesian~~

aku xde benda lain asik serang salon. end up, mahal nak mampus.

dani macam biasa. mana bole tgk mak dia senang, bercalar-balar keja memanjat

da tutup cita pasal balik kg. ni cita pasal aku nak further study semula.hoho. rasa nya da tiba masa kot. aku baru grad 3 tahun lepas. otak pun agak2 fresh suam kuku. so harus la di cepat kan usaha murni aku..haha

cita dia bermula bila baru2 ni B decide nak ambik exam dari NIOSH utk Safety & Health Officer. so kelas dia maybe start pertengahan tahun ni. then bila bincang2 dengan B, aku pun decide nak further Master. bila lagi nak tunggu kan? tengah muda lagi, komitmen pun x byk sgt, so aku rasa ni la keputusan terbaik. Tapi xde la sampai aku nak berenti keja, sayang dgn keja yg ada, part time sudey. kalo x sape nak byr bil yg membuak sampai nk muntah aku tengok tu..haha

biasa la, bila da kahwin ni, x kan nak duduk kat takuk lama, hidup mesti ada mission beb. lagi2 bila aku dengan B plan nak hantar dani kat Montessori bila dia umur 2 tahun. aku da survey da rate Montessori ni, luluh jantung aku tengok rate dia. banyak belanja da berlegar2 dalam kepala aku ni, tu x tambah lagi bila dani umur 2 tahun, nak tambah anak sorang lagi. haha..tinggi cita-cita..then dalam masa 3 tahun lagi, kami nak balik ke KL semula, so mesti la kena pandai plan. duk KL lagi besar belanjawan nya. sebab tu la aku dengan B nak sumbat ilmu byk2 dalam pale otak ni..insyaallah..

so far, aku da survey course dgn rate dekat Open University. since OpenU ni memang terkenal dengan course PJJ. rate sgt reasonable la. antara course yg menjadi pilihan hati:

  • Master of Business Administration
  • Master of Human Resource Management
  • Master of Management
  • Master of Public Administration

wahh berpinar mata aku tengok..haha. boleh adapt ke x tu belakang kira..haha..doakan aku. bye! time to work T__T

Monday, January 17, 2011

wish list

xnak cakap wish list 2011, kalo ckp 2011 nanti kena complete kan apa yg di hajatkan. So, list kan apa yg menjadi wish list in short or long term..harap bole segera dapat.

  • active kan account ASB = so far da start active kan blk since last december, lega rasa.tutup mata ko rapat2, duit dlm ASB x wujud!
  • bringforward leftover duit dan simpan = da start buat, normally setiap ujung bln, sure ada leftover rm500..so simpan.boleh kata duit utk emergency, senang kalo ada apa2.
  • new handphone = sudah! tengs sayang ..xoxo
  • achieve target kerja = 1 portfolio da achieved 100%. lagi 2 portfolio, kacang je..hoho
  • tukar kereta = hati berkenan civic. tapi tgk budget dulu, mungkin 3 tahun dari sekarang..go!go!
  • beli rumah = memandangkan kami bercadang nk pindah kl balik dlm masa 5 tahun dr sekarang, so hold dulu la keinginan tu..hurmm
  • tambah anak = yang ni saja je letak.sah2 la 4,5 tahun dr sekarang..
  • bercuti = kami target tahun ni mau ke langkawi or bali.

so far ni je wish list yg besa2, yg kecik2 tu x berapa pasti....

milk bottle pilihan =)

sebelum ada anak, mana la pernah kisah dgn brand bottle nie, bila nmpak design cantik, geram je nak beli..

tapi bila ada anak baru la paham istilah BPA-Free/Anti-colic, so sebelum dani di lahirkan, memang x perna google pun apa itu BPA-Free. so kami pun slumber je la beli milk bottle pigeon.
harga dia pun affordable, BPA-Free also. dani pkai botol ni sampai umur dia 3 bulan

sebelum dani lahir pun, MIL ada hadiah kan botol dari jenama "tupperware". tapi sampai sekarang x guna sebab botol tu most likely utk kegunaan setahun ke atas kot, tgh baby nie dorg minum skit je, so x sesuai la botol besa gabak dari tuan nya.

penat google, tapi xda pun tupperware uplod design utk milk bottle, BPA-Free also.

then lepas 3 bulan , masa utk beli botol baru dani, so penat la aku survey, botol mana yg bagus, hati terpikat dkat Tomme Tippee. tapi botol ni jarang la ada kat mana2 mall, butik baby pun entah la, ada certain2 la..so kalo nk bargain, memang payah la.otherwise, beli kat internet, tapi kalo plus2 dgn shipment bagai, jadi normal price la pulak.

idaman hati


disebab kan payah sangat nk dpt kan tomme tippee dkat pasaran, terpaksa la kami pilih the most common bottle which is AVENT. harga dia pun for me sgt reasonable lah, lasak, x payah tuka selama 6 bulan, just tukar teat dia je.kalo botol biasa3,4 bulan da kena tukar.harga teat dia pun mahal 5,6 rggt dari teat Pigeon. so still in budget. so far masa mula2 bagi dani, dia mcm x suka, mayb teat dia besar. tapi lama2 bila pkai, dia da terbiasa.

botol paling common. tapi bagus nye anti-colic, boleh kurangkan kembung.


Bukan je botol yg bertukar, pacifier pun tuka..dulu perna bagi dani pacifier pigeon, harga dlm rm10 satu. ingt bila mahal skit dia suka la, end up, x suka langsung, siap katup mulut rapat2 xnak benda alah tu..geram jer..end up stuck la pacifier tu dalam almari dia je. so pacifier hunting pun bermula, try la avent..memang mahal 2 pacifier = rm32.90. pengsan omak ko nie! so hadap kan ajer, beli jugak, alhamdulillah dani suka. tapi yg buat gue tension, bentuk pacifier tu, sebijik dgn pigeon, tapi dia xnk pigeon, nk AVENT. hampess..

apsal la mahal sgt ko nie??

kalo cite pasal bnda yg quite pricey ni, kami yg berpendapatan agak x brapa nk mewah nie, teramat la fussy ok. one day, kami pegi mkn di Black Canyon, 1st time nk test, total harga makan = rm60. so kami soh seh la, "murah eh yang mkn sini" so lepas byr, kami chow la nk blk, tiba2 tringt yg pacifier dani tertinggal. fyi, pacifier tu transparent kaler, so utk org rabun mcm aku laki,bini memang la x nmpak benda tu. aku berlari pegi blk Black Canyon tu, tanya staff die, "have u seen my baby's pacifier, we left it on table". nak tau apa die ckp, "i think my staff have thrown it, u want me to check? i have told my staff to keep it, but they already throw the pacifier" ahhhh..geram nya. x kan la nk suruh org tu korek dlm tong sampah carik benda tu.x sampai 5 minit pun, efficient nye staff ko~~apsal x buang pinggan mangkuk skali..da nmpak pacifier tu, ko simpan la dulu..eee..benci Black Canyon!x pasal malam tu labur lg rm32.90 utk pacifier..ee


Tapi kan hati ni tgh berbunga-bunga cinta nak botol nie:

iiamo mi amor

mahal oh botol nie. x silap dalam rm170++ sebotol. diulang sebotol oke..mahal. tapi mcm cun jek, pastu die ade inner warmer.senang kalo nk travel. kalo nk beli pun kena pre-order dulu. nanti tarikh luput botol avent da sampai, labur kat iiamo mi amor la pulak..hoho