HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Wednesday, June 15, 2011

aku yang super paranoid

yes i am. aku memang seorang yang tersangat paranoid.

kalau ikut kan maksud sebenar paranoid;


" Paranoia is an unfounded or exaggerated distrust of others, sometimes reaching delusional proportions.. etc"


tapi aku tak lah paranoid pada munusia. macam tu takde sapa la nak kawan dengan aku..haha. aku rasa B pun tak nak kawin dengan aku kalau aku asyik syak wasangka dengan dia. it just aku sangat paranoid towards routine aku sendiri.

contoh-contoh level paranoid aku:

- kalau aku send email pada big bos, aku risau dengan email's contain. dan akan cek beberapa kali.

- kalau aku nak hantar formal letter, masuk surat dalam envelope, aku akan paranoid in term of aku teragak, aku da masukkan surat ke belum.

- kalau nak keluar rumah, aku yang responsible tutup segala suis, bila da kunci pintu, aku akan tanya B lagi, "eh i da off suis kipas ke eh?".

- bila keluar berjalan, aku akan berkali-kali tanya B sama ada dia dah lock pintu keta ke belum.

- aku selalu risau kot-kot aku lupa da bagi duit upah pengasuh.

- aku akan cek handbag banyak kali, kalau-kalau purse dan henfon aku tercicir.

- selalu cek henfon, kot-kot aku tertekan button internet. (nanti bil melambung oo kalau tak perasan).


wah actually banyak benda lagi yang buat aku paranoid. aku rasa aku jadi macam ni lepas aku da beranakkan si dani. tak tau kenapa, dulu aku boleh kawal diri lagi. tapi sekarang, apa sahaja aku buat, aku akan jadi teragak-agak. which is kadang-kadang orang tengok aku pun boleh jadi so annoyed.


selalu nya B lah jadi mangsa aku, aku rasa dia pun da naik nyampah tengok bini dia duk tanya, "B, u da kunci kereta ke?" even aku da dengar tu dia lock keta aku. paranoid kan? kalau mood dia baik, B akan jawab dengan senang hati. kalo dia tengah hangin, aku tertanya-tanya dalam hati jelah..haha


so sifat paranoid ni tak elok sebenar nya. seolah-olah kita ni tak percaya pada diri sendiri. kalo tangan aku boleh bercakap, sure hari-hari kena lempang cos too paranoid. tahap keseriusan paranoid aku bila mana, masa aku pregnant, aku tak berani nak jaja kat orang, sebab nya aku risau, betul ke aku pregnant, sebab perut flat, tunggu perut buncit, baru jaja kat orang.. psycho btol! T__T


seriously can't help it, even aku selalu pretend yang aku yakin, tapi hakikatnya hati meronta. tapi ok what, at least aku ni seorang yang berhati-hati, suka double confirm, think twice. tapi bila tahap orang rasa annoying tengok ko, or they feel so irritated, lebih baik si paranoid ini diam dan berubah lah menjadi lebih yakin terhadap sesuatu =)


till then~

Tuesday, June 14, 2011

apa perlu dibuat kalau anak demam campak?

morning korang =)


ok, seperti yang di janjikan, aku nak share pasal tips-tips penjagaan anak terutamanya yang masih baby, kalau diorang kena demam campak. sebelum tu, entry ini sangat panjang tau. harap maklum yer.


apa yang aku tau, demam campak dengan chicken pox adalah lain, yang ini kalau kita tanya pada orang-orang tua lah. tapi dari saintifik keduanya adalah sama. mungkin demam campak ni ada bermacam jenis. macam dani, dia kena campak keladi, which is berbentuk seperti rashes satu badan.


tapi jangan anggap mudah, sebab even campak keladi ni berbentuk seperti rashes, tapi gatal or pedihnya memang masyaallah. sebab aku nampak kalo dani berpeluh, dia akan menangis pedih.




