HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, June 2, 2011

rasa macam nak mencarut pada yang bunuh bayi tu!

semalam masa aku tengah siap-siap nak solat maghrib, aku jadi kurang fokus akibat terdengar iklan berita utama pasal bayi dicampak, sampai pecah kepala. worst, sampai nampak otak bayi tu.. masyaallah, memang dah dekat kiamat la kita ni.

aku tak faham kenapa manusia zaman sekarang makin menjadi-jadi sifat seperti binatang. pada hal binatang pun sayangkan anak mereka. so aku tak pandai nak klasifikasikan manusia seperti ni adalah jenis macam mana. or any suggestion word terbaik untuk gambarkan manusia macam ni??

korang ingat tak 10 tahun dulu, masa tu kes buang bayi ni baru sangat lagi. kita selalu dengar dorang ni suka buang bayi dekat depan rumah, tepi surau. mak bayi tu balut anak dia molek, siap tinggal 2,3 kepaing pampers bagai. tapi, masa tu kita da rasa teruk sangat perangai si pembuang bayi tu.

then, trend baru.. dorang buang dalam tong sampah, kat sungai. ha sekarang berani campak2 sampai berkecai. damn! eh pembuang! ko gila eh? masa berendoi dengan boifren ko tak pikir, da beranak gelabah main campak-campak pulak!

aku rasa dalam banyak2 cara buang bayi tu, baik la ko letak je bayi tu dekat depan rumah ker, dalam surau. at least ada orang boleh notified. kalau kita nak cakap pasal sex education ni, memang payah la. sebab even ko terapkan seberapa banyak education for them, they got other sources to access. contoh nya tak payah jauh, bukak jer astro channel 411,412,413.. ha hamek adegan pelbagai. plus our local magazine pun suka nau publish all daring pose! so macamna budak2 ni nak absorb segala preventive measures?

haiii aku kalau cakap pasal ni memang extra emosi, sebab aku kalo tengok dani jatuh katil pun aku boleh nangis, budak tu fragile weh. ini kan pulak bila nak direlate-kan dengan bayi baru lahir di campak dari sekian-sekian floor..adalah sangat gila. kita sendiri tau how fragile newborn baby, dia punya brain sel pun tak habis connect lagi. thats why mudah nya otak dia boleh berkecai. ya allah, aku tak sanggup nak elaborate. nak copy one naive face that died because of the cruelty of the mothers pun tak berani. so kita masing-masing pun ada anak, hope we can take care of our children and hope they not into this type of ridiculous thing!

Monday, May 30, 2011

the making of: kami punya 2nd anniversary!

anniversary sudah tiba. ouh kalau cakap pasal anniversary or any special occassion kan, aku ada satu message perlu disampaikan pada B, korang hold dulu k *xoxo*

Dear B Darling,


I sentap ni, u kata nak surprise kan i..menyampah tau. last last i yang surprise kan u..sentap sentap.. i tak kira u kena beli kad happy anniversary to my wife. kalo u tak beli.. sentap lagi...


ehem..ouh maaf yer! ouh fyi, B ni bukan lah seorang event planner ke apa. yang bagus dalam perancangan majlis kejutan ni. dia tak pernah buat aku terkejut. sebab bini dia ni, lagi 2 bulan nak anniversary dah bagitau nak hadiah apa... so xde la aku ketap gigi tengok dia beli hadiah mengarut.haha.. opsss patut bersyukur .. ish ish


so kalo dah B sebegitu rupanya, tak perlu lah ko impikan dinner di tepi pantai, dengan desiran angin, kocakan ombak, ditemani lagu2 romantik. cett! memang bukan B. selalu nya aku dah siap2 kecewakan hati aku T__T. tapi once a while, ada lah dia surprise bagi kad "i'm sorry" ke apa.. time baru rasa sweet. tapi serious aku tak kesah (kesah sikit sikit sebenarnya =P)


2 hari sebelum anniversary, kami superb busy balik kampung. macam yang aku propa2 di tweet yang kami akan travel balik 2,2 kampung, KL dan Kelantan. so impian nak having fine dinner, jangan di angankan. seminggu sebelum anniversary aku da beli siap2 kad untuk dia. aku memang xde idea nak belikan hadiah apa. sebab kami prefer tanya sendiri apa nak, instead of beli barang yang tak tentu dia suka. then, 29 may malam aku sms mak aku suruh beli kek, masa tu kitorang otw ke KL dari Kelantan.



