HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, March 28, 2011

merajuk dan saya adalah sangat sinonim

wah apa kes cite pasal merajuk2 ni? haha. gue tengah merajuk dengan B.. uhuk uhuk

actually, kalau nak cite pasal merajuk ni, aku dengan merajuk memang x boleh di pisahkan. dari kecik sampai ke besa. kalau da sekali merajuk, confirm muncung tu boleh buat sangkut hanger. benda ni sebenar nya dari kecik lagi. tapi masa aku baru nak meningkat remaja tu, aku punya tahap merajuk tu memang sampai tahap unbelievable, sampai tahap mak aku tahan geram je nak lempang..haha. meh aku cite chronology merajuk aku yang sampai orang sekeliling pun geram jer.


masa baru nak meningkat remaja:


Let say, aku tengah jalan dengan family aku, then ternampak satu kasut comel sangat2, aku mintak mak aku belikan, dia x bagi, terus dia heret aku pegi kedai makan, aku rela keras kematu x nak makan selagi x dapat kasut tu. time ni mak aku baik lagi, x pernah lagi cubit aku kalo aku da merajuk. so dia pun bawak la aku beli kasut, baru la aku boleh makan dengan hati gumbira. Lagi satu, dulu aku adalah sangat alergic kalo orang sentuh makanan aku. konon poyo lapar sangat. order nasi goreng sepinggan. orang nak, aku memang x bagi. sape ambik sesudu pun, aku pun meleleh airmata macam ada orang meninggal. end up memang x habis makan pun, dasar kedekut.


masa zaman belajar:


Bila da masuk U, x main la merajuk2 weh. i kan da anak dara yang bila2 saja bakal di sunting...auwww ouh tapi jangan la tertipu, yang menjadi mangsa adalah kekasih hati ku iaitu B la. masa mula2 kenal B hangin je tengok aku. sampai dia perna tanya roomate aku, "kenapa la afni tu kuat merajuk.." haha..tu memang confirm dia ketap bibir jer tengok perangai aku. Satu perangai bila aku merajuk. B just nak bagitau jer yang dia x dapat topup hari ni, yang aku pulak dah meroyan x tantu arah macam B minta break-up. padahal aku boleh jer berlaku tenang dengan memahami situasi dia mungkin time tu dia xde duit nak topup. erk!


bila dah kawin:


haha..bila masuk fasa ni, memang sah2 la B yang jadi mangsa aku. silap sikit, aku da muncung x bercakap. padahal salah dia mungkin dia lupa nak off suis rice cooker jer. wah huduh la perangai aku ni. haha..x pun , salah cakap sikit, da berjujur airmata ku.


eh tapi da kurang banyak tau perangai merajuk aku ni. yelah dulu masa bercinta, B sanggup pujuk aku beria2, sampai 102 miscal, 43 sms. sekarang da kawin? hahaha..bolayan! si dani aku x tau la bakal menurun perangai aku ke x, harap x ikut la, buruk kalo lelaki merajuk..hehe


Sunday, March 27, 2011

hentikan sifat kenegerian

hai semua =) lama da x update. last weken aku kena amik EL disebabkan makcik yang mengasuh iman dani terpaksa balik kampung. so aku la terpaksa take over jaga dani T__T


ok hari ni aku tergerak hati nak bercakap pasal sifat2 kenegerian yang sering dijadikan bahan umpatan orang. ni aku cite berdasarkan pendapat aku tau, so lepas ni jangan la pulak ada yang menghentam ke apa. semua orang ada pendapat masing2. aku cuma utarakan apa yang aku rasa agak x manis untuk dijadikan isu.

benda ni aku da biasa sangat dengar orang bercerita, dari zaman aku belajar lagi. almaklum bila kita di universiti memang kita akan bercampur dengan ramai orang yang berasal dari pelbagai negeri. kalo macam aku memang jenis x kesah, bukan setakat negeri apa, kaum apa pun aku xde hal lah nak berkawan rapat.


aku da biasa sangat dengar orang cakap:


  • orang kelantan: pemalas, pengotor, suka backup orang dia sendiri

  • orang melaka: suka mencarut, cakap kasar

  • orang negeri sembilan: pentingkan adat perpatih, rugi kawin. mulut laser

  • orang kedah/penang: lok lak je lebih!

