HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, January 31, 2011

dani first solid food

sabtu lepas aku da start bagi makan kat anak bujang aku.so far aku tengok dia ok je, tapi aku kena rajin la tukar menu untuk dia.kira kalau da pagi aku bagi baby rusk, petang pandai2 la ubah eh, aku try bagi dia mix kentang dengan carrot.

froggie nyum nyum

tapi dani ni jenis mat kepoh sikit, aku duduk kan dia dalam walker, tapi kena lock weh, so set walker jadi rocker..tu pun x boleh duduk diam..pening aku! ni pun sebuk je tangan kanan nak pegang soother dia, yang tangan lagi sebelah sibuk nak pegang botol. FYI, dani ni malas sikit nak pegang botol. dia rela hisap macam tu je,so omak dia la tolong tonggeng kan botol dia..haiyaa

untuk rumah pengasuh, aku bekal kan variety nestum, takut2 dani bosan, susah pulak nanti. harap dani makan dengan sopan. jangan sembur2 tau!

"firstly, kita tepuk2 dulu kotak ni, nak tgk fragile ke x.."

"eh mama, kita kena baca instruction dulu, senang dani nak explain kat mak munah nanti.."

"ouh..macam tu ke..ok ok paham " @~@

ouh sebelum conclude, dani da pandai senyum depan camera..cair hati mama..nyum nyum

dekat JB hujan x henti2, x pasal2 aku satu family pkai baju mcm duk kat oversea..euww

Thursday, January 27, 2011

bila lapar, tapi xde apa dalam fridge, jadi nak masak ape?

semalam punya la lapar masyaallah, sejak2 da beranak satu ni, memang malas gila nak keluar malam. bukak fridge ada seketul ayam (seketul yer, bukan sekor), 3 ekor sotong, dgn 10 ekor udang je.pasrah gila rasa..x kan aku masak utk sorang sambil share/suap B?? ahh cannot cannot..

tengok yee mee ada lagi 2 keping, so taraaa..nah Yee Mee Cantonese~~

meh sini nak share ngan korang..kot2 bosan asik makan nasik je, skali skala makan yee mee cantonese sedap gak kan?


ni bahan2 utama yang diperlukan
ni bahan penting ni, so xde la mee tu rasa x complete kan?

sedih x?sayur ni je ada kat umah aku..tu pun da lunyai..hoho.kalo ada carrot lagi sodap!


ouh jangan dilupakan bahan tumisan, bawang putih/merah, wajib ada cili padi

ha ni mana bole lupa, garam, kiub pati bilis, telur
1st, kita kasi tumis bahan2 tumisan tadi..

lepas da garing, masukkan la ayam, udang, sotong tadi

tengah2 tunggu tu, siap2 kan la yee mee atas mangkuk elok2

ha masa utk masukkan sayur pulak

bila semua nya sudah empuk, masuk kan la putih telo, kacau cepat2, then masuk kan pulak tepung jagung untuk pekat kan kuah ok

taraaa..da siap kan? kejap je 10 minit settle untuk di ngap ngap!!

meh aku kasi close up sikit.amacam? kenyang nih pecah purut woo

bak kata Chef Dani: "kenapa beli kalau bole buat sendiri?" keh keh..selamat mencuba!

Wednesday, January 26, 2011

kronologi susu formula dani

Assalamualaikum..

tadi masa aku dengan B tengah nk siap2 pergi keja..B tgh mandi, aku pulak tgh siapkan air utk B.tiba2 terdengar bunyi; "gedebuk.."

aku stop dari kacau air utk B, punya la nak amati bunyi apa tu yang kuat.. (sunyi jer...)

aku masuk bilik..ya allah..anak bujang aku jatuh dari katil rupa nya..aku panggil nama dia;

"dani......"