sweet tak aku letak celah botol? sebab B selalu bangun buat susu dani



tapi hampeh sebab mamat ni bangun dekat pukul 10 pagi. aku sampai dah turun naik, turun naik buat susu dani. then, aku saja kejut dia suruh bangun, sebab plan kami pagi tu nak berjimba ke midValley. aku pulak saja jer terus turun bawah, B turun sengih2 kat aku. tapi tak stop di situ yer, aku bagitau B ada lagi satu surprise, aku keluarkan kek.. taraaaa.. B pelik gila. dia duk sibuk asak aku tanya bila masa aku pegi beli la apa. banyak tanya pulak, claim kang..


ini lah kek pilihan bonda saya


ololo sesi mencuit kek



si dani macam biasa, geli dgn benda2 lembik, nenek dia pun lagi usik



itu lah dia ceritera anniversary kami yang kedua. ouh kalau cerita pasal anniversary ni teringat dulu yang pertama, masa tu aku still mengandungkan dani. aku dengan B da plan bagai nak rak la nak dinner mana. suddenly, pada hari anniversary 2,2 flat. kami demam panas 3 hari. so dinner MCD atas katil jer T__T



kami bertiga, happy together =)

Thursday, May 26, 2011

jangan amalkan merokok di depan anak

entry terakhir di minggu terakhir bulan Mei.



perasan tak, sekarang ni cepat sangat masa berlalu. rasa macam kurang best sebab aku rasa dani cepat sangat membesar. lagi 2 bulan, si bujang bakal berusia setahun. sekarang ni pun banyak sangat akal dia. menjerit kat mama dia ni jangan cakap la, kita marah dia, dia jerit kat kita balik. kita "pukk" dia, dia "pukk" kita pulak.. hai anak anak..kecik2 comel la dani buat macam tu, kalau dah besar, memang rotan la hinggap..haha



ok, hari ni aku berminat nak kaitkan dengan isu merokok. aku rasa memang hampir 80% suami kita merokok kan? dah tak kuasa nak ditegah. tapi apa kaitan anak dan rokok? ok yang macam kita tau anak2 ni makin besar, daya imitasi pun makin tinggi. bagi dia, ibu bapa adalah idola mereka. macam si dani, aku tengok abah dia adalah idola dia. apa abah dia buat, semua dia nak tiru.



ouh jangan cakap aku tak tegah B supaya kurangkan merokok ok.. dah berkurun aku nasihat dia. dari start aku bercinta, bertunang, kawin, sampai da beranak pinak. mau dah 5 tahun aku berhabis air liur nasihat dia. tapi ada dia kesah??haha.. oleh kerana si dani mati2 nak jadikan bapak dia idola. sampai la ada satu tahap, masa tu B balik kelantan sorang, aku dengan dani tak ikut.



masa tengah kemas2 rumah, dani amik sudu makan dia. then dia masukkan dalam mulut, lepas tu buat gaya macam hisap rokok. aku sms B, dia tak percaya. ooooo.. tak percaya, aku up sikit bagi mms gambar dani. ha hamek terkejut dia.



so conclusion nya, kalo laki kita da setengah mati nak hisap rokok sangat, macam tak boleh tunggu nanti-nanti, ko hambat dia pegi hisap jauh2.. jangan depan anak. satu lagi kalau travel jauh, mesti laki kita konon2 mengadu ngantuk sebab tak dapat hisap rokok kan? korang jangan bagi dia hisap rokok while driving, sebab nanti dust rokok tu terbang2 melekat kat baju mak nya, anak bau smoke..euwww.. kita cakap dengan dia, kalau nak merokok sangat, stop kat RnR. senangkan? sebab tu everytime aku balik kl, dari 3 jam boleh sampai, jadi 4 jam lebih sebab mamat ni setiap 100 km nak merokok kot.



ok lah, jum tengok gambar dani yang aku mention tadi..




Wednesday, May 25, 2011

aku tengah down..frust.. marah..

mintak faham aku..







aku bukan robot boleh handle semua..






aku da penat..