  • orang johor: banyak gangster..

ok, itu antara yang aku da biasa dengar. sebelum tu aku mintak maaf pada yang terasa ok! niat aku hanya untuk menjadi iktibar pada yang lain. ouh sbelum kita proceed, FYI, aku orang wilayah persekutuan, B pula orang kelantan, tapi kami stay di JB. aku ni jenis x kesah bila ada kawan2 yang bercerita mengenai hal ni. bagi aku tu pendapat masing2, so selalu nya aku memang x campur kalo mereka nak bercerita.


bagi aku senang je, kadang2 mungkin individu tu pernah terkena dengan orang negeri tu. so dia jadikan isu. sebagai contoh;


rahmah: eh aku benci btoi dengan pompuan tu?


zalikha: eh kenapa?


rahmah: pompuan tu gatal sangat kacau boifren aku. da xde jantan lain agaknya!


zalikha: ouh yeke? dia orang mana?


rahmah: mana lagi orang kelantan la..


zaikha: uh kelantan jangan cakap la..memang pompuan dia jenis macam tu...!


itu sebagai contoh ok! sesiapa yang terasa aku tampar kang..huhu.. as conclusion, bagi aku kenapa ko nak kaitkan sifat seseorang tu dengan asal negeri dia. bagi aku da memang perangai dia macam tu. jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga. kerana perempuan tu gatal, ko kaitkan semua perempuan kelantan gatal. aku bukan nak backup orang kelantan ke apa ok! not even sebab B tu orang kelantan. cuma aku alergic orang yang bersifat kenegerian.


macam aku pulak, mentang2 aku kawin dengan B yang asal dari kelantan. orang lain suka nak korek2 tanya aku..ok ke kawin dengan orang kelantan? damn shit aku x suka! atau kalo ko busy body sekali pun, x perlu tanya aku face 2 face. cukup sekadar ko tanya dengan hati kau tu. pada aku, aku memang x kesah kalo ko nak bersifat kenegerian depan aku, tapi x perlu nak kaitkan dengan aku sambil tanya:


Temah: eh aku benci la dia tu. dasar selfish! aku memang agak da kalo orang kelantan memang perangai macam tu! oppsss..afni sorry k, i x maksud nak cakap camtu. yelah, hubby u kan orang kelantan..


jawapan aku? memang dalam hati confirm sumpah seranah. ko nak cite, cite je la, aku dengar. tapi x payah la nak kaitkan dengan aku. sebab yang penting aku sndiri TAK PERNAH MENGAMALKAN SIFAT KENEGERIAN! kalo ada yang nak cakap aku ek eleh mentang2 dia kawin dengan orang sana, nak backup la tu.. hello! aku x pedulik pun tau B asal dari mana ok!


bagi aku mudah saja., sentiasa la amalkan sifat JUST KEEP IT TO YOURSELF! selalu ingat semua umat manusia ada perasaan berkecil hati =)

Wednesday, March 23, 2011

abe dani sayo ado gigi doh..yippie! yippie!

pagi semua =)

2 hari lepas, masa aku tengah suap kan baby bites pada dani, aku da rasa lain bila time gusi dia bergesel kat jari aku. selalu nya aku rasa lembut gusi je, kali ni aku rasa macam bergerigi. aku duk perhati kan jer, then baru perasan ouh dani da ada gigi la.. happy!

sebelum ni memang aku tunggu jer bila la dani nak tumbuh gigi. bila blogwalking sana sini mummy cite anak mereka da tumbuh gigi. yer aku tau development setiap baby adalah berbeza. tapi biasa la, di mulut kita boleh cakap macam tu, tapi dalam hati meronta2 x tahan nak tunggu bila dani nak tumbuh gigi. alhamdulillah lewat2 pun dani da berjaya tumbuh 2 batang gigi. patut la dalam entry lepas dia punya auta dan extra meroyan lebih sangat. rupa nya anak mama nak tumbuh gigi laa =)



berjejer air liur dani neh..


no wonder la baru2 ni pengasuh asyik mengadu, kena tukar baju dani sampai 4,5 pasang sebabkan air liur dia keluar banyak. then dia sibuk nak gigit orang keja dia. maybe dia rasa gatal pada gusi. habis la dia gigit jari aku, paling worse dagu mak ko ni pun nak gigit. berjejer air liur.. ok la, aku x boleh cite panjang, banyak pending x siap lagi. ouh sebelum tu korang nak tengok x gigi abe dani kita?



ouh sorry korang. tuan punya gigi xnak bagi kerjasama..heh~~

Tuesday, March 22, 2011

perasaan jeles membuak kala anak di pangkuan orang lain

ha hamik tajuk panjang x hengat.haha. hello semua.

actually sekali lagi aku xde idea weh nak post apa. normally kalo aku nak post sesuatu, aku based pada gamba. aku ni da la jenis auww pemalu nak snap sana sini. so aku kena la perah otak sikit nak cerita sesuatu.

ok meh kita cerita sikit apa perasaan korang kalo kita pegi open house or kenduri kawin orang dukung anak ko ke hulur hilir macam anak sendiri? or let say ni ada satu couple, si perempuan teringin nak dukung dani, then terus bawak dani duduk di sisi sang lelaki aka boifren dia. sambil tergelak2 hik hik seperti keluarga bahagia yang sudah lengkap bersama seorang anak. alahai..