sorry eh tak berapa jelas, try enlarge, surely akan nampak those rashes





actually, kalau nak kena demam campak ni dia akan muncul tanda-tanda awal. mula-mula anak kita akan kena demam panas. panas di sini bermaksud range dia 39c or 40c yer.. kira nya even bg makan ubat demam or ubat "bontot" pun tak jalan. dan dalam pada dia demam tu korang akan nampak macam naik rashes kat muka sikit (at first aku ingat dani allergy ubat..) .. ha tu antara tanda-tandanya.


macam dani lepas 3 hari high fever, dia kebah satu hari, then esok pagi nya aku tengok penuh da bintik-bintik satu badan. so jangan panik. firstly, jangan sesekali mandikan budak tu, lap-lap je badan dia, kalau boleh jangan terdedah dengan air sangat. ok bab mandi-mandi ni pun, ada perbalahan dengan perubatan moden. doc cakap mandi adalah lebih baik, tapi orang tua kata jangan mandi. kalau mandi kan, nanti campak tu akan tersimpan kat dalam badan, which is lebih bahaya. so terpulang korang nak ikut yang mana. aku pilih lap kan sahaja dani dengan tuala basah.



anak memang akan menangis pedih, tabahkan ajer ok!




lepas tu, just sapukan jer lotion yang di provide oleh klinik. other sources, dekat farmasi pun ada jual dalam harga RM 11.50 jer. so kasi sapu satu badan. lotion ni dia memang ada rasa berangin sikit dan cepat kering.


lotion ni aku beli kat farmasi jer, lagi murah


dari segi ubat pulak, memang doctor akan bagi ubat untuk tahan gatal. tapi jangan dilupakan ubat demam pun perlu bagi gak. aku hari tu ingat ubat demam tak payah, tapi doctor cakap perlu bagi sebab demam campak ni infection dia pantas, so kena back-up dengan ubat demam sekali.



ubat demam dan ubat tahan gatal






jangan lupa monitor temperature anak ok!



overall itu lah yang aku buat, tunggu sampai campak tu da agak-agak hilang, baru boleh mandikan macam biasa. or optional, mintak lah air penawar dari mana-mana ustaz ok. memang ada yang minum air kelapa lah untuk cepat keluar habis campak tu, ada jugak mandi dengan air daun. tapi aku tak buat. bukan tak nak buat, sebab tak sempat nak usha benda-benda tu, dani suda sihat walafiat! so pada siapa-siapa yang anak belum kena demam campak, harap tips-tips aku ni boleh digunapakai. till then~





bila dani demam begini lah rupa nya dia

bila sihat boleh iku mama pegi ofis =)

Monday, June 13, 2011

tempat seorang isteri adalah di sisi suami

terdiam sekejap bila baca statement daripada jimmy shanley. mungkin statement yang di beri menginsafkan sesetengah dari kita semua. yelah, mungkin kita tak tahu hujung pangkal cerita jimmy. tapi seperti yang dikatakan, semua orang ada kenangan silam mereka. jadi buang yang keruh ambil yang jernih.


tak payah pandang si jimmy yang kita tidak tau untung nasib dia lagi. jadikan diri sendiri sebagai bahan kajian. selalu kita dengar lelaki yang buat hal, jarang-jarang pada si isteri.



dan bila lelaki, ramai yang kata, " ahhh.. lelaki biasa la. mesti ada something wrong dengan bini dia. tu yang laki buat hal!"


bagaimana pulak kalau perempuan? " da dapat laki baik-baik, sibuk nak carik jantan lain, memang tak kenang di untung!!"



kenapa perlu di bezakan sampai macam tu? pokok pangkal nya hati kita. kalau ko kahwin disebabkan aturan orang tua, aku tak nak komen. but most of us, aku percaya kahwin suka sama suka. so tak timbul apa-apa isu di situ. di zaman moden ni, jarang benar kita dengar, hubby balik keja, kita hidangkan minum petang. jarang benar dengar ironkan baju si suami. oh jangan silap paham, sebab aku pun tak terkecuali. kadang-kadang aku pun cuai dalam urusan rumahtangga.



