HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, April 7, 2011

mari jadi macam saya, angkut dani pegi outstation!

morning! lega bila hari ni da jumaat, esok dan lusa boleh jalan kan upacara mengemas rumah yang dah macam kapal karam tu. haihh dani da makin lasak weh, dia akan keluarkan semua majalah, biarkan terabur. then dia pegi tempat lain pulak, singgah rak dvd, punggah... stress woo T__T

tak nak cite pasal tu. ni nak cite lain, pasal outstation, sejak da jadi mak orang ni, aku rasa semua orang akan mengeluh bila kena outstation. padahal bukan jauh sangat, setakat langkah 2,3 negeri. tapi hati mana nak tenteram tinggal kan anak weh.

so nex week bos aku assign pegi National Customs Conference kat Hilton kl nuh. conference nya 2 hari jer, tapi aku plan nak cont cuti sampai weekend. ye lah, alang2 boleh balik umah mak aku. tapi yang jadi aku susah hati. tak kan aku nak suruh B cuti hantar aku pegi KL. mamat tu jenis takut bos..hahaha..sori b..xoxo! so pikir punya pikir, aku decide nak pegi naik flight jer. tapi yang menjadi kegusaran aku mana pernah travel sorang naik flight, dan bawak baby? T__T

tapi tu jer cara mudah, dan selesa untuk aku dengan dani. belum apa2 aku da list out siapa yang aku bakal susahkan..hahahaha. jum tengok:


  • book flight, kena consider kesenangan dan keselesaan. alhamdulillah, aku pilih MAS.

  • aku da book teksi dari rumah hantar pegi airport, b tak dapat hantar T__T

  • dari KLIA, call mak aku suruh pickup.

  • mintak mak aku amik cuti, jaga dani 2 hari. sebab aku ada conference kan.

  • suruh adik aku hantar pegi hilton, sebab aku tak bawak keta.

  • balik mintak kawan aku pulak tolong pickup dari hotel.

  • pegi klia nak balik jb, suruh ayah aku anta.

  • sampai airport JB, call kak ipar or B datang amik..

hahaha..aamacam? kesian dorang.. terpaksa disusahkan. nak wat camne nak bawak anak sangat kan? semalam B ada cakap dengan aku:


B: kesian i..duk sorang je next week.


aku: laaa i bukan tak caya kat u. tapi biasa la b.. mana boleh pisah dengan dani.. darah yang mengalir dalam badan dia tu, darah i tuuuu...


hahaha..amacam? pandai aku susun ayat. later aku kasi post apa experience aku travel dengan seorang baby yang lasak masyaallah...

Wednesday, April 6, 2011

jum cite pasal hantu @~@

wah lama gila tak update. seriously banyak keja yang tahap tak hengat punya. plus idea pun ke laut.. tapi hari ni rasa cam best pulak nak cerita kisah2 yang agak seram sikit..


ni kes memang xde idea sangat dah ni..hehe. so shall we continue? ok cite dia dekat seremban. aku tak boleh la bagitau exact place tau. P&C. sebelum kami duduk kat seremban ni memang aku satu family merantau. sebab ayah aku ex-army. then, aku pun sampai sekarang tak paham kenapa ayah aku beli rumah kat seremban. macam aku mention sebelum ni, mak aku orang kg. cheras baru, ayah aku pulak kuala selangor. so nampak kan macam xde kena mengena? ish..ishh.. bak kata ayah aku, dia beli rumah ni as a backup sebab masa tu kecoh yang army akan ditugaskan ke Bosnia, dan tak berapa tahun lepas tu ayah aku kena fly ke Australia. tu la sebab-sebab nya.. but why seremban? hahaha..gwe serius dont know, dont care!


da da start melalut ni..meh start cite antu. actually rumah yang kitorang duduk tu rumah semi-D. ayah aku tak renovate apa2 lagi, so belakang dan tepi rumah memang luas lagi. belakang rumah kitorang ada 2 rumah kosong. which is rumah2 tu jarang penyewa akan duduk dengan lama. paling lama 3 bulan jer.so masa mula2 pindah, aku duduk bilik tengah, plus aku ni anak perempuan sorang, xde la share dengan sape2. sepanjang aku tido dalam bilik tu, aku selalu mimpi yang bilik belakang ada hantu la apa..


