Sunday, October 23, 2016
Kilang Bateri Johor Bahru
Monday, September 26, 2016
OldTown Grand @ Mount Austin
Wednesday, September 7, 2016
Cats Cafe Johor Bahru
Wednesday, May 23, 2012
masakan paling simple; chicken kungpao!
- Ayam
- Cili Kering
- Halia
- Bawang Besar
- Bawang Putih
- Lada Hitam
- Sos Pekat ABC
- Sos Tiram
- Ayam tu kalau boleh potong kecik-kecik, then lumurkan dengan kunyit, garam. gorengkan macam biasa. jangan terlalu garing. da siap goreng, angkat letak tepi dulu. (Bahan A)
- Cili kering, Halia, Bawang besar, Bawang putih dihiriskan. kalo nak lagi sedap, lebihkan cili kering dengan halia. (Bahan B)
- Then panaskan minyak, jangan terlalu banyak. ibarat cukup untuk tumis Bahan B. tumis biar garing sikit, then boleh masukkan Bahan A.
- Pastu baru letak sos tiram dengan sos pekat ABC. terpulang nak letak banyak mana, ikut sedap tekak. kalau boleh jangan banyak sangat, asal cukup untuk menyelaputi ayam goreng tadi.
- kalau nak pedas, korang boleh tambah lada hitam yang kasar tu. ada orang letak gajus, tapi aku tak pernah menggunakan gajus dalam masakan, so memang gajus tak pernah wujud di dapur aku.haha
- gaul bahan-bahan tadi jangan terlalu lama tau. dan kalau nak tambah air, sikitttttttttt jer. sebab tak sedap kalau chicken kungpao ni terlalu berair atau digaulkan terlalu lama sampai dry sangat, agak-agak nampak macam moist lah. then siap dihidangkan.
Wednesday, May 2, 2012
Subway Homemade Sajork~
Tuesday, November 8, 2011
puding triffle di pagi raya



so bila dah siap, dia akan automatik jadi berlayer-layer gitu. macam aku punya tak nampak layer cheese cake tu sebab i pakai tupperware jer Y__Y itu yang cake tu nampak terselindung ke bawah..kalau pakai mangkuk queen anne tu sure menggoda, yeah harus rembat satu.


senangkan, lain kali agak-agak nak berkunjung ke rumah saudara mara, takde idea nak bawak buah tangan apa..buat je triffle, senang dan pantas. nanti-nanti aku update lagi cerita yang lebih baik ok =) akhir sekali, meh tepek muka aku dan si hensem yang dah lama tak interframe~
Monday, October 17, 2011
pavlova terhebat setakat ini

this is what we called as meringue
macamana nak tau dia jadi meringue? bak kata dayu, bila kau punya adunan dalam bekas tu, kau goyang-goyang pun dia tak cair meleleh, makna nya dia jadi likat dan pekat..

ha ni baru betul, lepas bake dia akan naturally terbentuk, oh macam biasa aku memang selalu hover konpidem sampai meringue aku hitam di atas Y__Y
so masa yang di nanti-nanti kan, nak tengok tak pavlova gebu aii tu??


ini lah yang aku idam-idam kan.. betul la kata kau jue & dayu, lima minit pun habis licin, jadi nak tambah-tambah..opsss ingat dr.rozmey (diet-diet!!) ..hiks!
p/s: oh pada blogger yang nak tengok gamba bday party dani, esok-esok la aku upload, aii tengah teruja pasal pabloba =))
Thursday, October 13, 2011
Jadi ker Pavlova aku ni?

ini lah hasil nya..agak nipis..opss bukan agak nipis kot, memang nipis, pastu crunchy. satu lagi silap aku bila aku ni punya kedekut nak beli icing sugar, poyo rela blend gula kasar. sekali hamek, berbintat-bintat pavlova aku..

hamek kau, hover benau letak whip cream sampai melimpah ruah

tadaa..ini lah hasil nya, nipis kan pavlova aku..so memang crunchy sepenuh nya. bila dah cuba, baru aku tau begini rasa nya pavlova..ok lah, cuma memang super manis, lepas ni aku kena sukat sikit la gula. tapi pavlova ni memang elok hias dengan buah yang masam2, baru ada kick! =) ohh disebabkan aku dengan B kurang sikit benda-benda manis ni. orang yang habis kan 2 slice pertama adalah si dani. gemar benar dia..

Monday, September 12, 2011
malam tadi aku buat open house mengejut eh?

ribena yang menjadi penyelamat..lebiu!!

sedia menunggu team marhaban
sebelum ni aku sibuk canang kat orang yang rumah aku kecik, so nama di hati nak buat open house tu rasa macam..alahai, tak sampai hati rasa nya nak biarkan tetamu datang rumah makan sambil berdiri. so korang nak tengok tak keadaan rumah aku sebelum dan ketika team marhaban sampai?



haha..tragis tak? yang aku nampak hanya kipas di syiling Y__Y
overall, kami suka dan teruja jugak tengok ramai yang datang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. tengok foods pun habis licin. tapi dalam pada kegembiraan, ada perkara yang kami rasa terkilan sangat, aku pesan pada B, takpe lah kita redha jelah..

Dear new owners some of the cars,
thanks sebab datang rumah auntie dan meriahkan rumah auntie. kamu-kamu yang terambil cars adik dani, takpe lah, auntie and uncle halal kan. it just kami terkilan because dani love that cars to the max. harap kamu jaga dengan baik ok. pesan auntie, jangan buat di rumah orang lain yer.. have to admit our mistake, lupa nak simpan all the collection.
Emm have to admit the mistake, yang kami pun lupa simpan all the collection. malam tadi pun lepas turn rumah kami, B ada ikut team marhaban ke rumah lain. dan bila B balik rumah, dia ketuk pintu, muka dah putih macam mayat, rupa nya begini;
seorang budak: "pakcik, rumah pakcik ada PSP kan?"
suami: "ha mana tau ni?"
seorang budak: "saya nampak dalam laci masa pakcik nak ambil duit.."
errr.. ok, lets learn from the lesson. tapi kami tetap berbesar hati untuk membuat open house dan menjemput kawan-kawan datang =)



























