HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, June 30, 2011

dani di usia 11 bulan 3 hari

ok, masa untuk dani's milestone.



dani, sori k, kadang-kadang mama terlebih ghairah cerita pasal apa yang jadi dalam kehidupan kita sampai mama lupa nak post milestone dani.


hari ini sudah 1 july 2011, bermakna dani sudah berusia 11 bulan 3 hari. mama happy bila tengok dani membesar dengan baik. tapi mama sedih bila june pergi, july muncul. dan ini bermakna dani bakal berusia setahun.


cepat nya.. baru-baru ni mama ada ke klinik Penawar, which is tempat mama membawa perut setiap bulan untuk buat check-up. masih segar setiap memori. abah pun ada cakap dengan mama, " rasa macam baru sangat kita datang sini buat checkup.." **wah syahdu nya**


walaupun mama tengah ghairah merancang birthday party dani, tapi jauh dalam hati mama sedih oh.. dani pulak sangat ghairah meng-explore dunia. mama harap biarlah masa berjalan seperti siput. biar mama dapat catch up dengan setiap perkembangan dani.




da lah mama tak nak cakap banyak. jum dani sama-sama tengok apa yang dani sudah capai bila kamu di usia 11 bulan:-


- dani da ada 6 batang gigi. 4 di atas, 2 di bawah. di saat ni dani kuat sangat menggigit. lagi-lagi bila dani geram mama tak nak bangun dari tido. such a good alarm clock T__T


- dani dah expert panjat sofa dan kerusi makan. bila dapat panjat sofa, dani akan tepuk tangan~~


- dani dah pandai berdiri sendiri without support. tapi bila mau jalan? malas eh? ish ish


- da pandai turun naik katil. dah takde kes tergolek dari katil lagi. pandaiii!!


- sangat kuat makan. makanan kegemaran, biskut tiger susu flavoured! berkodi-kodi mama beli pas kat cik munah.


- dani dah pandai menjerit balik kat mama bila mama marah dani. kecik-kecik mama senyum, da besar sikit, hanger pasti akan hinggap! hoho


- lebih banyak cakap dari belajar jalan. kepochi nih!


itu jelah yang mama ingat sayang.. oh satu lagi yang mama sedih. hari rabu (6/7/11) depan dani sudah mau operation. mama doa terbaik untuk dani yer sayang..xoxo T__T

Tuesday, June 28, 2011

plan birthday anak, macam plan keja kawin..alahai

aku rasa zaman aku dulu kala, takde plak mak aku yer,yer plan nak buat birthday party ni. esok birthday, malam tu baru plan nak buat apa. or mungkin masa zaman aku dulu mak bapak jenis kurang alert dengan perkara-perkara macam ni. mak zaman sekarang je yang seronok buat macam-macam plan untuk birthday anak mereka.

opss of cos weh aku tak terkecuali. at first aku terfikir jugak macam no point buat grand bagai, sebab dani tak paham satu hapak pun. tapi bila fikir-fikir balik why not kita invest sikit untuk meraikan anak kita sempena ulangtahun pertama. tapi ini jer skali mama buat besar-besar, next year mama tak kuasa ok dani, kopak! haha..


memang aku takde idea nak buat party ni. mula-mula nak buat kat MCD jer, lebih mudah. tapi fikir balik, lagi tak berbaloi. so aku kena la google idea birthday party. antara yang aku berkenan adalah macam bawah ni:







cantik oi! ni mak yang teruja, bukan anak..haha. so about the same la theme dia. aku pun dah sedia checklist untuk make sure semuanya well-coordinate. pada mak-mak yang anak bakal setahun, boleh la gunapakai idea aku jugak k? (haha..dan-dan claim idea sendiri) :-


- Fotografer. (DONE!) aku guna khidmat BaniJamian. mesti ada yang cakap aku over nak fotografer bagai.haha. takde la, aku tak pernah ada special capture untuk dani. why not untuk kenangan kan?




