HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, March 31, 2011

berita gembira muncul, lupakan perihal ibu cacat

alhamdulillah..



itu yang mampu aku ucapkan. semalam dalam pada aku agak berjauh hati dengan isu panas "ibu cacat". aku terima call daripada KPJ Johor Specialist Hospital. pegawai di sana hanya mahu set appointment untuk adakan sedikit discussion mengenai hal safety di dalam johor industry.



memang at first aku tak tergerak rasa pun nak mengambil kesempatan dari discussion tu untuk discuss perihal anak bujang aku, iman dani. bagi new reader, korang boleh refer link ni. tapi bodoh la aku kalau tak nak ambil kesempatan menanyakan beberapa isu perihal trigger finger.



FYI, dani sekarang tengah undergo treatment di GH. ouh sebelum ada yang melaser tak tentu arah seperti aku perlekehkan GH, anda pikir la 10 kali. sebab tujuan aku nak refer kes dani pada KPJ adalah untuk dapatkan second opinion. tambahan, medical card yang aku buatkan untuk dani listed di bawah KPJ. it's worth to try. FYI sekali lagi, aku kena la akur di GH mereka akan utamakan major case instead of minor case. so tak salah rasanya aku nak dapat kan second opinion.



so selepas discuss dengan staff KPJ, aku sempat menyelit tanya dan sambil cerita perkembangan trigger finger dani. aku sempat tanya, berapa cost KPJ charge untuk kes macam dani, treatment dia macam mana pulak. ikutkan officer tu dia cakap kes dani kena refer pada pediatrician dulu, then baru decide sama ada continue dengan orthopedic or OCT Therapy. macam sekarang dani undergo 2 department ni.



tapi part yang paling seronok, bila aku sempat tanya officer tu harga 1st consultation. kata dia, untuk first appointment, consultation fee sahaja rm 300. what? terbeliak weh. bukan apa.. hanya beberapa minit consult, da cecah rm 300. da la insuran tak cover untuk consultation. itu untuk seorang doctor, let say macam tadi aku cakap kena jumpa 2 specialist, mau makan rm 600 untuk consultation sahaja.



tapi aku kan ramah tamah..hehe.. agak2 da kenal officer kat dalam KPJ, why not kita buat jalan mudah. yes, officer tu mencadangkan aku dapatkan medical report, scan, dan email kan pada dia. dia akan cuba dapatkan pendapat para specialist. of cos aku happy lompat2 beb..hehe. jimat rm 600!!



selagi lagi aku nak tekan kan, bukan lah aku akan tamatkan treatment dani di GH, tapi aku hanya mau dapatkan SECOND OPINION! sebagai ibu, itu adalah perasaan normal. ok la, aku banyak keja tak terkata, enjoy your weekend =)


progress terbaru jari dani

Wednesday, March 30, 2011

pagi lagi saya da rasa macam nak nangis..

pagi2 lagi aku da rasa macam perlukan B di sisi. sebelum tu korang boleh baca blog hannah. sampai ofis, on jer laptop, terus bukak blog, scroll down, then nampak hannah update satu cerita baru yang membuatkan aku tergerak nak baca. dengan tajuk "Saya bukan ibu yang cacat".. buat aku terpikir, apa yang cuba hannah sampaikan. because the thing is, apa yang cacat pada hannah? pada aku dia dikurniakan keluarga yang bahagia, mummy yang cute disamping anak nya, myiesha yang comey lote *love*


selesai baca post hannah..


aku jadi macam nak nangis semahu nya. FYI, aku seorang yang paling payah nak berasa sedih atau teringin nak menangis semahu nya. aku terus pegi pada link yang hannah bagi, pada hannah si ibu perfect ini, meluah kan kata2 apologize, tapi tidak pada aku. si ibu perfect ini, lagi mencabar kata2 nya seperti nak mengajar.