dani tgk aku, tiba2 nangis sekuat2 hati..haihhh..macamana la awk boleh jatuh dani, penat da aku kepung keliling katil dgn bantal, boleh jugak dia nk panjat bantal tu..tapi kejap je nangis, x sempat 2 minit, gelak2 balik dgn abah dia..bertuah la bdk nie..ee..mujur la x benjol or demam..LESSON 1 utk mama dan abah yer~~
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ok la straight to the point, aku sebenar nya x bangga langsung pun bila bg FM (formula milk) kat dani ni. aku lagi la sgt2 jeles pd mak2 yg fully BF (breastfeed). aku jadi kan kak ipar aku sbg idola, dia mmg totally BF anak dia, suami dia iaitu abg aku pun sgt sokong dia fully BF. bukan la aku saja2 x nak BF dani, sepanjang pantang aku BF dani ok. tapi kenapa aku sumbat FM jugak kat dia?meh nak cite skit..

masa 1st day dani hidup kat dunia ni, dia tido je satu hari. tapi nurse nasihatkan aku try sumbat jugak BF kat dia, saja nak ajar. so aku tgk keliling aku, semua mak2 gigih BF kan anak dia. aku pun try la.. tapi dani x pandai hisap. kebetulan sorg kawan aku, anis, dia keja nurse, dia pun ckp la dgn aku; "ala..ko sumbat jer, mula2 mmg la..lama pandai la bdk tu hisap..", aku pun terus kan, tp ternyata selama 2 hari dani x nk menyusu, dia tido je. aku pun pelik gak, anak org lain melalak bukan main, anak aku senyap jer..dalam hati berkata gak, x lapa ke anak aku ni.

hari ke-3 aku da bole discharge, actually time ni susu aku mmg x keluar lg..sedih gak. pdhal aku ada baca dlm internet, kalo ko set dlm pale otak nk BF anak, otak ko akan stimulate automatically. tapi x keluar gak, aku dgn B x perna search nk bagi anak FM brand apa..

tgh kelam kabut tu, mak aku pun ckp bagi je la DUMEX..laki aku tanya la..

"DUMEX tu elok ke ma? susu dia mcm murah jer.."

"mama bg anak mama minum DUMEX, ok je, masuk U jugak korang" balas mama..

sebagai anak solehah kitorang patuh je la kan.

ni dia DUMEX DULAC

harga dia kalau tin kecik murah je RM10, yang pek ni 1.2kg kalo x silap, harga dia dlm RM24. susu aku berjaya keluar masa hari ke-4 petang kalo x silap, so aku pun bg je dkat dani. so DUMEX aku jarang bagi, since breast aku da membuahkan hasil. tapi langit x sentiasa cerah beb, minggu ke-2 dani kena sawan tangis..bagi yang x tau, sawan tangis ni dia masa kejadian adalah constant dan baby akan menangis x henti selama 2 jam +-. macam dani start kul 11 malam dia akan nangis x henti sampai pukul 1 pagi, ni stok nangis sampai keluar urat muka merah punya. satu je parangai dani ni, bila nangis dia akan jadi CUM mengamuk, dan another sifat awak ni dani, sgt la x penyabar. then try ko bayangkan bila da dia nangis x henti tu, ko ada hati nk BF? mmg dani x layan, dia akan lagi mengamuk. so mak aku suggest jalan terbaik FM kan ajer, selang seli dgn BF..

lama2 dani da mcm x nak BF, bila aku sumbat dia mengamuk, tp kalo bg botol, dia hisap bukan main laju.. bila da macam tu, production BF aku pun menurun laa..sedih gak...tapi nk bt macamana.anak ke-2 nanti aku nk sumbat gak BF, usaha tangga kejayaan..


aku dgn B suka gak guna DUMEX ni since dani pun serasi, xde sebab aku nk tukar susu kalo da serasi ye tak? tapi aku x paham la kenapa ada segelintir parent pandang sinis kalo aku ckp aku bg DUMEX kat anak aku..diorang ckp; "kenapa bg DUMEX, bila tgh kecik ni la bg susu mahal, utk otak gak.." haihh..aku rasa semua susu FM sama jer, kalo yg mahal tu mungkin dia ada tambahan nutrien, so kenapa susu murah je korang set x elok utk baby...haiyaa..