- Design untuk party decoration. (DONE!) yang ni aku hire kawan hidup mati aku sendiri. senang nak deal..hihi. kalau berminat boleh email dia : fadzliezsix@gmail.com







- Birthday cake (DONE! sponsored by nenek! tq) kalau cakap pasal cake ni aku memang berkenaan dengan designer cake seperti ini:



tapi bila aku fikirkan, cake macam ni pun bole cecah rm200-300, so aku tak nampak apa faedah nya. kitorang pun da invest banyak pada benda lain. so sebelum laki aku botak kira duit, baik kita suruh nenek sponsor cake berupa ini sahaja dari Secret Recipe =)




- untuk goodies bag dengan candy's buffet (NOT YET!) plan sudah ada. tunggu nak dekat nanti baru akan ku fikir kan.



- Candy Jar (DONE!) ha sekarang kan popular ada sudut Candy's Buffet. so aku yang poyo ni pun ada plan nak buat satu sudut buffet. haha.



cantik kan?


so aku duk fikir la mana nak carik jar-jar comey lote ni. plan nak ke SSF, tapi hari tu aku terjumpa kat kedai rm5. banyak design, murah-murah. pandaikan aku jimatkan duit laki?haha




- invitation card (DONE!) sekarang kan zaman teknologi. kita pakai e-invitation jer. korang jemput la datang..




so far, itu lah planning aku. kalau aku ada idea lain lagi, aku kasi update. or korang ada idea nak share? silakan =)

Sunday, June 26, 2011

makan review: EL Migos Mexican Pizzadillas. Cheese Lover sila ke sini ok!

adoi..da la aku tengah gigih ganti puasa yang berbalance lagi 22 hari ni. bila tengok makanan di bawah, adoyaii.. menggoda! kuatkan iman~ kuatkan iman~


rasa nya aku tak pernah review pasal makanan kan, sebab selalunya aku dengan B tak kuasa nak capture gamba. bila dah lapar, otak kami kurang berfungsi sangat .. haha .. ok kali ni aku nak review pasal restoran EL Migos Mexican Pizzadillas. ini kali pertama aku masuk restoran ni, ni aku pegi kat JB tau, kat KL aku tak sure ada ke tak. korang pandai-pandai google la k.


ini lah rupa restoran nya..

sebelum kita terus tengok makanan di sini. aku nak review pasal tempat dan servis dulu ok. overall, sangat tip top.. ha berani aku cakap macam tu. sebab nya tempat ni tak ramai orang masuk makan, mungkin orang takut kot-kot mahal agak nya, nanti aku reveal harga-harga makanan yang maha berpatutan tu ok. tempat dia sangat selesa, rasa peaceful jer. macam aku bawak dani, kena lah carik port yang agak selesa. servis pun pantas.


tak payah tengok muka poyo laki ku, tengok di belakang, sangat selesa kan?


korang perasan tak ada afni junior kat belakang tu? haha..


oi oi ni nak review pasal makan ke? nak tunjuk gamba family outing kau?? haha.. ok, mari kembali ke agenda utama kita. mai scroll =)



taraaa..nampak so tempted tak? nampak macam aku laki bini tamak kan?



ni aku tak ingat nama dia apa. tapi kita boleh pilih inti apa. RM 12 ++


chicken gordon bleu.. portion besar! RM 12++


hawaiian treasures. saiz sebesar piring. tapi maha sedap! RM 12++


ha reasonable kan semua harga dia. kira berbaloi la dengan apa yang kita order. mula-mula aku dengan B rambang mata. tambah pulak time lapa, semua nak order. sekali hamek, burger tu kitorang tak habis makan. nak tapau, tapi maluuuuu~~


menu dia sangat variety, jarang aku tengok restoran yang banyak pilihan menu. so lesson di sini, jangan tamak ok. sebab nya even ada certain food dia portion kecik, tapi sangat mengenyangkan. cuma satu la, kalau food da murah, air dia memang ilang akal punya mahal la..haha.. sebab tu kami order yang lite-lite jer, harga pun murah. sebab macam tak berbaloi beli air sampai rm10++


ouh nak tengok tak cheezyy lava dia?? perghh untuk pencinta cheese sila la ke sini k. recommended!



walau pun kecik, cheese dia melimpah ruah~~


haha.. minah-poyo-nak-demo-cheese-meleleh-tapi-tak-jadi .. haha


ok lah, till then =)

Thursday, June 23, 2011

aku dah la tengah pening, tambah pening dengan kerenah blogspot?

2,3 hari ni aku agak busy..sampai tak sempat nak blogwalking. tapi petang semalam aku sempat bukak fb (ukhwah blogger).. aku nampak semua tengah ceritakan pasal blogspot kena tuka email ke gmail.


kira macam aku ni pakai yahoo mail, kena la tuka ke gmail. tapi aku tak sempat nak tanya further masa korang tengah discuss. hari ni aku mintak tolong blogger, nano tolong. tapi still aku tak boleh catch up..


aku faham dengan step yang na guide aku. aku pun da tengok tutorial ni. ku follow step by step. di suruh create gmail account, aku da create. di suruh sign in guna gmail, aku try. tapi blogspot guide aku pegi sign up utk akaun blog baru.. wadehek?? aku tak paham. please korang guide aku..


sian aku, da la pening, keja ofis bertimbun, email banyak tak check lagi.. T__T T__T

Tuesday, June 21, 2011

sesi anak-anak bloggers bertemu mata

good morning wednesday~~~~


ok sudah tiba masa nya aku upload cerita sesi dating-datingan kami pada sabtu lepas. actually pertemuan ini hampir dibatalkan sebab aku dengan B ada urusan sikit. lebih kurang pukul 3 lebih baru dapat bagi confirmation pada dayu.


FYI, aku kat jb ni memang takde kawan. duduk jb pun baru setahun lebih, so life aku hanya ofis dan rumah. paling hebat pun kakak jiran sebelah lah list kawan pertama aku di jb. so bila dayu ajak dating, of cos gwe mau.. luas sikit pemandangan kenal ramai orang..hihi..


ok lah, tak nak citer panjang.. jum tengok gamba:

yeah!! abe tak-pandai-jalan-lagi sudah mari.. haha


abe dani dah rambang mata nak pilih mana satu. comey-comey belaka..hurmm


haaa..sesi beramah mesra..kasih baru bangun tido, hai kasih darling =)


ouh btw, pertemuan first ini adalah sangat best, sebab kami berjaya budget cool seperti sudah kenal lama. borak pun *pong *pang.. hihi .. chemistry yang ada sangat best, ini semua sebab anak-anak kami..how sweet! tak percaya? mari tengok gamba kepochi mak-mak kalau da start borak =)


haha..kesian pulak dengan ekwan n hafiz, blur tengok bini masing-masing




last but not least, gamba kami bertiga.. nani, dayu, dan semestinya mama dani =)


thanks nani, thanks dayu..nanti kita jumpa lagi k =)

Monday, June 20, 2011

kau tak faham ke maksud "baby in car"?

ouh sebelum tu, dayu da post entry berjimba di jusco hari tu.. nanti-nanti aku kasi up cerita tu k, sebab nya ada cerita lagi penting perlu di post. ini berkenaan dengan speeding habit.


aku memang takde masalah berkenaan dengan speeding ni. bagi aku kalau ko memang jenis suka bawak kereta laju-laju, terpulang. asalkan speeding ko tu tidak menimbulkan kecelakaan pada orang lain sudah lah ok. sebelum tu sure ramai yang tau apa sign ini?





aku pasti ramai yang tau. budak kecik pun sure tau apakah maksud sign ini. ni aku nak kasi ajar sikit, bila tuan punya kereta tampal sign ni kat cermin belakang, ini bermakna memang ada baby dalam kereta. bukan parents saja-saja tampal buat hiasan kereta.


selalu nya bila dani ada dalam keta, memang aku drive slow je, sebab dani ni jenis lasak, kalau tiba-tiba aku emergency break lagi bahaya kan? so alkisah nya semalam lepas fetch dani dari rumah pengasuh, tiba-tiba ada satu kereta ni entah muncul dari mana, bawak laju macam pelesit. padahal dia well-informed kawasan perumahan mana boleh bawak laju kan? kalau nak test power sangat, pegi tempat lain la. yang aku jadi hangin, terang-terang dia nampak ada sign "baby in car" tapi still lagi nak cucuh belakang kereta aku.


boleh bayangkan tak sikap macam ni boleh mendatangkan kecelakaan pada aku dengan dani. sepatut nya si pemandu tu lebih berhati-hati. itu aku letak dani kat seat depan, kalau aku letak dani kat seat belakang? haihhh..kadang-kadang kita kena educate orang kat malaysia ni supaya sensitif sikit dengan hal-hal begini..haisshh

Thursday, June 16, 2011

bila nak tambah anak?

pagi-pagi bukak twitter ramai-ramai pakat wish congratz pada aishah. again congratz aishah darling =)


aku pun tumpang gembira dengan aishah. siapa yang tak excited kan bila pregnant, aku dulu siap mata bersinar-sinar bila test kit tunjuk positif. such a wonderful experience.



tiba-tiba rasa gedik nak reminisce back kenangan zaman preggie dulu. nak cerita current experience tak boleh, sebab perut tengah buncit dengan lemak jer..haha. so reminisce je lah ok. sebelum tu nak bagi amaran keras kepada yang berfikiran negatif, sebab apa yang aku cerita mungkin menimbulkan ketidakpuasan hati orang. do i care?erk!


masa dekat-dekat nak kahwin dulu aku tak pernah terfikir mahu kan anak. B pun macam tu, dia tak pernah beriya nak anak, dia lebih kepada let it happen naturally. kalau ada, ada.. no need to push harder. sampai la di awal perkahwinan kami, still tak decide mahu kan anak. mungkin masa tu kami enjoy berduaan. orang luar tanya bila mahu anak pun, kami just ignore.


masuk bulan ketiga, aku dapat khabar gembira kak ipar aku pregnant kan anak sulung. aku tumpang gembira, tapi still takde perasaan. tapi bila lama-lama, aku rasa hidup aku sangat empty. masa tu aku dengan B masih tak duduk sama. aku di KL, B di JB. aku rasa kan macam no point aku kahwin, kalau tak nak anak. aku start discuss dengan B, and suggest we should have one!


yes, start dari situ. kami cuba. 3 bulan lama nya.. aku masih tak berjaya pregnant. aku pernah dengar kata orang tua, " ha sebab tu la, jangan sesekali cakap tak nak anak.. biar ada satu dulu. nanti Allah tak bagi terus baru tahu.." aku mengaku yang aku agak stress bila still tak dapat anak. 5 bulan lama nya aku pengunjung setia laman web ovulation calculation. setiap masa kira bila tarikh ovulasi aku. aku paksa B, "let's do it.."..


masuk bulan oktober 2009 which is bulan kelima perkahwinan kami, bila masa ovulasi, kami tak bersama. jadi aku yakin memang takde lah rezeki aku kali ni. tapi aku sedar yang haid aku lewat. sehari sebelum haid, aku mimpi, aku ada anak. pagi tu aku cerita pada B, " tapi i rasa tak kan lekat lah, sebab bukan time ovulasi i pun.."


lewat 3 hari, hati meronta nak ke farmasi beli test kit. tanpa tunggu B, aku test.. "wah positif!" melompat weh. dan tarikh itu adalah 16 oktober 2009.


28/7/2010, tepat 6.55am budak ini dalam dakapan kami


itu lah kuasa tuhan, pada yang belum di kurnia kan anak, saya nasihatkan jangan terlalu stress dengan mengira hari ovulasi, Allah S.W.T itu maha berkuasa. dengan kun fa ya kun terjadilah sesuatu dengan kehendak nya..


saya doa kan yang terbaik for those in expecting =)