suka aku untuk berkongsi cerita dengan si ibu perfect ini bagaimana jerih perih nya aku melalui zaman berpantang bersama anak kesayangan aku, iman dani. the way aku bersalin kan iman dani adalah tidak semudah yang disangka. aku semasa zaman mengandung kan dani adalah tersangat aktif. aku banyak outstation, berpanas di atas port johor menyelesaikan urusan penting di tengah panas terik, bawak document, bawak perut yang ketika itu jasad dani sudah mula bergerak, segak berhigh heel. adalah sesuatu perkara yang membuatkan mak aku risau tak sudah...


tapi aku cekal, sebab aku lebih suka aktif. bak kata orang tua, mudah awak bersalin macam ni. tapi tanggapan tu jauh tersasar, aku overdue 5 hari. siang malam aku menangis bila sudah masuk hari ke-3 overdue, iman dani sudah mula bergerak perlahan. hati gundah tak terkata. aku kuatkan diri kerap solat hajat doa allah perkenankan aku berjumpa anak yang seorang ini. setiap malam, aku akan terjaga dan berharap sangat contraction bakal berlaku. tapi sekali lagi hampa, kejadian yang menyebabkan aku berjaya menghasilkan contraction. bila malam ke-5 aku overdue, aku jatuh terduduk, B cepat kejarkan ke hospital, ternyata hasil jatuh itu menyebabkan jalan terbuka 5 cm.


kenapa aku rasa sangat terseksa melahirkan sehingga buat aku trauma beberapa minggu? aku tak makan, detik doktor pecahkan air ketuban, aku terus muntah, bertambah kosong perut, aku sakit tak lama, hanya 5 jam. tapi dengan tenaga yang tiada, apa yang mampu diharapkan. cukup 9cm aku tak tahan, terus push iman dani keluar, tapi tak berjaya, doktor bising dan risau dengan kedudukan ctg iman dani. aku melahirkan iman dani dengan pertolongan vacuum.


kehadiran iman dani dalam keluarga aku dan B sangat membahagiakan. hari pertama biasalah xde susu. masuk hari ke-3 susu aku menitik2 membuahkan hasil. aku sua kan pada dani. dia ok hisap. tak lama dalam 2 minggu lepas tu, dani kena sawan tangis. bagi si ibu perfect mesti awak tak tau apa sawan tangis kan? fyi, sawan tangis adalah sesuatu yang memenatkan. aku berpantang di rumah mak, B tak dapat temankan. masa kena sawan, siang dani akan tido dan well-behaved, tapi bila malam hari, dani akan menangis bermula pukul 10 malam sampai la dalam pukul 1 pagi. yer dani menangis non-stop. sampai lembik si bayi yang berusia 2 minggu tu, urat terik keluar. penat ayah aku bacakan macam2 ayat, sapu muka dengan air yassin. tak berhasil. bila mak aku balik je dari surau dalam pukul 1 pagi, baru la dani terliuk lembik atas bahu mama. tak minum susu, bukan sahaja susu bf, even susu fm pun dia da lembik nak hisap tak terdaya.


bila kerap dani kena serang sawan tangis. adakah si ibu perfect expect dani akan berhenti nangis bila di sua kan bf? kamu fikir lah sendiri. saya sendiri menangis mengadu pada B. mama yang mengabil upah jahit sebelum raya pun, lembik tak mampu untuk mejahit akibat handle dani kala diserang sawan. kamu ingat saya gembira bila x bf dani? kamu rasa saya suka dani tak bf, sebab boleh jaga bentuk dada saya? kamu tau bagaimana saya set dalam kepala, "susu banyak...susu banyak". tapi si kecil tak nak hisap, sebab dia diserang sawan tangis. boleh awak imagine macamana dada saya membengkak, susu menitik2 tapi anak tak nak minum? sampai la sekarang dani da genap 8 bulan dia masih minum sikit. percaya tak kalau saya bgtau dani masih minum susu 100ml? itu pun kadang habis, kadang tidak. tapi saya banyak buat research, dan berikan dani makanan pejal yang cukup khasiat bagi bekalan tenaga.


sigh..ahhh..stop la cerita. xde guna bercerita pada ibu yang menggelar kami kami semua yang tak bf, adalah IBU CACAT.

Tuesday, March 29, 2011

ini bukan lagi wordless wednesday....