dani minum DUMEX x lama, dlm 3 bulan lepas tu dia berak2 non-stop. pegi klinik, doc suggest aku try Lactogen plak. dia ckp kadang2 baby ni makin besa, sistem hadam dia makin berubah..


ni la rupa Lactogen


Lactogen pun murah utk 600gram dalam RM 18, kalo 1kg RM49 kot.. x ingat da..susu ni pun level nutrien x jauh beza dgn DUMEX gak. just DUMEX lebih tu, Lactogen lebih ni..so aku x dapat nk sure sgt la.. dani ok dgn susu ni, dia consume sampai la umur genap 6 bulan..

bila da lepas 6 bulan, sure kita akan tuka utk level 2 plak which is 6mths-12mths kan? aku dgn B terpikir nak try susu lain pulak.. kitorg try follow-up formula S-26 Promil..


ha ni la rupa dia..

murah je ni utk 600gram hanya RM24.60. aku tengok kat kotak dia ada tambahan LUTEIN, katanya LUTEIN ni akan protect retina mata baby dari cahaya biru..as a conclusion, aku ada compare 3 jenis susu nie semalam dari segi nutrien ke apa, tp ternyata weh 3,3 brand ni ada kelebihan masing2..so pandai2 la pilih mana yg sesuai utk anak korang k =)

semua harga yg aku nyatakan di atas tu adalah harga di kedai ubat cina sensei tau.. aku smpai skarang pelik kenapa org duk sibuk beli kat shopping mall, sebab dkat sensei lagi murah..tapi kalo nak murah smpai RM10 beza tu, tak la..sebab x silap aku, susu formula ni harga kawalan, so x boleh la murah melampau.. tapi kalo depan rumah korang ada sensei, baik beli sana, jimat..tapi kalo sensei tu lg jauh dari Tesco kat umah korang, baik beli kat Tesco je kan, dari membazir minyak semata2 nk jimat RM 2,3 tu..kan?kan?

da, wassalam..time to work!

Tuesday, January 25, 2011

nak tau apa itu trigger finger?

ok..ok..actually hari ni x dapat nak share gamba jari dani tu. sebab nya semalam mama dia ni gila gigih nak capture gamba jari dia.dani punya la marah sampai sepak2 henfon gue..cess! but i will share it later..nanti mama dia ni berjaya capture gamba jari dani, dan macamana aku hari2 pasang simen kat dia, bentuk simen tu, akan aku share later..tu pun kalo aku berjaya capture la..haha.

btw, bagi x nak menghampakan kaum2 ibu dan ramai kwn2 kat fb mintak share gamba2 dani tu sebab they can't get the real picture of what is trigger finger, here i attached piece of image yang bole nampak jari dani tu bend ok, aku mmg x pandai la nk circle2 kan jari dia bagi korang focus, so pandai2 la usaha bulat2 kan mata korang k;

ok,try focus dekat ibu jari dia tu, semua 4 jari bole berdiri tegak dgn jaya nya, unless yang ibu jari tu..ha nampak?da paham?

tu pun boleh nampak kan, tapi kalo aku x cite, semua mesti ingt normal je jari dia, tapi kalo korang pegang sure bole rasa keras nya jari dia..

ha tgk tu, yang lain ok jer, ibu jari dia je asik bend..

ha ni aku bg gamba yg dekat skit,try focus..jgn focus omak dia tau, tgh x semenggah lgsg tu..tapi ni jari dia dr pandangan atas, so korg pandai2 la imagine k?

ok la, aku da penat godek2 dalam folder gamba2 dani..motif aku just nk share jer..maybe ramai yg macam pelik dgn apa jadi pada dani.aku pun pelik weh campur sedih woo, lagi2 secara lahiriah ko nampak anak ko ni sihat walafiat je, rasa bangga anak perfect cantik gebu..tapi boleh x perasan pulak ada sedikit "kesakitan" yg terjadi..aku x nak mention sakit dani ni sbg "kecacatan" ok! bcos bg aku, jari dani tu boleh di ubat, alrite..so jgn jump into nonsense conclusion..(emo pulak tiba2..hoh0)

lets continue with what the orthopedic said: according to doc, lately memang kerap sgt dia jumpa kes yang sama jd pada baby2 nie, dulu mmg jarang2 malah x pernah ada kot. then diorang conclude yang trigger finger terjadi disebabkan oleh "habit" bayi itu sendiri.

