HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, December 25, 2018

Presenting Iman Ayra

Assalamualaikum..

lama nya tak bersiaran, dekat 2 tahun lebih ada eh? pastu da lama tak blogwalking, tengok update dari instagram je skang.. Alhamdulillah, kita pun ada penambahan orang baru da, Iman Ayra Binti Mohd Hafiz nama diberi.

lama gak berkira-kira nak ke tak nak proceed yang ketiga ni sebab da lama sangat kitorang rehat dari beranak kecik ni. Edna dah 5 tahun, Dani pun dah 8 tahun. lama benau dah kitorang tidur dengan lena ni...hihi

tapi as usual la bila scroll IG tengok geng semua ramai da menambah umat rasa teruja gak, ketap bibir je tengok baby. so early this year memang kitorang plan nak conceive. Alhamdulillah on February dapat tau dah pregnant. tapi terlebih bijak on April saya plan nak ke Phuket dengan suami. pening gak pikir acane nak travel tengah fragile ni. tapi kitorang tawakal je as long tak buat aktiviti extreme, should be ok. memang sepanjang kat Phuket kitorang tak gi mana pun, betul2 rileks, Alhamdulillah everything went well.

tapi nak cerita sikit la sepanjang pregnant kan Ayra not an easy journey. satu sebab faktor umur, betul la orang cakap pregnant time 30 series ni memang pancit, letih dia lain macam wei. lain sangat energy masa pregnant kan Dani dengan Edna. semua benda tak larat, then masa early stage selalu cramp bahagian bawah.

tapi kan ingatkan biasa rupanya tak.. ada penyakit lain yang menyerang. pregnancy kali ni diclassified sebagai Placenta Previa Type IV, apa placenta previa tu? or orang panggil uri bawah? nanti kita cite in details ya.. sebab kalau sebelum ni ada experienced smooth pregnancy ni memang tak pernah bother pun pasal placenta previa ni. dah terkena baru nak nangis seksanya T__T

post kali ni kita cite pasal Ayra la sikit-sikit k. Ayra born at 34 weeks of pregnancy, preterm la kiranya ni. kenapa awal? sebab 5th episode of PV bleeding. memang sedih masa delivery process ni.. emmm nak cite skang ke or kena create another special post pasal ni??

later la kite cite details eh sebab panjang sangat. mama pun memang saja nak abadikan kat blog, biar one day Ayra baca bertapa mama struggle nak keluarkan Ayra ni. mama bersalinkan Ayra on Oct 12, 2018, time tak ingat la rasa nya dalam 9 pagi, emergency c-section. masa ni Ayra 2.3kg, memang lega sangat dengar Ayra ada good weight, plus Dexa injection (matangkan paru-paru) pun dah complete so sangat berharap semuanya ok je.

tapi tak jugak, sebab paru-paru Ayra still tak pandai nak function, the moment Ayra keluar je terus Doc hantar pegi NICU. so sad.. Ayra duk NICU for complete 10 days, berat pun drop to 2kg.

tapi Alhamdulillah till to date, Ayra sihat, cuma progress nya mama tak berapa nak faham lagi. sebab Doc ada cakap eventhough today umur Ayra 2 bulan 14 hari, but the corrected age is 35days. so progress Ayra akan berdasarkan baby umur 35days. patut la anak dara kita masih cranky macam baby dalam pantang. mama dah macam zombie melayan mood Ayra.

now at 2 mos 14 days, berat Ayra dah 3.7kg, abnormal for full term baby. tapi kalau preterm kira ok, so every time checkup mama kena duk highlight Ayra ni preterm. susu memang terpaksa campur FM dan BF. for FM mama guna susu khas for premature, Similac Neosure.

ouh cuma satu je Ayra suspected umbilical hernia, tapi since dia preterm its quite normal, Doc akan monitor sampai umur Ayra 3 tahun then screening again kalau betul hernia kena la adik manis kita undergo minor surgery. harap semua baik-baik jer.

ok la banyak sangat celoteh ni, mama da penat campur ada keja nak buat. Inshaallah ada masa kite update pasal conflict sepanjang pregnant kan Ayra k :)



No comments: