pagi-pagi bukak twitter ramai-ramai pakat wish congratz pada aishah. again congratz aishah darling =)
aku pun tumpang gembira dengan aishah. siapa yang tak excited kan bila pregnant, aku dulu siap mata bersinar-sinar bila test kit tunjuk positif. such a wonderful experience.
tiba-tiba rasa gedik nak reminisce back kenangan zaman preggie dulu. nak cerita current experience tak boleh, sebab perut tengah buncit dengan lemak jer..haha. so reminisce je lah ok. sebelum tu nak bagi amaran keras kepada yang berfikiran negatif, sebab apa yang aku cerita mungkin menimbulkan ketidakpuasan hati orang. do i care?erk!
masa dekat-dekat nak kahwin dulu aku tak pernah terfikir mahu kan anak. B pun macam tu, dia tak pernah beriya nak anak, dia lebih kepada let it happen naturally. kalau ada, ada.. no need to push harder. sampai la di awal perkahwinan kami, still tak decide mahu kan anak. mungkin masa tu kami enjoy berduaan. orang luar tanya bila mahu anak pun, kami just ignore.
masuk bulan ketiga, aku dapat khabar gembira kak ipar aku pregnant kan anak sulung. aku tumpang gembira, tapi still takde perasaan. tapi bila lama-lama, aku rasa hidup aku sangat empty. masa tu aku dengan B masih tak duduk sama. aku di KL, B di JB. aku rasa kan macam no point aku kahwin, kalau tak nak anak. aku start discuss dengan B, and suggest we should have one!
yes, start dari situ. kami cuba. 3 bulan lama nya.. aku masih tak berjaya pregnant. aku pernah dengar kata orang tua, " ha sebab tu la, jangan sesekali cakap tak nak anak.. biar ada satu dulu. nanti Allah tak bagi terus baru tahu.." aku mengaku yang aku agak stress bila still tak dapat anak. 5 bulan lama nya aku pengunjung setia laman web ovulation calculation. setiap masa kira bila tarikh ovulasi aku. aku paksa B, "let's do it.."..
masuk bulan oktober 2009 which is bulan kelima perkahwinan kami, bila masa ovulasi, kami tak bersama. jadi aku yakin memang takde lah rezeki aku kali ni. tapi aku sedar yang haid aku lewat. sehari sebelum haid, aku mimpi, aku ada anak. pagi tu aku cerita pada B, " tapi i rasa tak kan lekat lah, sebab bukan time ovulasi i pun.."
lewat 3 hari, hati meronta nak ke farmasi beli test kit. tanpa tunggu B, aku test.. "wah positif!" melompat weh. dan tarikh itu adalah 16 oktober 2009.
28/7/2010, tepat 6.55am budak ini dalam dakapan kami
itu lah kuasa tuhan, pada yang belum di kurnia kan anak, saya nasihatkan jangan terlalu stress dengan mengira hari ovulasi, Allah S.W.T itu maha berkuasa. dengan kun fa ya kun terjadilah sesuatu dengan kehendak nya..
saya doa kan yang terbaik for those in expecting =)
17 comments:
heee.. seronoknye ada baby..! =)
happy for you!
tapi mungkin ada btul kata2 org tua tu. sbb byk terjadik
tp mungkin kebetulan saja
tapi tu smua keje Allah, hal rezeki dari dia.. sape kita nak atur kan
thanks afni. :)
Eheheh mama dani biler plk?
hurm yup semuanya ketentuan ALLAH....
ramai je kata mcm tu anak pertama jgn kontrol2. nanti susah nak dpt anak. apa-apa pun semua kuasa tuhan kan.
Dani lahir bulan tujuh yer...Mifz bulan sepuluh...boleh geng nih..:)
super amazing saat2 itu kn..;)
azie, best tau..tapi penat sikit la..heh
dayu, betul tu.rezeki semua kat tgn tuhan
aishah, my pleasure =)
mya, haha..no comment. kalo ikutkan hati, skang pun mauu
mun, yup betul =)
fadila, btol tu. tp ada betul nya jugak, baik ada satu dulu kan
hai papa mifz
a'ah dani lahir bln 7.. kira sama tahun dgn mifz..hihi
nur easy, betul. bersalin saat2 yang paling membahagiakan
thankx..ur story inspires me. Saya dan hubby 2 tahun dah kwen but lom ada baby. Memula kawen dulu kami mmg plan tak nak anak dulu. Lagipun duk jauh. Baru setahun lepas kami duk sama.. Masih mencuba lagi..dan mengharap di murahkan rezeki.. Kdg2 stress gak.. But ur story did open a bit my mind..sememangnya, kuasa Ilahi tiada tolok bandingnya.. Jika Dia ingin jadikan sesuatu, maka ia kan terjadi.. Doakan saya dan suami.. :) saya doakan anda dan suami dan ur child hepi2 selalu..amin
Post a Comment