sampai la ada satu masa tu, adik aku yang bongsu umur 2 tahun, selalu menjerit melolong tak tentu pasal. bawak pegi jumpa ustaz. confirm ada benda kat umah tu. kata ustaz tu, dulu kawasan rumah tu adalah estet. then ada pompuan mengandung kena rogol n bunuh. so rumah aku tu kawasan laluan dia la..so dalam dia lalu2 tu, saja la nak usik2 adik aku..hehe


then tak camne aku boleh terpindah bilik belakang. one day balik dari asrama, aku ajak kawan2 tido rumah, masa tu bilik aku ada 2 katil single. 1 katil mengadap pintu, satu katil tepi tingkap. fyi, aku dulu penggila pelbagai jenis bear. so belambak la bear. dalam pada kitorang tido tu kawan aku boleh macam kena histeria pulak sebab dia nampak ada lembaga tergantung kat pintu. mulut dia fail nk baca surah apa2. yang aku pulak hantu boleh main susun bear2 berkenaan sebelah aku. bukan main cantik dia susun. aku da seram. esok nya suruh mak aku simpan semua bear.


cite tak habis di situ, kan aku cakap rumah belakang tu tak pernah kekal penyewa nya. so ada satu malam mak aku suruh sidai kain. aku pulak memang da tak sedap hati. nak tak nak sidai jugak. selesai aku hanger semua baju, aku pun nak susun la baju2 tu elok2 kat penyidai. dalam tengah susun tu, sekali hamikkk.. tepat cik ponti mengadap aku wei!! dia duk kat pintu dapur rumah belakang. kira aku dengan dia sebaris la. dia mengadap aku, aku mengadap dia. yang tak boleh blah, kaki aku keras weh, tak boleh berlari pun. aku nak atur langkah masuk pintu dapur memang slow giler...benda tu still pandang aku !!


then ada lagi satu hal, bila mana mak aku suruh pergi rumah pekerja dia, which is area taman tu jugak. aku pun drive la sorang. area pukul 12 kalo tak silap. then ada bumper, of cos masa kat bumper kita akan break skit kan? yang tak boleh blah dan2 cik ponti nak jalan depan aku.. aku rasa macam gelap gulita da. nk jerit pun tak terkeluar da..


tapi ikut kata abang aku, dia biasa je kena himpap kat rumah tu. tapi dia senyap kan aje. malas nak kecoh2. or else kawasan taman tu dengar nya memang sangat terkenal dengan cik ponti ni. sebab dulu tanah estet kan, mungkin ada berlaku kejadian pelik2..


sampai la kitorang nak pindah balik kl, dalam duk packing 2 tu, aku dengan adk aku sempat duk kat depan garaj time senja pulak tu. berdesup nmpak benda tu lalu...haihh tak tau la apa cite penyewa rumah ayah aku tu. diorang tak rasa pape ke eh?ish ish

Sunday, April 3, 2011

bawak dani berpanas panasan

morning semua~

yeah normally pagi2 lagi aku da post entry. tapi hari ni hectic sikit la. banyak keja tak beragak2. ini juga bakal jadi entry pertama aku yang penuh gamba, selalu nya aku lebih banyak bercerita dari post gamba. ada juga reader yang nak sangat tatap muka aku sefamily.. haa hamik..hehe


ni hari sabtu lepas. actually kami jarang bawak dani berekreasi. bukan jarang, tapi tak pernah kot. selalu duk jaja dani ke shopping mall, kali ni kita kasi dani berpanas sikit. enjoy!



ini kami sekeluarga!..yer aku jarang publish gamba kami





Thursday, March 31, 2011

berita gembira muncul, lupakan perihal ibu cacat

alhamdulillah..



itu yang mampu aku ucapkan. semalam dalam pada aku agak berjauh hati dengan isu panas "ibu cacat". aku terima call daripada KPJ Johor Specialist Hospital. pegawai di sana hanya mahu set appointment untuk adakan sedikit discussion mengenai hal safety di dalam johor industry.



memang at first aku tak tergerak rasa pun nak mengambil kesempatan dari discussion tu untuk discuss perihal anak bujang aku, iman dani. bagi new reader, korang boleh refer link ni. tapi bodoh la aku kalau tak nak ambil kesempatan menanyakan beberapa isu perihal trigger finger.



FYI, dani sekarang tengah undergo treatment di GH. ouh sebelum ada yang melaser tak tentu arah seperti aku perlekehkan GH, anda pikir la 10 kali. sebab tujuan aku nak refer kes dani pada KPJ adalah untuk dapatkan second opinion. tambahan, medical card yang aku buatkan untuk dani listed di bawah KPJ. it's worth to try. FYI sekali lagi, aku kena la akur di GH mereka akan utamakan major case instead of minor case. so tak salah rasanya aku nak dapat kan second opinion.



so selepas discuss dengan staff KPJ, aku sempat menyelit tanya dan sambil cerita perkembangan trigger finger dani. aku sempat tanya, berapa cost KPJ charge untuk kes macam dani, treatment dia macam mana pulak. ikutkan officer tu dia cakap kes dani kena refer pada pediatrician dulu, then baru decide sama ada continue dengan orthopedic or OCT Therapy. macam sekarang dani undergo 2 department ni.



