Assalamualaikum..
tadi masa aku dengan B tengah nk siap2 pergi keja..B tgh mandi, aku pulak tgh siapkan air utk B.tiba2 terdengar bunyi; "gedebuk.."
aku stop dari kacau air utk B, punya la nak amati bunyi apa tu yang kuat.. (sunyi jer...)
aku masuk bilik..ya allah..anak bujang aku jatuh dari katil rupa nya..aku panggil nama dia;
"dani......"
dani tgk aku, tiba2 nangis sekuat2 hati..haihhh..macamana la awk boleh jatuh dani, penat da aku kepung keliling katil dgn bantal, boleh jugak dia nk panjat bantal tu..tapi kejap je nangis, x sempat 2 minit, gelak2 balik dgn abah dia..bertuah la bdk nie..ee..mujur la x benjol or demam..LESSON 1 utk mama dan abah yer~~
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ok la straight to the point, aku sebenar nya x bangga langsung pun bila bg FM (formula milk) kat dani ni. aku lagi la sgt2 jeles pd mak2 yg fully BF (breastfeed). aku jadi kan kak ipar aku sbg idola, dia mmg totally BF anak dia, suami dia iaitu abg aku pun sgt sokong dia fully BF. bukan la aku saja2 x nak BF dani, sepanjang pantang aku BF dani ok. tapi kenapa aku sumbat FM jugak kat dia?meh nak cite skit..
masa 1st day dani hidup kat dunia ni, dia tido je satu hari. tapi nurse nasihatkan aku try sumbat jugak BF kat dia, saja nak ajar. so aku tgk keliling aku, semua mak2 gigih BF kan anak dia. aku pun try la.. tapi dani x pandai hisap. kebetulan sorg kawan aku, anis, dia keja nurse, dia pun ckp la dgn aku; "ala..ko sumbat jer, mula2 mmg la..lama pandai la bdk tu hisap..", aku pun terus kan, tp ternyata selama 2 hari dani x nk menyusu, dia tido je. aku pun pelik gak, anak org lain melalak bukan main, anak aku senyap jer..dalam hati berkata gak, x lapa ke anak aku ni.
hari ke-3 aku da bole discharge, actually time ni susu aku mmg x keluar lg..sedih gak. pdhal aku ada baca dlm internet, kalo ko set dlm pale otak nk BF anak, otak ko akan stimulate automatically. tapi x keluar gak, aku dgn B x perna search nk bagi anak FM brand apa..
tgh kelam kabut tu, mak aku pun ckp bagi je la DUMEX..laki aku tanya la..
"DUMEX tu elok ke ma? susu dia mcm murah jer.."
"mama bg anak mama minum DUMEX, ok je, masuk U jugak korang" balas mama..
sebagai anak solehah kitorang patuh je la kan.
ni dia DUMEX DULAC
harga dia kalau tin kecik murah je RM10, yang pek ni 1.2kg kalo x silap, harga dia dlm RM24. susu aku berjaya keluar masa hari ke-4 petang kalo x silap, so aku pun bg je dkat dani. so DUMEX aku jarang bagi, since breast aku da membuahkan hasil. tapi langit x sentiasa cerah beb, minggu ke-2 dani kena sawan tangis..bagi yang x tau, sawan tangis ni dia masa kejadian adalah constant dan baby akan menangis x henti selama 2 jam +-. macam dani start kul 11 malam dia akan nangis x henti sampai pukul 1 pagi, ni stok nangis sampai keluar urat muka merah punya. satu je parangai dani ni, bila nangis dia akan jadi CUM mengamuk, dan another sifat awak ni dani, sgt la x penyabar. then try ko bayangkan bila da dia nangis x henti tu, ko ada hati nk BF? mmg dani x layan, dia akan lagi mengamuk. so mak aku suggest jalan terbaik FM kan ajer, selang seli dgn BF..
lama2 dani da mcm x nak BF, bila aku sumbat dia mengamuk, tp kalo bg botol, dia hisap bukan main laju.. bila da macam tu, production BF aku pun menurun laa..sedih gak...tapi nk bt macamana.anak ke-2 nanti aku nk sumbat gak BF, usaha tangga kejayaan..
aku dgn B suka gak guna DUMEX ni since dani pun serasi, xde sebab aku nk tukar susu kalo da serasi ye tak? tapi aku x paham la kenapa ada segelintir parent pandang sinis kalo aku ckp aku bg DUMEX kat anak aku..diorang ckp; "kenapa bg DUMEX, bila tgh kecik ni la bg susu mahal, utk otak gak.." haihh..aku rasa semua susu FM sama jer, kalo yg mahal tu mungkin dia ada tambahan nutrien, so kenapa susu murah je korang set x elok utk baby...haiyaa..
