HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, March 30, 2011

pagi lagi saya da rasa macam nak nangis..

pagi2 lagi aku da rasa macam perlukan B di sisi. sebelum tu korang boleh baca blog hannah. sampai ofis, on jer laptop, terus bukak blog, scroll down, then nampak hannah update satu cerita baru yang membuatkan aku tergerak nak baca. dengan tajuk "Saya bukan ibu yang cacat".. buat aku terpikir, apa yang cuba hannah sampaikan. because the thing is, apa yang cacat pada hannah? pada aku dia dikurniakan keluarga yang bahagia, mummy yang cute disamping anak nya, myiesha yang comey lote *love*


selesai baca post hannah..


aku jadi macam nak nangis semahu nya. FYI, aku seorang yang paling payah nak berasa sedih atau teringin nak menangis semahu nya. aku terus pegi pada link yang hannah bagi, pada hannah si ibu perfect ini, meluah kan kata2 apologize, tapi tidak pada aku. si ibu perfect ini, lagi mencabar kata2 nya seperti nak mengajar.


suka aku untuk berkongsi cerita dengan si ibu perfect ini bagaimana jerih perih nya aku melalui zaman berpantang bersama anak kesayangan aku, iman dani. the way aku bersalin kan iman dani adalah tidak semudah yang disangka. aku semasa zaman mengandung kan dani adalah tersangat aktif. aku banyak outstation, berpanas di atas port johor menyelesaikan urusan penting di tengah panas terik, bawak document, bawak perut yang ketika itu jasad dani sudah mula bergerak, segak berhigh heel. adalah sesuatu perkara yang membuatkan mak aku risau tak sudah...


tapi aku cekal, sebab aku lebih suka aktif. bak kata orang tua, mudah awak bersalin macam ni. tapi tanggapan tu jauh tersasar, aku overdue 5 hari. siang malam aku menangis bila sudah masuk hari ke-3 overdue, iman dani sudah mula bergerak perlahan. hati gundah tak terkata. aku kuatkan diri kerap solat hajat doa allah perkenankan aku berjumpa anak yang seorang ini. setiap malam, aku akan terjaga dan berharap sangat contraction bakal berlaku. tapi sekali lagi hampa, kejadian yang menyebabkan aku berjaya menghasilkan contraction. bila malam ke-5 aku overdue, aku jatuh terduduk, B cepat kejarkan ke hospital, ternyata hasil jatuh itu menyebabkan jalan terbuka 5 cm.


kenapa aku rasa sangat terseksa melahirkan sehingga buat aku trauma beberapa minggu? aku tak makan, detik doktor pecahkan air ketuban, aku terus muntah, bertambah kosong perut, aku sakit tak lama, hanya 5 jam. tapi dengan tenaga yang tiada, apa yang mampu diharapkan. cukup 9cm aku tak tahan, terus push iman dani keluar, tapi tak berjaya, doktor bising dan risau dengan kedudukan ctg iman dani. aku melahirkan iman dani dengan pertolongan vacuum.


kehadiran iman dani dalam keluarga aku dan B sangat membahagiakan. hari pertama biasalah xde susu. masuk hari ke-3 susu aku menitik2 membuahkan hasil. aku sua kan pada dani. dia ok hisap. tak lama dalam 2 minggu lepas tu, dani kena sawan tangis. bagi si ibu perfect mesti awak tak tau apa sawan tangis kan? fyi, sawan tangis adalah sesuatu yang memenatkan. aku berpantang di rumah mak, B tak dapat temankan. masa kena sawan, siang dani akan tido dan well-behaved, tapi bila malam hari, dani akan menangis bermula pukul 10 malam sampai la dalam pukul 1 pagi. yer dani menangis non-stop. sampai lembik si bayi yang berusia 2 minggu tu, urat terik keluar. penat ayah aku bacakan macam2 ayat, sapu muka dengan air yassin. tak berhasil. bila mak aku balik je dari surau dalam pukul 1 pagi, baru la dani terliuk lembik atas bahu mama. tak minum susu, bukan sahaja susu bf, even susu fm pun dia da lembik nak hisap tak terdaya.


bila kerap dani kena serang sawan tangis. adakah si ibu perfect expect dani akan berhenti nangis bila di sua kan bf? kamu fikir lah sendiri. saya sendiri menangis mengadu pada B. mama yang mengabil upah jahit sebelum raya pun, lembik tak mampu untuk mejahit akibat handle dani kala diserang sawan. kamu ingat saya gembira bila x bf dani? kamu rasa saya suka dani tak bf, sebab boleh jaga bentuk dada saya? kamu tau bagaimana saya set dalam kepala, "susu banyak...susu banyak". tapi si kecil tak nak hisap, sebab dia diserang sawan tangis. boleh awak imagine macamana dada saya membengkak, susu menitik2 tapi anak tak nak minum? sampai la sekarang dani da genap 8 bulan dia masih minum sikit. percaya tak kalau saya bgtau dani masih minum susu 100ml? itu pun kadang habis, kadang tidak. tapi saya banyak buat research, dan berikan dani makanan pejal yang cukup khasiat bagi bekalan tenaga.


sigh..ahhh..stop la cerita. xde guna bercerita pada ibu yang menggelar kami kami semua yang tak bf, adalah IBU CACAT.

