HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, September 12, 2011

malam tadi aku buat open house mengejut eh?

ok cerita nya begini, ahad lepas aku ada pegi open house seorang kawan, sebelum balik mak dia ada bekalkan sebiji tembikai dan beberapa biji buah oren. so atas sifat benci kepada pembaziran, aku belah tembikai tu kepada dua, sebelah aku ambil, sebelah lagi aku berniat nak bagi pada jiran sebelah. so perbualan kami bermula begini;


aku: "kak mai, tolong panggil kakak suruh datang rumah kita ambil tembikai ni. semalam pegi rumah kawan, mak dia bagi, banyak sangat pulak..."


kak mai: "eh malam ni ada marhaban tau anjuran blok ni.. kau ingat tak?"


aku: "ha yeker? kita ada perasan jugak. tapi tak ingat date dia bila..kenapa?"


kak mai: "takde lah, sebab nanti semua melayu satu blok ni akan pegi dari rumah ke rumah buat marhaban..rumah kau join la sekali.."


aku: "ha apa? saya tak tau ni..saya nak hidang apa nanti..ya allah, segan la camni"


so begitu lah cerita nya.. aku tau perkara ni tepat pada pukul 7.15 pm. dan majlis marhaban tepat pukul 8 pm. yeah, great, dengan aku tak mandi lagi, aku sempat text suami, "B, call i ada emergency!" tragis kan ayat aku?haha.. so aku dengan pantas nya menyiapkan apa yang ada sahaja, sebab bak kata kak mai, sediakan yang simple, sebab nanti lepas habis marhaban, dekat bawah blok ada jamuan makan.



mujur mak azie bekal kan buah-buahan, thanks makcik!


ribena yang menjadi penyelamat..lebiu!!


kira nasib la siapa dapat yang mana..


mujur B sempat balik sebelum team marhaban sampai. ouh lupa nak maklumkan yang kami ni tak pernah buat majlis keraian di rumah, dan jarang sekali join aktiviti rukun tetangga di sini. so sifat teruja orang nak datang tu agak terlampau la sikit. tapi ada guna nya join benda-benda macam ni..almaklum lah, aku dengan B ni hidup merantau, so bila susah senang boleh la mintak tolong jiran-jiran ye tak?



mujur sempat bersiap..

sedia menunggu team marhaban


sebelum ni aku sibuk canang kat orang yang rumah aku kecik, so nama di hati nak buat open house tu rasa macam..alahai, tak sampai hati rasa nya nak biarkan tetamu datang rumah makan sambil berdiri. so korang nak tengok tak keadaan rumah aku sebelum dan ketika team marhaban sampai?




keadaan rumah yang kecil molek, tapi rasa besar kalau hanya bertiga sahaja


haha..tragis tak? yang aku nampak hanya kipas di syiling Y__Y


overall, kami suka dan teruja jugak tengok ramai yang datang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. tengok foods pun habis licin. tapi dalam pada kegembiraan, ada perkara yang kami rasa terkilan sangat, aku pesan pada B, takpe lah kita redha jelah..



Dear new owners some of the cars,


thanks sebab datang rumah auntie dan meriahkan rumah auntie. kamu-kamu yang terambil cars adik dani, takpe lah, auntie and uncle halal kan. it just kami terkilan because dani love that cars to the max. harap kamu jaga dengan baik ok. pesan auntie, jangan buat di rumah orang lain yer.. have to admit our mistake, lupa nak simpan all the collection.


Emm have to admit the mistake, yang kami pun lupa simpan all the collection. malam tadi pun lepas turn rumah kami, B ada ikut team marhaban ke rumah lain. dan bila B balik rumah, dia ketuk pintu, muka dah putih macam mayat, rupa nya begini;


seorang budak: "pakcik, rumah pakcik ada PSP kan?"


suami: "ha mana tau ni?"


seorang budak: "saya nampak dalam laci masa pakcik nak ambil duit.."


errr.. ok, lets learn from the lesson. tapi kami tetap berbesar hati untuk membuat open house dan menjemput kawan-kawan datang =)


11 comments:

mun said...

erkkk takot lak mun nak join marhaban n ziarah ari ahad nie kat tmpt mun...huhuuhh

sharEna said...

aiyak..dasatnye gitu...sedih kereta tu kena amek, pastu ngeri bdk tnya psp..eiii..bdk2 zmn skrg T_T

nanonano said...

bestnye ade program cmni
tp sbb afni 1st time join kan
lepas ni beware la, ehhe

Mrs Nageb said...

Wut...sangat berterus teranglahitu budak..huhuhu....sejuk mata tengok rumah afni... :)

Unknown said...

tapi kalau satu blok umah sama peten
takpelah
paham kan..umah kau kechik
umah aku pun kechik..
takpe..org kata.. tetamu dtg bawak rezeki (:

afni.. mmg design umah ni dia tak sorokkan dapur ke??
waahhh,mesti rajin kemas dapur gini kan

afni+hafiz=dani said...

mun: takpe rumah mun landed house kan? so selamat punya! hehe

sharena: ngeri kan? tu la terkilan gile cars tu hilang

na: tu la 1st time, lepas ni dah tau la diorg buat macamana

mrs nageb: kan?kan? takut tengok..hehe.. btw, tq.. tak tau tang mana yang sejuk mata memandang..haha

dayu: ha tu yg best. betul tu, suka sebab 1st time tgk ramai org.

a'ah dayu, umah ni pattern dia macam tu. sbb die dah drag bilik jd besa. so space kat dpn limited. kalo permanent resident, diorang jadikn bilik ketiga sbg dapur. mcm afni sewa jer, malas nak ubah2. betul tu, setiap masa kena make sure dapur bersih..haha

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

alamak...apa dah jadi afni...ekekekeee nak wat cam enr redha ajer laaa...

FAD RMLN said...

rumah i lg kecik tau. dulu pernah buat house warming. jemput sedara mara je tp ada gak hp org yg dtg hilang. haihlah down je rasa brg org hilang kat rumah kita.

Nurul aziyana said...

salah siapa tu amik barang rumah org..alahai..not good..sian dani..

hurm kami pun xsampai hati nk buat open house..rumah pun mcm bukan rumah jer..hahahahhaa

AxieAziz said...

Tembikai penyelamat. hihi.. =P

madam kheyr hameed said...

kikikihh..nak tergelak bila bebudak tu panggil pakcik. siap perasan psp pakcik tu. aiyooo..sasaran seterusnya tu. lepas ni uols kena kunci lemari la jawabnye