kadang-kadang biasa lah kalau kita mengomel penat ke apa. yer, aku pun admit, as working mom memang memenatkan. kita balik keja, terus fetch anak, take care of him while waiting for hubs coming home. itu bernasib baik kalau tak masak, kalau di suruh masak lagi? then tidurkan anak lagi. serius meletihkan. tapi itu jalan yang kita pilih, nak tak nak you have to face it!



tapi jangan sesekali kita bagi alasan untuk cari hiburan di luar pengetahuan suami. unless, setiap aktiviti kita dapat izin dari suami. bila aku baca link ni .. hukum hakam seorang yang bergelar isteri, of cos buat aku jadi insaf kot selama ni aku tersasar jauh daripada term isteri mithali.



harap keluarga kecil ini kekal bahagia =)

Sunday, June 12, 2011

bersabar lah jika pasangan kurang romantik ok!

happy monday =) huhu..sepatutnya kata orang monday adalah hari bermalasan iaitu monday blues. tapi aku sorang je yang rasa glowing gila kalau monday.


oh kenapa hari isnin mau cerita mengenai romantik tak romantik ni? aku saja jer nak relatekan tajuk di atas dengan anniversari aku yang kedua. sepanjang minggu lepas jugak aku di duga dengan pelbagai dugaan. dengan dani tak berapa sihat, dengan kerja di ofis menimbun, dengan penat nya tak tido malam akibat jaga dani. so of cos lah emosi aku pun kurang stabil.


seperti entry lepas, hati di robek tak dapat balasan anniversari dari B =P ... tapi aku kan selalu cakap kesabaran adalah perkara yang sangat berbaloi. contoh nya seperti di bawah:



bukak dressing table suda nampak ini (speechless..)


=)


will do =)


TQ darling xoxo.. so penantian dan kesabaran adalah berbaloi ok. tapi idea ni diaplikasikan oleh B setiap tahun..haha. nak buat macamana dia bukan romantik bagai, ok la tu..janji dia ingat. ouh da lama tak post gamba si kecik ni. later, aku cerita tips jaga anak demam campak ok..till then!

Thursday, June 9, 2011

dugaan menimpa-tertimpa

lama nya aku tak jenguk blog. dulu rajin jugak blogwalking pagi-pagi, tapi start dari isnin lepas hidup aku super hectic.


macam title kat atas. dugaan apa yang mendatang secara sekaligus tu. ok no big issue, cuma sepanjang minggu ni aku sibuk jaga dani yang tak berapa sihat. 3 hari dani demam panas, ni kena demam campak pulak..kesian aku tengok, menangis manjang.


actually aku tak pernah handle dani sakit teruk, selama ni dia demam biasa je, which is range dalam 37.4c . tapi start selasa lepas dia demam up to 39c sampai 40c. serius mencabar jaga anak demam panas ni. lagi-lagi macam aku ni duduk jauh dengan family, mak aku nun kat KL setiap 2 jam asyik call nak make sure aku ikut apa yang mak aku suruh buat. merasa lah jugak tidur pukul 5 pagi.


then pagi ni aku nampak naik campak pulak.. adoi, aku blank macamna nak jaga budak demam campak. ikut hati memang aku nak cuti sangat, cuti pulak tinggal sikit, aku kena save cuti untuk hari operation dani...wah! ni dah kira aku merungut ni..haha..tak lah, aku tak merungut pun. cuma bila jadi working mom ni, macam gini la gaya nya..time-time ni la i always wish that i'm a housewife!


bila seminggu ni aku sibuk jaga anak sakit, tiba-tiba aku jadi insaf dengan pengorbanan mak aku. agak nya dia dulu pun macam ni, anak demam, mak tak tido.. (abah berdengkur.. =P) so korang, mari la share-share kot ada pengalaman jaga anak demam campak. kesian kat aku, da la tengah selsema ni T__T (wish my mom is here T__T)