dani minum DUMEX x lama, dlm 3 bulan lepas tu dia berak2 non-stop. pegi klinik, doc suggest aku try Lactogen plak. dia ckp kadang2 baby ni makin besa, sistem hadam dia makin berubah..
ni la rupa Lactogen
Lactogen pun murah utk 600gram dalam RM 18, kalo 1kg RM49 kot.. x ingat da..susu ni pun level nutrien x jauh beza dgn DUMEX gak. just DUMEX lebih tu, Lactogen lebih ni..so aku x dapat nk sure sgt la.. dani ok dgn susu ni, dia consume sampai la umur genap 6 bulan..
bila da lepas 6 bulan, sure kita akan tuka utk level 2 plak which is 6mths-12mths kan? aku dgn B terpikir nak try susu lain pulak.. kitorg try follow-up formula S-26 Promil..
ha ni la rupa dia..
murah je ni utk 600gram hanya RM24.60. aku tengok kat kotak dia ada tambahan LUTEIN, katanya LUTEIN ni akan protect retina mata baby dari cahaya biru..as a conclusion, aku ada compare 3 jenis susu nie semalam dari segi nutrien ke apa, tp ternyata weh 3,3 brand ni ada kelebihan masing2..so pandai2 la pilih mana yg sesuai utk anak korang k =)
semua harga yg aku nyatakan di atas tu adalah harga di kedai ubat cina sensei tau.. aku smpai skarang pelik kenapa org duk sibuk beli kat shopping mall, sebab dkat sensei lagi murah..tapi kalo nak murah smpai RM10 beza tu, tak la..sebab x silap aku, susu formula ni harga kawalan, so x boleh la murah melampau.. tapi kalo depan rumah korang ada sensei, baik beli sana, jimat..tapi kalo sensei tu lg jauh dari Tesco kat umah korang, baik beli kat Tesco je kan, dari membazir minyak semata2 nk jimat RM 2,3 tu..kan?kan?
da, wassalam..time to work!
13 comments:
xpela afni, anak kedua set mind nak fully bf ye...
insyaAllah, boleh buat nanti..
balik keje ni nak g tesco ni, nak beli barang2 dapur...hihi
memang beli dekat kedai sensei menang murah, pampers pun beli kat situ jugak
ღnFashyaღ: tu la..smpai skarang rasa ralat x BF dani..
sensei murah kan..paling ketara pampers dia.kdg2 mcm x percaya murah sgt.hehe
x kisah la awk susu ape pon jnji sesuai dgn baby.bkn semua susu mahal sesuai dgn bb ye tak?
sy pon x dpt bf kan qaid sebab hal2 tertentu ni la.kekadang baca blog org2 y bf bb dia terasa hati gak tp insyallah next bb kt bf kan dia.pastu terasa hati gak biler ada y condem psl fm milk lagi2 bile y ckp susu ibu untuk manusia, susu lembu tu utk ank lembu jer...sgt puaka itu mulut okey.kena batang hidung sendri tau la korang..terpjg plk!!salam kenal okey..hehe
dani jatuh katil tak berbunyi langsung?wahhh..hebat anak teruna nie.
kysha jatuh katil nangis sampai lembik lentok kat bahu zuris.trus shoot ke hospital.tup2 sampai hospital elok je celik mata segar bugar.hehehee...
cam zuris lak,mula2 memang susu tak kuar.tu yg kasi kysha fm tu.kasi anmum.tup2 bila dah ada susu,trus kysha taknak fm.terus taknak botol skali.mau direct aje.
Luv like this: adusss..kuang ajaq sunggo yg ckp mcm tu.kita bukan saja2 xnk BF ye x? xpe la terpulang apa org nk ckp, janji we have our own reason kan =)
~dARlee zURiS~: haha..tu yang afni ckp bdk ni "bertuah" btoi perangai dia.ingt jatuh serik la, ni lg die bt kuak lentang ats katil.
wah, bagus la tu.untung kysha dpt rasa fully BF..afni smpai skarang rasa ralat sgt x dpt BF dani. coming baby mmg wajib BF ni..hehe
hurm..kdg2 ckp orang nie bukan boleh dengar sgt....susu FM pon ade kelebihan msg2....murah tak bermaksud tak elok..takpelah awak....sabar jelah
mun: ye btoi tu, semua ada kelebihan..kalo x bagus, sure da kena banned dgn kerajaan kan??hehe
hai afni..kimmy follow ur blog ya.
takpe afni,asalkan anak sihat dan membesar dgn baik ye..
hye dani yg cute!
go dani go!
kimmy: hello kimmy =) sila2 la follow..hihi
ye btoi tu, bila anak sihat, hati mak pun senang kan..hehe
Umie a'iesya: hehe..tq!yeah go dani go! =)
hiya and welcome afniyante.blogspot.com owner discovered your blog via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered website which offer to dramatically increase traffic to your blog http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com
Post a Comment