ok senang cite, baby ni kan still fragile, lembut longlai..so when it comes to their bone tu mmg lg la mudah di lentur.so bila dani ni duk dlm perut mama, dia nie asyik la bend kan jari dia, sampai terbawak2 ke dunia realiti. tu yg tulang dani terikut2 bend. dan disebab itu lah penyakit ini boleh di ubat dgn ada nye fisioterapi..

ala, aku rasa kita yg da besar ni pun akan jd mcm tu kalo kita duk jadikan sesuatu benda tu sbg habit. contoh nya aku, dulu masa skolah kan wajib pakai tudung, so aku ni duk asrama, so lg la penggunaan tudung ni menjangkau sehingga 24 jam. aku ni kalo pkai tudung suka ikat anak tudung tu ketat, kadang2 berbekas kulit kepala..di sebabkan 5 tahun duk bergelumang dgn tudung, tulang tengkorak aku, bhgian bwh telinga tu pun mcm da berbekas..paham x??aku pun x paham apa aku cite, cam berbelit..heh~~

doc bg chance dani fisio selama 3 bulan, so far aku nmpak positif progress lah! jari dia da x bend sgt, da semakin tegak dgn jaya nya..ouh fyi, kesemua jari belah kiri dani termasuk ibu jari dia xda masalah..ok je..hanya ibu jari belah kanan, HANYA IBU JARI SAHAJA ok...

tapi kan bila aku google trigger finger ni macam situasi yg sgt common dkat oversea la..dan macam kaedah perubatan ikut level of trigger finger nie..sportsman pun kerap dpt trigger finger ni. medic kat sana classify trigger finger ni as repetitive use of finger..or else;

"Your Trigger Finger is bothering you, maybe just a painless popping annoyance or you could be experiencing severe dysfunction where your finger is continuously locking up. You know, it’s the result of overuse and the irritated swollen tendon keeps catching on the tunnel (flexor sheath) every time you try to straighten your finger and/or thumb."

ok la, penat la type panjang2, meh nak share satu keratan akhbar..

bagi yg belum baca, pegi google cepat2,rasa nak sepak perempuan myanmar tu!!

p/s : aku bagi kalo korang nak copy n save gamba2 dani ni, in order for u to zoom in or zoom out the image, tapi jgn misuse yer..tuhan nampak..wassalam =)

Sunday, January 23, 2011

senang hati bila tgk dani da merangkak

alahai gembira nya hati mama nie..
aku rasa kalau bab2 nak puji anak nie terpulang la pada individu ok!dan aku cukup yakin yang semua kaum ibu dekat dunia ni akan puji progress anak dia;
"anak i 2 bulan da pandai gelak terkekek-kekek"
"anak i 4 bulan da tumbuh gigi tau, anak u?"
"ouh anak i 6 bulan da pandai papah2 nak start jalan, 8 bulan sure da berlari tu.."

sah2 la mana ada mak-mak yang nk kutuk anak dia sendiri, kalo ada pun,ntah laaa...kalau bole jgn sesekali compare anak kita dgn anak org lain..or jgn la kita ckp yg progress anak org tu lembab la, anak aku da pandai itu ini..contoh nya;

"B, i pelik la anak kak Joyah tu, sebaya dgn anak kita, tapi anak kita da pandai guling2,gelak kuat2..anak dia terkebil2 je i tgk..."

ni pun peringatan utk aku..nasib la B selalu ingtkan aku,"jangan ckp anak org mcm tu, x baik..."

so berbalik pada tajuk sebenar, just nak share yg dani da berjaya merangkak since umur dia dlm 5 bulan lebih mcm tu la..cute plak aku tgk pungkoq dia duk terangkat2. actually, masa dia nk merangkak tu, dia skali blajar nk mengesot.tamak anak aku nie, semua benda nk buat serentak. so kira merangkak CUM mengesot la ni..