tapi part yang paling seronok, bila aku sempat tanya officer tu harga 1st consultation. kata dia, untuk first appointment, consultation fee sahaja rm 300. what? terbeliak weh. bukan apa.. hanya beberapa minit consult, da cecah rm 300. da la insuran tak cover untuk consultation. itu untuk seorang doctor, let say macam tadi aku cakap kena jumpa 2 specialist, mau makan rm 600 untuk consultation sahaja.



tapi aku kan ramah tamah..hehe.. agak2 da kenal officer kat dalam KPJ, why not kita buat jalan mudah. yes, officer tu mencadangkan aku dapatkan medical report, scan, dan email kan pada dia. dia akan cuba dapatkan pendapat para specialist. of cos aku happy lompat2 beb..hehe. jimat rm 600!!



selagi lagi aku nak tekan kan, bukan lah aku akan tamatkan treatment dani di GH, tapi aku hanya mau dapatkan SECOND OPINION! sebagai ibu, itu adalah perasaan normal. ok la, aku banyak keja tak terkata, enjoy your weekend =)


progress terbaru jari dani

Wednesday, March 30, 2011

pagi lagi saya da rasa macam nak nangis..

pagi2 lagi aku da rasa macam perlukan B di sisi. sebelum tu korang boleh baca blog hannah. sampai ofis, on jer laptop, terus bukak blog, scroll down, then nampak hannah update satu cerita baru yang membuatkan aku tergerak nak baca. dengan tajuk "Saya bukan ibu yang cacat".. buat aku terpikir, apa yang cuba hannah sampaikan. because the thing is, apa yang cacat pada hannah? pada aku dia dikurniakan keluarga yang bahagia, mummy yang cute disamping anak nya, myiesha yang comey lote *love*


selesai baca post hannah..


aku jadi macam nak nangis semahu nya. FYI, aku seorang yang paling payah nak berasa sedih atau teringin nak menangis semahu nya. aku terus pegi pada link yang hannah bagi, pada hannah si ibu perfect ini, meluah kan kata2 apologize, tapi tidak pada aku. si ibu perfect ini, lagi mencabar kata2 nya seperti nak mengajar.


suka aku untuk berkongsi cerita dengan si ibu perfect ini bagaimana jerih perih nya aku melalui zaman berpantang bersama anak kesayangan aku, iman dani. the way aku bersalin kan iman dani adalah tidak semudah yang disangka. aku semasa zaman mengandung kan dani adalah tersangat aktif. aku banyak outstation, berpanas di atas port johor menyelesaikan urusan penting di tengah panas terik, bawak document, bawak perut yang ketika itu jasad dani sudah mula bergerak, segak berhigh heel. adalah sesuatu perkara yang membuatkan mak aku risau tak sudah...


tapi aku cekal, sebab aku lebih suka aktif. bak kata orang tua, mudah awak bersalin macam ni. tapi tanggapan tu jauh tersasar, aku overdue 5 hari. siang malam aku menangis bila sudah masuk hari ke-3 overdue, iman dani sudah mula bergerak perlahan. hati gundah tak terkata. aku kuatkan diri kerap solat hajat doa allah perkenankan aku berjumpa anak yang seorang ini. setiap malam, aku akan terjaga dan berharap sangat contraction bakal berlaku. tapi sekali lagi hampa, kejadian yang menyebabkan aku berjaya menghasilkan contraction. bila malam ke-5 aku overdue, aku jatuh terduduk, B cepat kejarkan ke hospital, ternyata hasil jatuh itu menyebabkan jalan terbuka 5 cm.


kenapa aku rasa sangat terseksa melahirkan sehingga buat aku trauma beberapa minggu? aku tak makan, detik doktor pecahkan air ketuban, aku terus muntah, bertambah kosong perut, aku sakit tak lama, hanya 5 jam. tapi dengan tenaga yang tiada, apa yang mampu diharapkan. cukup 9cm aku tak tahan, terus push iman dani keluar, tapi tak berjaya, doktor bising dan risau dengan kedudukan ctg iman dani. aku melahirkan iman dani dengan pertolongan vacuum.


kehadiran iman dani dalam keluarga aku dan B sangat membahagiakan. hari pertama biasalah xde susu. masuk hari ke-3 susu aku menitik2 membuahkan hasil. aku sua kan pada dani. dia ok hisap. tak lama dalam 2 minggu lepas tu, dani kena sawan tangis. bagi si ibu perfect mesti awak tak tau apa sawan tangis kan? fyi, sawan tangis adalah sesuatu yang memenatkan. aku berpantang di rumah mak, B tak dapat temankan. masa kena sawan, siang dani akan tido dan well-behaved, tapi bila malam hari, dani akan menangis bermula pukul 10 malam sampai la dalam pukul 1 pagi. yer dani menangis non-stop. sampai lembik si bayi yang berusia 2 minggu tu, urat terik keluar. penat ayah aku bacakan macam2 ayat, sapu muka dengan air yassin. tak berhasil. bila mak aku balik je dari surau dalam pukul 1 pagi, baru la dani terliuk lembik atas bahu mama. tak minum susu, bukan sahaja susu bf, even susu fm pun dia da lembik nak hisap tak terdaya.