....tapi speechless wednesday..i told u B....

Monday, March 28, 2011

merajuk dan saya adalah sangat sinonim

wah apa kes cite pasal merajuk2 ni? haha. gue tengah merajuk dengan B.. uhuk uhuk

actually, kalau nak cite pasal merajuk ni, aku dengan merajuk memang x boleh di pisahkan. dari kecik sampai ke besa. kalau da sekali merajuk, confirm muncung tu boleh buat sangkut hanger. benda ni sebenar nya dari kecik lagi. tapi masa aku baru nak meningkat remaja tu, aku punya tahap merajuk tu memang sampai tahap unbelievable, sampai tahap mak aku tahan geram je nak lempang..haha. meh aku cite chronology merajuk aku yang sampai orang sekeliling pun geram jer.


masa baru nak meningkat remaja:


Let say, aku tengah jalan dengan family aku, then ternampak satu kasut comel sangat2, aku mintak mak aku belikan, dia x bagi, terus dia heret aku pegi kedai makan, aku rela keras kematu x nak makan selagi x dapat kasut tu. time ni mak aku baik lagi, x pernah lagi cubit aku kalo aku da merajuk. so dia pun bawak la aku beli kasut, baru la aku boleh makan dengan hati gumbira. Lagi satu, dulu aku adalah sangat alergic kalo orang sentuh makanan aku. konon poyo lapar sangat. order nasi goreng sepinggan. orang nak, aku memang x bagi. sape ambik sesudu pun, aku pun meleleh airmata macam ada orang meninggal. end up memang x habis makan pun, dasar kedekut.


masa zaman belajar:


Bila da masuk U, x main la merajuk2 weh. i kan da anak dara yang bila2 saja bakal di sunting...auwww ouh tapi jangan la tertipu, yang menjadi mangsa adalah kekasih hati ku iaitu B la. masa mula2 kenal B hangin je tengok aku. sampai dia perna tanya roomate aku, "kenapa la afni tu kuat merajuk.." haha..tu memang confirm dia ketap bibir jer tengok perangai aku. Satu perangai bila aku merajuk. B just nak bagitau jer yang dia x dapat topup hari ni, yang aku pulak dah meroyan x tantu arah macam B minta break-up. padahal aku boleh jer berlaku tenang dengan memahami situasi dia mungkin time tu dia xde duit nak topup. erk!


bila dah kawin:


haha..bila masuk fasa ni, memang sah2 la B yang jadi mangsa aku. silap sikit, aku da muncung x bercakap. padahal salah dia mungkin dia lupa nak off suis rice cooker jer. wah huduh la perangai aku ni. haha..x pun , salah cakap sikit, da berjujur airmata ku.


eh tapi da kurang banyak tau perangai merajuk aku ni. yelah dulu masa bercinta, B sanggup pujuk aku beria2, sampai 102 miscal, 43 sms. sekarang da kawin? hahaha..bolayan! si dani aku x tau la bakal menurun perangai aku ke x, harap x ikut la, buruk kalo lelaki merajuk..hehe


Sunday, March 27, 2011

hentikan sifat kenegerian

hai semua =) lama da x update. last weken aku kena amik EL disebabkan makcik yang mengasuh iman dani terpaksa balik kampung. so aku la terpaksa take over jaga dani T__T


ok hari ni aku tergerak hati nak bercakap pasal sifat2 kenegerian yang sering dijadikan bahan umpatan orang. ni aku cite berdasarkan pendapat aku tau, so lepas ni jangan la pulak ada yang menghentam ke apa. semua orang ada pendapat masing2. aku cuma utarakan apa yang aku rasa agak x manis untuk dijadikan isu.

benda ni aku da biasa sangat dengar orang bercerita, dari zaman aku belajar lagi. almaklum bila kita di universiti memang kita akan bercampur dengan ramai orang yang berasal dari pelbagai negeri. kalo macam aku memang jenis x kesah, bukan setakat negeri apa, kaum apa pun aku xde hal lah nak berkawan rapat.


aku da biasa sangat dengar orang cakap:


  • orang kelantan: pemalas, pengotor, suka backup orang dia sendiri

  • orang melaka: suka mencarut, cakap kasar

  • orang negeri sembilan: pentingkan adat perpatih, rugi kawin. mulut laser

  • orang kedah/penang: lok lak je lebih!