Tuesday, May 24, 2011

serious meatball ikea tak halal? T__T






isnin hari tu, kecoh seantaro malaya bila dikatakan foodcourt IKEA kena samak. of cos aku terkejut weh, sebab foodcourt IKEA adalah salah satu tempat favourite aku setiap kali balik KL. jarang benar aku lepas kan IKEA dari jadual jelajahan aku. selain shopping barang2 hiasan, aku wajib pegi makan meatball dan kek DAIM kesayangan. dani pun sejak dari dalam hari aku dah kenalkan IKEA kat dia. bertapa dalam nya cinta ku padamu IKEA..OHHH T__T


tapi bila ramai yang propakan kata meatball tak halal, aku jadi sangat terkejut. da berapa bijik meatball yang aku, laki aku, dani sudah telan? gulpp! bila aku pindah jer JB, aku sanggup import frozen meatball dari IKEA! ternyatakan bertapa agung nya cinta aku pada meatball? ada lagi lebihan meatball aku tak habis makan. kalo jadi macam ni, aku pun jadi was2 nak habiskan.. baru plan nak cincang lebihan meatball, buat inti popia T__T


mau buat apa dengan ini meatball?

so aku plan biarkan jer dalam fridge dulu, kita tunggu announcement dari JAKIM, adakah meatball di IKEA halal ok? tapi dalam pada aku google2 tu aku jumpa satu link ni.. ya, mungkin boleh mengembalikan keyakinan kita. tapi aku tak yakin 100% lagi, kita tunggu apa kata JAKIM.



p/s: eh blogger buat hal lagi eh? grrr

Monday, May 23, 2011

rumah ku dilanda taufan!

happy tuesday!


again, blog terabai beberapa hari, tak sempat la korang, kadang2 tu dah plan nak cite apa, bila kita tengah rushing, semua benda tak jadi. nak buat macamana, kita mampu merancang..ewah!haha..


ok la, jum cerita pasal encik dani kita. dani serious semakin lasak dan banyak kerenah. aku selalu imagine, rumah kecik senang lagi nak handle dani, kalo rumah besar sikit? kena culik maid satu la gamak nya~ dulu rumah aku elok jer tersusun barang, sekarang? big no! dani dah expert punggah barang, bukak laci, sorok barang bawah sofa, tarik baju dalam almari.. hai baru sorang ni, kalo 2, kalo 3?? ayayai~!



bagus gak beli sofa banyak bantal, boleh hadang bucu meja..


ko tengok, mainan merata T__T



ni semua angkara budak ini !

Wednesday, May 18, 2011

rumahtangga goyah di landa badai

salam semua..



hari ni tulisan aku lebih ke arah perkara yang agak serious. bukan niat aku hendak membuka pekung di dada, mahupun membuka aib. tengah2 dekat cuti sekolah ni, kita akan didatangi dengan pelbagai corak kad kahwin. aku pun tak terlepas daripada terima invitation tu semua. of cos aku rasa sangat happy bila tengok ramai kawan2 yang ke jenjang pelamin.


tapi aku jugak tak terkecuali dari didatangi benda2 yang aku takut nak dengar.. berat hati aku nak taip perkara berkisar dengan rumahtangga. oh! tapi jangan tersilap tafsir yer, alhamdulillah aku dengan B masih di landasan yang sepatut nya, adat rumahtangga kalau ada tergelincir sana sini.


cuma lately, aku banyak sangat terima call dari kawan2 yang mula jauh tergelincir dari landasan mereka. ada yang menangis bila bercerita, ada yang memaki hamun nasib yang menimpa. aku tak terkecuali sedih, sebab nya aku antara orang yang menyaksikan perkenalan bahagia mereka. aku adore cara suami mereka limpahkan material, naif di depan..sweet!


aku tak kuasa nak elaborate cerita lebih, aku pun masih terlalu mentah dalam dunia perkahwinan. 30 may ini genap 2 tahun usia perkahwinan kami. jadi aku tempatkan diri aku sebagai seorang yang baru belajar bertatih di dalam perihal rumahtangga. jadi lebih baik aku jadi pendengar dan pemerhati terbaik. tak berani mahu jual cerita ke-perfect-an B, ke-angel-an B, sebab langit tak selalu cerah..


cuma di sini aku rasa sedikit insaf. sebelum ni aku selalu mengomel pada B. "best B, dia muda2 lagi laki dia da beli rumah..".. "best B, laki dia hadiahkan honeymoon pegi bali.." .. serba sedikit benda tu akan stress kan B. kadang2 aku boleh naik hantu secara tiba2 bila semata2 B lupa tutup pintu toilet ke apa.. patut nya aku bersyukur, B adalah seadanya, berpadanan dengan aku. dia tak buat hal, dan aku patut bersyukur untuk itu.


to B darling,


i'm not in your box of expectation, but i hope that u can give me a chance, at least, to be as perfect as the line of your expectation. eventhough u cant promise me a diamond on our anniversary, a bungalow on my birthday, i will love u no matter what..