Sunday, June 5, 2011

tips membawa baby nonton movie T__T


~GOOD MONDAY SUNSHINE~

ha nampak tak aku happy semacam jer? ha of cos la darling semua.. sebab nya aku berjaya tempuhi 2 jam kritikal. seperti yang di propa baru-baru ni, selepas 2 tahun tak jejak panggung, sabtu lepas aku da berjaya ke sana.

aku dengan B memang berdebar jugak nak bawak dani, al maklum la, kitorang tak pernah bawak dia tempat-tempat macam ni. so of cos la apa jer yang kami boleh harapkan. aku da tekad, kalau dani buat perangai, get out la kita T__T tapi alhamdulillah, dani sangat well-behaved.

sebab dah berjaya nonton movie, teringin la nak bagi tips sikit.. (ewah tips bagai ko, baru sekali berjaya..hoho) :

  • harus lah pilih tayangan malam, sebab itu adalah time tido anak kita. aku pilih 9.45pm.
  • jangan biarkan anak tido siang, biarkan dia main sampai letih.
  • sediakan snek. biar dia leka.
  • bagi makan sekenyang nya.
  • cek pampers dia.
  • pakai kan baju yang buat dia keep warm and comfortable.

itu jelah yang boleh aku listkan. macam dani ni, masa mula-mula masuk panggung, kan ada iklan, masa tu dani tak hyper, dia duk diam, tapi mulut dia cot,cet~~ sikit-sikit "wahhh.." haha.. yelah, tv kat rumah kecik, sound pasang slow.. ini kat panggung, memang gegak gempita. aku dengan B pun naik pekak..haha..nampak sangat kami da lama tak nonton. tapi kejap jer, dalam 5 minit pastu, tiba-tiba budak ni senyap jer, rupa-rupanya da tertido. wah senang keja!

tapi aku tak tau la kalo ada antara anak korang, jenis kalau nak tido, dia menangis meragam. pada aku, kalo jenis macam tu, baik tak payah pergi nonton kot, kesian budak, dia tak selesa. or else, kemaruk sangat nak nonton macam aku laki bini, ko tinggalkan je anak kat rumah mak. mudah kan? bila dah lama sangat tak nonton, aku rasa ngantuk gila nak kasi perabih cerita. overall, pirates of the caribbean, 4 thumbs up! =)

maaf gambar di TGV takde, tak kuasa nak tangkap

p/s: next movie, x-men pulak..huhu

Thursday, June 2, 2011

perihal kempunan nak tengok wayang

kalau cakap pasal nak tengok movie ni, aku bukan lah kategori yang gemar nonton, pantang movie baru keluar, terus rasa nak tengok. dari zaman anak dara lagi, aku still bole kira pkai sebelah tangan, berapa kali sangat tengok movie.

lagi-lagi bila aku kawan dengan B. dia ni lagi la jenis tak reti nak tengok2 movie ni. 1st time tengok movie bersama, dia boleh tido stok siap berdengkur.. hangin tak? padahal masa tu baru lagi couple, da pandai tunjuk perangai.. haha

so sampai da kawin, kami still tak nonton . bila aku mengandungkan dani, aku ingat lagi masa tu cerita Twilight. aku da la peminat agung Edward Cullen. B boleh selamba bagi alasan takut baby terkejut dalam perut. dang! hangin weh... percaya tak dani dekat setahun da, aku asyik ngendeng nak tengok movie, tapi B bolayan.. nak cakap pasal sentap? haha.. siap da terobek teruk hati ku ini.

tapi aku kan mithali, da laki tak bagi, aku pun tak pernah la plan nak pegi dengan kawan-kawan. kadang-kadang jeles tengok dayu dengan ekwan bawak cha pegi nonton. dan bila baru-baru ni mak aku gelakkan aku sebab tak berani bawak dani masuk panggung. huwaaa sedih T__T 2 tahun weh aku tunggu, then finally, kesabaran aku berbayar. bila mana esok kami bakal nonton movie! horeyyyy~ harap-harap iman dani well-behaved =)