bila kerap dani kena serang sawan tangis. adakah si ibu perfect expect dani akan berhenti nangis bila di sua kan bf? kamu fikir lah sendiri. saya sendiri menangis mengadu pada B. mama yang mengabil upah jahit sebelum raya pun, lembik tak mampu untuk mejahit akibat handle dani kala diserang sawan. kamu ingat saya gembira bila x bf dani? kamu rasa saya suka dani tak bf, sebab boleh jaga bentuk dada saya? kamu tau bagaimana saya set dalam kepala, "susu banyak...susu banyak". tapi si kecil tak nak hisap, sebab dia diserang sawan tangis. boleh awak imagine macamana dada saya membengkak, susu menitik2 tapi anak tak nak minum? sampai la sekarang dani da genap 8 bulan dia masih minum sikit. percaya tak kalau saya bgtau dani masih minum susu 100ml? itu pun kadang habis, kadang tidak. tapi saya banyak buat research, dan berikan dani makanan pejal yang cukup khasiat bagi bekalan tenaga.


sigh..ahhh..stop la cerita. xde guna bercerita pada ibu yang menggelar kami kami semua yang tak bf, adalah IBU CACAT.

Tuesday, March 29, 2011

ini bukan lagi wordless wednesday....


....tapi speechless wednesday..i told u B....

Monday, March 28, 2011

merajuk dan saya adalah sangat sinonim

wah apa kes cite pasal merajuk2 ni? haha. gue tengah merajuk dengan B.. uhuk uhuk

actually, kalau nak cite pasal merajuk ni, aku dengan merajuk memang x boleh di pisahkan. dari kecik sampai ke besa. kalau da sekali merajuk, confirm muncung tu boleh buat sangkut hanger. benda ni sebenar nya dari kecik lagi. tapi masa aku baru nak meningkat remaja tu, aku punya tahap merajuk tu memang sampai tahap unbelievable, sampai tahap mak aku tahan geram je nak lempang..haha. meh aku cite chronology merajuk aku yang sampai orang sekeliling pun geram jer.


masa baru nak meningkat remaja:


Let say, aku tengah jalan dengan family aku, then ternampak satu kasut comel sangat2, aku mintak mak aku belikan, dia x bagi, terus dia heret aku pegi kedai makan, aku rela keras kematu x nak makan selagi x dapat kasut tu. time ni mak aku baik lagi, x pernah lagi cubit aku kalo aku da merajuk. so dia pun bawak la aku beli kasut, baru la aku boleh makan dengan hati gumbira. Lagi satu, dulu aku adalah sangat alergic kalo orang sentuh makanan aku. konon poyo lapar sangat. order nasi goreng sepinggan. orang nak, aku memang x bagi. sape ambik sesudu pun, aku pun meleleh airmata macam ada orang meninggal. end up memang x habis makan pun, dasar kedekut.


masa zaman belajar:


Bila da masuk U, x main la merajuk2 weh. i kan da anak dara yang bila2 saja bakal di sunting...auwww ouh tapi jangan la tertipu, yang menjadi mangsa adalah kekasih hati ku iaitu B la. masa mula2 kenal B hangin je tengok aku. sampai dia perna tanya roomate aku, "kenapa la afni tu kuat merajuk.." haha..tu memang confirm dia ketap bibir jer tengok perangai aku. Satu perangai bila aku merajuk. B just nak bagitau jer yang dia x dapat topup hari ni, yang aku pulak dah meroyan x tantu arah macam B minta break-up. padahal aku boleh jer berlaku tenang dengan memahami situasi dia mungkin time tu dia xde duit nak topup. erk!


bila dah kawin:


haha..bila masuk fasa ni, memang sah2 la B yang jadi mangsa aku. silap sikit, aku da muncung x bercakap. padahal salah dia mungkin dia lupa nak off suis rice cooker jer. wah huduh la perangai aku ni. haha..x pun , salah cakap sikit, da berjujur airmata ku.


eh tapi da kurang banyak tau perangai merajuk aku ni. yelah dulu masa bercinta, B sanggup pujuk aku beria2, sampai 102 miscal, 43 sms. sekarang da kawin? hahaha..bolayan! si dani aku x tau la bakal menurun perangai aku ke x, harap x ikut la, buruk kalo lelaki merajuk..hehe