hari ni tulisan aku lebih ke arah perkara yang agak serious. bukan niat aku hendak membuka pekung di dada, mahupun membuka aib. tengah2 dekat cuti sekolah ni, kita akan didatangi dengan pelbagai corak kad kahwin. aku pun tak terlepas daripada terima invitation tu semua. of cos aku rasa sangat happy bila tengok ramai kawan2 yang ke jenjang pelamin.
tapi aku jugak tak terkecuali dari didatangi benda2 yang aku takut nak dengar.. berat hati aku nak taip perkara berkisar dengan rumahtangga. oh! tapi jangan tersilap tafsir yer, alhamdulillah aku dengan B masih di landasan yang sepatut nya, adat rumahtangga kalau ada tergelincir sana sini.
cuma lately, aku banyak sangat terima call dari kawan2 yang mula jauh tergelincir dari landasan mereka. ada yang menangis bila bercerita, ada yang memaki hamun nasib yang menimpa. aku tak terkecuali sedih, sebab nya aku antara orang yang menyaksikan perkenalan bahagia mereka. aku adore cara suami mereka limpahkan material, naif di depan..sweet!
aku tak kuasa nak elaborate cerita lebih, aku pun masih terlalu mentah dalam dunia perkahwinan. 30 may ini genap 2 tahun usia perkahwinan kami. jadi aku tempatkan diri aku sebagai seorang yang baru belajar bertatih di dalam perihal rumahtangga. jadi lebih baik aku jadi pendengar dan pemerhati terbaik. tak berani mahu jual cerita ke-perfect-an B, ke-angel-an B, sebab langit tak selalu cerah..
cuma di sini aku rasa sedikit insaf. sebelum ni aku selalu mengomel pada B. "best B, dia muda2 lagi laki dia da beli rumah..".. "best B, laki dia hadiahkan honeymoon pegi bali.." .. serba sedikit benda tu akan stress kan B. kadang2 aku boleh naik hantu secara tiba2 bila semata2 B lupa tutup pintu toilet ke apa.. patut nya aku bersyukur, B adalah seadanya, berpadanan dengan aku. dia tak buat hal, dan aku patut bersyukur untuk itu.
to B darling,
i'm not in your box of expectation, but i hope that u can give me a chance, at least, to be as perfect as the line of your expectation. eventhough u cant promise me a diamond on our anniversary, a bungalow on my birthday, i will love u no matter what..
10 comments:
suprise habeshhh laa ayat kat atas tu...pew...semoga bahgia...
sweeeet <3 :)
mya, haha..tu la title propa jer
mrs nageb..suwitttt..hehe
sweetnye......mun kdg2 mcm afni jugak tahu..tp sekarang sudah sedar sikit sbb tahu kemewahan tak menjanjikan kebahagiaan....
husband kita masing2 ada kelebihan dan kekurangan kan. semoga kita sama2 dijauhkan dari segala perkara buruk yg boleh merosakkan rumah tangga. takot.
suspen masa baca tajuk baca punya baca sweet je
mun, hehe..kemewahan hanya satu bonus jer!
fadila, yes!doakan yang baik2 jer
nurul, haha..mintak jauh~~
Post a Comment