16 comments:

mun said...

mun pon pagi2 mood sudah down tau afni bile terbaca jek kisah ibu cacat tue..seriously mun rasa mcm nak bagi penampar jek kt muka ibu perfect tu tau....huhuhu....

afni+hafiz=dani said...

mun, tadi afni da bantai komen kat blog dia. tp the way dia post kat blog, macam still nak mencabar kita..haihh

mAr@ZiEy said...

Sy betul2 terasa sgt bila org gelar ibu yg xBF kan anak adlh ibu cacat..sy hanya bg susu bdn dlm pntg je..niat mmg nk fully bf tp masalah yg sy sndiri pening..doktor pn xde pilihn lain selain bg 'Aish susu FM..menangis sy bile susu yg keluar ckt dan mmg xckup buat anak kecik tu..setiap minit pam..even plg byk takat 2oz je..org yg gelarkn ibu cacat buat ibu yg xbf kn anak mmg org yg xphm ape perasaan seorg ibu yg xdpt bf kn anak sndiri..emo emo emo

sharEna said...

ada bbrp sebab knp ibu bg anak susu badan. klu yg mmg saje xnk bg tu, what more to say kan?

tp mcm kita2 yg berhadapan dgn situasi2 mcm afni nie, adakah diorang tahu & ambil kira? adakah kita saje2 nk bg anak susu badan? perlu ke kite war2kan pd 1 dunia kenapa?

sama la mcm keadaan knp kite hanya pumping the milk out utk Naurah. rmai dok tnya knp x breastfeed direct? geli ker hape? malas? menyusahkan? tanya mereka..

sakit hati bile org pertikaikan tau! perlu ke nk canang kt semua yg Naurah sudah nipple confusion sbb 5 days after i gave birth, the milk didn't come out at all. & nk cerita kena paksa bersalin all that. perlu ker? sggup nk dengar cerita pjg?

haihh..kan dah emo lagi =.=

afni+hafiz=dani said...

Mummy `Aish, sama la macam afni. masa dani kena sawan, afni tetap pam. mak afni paksa. tapi paling byk keluar 2oz je. tu pun sampai berdarah2

afni+hafiz=dani said...

sharEna : biasa la, semua orang ada reason masing2. yang penting x perlu persoalkan kenapa kita buat sesuatu tu..haihh

yaya+frdz+auf said...

sabar la wak.kita masing2 adalah ibu yg terbaik. kita semua dah usaha. dan yang penting, jgn riak. saye pon sedih dengan kenyataan budak tu.

mamaelly said...

ermm afni..sama kes ngan elly.... tapi alhamdulillah..elly dapat susukan isya sampai umur dia 6 bulan walaupun kadang2 campur dengan fm...

si ibu yang kononnye perfect dan berbangga sebab dapat susukan anak dia tu... ermm bawak2 la menunduk ke bumi... geram pulak baca entry dia tu... haih la..tak tau nak komen ape dah

afni+hafiz=dani said...

btol tu yaya. nak berkongsi cerita boleh, tapi tak perlu riak. afni tak perna rasa sentap macam ni..

afni+hafiz=dani said...

geram kan elly bila baca statement budak tu..haihh sampai ati dia ckp mcm tu

nanonano said...

alaa kite pun tumpang sedey gak..
ermm tp tu la
susah la dgn org yg teralu taksub ni
lsg xjg hati org dgn perlekehkan plak
tp no wonder la
dia ni mmg prangai jenis sound tepek kt org
itupun lepas bace entry dia lepas2
laser gak eh mulot dia
rasekan skrg dpt fan pages kat fb..huhu

afni+hafiz=dani said...

na, afni pun da selesai sound kat page dia.hhehe

afni x sempat khatam lagi minah ni jenis macamana.

Luv like this.... said...

u know wut..sy jd follower dia dlu.tp sebab satu entry dlu dia pena perlekehkn FM milk ni trs x mau dah bce blog dia..huhu!!!terasa hati dgn minah ni

afni+hafiz=dani said...

wah afni kena khatam kan blog dia ni. ramai ckp dia mulut laser..haisshh x paham sunggo

Mama Hasya said...

owh afni,dani sama le macam amaanii..kena sawan tangis time pantang.asal mlm je nangis..pastu x nk BF..hu,hu..sy try buka blog minah tu xleh le..dia dah remove kot..x sempat nak baca..

afni+hafiz=dani said...

owh sama la kita. yg kena je terasa perit nya kan? tu la..dia da remove url dia.