  • orang johor: banyak gangster..

ok, itu antara yang aku da biasa dengar. sebelum tu aku mintak maaf pada yang terasa ok! niat aku hanya untuk menjadi iktibar pada yang lain. ouh sbelum kita proceed, FYI, aku orang wilayah persekutuan, B pula orang kelantan, tapi kami stay di JB. aku ni jenis x kesah bila ada kawan2 yang bercerita mengenai hal ni. bagi aku tu pendapat masing2, so selalu nya aku memang x campur kalo mereka nak bercerita.


bagi aku senang je, kadang2 mungkin individu tu pernah terkena dengan orang negeri tu. so dia jadikan isu. sebagai contoh;


rahmah: eh aku benci btoi dengan pompuan tu?


zalikha: eh kenapa?


rahmah: pompuan tu gatal sangat kacau boifren aku. da xde jantan lain agaknya!


zalikha: ouh yeke? dia orang mana?


rahmah: mana lagi orang kelantan la..


zaikha: uh kelantan jangan cakap la..memang pompuan dia jenis macam tu...!


itu sebagai contoh ok! sesiapa yang terasa aku tampar kang..huhu.. as conclusion, bagi aku kenapa ko nak kaitkan sifat seseorang tu dengan asal negeri dia. bagi aku da memang perangai dia macam tu. jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga. kerana perempuan tu gatal, ko kaitkan semua perempuan kelantan gatal. aku bukan nak backup orang kelantan ke apa ok! not even sebab B tu orang kelantan. cuma aku alergic orang yang bersifat kenegerian.


macam aku pulak, mentang2 aku kawin dengan B yang asal dari kelantan. orang lain suka nak korek2 tanya aku..ok ke kawin dengan orang kelantan? damn shit aku x suka! atau kalo ko busy body sekali pun, x perlu tanya aku face 2 face. cukup sekadar ko tanya dengan hati kau tu. pada aku, aku memang x kesah kalo ko nak bersifat kenegerian depan aku, tapi x perlu nak kaitkan dengan aku sambil tanya:


Temah: eh aku benci la dia tu. dasar selfish! aku memang agak da kalo orang kelantan memang perangai macam tu! oppsss..afni sorry k, i x maksud nak cakap camtu. yelah, hubby u kan orang kelantan..


jawapan aku? memang dalam hati confirm sumpah seranah. ko nak cite, cite je la, aku dengar. tapi x payah la nak kaitkan dengan aku. sebab yang penting aku sndiri TAK PERNAH MENGAMALKAN SIFAT KENEGERIAN! kalo ada yang nak cakap aku ek eleh mentang2 dia kawin dengan orang sana, nak backup la tu.. hello! aku x pedulik pun tau B asal dari mana ok!


bagi aku mudah saja., sentiasa la amalkan sifat JUST KEEP IT TO YOURSELF! selalu ingat semua umat manusia ada perasaan berkecil hati =)

Wednesday, March 23, 2011

abe dani sayo ado gigi doh..yippie! yippie!

pagi semua =)

2 hari lepas, masa aku tengah suap kan baby bites pada dani, aku da rasa lain bila time gusi dia bergesel kat jari aku. selalu nya aku rasa lembut gusi je, kali ni aku rasa macam bergerigi. aku duk perhati kan jer, then baru perasan ouh dani da ada gigi la.. happy!

sebelum ni memang aku tunggu jer bila la dani nak tumbuh gigi. bila blogwalking sana sini mummy cite anak mereka da tumbuh gigi. yer aku tau development setiap baby adalah berbeza. tapi biasa la, di mulut kita boleh cakap macam tu, tapi dalam hati meronta2 x tahan nak tunggu bila dani nak tumbuh gigi. alhamdulillah lewat2 pun dani da berjaya tumbuh 2 batang gigi. patut la dalam entry lepas dia punya auta dan extra meroyan lebih sangat. rupa nya anak mama nak tumbuh gigi laa =)



berjejer air liur dani neh..


