Monday, September 3, 2012
Dani dah bercerai..
Wednesday, August 15, 2012
shopping raya untuk anak bujang
Wednesday, January 4, 2012
mangkuk penyelesai masalah






macamana best kan? seronok aku dapat jumpa benda ni. kalau korang nak beli, boleh la contact Maria wokeh =) nak tengok tak muka budak hangin tak dapat campak makanan lagi??

Tuesday, September 13, 2011
sambungan kisah cars dani yang hilang di'terambil' orang

perasaan aku ada dua, first, aku ingin ucapkan terima kasih pada those kids kerana ada sifat mulia ini. tiba-tiba aku rasa macam kalau aku jumpa budak-budak ni, nak hadiahkan sorang sebijik hotwheels. perasaan kedua, aku rasa sedih sebab betapa tinggi nya tahap kebutaan aku sampai rileks jer tak nampak benda ni Y__Y
dengan rasa happy dapat jumpa all those car, sempat bergurau kasar dengan B;
suami: "mesti mak diorang marah kan? tu yang diorang pulangkan.."
isteri: "tak tau la B..entah-entah diorang ada agenda lagi besar, NAK CURIK PSP PAKCIK..haha"
ok, time tu aku gelak sorang jer, mamat tu bengang....
ok dah sila bersurai, pergi kerja!
Sunday, September 11, 2011
wahai anak,dulu ko gila makan.sekarang,mama yang naik gila nak paksa makan

nampak bahagia kan? geram aku, makan nasi tak nak
Monday, September 5, 2011
bagi duit raya rm5 adalah common?
selamat hari raya from us =)
p/s: jemput la ke rumah siapa yang berdekatan...
Wednesday, August 24, 2011
macamana nak elak anak dari terhantuk dengan cara paling menjimatkan

exactly sama kan??
dengan ada nya benda ini, dani sudah selamat daripada kerap terhantuk, menangis macam kena dera tu..lega aiii =))

Wednesday, August 10, 2011
kek birthday last minute iman dani

budak bertuah muka excited
ini ada sedikit nota untuk anak mama, iman dani:
" yeah, I'm so happy to see you growing in a healthy condition. mama hope that you will always be my good boy, someone whose smart enough to choose your right path. please bear, that mama and abah will always pray for you, give much hugs and kisses.. mama and abah love you so much baby =) happy 1st birthday sayang, more years to come, we will always pray for you"
Thursday, August 4, 2011
si dani dapat hot blogger mom's tee & friso sachet
rabu lepas orang courier hantar 2 barang yang aku tunggu-tunggu..


finally 2 benda ni sampai jugak..tapi barang apakah??
hot blogger mum baby tee untuk si dani
yeah, finally dapat jugak tshirt ni. rasa macam seronok jer sebab tshirt ni exclusive hanya untuk para ibu-ibu yang bergelar blogger jer. tak dapat der nak beli kat petaling street ke haper..hihi. so siapa yang teringin nak baju yang sama, aku dengar dayu nak buat 2nd batch order. korang deal lah dengan dia ok? btw, tqvm to dayu dan onniey eh =)
baju ni aku dah try dekat dani.. dan cantik terletak kat badan dia. tapi sori lah tak dapat nak tangkap gamba..sebab itu budak tengah demam, so mood pun tak berapa nak cantik.
friso gold sachet
sebelum dani masuk umur setahun hari tu, aku memang ada jelajah beberapa website sebab hajat nak tuka dani ke susu lain. so aku just simply click untuk request sample sachet. after 2 months weh baru dapat..haha. tapi aku still stick dengan S-26.
kalau nak cakap pasal susu ni, hari tu masa mula-mula aku beli susu yang untuk setahun ke atas, dani macam tak berapa nak? padahal brand sama.. adakah rasa nya lain? pelik eh. korang tau tak? meh la share sama. so dalam pada dia tak berapa nak susu hari tu, aku ada try tuka Anmum, lagi hampeh dia tak nak.. aku baru bukak kot.. ada sesiapa nak tak? kalau nak pm aku, aku bagi free jer. kalau boleh biarlah johorians, boleh aku by hand je. kalau pos mengepos ni.. tak berbaloi..haha
ok lah, till then =)
Sunday, July 10, 2011
buah hati saya dah pandai jalan terkedek-kedek =)
jari dia melecet T__T mujur aku perasan
aku suka kasut ni. nanti ada bunyi bila dia pakai.. baru lah baby..hihi
dulu masa dani tengah sibuk crawling, mak dia sibuk nak suruh cepat jalan. nah hamek ko, lepas pandai jalan, berpeluh lah nak handle T__T sekarang ni pantang cabut kasut, sure dia menangis. ajak naik atas pun, dia meroyan tak tentu hala. end up, mak ko yang nangis dani oii T__T

Tuesday, June 28, 2011
plan birthday anak, macam plan keja kawin..alahai


cantik oi! ni mak yang teruja, bukan anak..haha. so about the same la theme dia. aku pun dah sedia checklist untuk make sure semuanya well-coordinate. pada mak-mak yang anak bakal setahun, boleh la gunapakai idea aku jugak k? (haha..dan-dan claim idea sendiri) :-
- Fotografer. (DONE!) aku guna khidmat BaniJamian. mesti ada yang cakap aku over nak fotografer bagai.haha. takde la, aku tak pernah ada special capture untuk dani. why not untuk kenangan kan?
- Design untuk party decoration. (DONE!) yang ni aku hire kawan hidup mati aku sendiri. senang nak deal..hihi. kalau berminat boleh email dia : fadzliezsix@gmail.com

tapi bila aku fikirkan, cake macam ni pun bole cecah rm200-300, so aku tak nampak apa faedah nya. kitorang pun da invest banyak pada benda lain. so sebelum laki aku botak kira duit, baik kita suruh nenek sponsor cake berupa ini sahaja dari Secret Recipe =)

- untuk goodies bag dengan candy's buffet (NOT YET!) plan sudah ada. tunggu nak dekat nanti baru akan ku fikir kan.

- Candy Jar (DONE!) ha sekarang kan popular ada sudut Candy's Buffet. so aku yang poyo ni pun ada plan nak buat satu sudut buffet. haha.

cantik kan?
so aku duk fikir la mana nak carik jar-jar comey lote ni. plan nak ke SSF, tapi hari tu aku terjumpa kat kedai rm5. banyak design, murah-murah. pandaikan aku jimatkan duit laki?haha

- invitation card (DONE!) sekarang kan zaman teknologi. kita pakai e-invitation jer. korang jemput la datang..

so far, itu lah planning aku. kalau aku ada idea lain lagi, aku kasi update. or korang ada idea nak share? silakan =)
Monday, May 23, 2011
rumah ku dilanda taufan!
bagus gak beli sofa banyak bantal, boleh hadang bucu meja..
ko tengok, mainan merata T__T

ni semua angkara budak ini !
Tuesday, April 26, 2011
panik satu rumah bila dani tercekik

ni pun lesson untuk aku laki bini supaya jangan pentingkan nasi yang memanggil2 sampai lupa keselamatan anak..
ok lah, till then..wassalam =)








