HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, September 27, 2011

kenapa aku beria nak diet?

perbualan dengan rakan-rakan blogger di forum FB tadi buat aku tergerak hati untuk post entry ini. dan aku ingin maklum kan pada readers, entry ini mungkin agak telus, so kalau korang rasa mahu berasa hati, sila back off awal-awal ok, aku tiada masa mahu melayan keterasaan hati kamu =)

di kalangan family dan kawan-kawan terdekat, memang sedia maklum yang aku tengah diet ketat. aku rasa sebelum ni pun aku ada post berapakah berat badan aku semasa anak dara dan berapa berat sekarang. sebelum ni aku ada ambil jusmate5 sebagai pembantu diet aku, aku berjaya turunkan 4kg, dan masih maintain.


tapi aku lebih berminat untuk share kenapa aku beria sangat nak diet. sebab nya sejak metabolisme aku slow selepas bersalinkan dani, aku memang agak stress bila tengok gambar aku or dengar kata-kata orang walhal aku bukan lah kategori berbadan besar. mungkin sebelum ni mereka tengok aku lebih kecil dari ini Y__Y... dan nak tau apa yang buat aku stress?



- dulu aku selalu tengok kawan aku yang berbadan besar kena approach dengan SA slimming product. dan masa tu kawan aku senyum je sambil geleng kepala. dan now, aku dah tau perasaan dia.



- dulu aku boleh slumber tangkap gamba duduk di hadapan. dan sekarang seboleh mungkin aku nak sorok badan aku.



- sesiapa yang baru kenal aku ketika badan begini, otak diorang akan set aku gemuk, tak pernah merasa kurus.



- keluarga mertua aku semua halus-halus dan berbadan kecil, so aku rasa sangat awkward bila berada di samping mereka. dan aku rasa macam aku besar sangat, walau hakikat nya hanya orang yang pernah melihat aku secara berdepan je yang tau.



so dengan reason-reason di atas, korang ingat aku tak panas hati ker? of cos la aku jadi stress bila fikirkan hal-hal macam ni. sebab tu sekarang aku amalkan diet sihat sambil dibantu oleh jus mate. harap aku berkesempatan turun 5,6 kg sebelum raya haji =)



ouh sebelum aku tamat kan entry emosi terlebih ni, mari aku sajikan korang gamba aku dedolu..ahh rindu nya =(


di malam berinai 2 tahun lepas..


aku rindu lengan kecik Y__Y



sekarang, slightly berisi Y__Y


ok dah, nanti ada yang meroyan yuu.. till then =)

6 comments:

AxieAziz said...

usaha tu bagus afni! go go go! u can do it! ;)

KAK RAINBOW said...

gud luck utk afni ye. nurul pun gitu lps bersalin badan mengembang nak diet tp diet main2 je. alahai

FAD RMLN said...

i paham! mmg stresss. bile org slimming center dtg approach, alamak, rasa mcm kena tumbuk kat muka. hahahaaa.

semuga berjaya tau!

Haqq dan Laeka said...

Nak kurus untuk keyakinan kita kan..
semoga berjaya ek :)

Shinnaz Ahmad Rasid said...

cantik je..sweet!!!

afni+hafiz=dani said...

tqvm semua..cargas! kasi cepat kurus..hehe