no wonder la baru2 ni pengasuh asyik mengadu, kena tukar baju dani sampai 4,5 pasang sebabkan air liur dia keluar banyak. then dia sibuk nak gigit orang keja dia. maybe dia rasa gatal pada gusi. habis la dia gigit jari aku, paling worse dagu mak ko ni pun nak gigit. berjejer air liur.. ok la, aku x boleh cite panjang, banyak pending x siap lagi. ouh sebelum tu korang nak tengok x gigi abe dani kita?



ouh sorry korang. tuan punya gigi xnak bagi kerjasama..heh~~

Tuesday, March 22, 2011

perasaan jeles membuak kala anak di pangkuan orang lain

ha hamik tajuk panjang x hengat.haha. hello semua.

actually sekali lagi aku xde idea weh nak post apa. normally kalo aku nak post sesuatu, aku based pada gamba. aku ni da la jenis auww pemalu nak snap sana sini. so aku kena la perah otak sikit nak cerita sesuatu.

ok meh kita cerita sikit apa perasaan korang kalo kita pegi open house or kenduri kawin orang dukung anak ko ke hulur hilir macam anak sendiri? or let say ni ada satu couple, si perempuan teringin nak dukung dani, then terus bawak dani duduk di sisi sang lelaki aka boifren dia. sambil tergelak2 hik hik seperti keluarga bahagia yang sudah lengkap bersama seorang anak. alahai..

haha. aku cite macam ye ye jer, padahal yes benda tu terjadi pada aku dan B. baru2 ni aku dengan B pergi rumah seorang kawan bagi meraikan birthday party anak dia. so macam biasa. aku sampai je rumah tu, x menyempat nak bersalam, anak aku da ilang entah mana di rembat orang. ok aku ni memang jenis xde hal orang nak pas baton anak aku kat sesiapa, asalkan dalam lingkungan penglihatan aku. kalo B ni dia lain sikit..haha..dia jenis kurang gemar or erti kata lain agak jeles sikit kalo orang dukung2 anak dia ni. x sempat 5 minit, confirm suruh aku amik balik anak dia kat tangan orang. da kata anak sorang, macam tu la perangai abah nya, try anak 5,6? silap2 dia yang paksa orang lain dukung anak dia..haha

ouh bukan B yang menjadi bahan umpatan kita ok.. haha. tapi cerita mengenai sepasang couple ni la. sebab perbuatan dia membuatkan aku pun nak rembat balik anak aku. haha.. bila anak aku da pas kat segala kakak, makcik, terus la sampai kat tangan si perempuan ni. at first aku x amik port pun, sebab aku lebih tertarik dekat food2 yang terhidang. tapi lepas habis makan, aku baru perasan minah ni x kawin lagi rasa nya, sebab the way dia himpit si lelaki tu seperti merpati sejoli, or mungkin baru2 kawin. tambah2 pulak dia pegang dani tu seolah anak dia. aku dari jauh duk tengok je.. sekali *pap.. sentap gue..dani diperlaku seperti anak mereka. haha..apa punya perasaan la. sekarang baru aku faham perasaan B.

sebenar nya jeles di sini bukan la bermaksud aku dengan B manjang rasa jeles kalo orang pegang dani. xde hal lah, aku lagi suka orang pegang, boleh perasan anak dara kejap. haha.. just ye lah mungkin perasaan jeles tu akan timbul mengikut keadaan. aku pasti korang pun pernah merasa benda yang sama. siapa x jeles kalo anak kita yang duduk di pangkuan si perempuan yang perasan macam tu anak dia, then makcik mana tanya, " eh comel nya anak awk..", sambil si perasan mak ni tersengih2 macam kerang busuk macam orang puji dia. ha sape x hangin weh, aku dengan B penat berhempas pulas menurunkan gen2 terbaik ni..haha.. ok la, dari aku mengarut lagi berjela baik aku stop skarang. enjoy your wordless wednesday =)

ini si kepochi saya