HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers
Showing posts with label Kitchen Cabinet (KC). Show all posts
Showing posts with label Kitchen Cabinet (KC). Show all posts

Monday, July 7, 2014

Kitchen Cabinet Idaman

wah rekod ni rajin betul aku update blog 2,3 hari ni, takde la.. bila bulan puasa ni memang sendu sikit tak banyak keja sangat, so ada masa sikit boleh la update blog. geng UB pun aku tengok dah jarang update..wei update la~~ aku bosan ni takde bahan bacaan. hehe
 
kali ni kita cite pasal rumah lagi ok, nak cite pasal makanan nanti, bukan takat korang terliur, nanti aku yang update pun tak senang duduk. ok, kali ni nak cite pasal kitchen cabinet (KC). bab KC ni terpulang la pada masing-masing nak buat ke tak, tapi aku tengok mostly yang beli rumah baru macam satu kewajipan allocate sikit budget untuk buat KC idaman.
 
macam kitorang memang sangat kompem, wajib sesangat kena buat. sebabnya living hall dengan dapur takde divider, kira ala konsep open kitchen. tapi da banyak eh aku tengok rumah baru style gini, aku seriously memang tak berkenan. tapi nak buat macamana ye dak? kalau nak naikkan dinding block 2 bahagian ni, aku rasa not a good idea, sebab nanti rumah nampak sempit pulak.

 

ni gamba rumah masa in progress lagi. nampak tak betapa open concept sangat dapur tu, sakit mata. haha. tapi ada rezeki In Sha Allah planning nak extend lagi belakang tu memang ada. tapi jangan tanya bila, yang pasti planning tu ada. haha.
 
dengan itu nak tak nak memang kami ada allocate budget sikit untuk buat dapur. tak silap aku binaan dapur aku dalam 12sqft panjang je kot, kalau tak silap la eh, kecik cenonet je. so kitorang ada la pegi beberapa kedai KC, akibat kurang info pasal KC, kami tak tau pun ada pelbagai material KC ni, table top pun gitu, lagi hi quality of cos lagi mahal ye walaupun binaan dapur tu kecik. so sebelum pegi, better korang feed some info dulu at least masa duduk discuss takde nampak blur macam kitorang. hehe. so far yang aku rasa la eh, KC made by aluminium paling mahal, sebabnya long lasting dan of cos takde anai-anai boleh makan aluminium. aku pernah tanya, 12sqft = RM 10k++, tu belum masuk table top. golongan marhaein macam kitorang mintak hampun ler, memang tak letak budget sebegitu banyak, ada banyak lagi benda kena utamakan.
 
ok kalau cakap pasal design pulak, aku tengok ramai yang suka modern design. tapi kalau aku, memang of cos English Vintage..auwww. old-fashioned ker? haha..takpe la, asalkan aku suka. boleh kata design yang aku nak lebih kurang gini:
 
 
 
** pic credit to google
 
ha lebih kurang la. korang jangan ingat aku berangan nak buat island kitchen bagai, memang tak la, sedar diri dapur kecik kot. hehe. maksud aku English Vintage tu gini la. memandangkan rumah tak besar mana, memang aku prefer something yang nampak moderate and plain.
 
dan dan dan yang best tu aku da tempeh pun kitchen ni :) dengan harga yang superbly murah, macamana boleh dapat murah? sebab aku ni kategori rajin gak pegi Home Expo, kat situ je kita bole bargain kaw-kaw ikut budget kita. so far memang within budget kitorang dan dapat banyak free gifts.
 
aku nasihatkan kalau korang nak decide apa-apa pembelian besar gini which involve sum amount of money, better rajinkan diri survey betul-betul, pegi Expo. In Sha Allah dapat apa yang korang nak.
 
ok yang mana nak tau harga or kedai yang aku nak tempah ni area mana? aku rasa better kita tunggu hasil kerja diorang dulu ok, kalau bagus, baru aku kasi war-war kan eh :)
 
Till Then~ Assalamualaikum :)