"hai mama..mama nak tgk something x?huhu.."

"see..see..what i'm doing?mama boleh?"

"yeah!yeah!berat plak pungkoq i nie!!"

"mama ni kecoh la..kan da x jadi..eee"

"sibuk je mama nie..shuh shuh.."

aku tengok sejak2 dani nak pandai mcm2 ni..lasak bukan main plak dia..guling sana, baling benda sana sini..

aku paling scary,kalo angin tantrum dia da keluar..masyaallah anak la anak..

sabtu adalah hari tanpa plastik

sabtu lepas B cuti, rasa nya macam da lama gila dia x cuti.so, time nie je la nak ajak dia ukur mall ke apa. kita decide nak pegi Jusco Bukit Indah, pada org yg duduk JB atau orang JB sure tau Bukit Indah ni dekat mana..since, kitorang pong pang dgr Jusco kat sini besar dan byk kedai, try la pegi..


pasal pergi Jusco bukan lah motif sebenar nak story, ni pasal sabtu adalah hari tanpa plastik! actually aku dgn laki aku nie short term memory skit..asyik lupa jer yang kalo hari sabtu jer, jgn harap la ada plastik, waima korang shopping baju berbundle2,berpuluh helai pun, jgn harap diorang ni bg plastik. tapi aku rasa ada certain kedai yang akan bg plastik upon request,tu pun kena charge 20sen.


B ada cakap, "eh i rasa hari ni xde plastik cos tgk troli diorang xpkai plastik pun.." aku pun buat dunno je la, sebab bukan nye nk pegi shopping pun. so, jalan punya jalan, singgah la butik FOS ni, ada byk pyjamas GAP kat sini..aku xtau pun~~semua jenis baju GAP kat situ 3FOR RM30. ni pun bukan la motif aku nk story kat sini. then, apa lagi pilih2 pegi la bayar..B yang bayar, so aku pun terus keluar. yang buat aku terkejut, B berlenggang kangkung je bwk baju tu TANPA plastik..aihh pelik..

" i x expect plak, beli baju pun xde plastik..hahaha..kelakar gile"; kata B..

ni la barang yg kitorang beli, TANPA plastik..

pelekat biru tu, sebagai tanda korang da bayar


sebab kan semua barang xde plastik, terpaksa la beri brg2 yg kecik

tu yang roti tu mujur gila la dia bg plastik gak, kalo xde plastik, try imagine kena pegang sebijik2 kat tgn..end up penuh la stroller dani dgn brg2 yg aku beli..

kalo nk ckp pasal pendapat aku pasal hari tanpa plastik ni..emm.. ok la!aku sokong jer..

tapi mmg aku x kan keluar shopping hari sabtu la..haha

Thursday, January 20, 2011

doa seorang ibu

dani makin mahir guna walker, da xda kes asyik reverse je, skarang da xda hal nk move forward atau adjust walker bila tersepit dkat tempat sempit..

semalam masa aku solat maghrib dalam bilik, dani nampak..

dari jauh, dia kayuh laju walker nak tgk mama solat..

aku tgh solat agak x tenteram, takut2 dani pegi dkat atas sejadah, kalau dani atas sejadah, macamana nak sujud?

tapi dani bijak, dia duduk je tepi sejadah tgk mama solat..

lepas tahiyyat akhir, bagi salam, dani terus terpa kat mama, usap pipi mama..

automatic, aku menangis..rasa bahagia sgt hidup di kurniakan seorang anak yg sempurna..

pantas aku panjat kan doa..doakan supaya ALLAH S.W.T sentiasa memelihara kesejahteraan dani, jadikan dani anak yang baik, soleh,bijak, dan mendengar kata..amin ya rabbalalamin.....