haha. aku cite macam ye ye jer, padahal yes benda tu terjadi pada aku dan B. baru2 ni aku dengan B pergi rumah seorang kawan bagi meraikan birthday party anak dia. so macam biasa. aku sampai je rumah tu, x menyempat nak bersalam, anak aku da ilang entah mana di rembat orang. ok aku ni memang jenis xde hal orang nak pas baton anak aku kat sesiapa, asalkan dalam lingkungan penglihatan aku. kalo B ni dia lain sikit..haha..dia jenis kurang gemar or erti kata lain agak jeles sikit kalo orang dukung2 anak dia ni. x sempat 5 minit, confirm suruh aku amik balik anak dia kat tangan orang. da kata anak sorang, macam tu la perangai abah nya, try anak 5,6? silap2 dia yang paksa orang lain dukung anak dia..haha

ouh bukan B yang menjadi bahan umpatan kita ok.. haha. tapi cerita mengenai sepasang couple ni la. sebab perbuatan dia membuatkan aku pun nak rembat balik anak aku. haha.. bila anak aku da pas kat segala kakak, makcik, terus la sampai kat tangan si perempuan ni. at first aku x amik port pun, sebab aku lebih tertarik dekat food2 yang terhidang. tapi lepas habis makan, aku baru perasan minah ni x kawin lagi rasa nya, sebab the way dia himpit si lelaki tu seperti merpati sejoli, or mungkin baru2 kawin. tambah2 pulak dia pegang dani tu seolah anak dia. aku dari jauh duk tengok je.. sekali *pap.. sentap gue..dani diperlaku seperti anak mereka. haha..apa punya perasaan la. sekarang baru aku faham perasaan B.

sebenar nya jeles di sini bukan la bermaksud aku dengan B manjang rasa jeles kalo orang pegang dani. xde hal lah, aku lagi suka orang pegang, boleh perasan anak dara kejap. haha.. just ye lah mungkin perasaan jeles tu akan timbul mengikut keadaan. aku pasti korang pun pernah merasa benda yang sama. siapa x jeles kalo anak kita yang duduk di pangkuan si perempuan yang perasan macam tu anak dia, then makcik mana tanya, " eh comel nya anak awk..", sambil si perasan mak ni tersengih2 macam kerang busuk macam orang puji dia. ha sape x hangin weh, aku dengan B penat berhempas pulas menurunkan gen2 terbaik ni..haha.. ok la, dari aku mengarut lagi berjela baik aku stop skarang. enjoy your wordless wednesday =)

ini si kepochi saya

Sunday, March 20, 2011

saya kini geng mak orang..erkk

aku baru balik dari course shipping selama 3 hari. badan aku pun da separa longlai akibat keja seminggu non-stop. skang aku da boleh bayangkan sesiapa yang kena on duty time weekend. memang gud job la korang~! ye hari ni pun aku masih bekerja beb, kalo ujung tahun increment x cun, memang dasar la..hahaha

ok ni nak cite pasal course yang aku attend tu, ouh bukan apa yang aku belajar dari course tu tau. tapi berkenaan dengan mereka yang attend. ni kira cite pasal perempuan ok. so dalam kelas tu macam naturally terbahagi kepada 2, iaitu geng mak orang, dan geng student praktikal dari Kastam. aku attend course ni sorang je, so memang sah2 la aku x kenal orang sebelah aku, depan, kiri, kanan. aku ni plak jenis observer, ye la kita x kenal kan, x kan ko nak main terjah jer tanya laki keja apa, anak berapa ramai, keja sebagai apa..aishh.. ko jangan x tau, ada orang jenis sensitif tau soalan2 macam tu, so better ko jadi observer dulu, kalo nampak dia jenis friendly, baru la ko cite *pong *pang dengan orang sebelah ko.

aku malas nak bangkit kan cite budak2 praktikal tu sebab aku agak hangin dengan perangai student zaman skarang. da Kastam hantar ko pegi course free untuk shipping. baik lah ko focus dalam kelas. ini adalah course shipping anjuran United Nation yang memang bodoh kalo ko x absorb apa yang di ajar oleh presenter. bila masa exam baru ko ternganga x tau nak jawab apa..haihh x pasal2 aku hangin pagi ni..haha

da2 back to normal mode, aku serious x expect yang duduk semeja dengan aku semua da kawin. al maklum, muka mereka nampak muda, just dari segi badan mungkin aku bole agak mereka ni da kawin atau belum. so bermula la sesi kenal2, yang aku terkejut majoriti dari mereka paling sikit anak adalah 2, dan paling ramai anak adalah 5 @~@ bila aku bagitau anak aku baru sorang dan nak masuk 8 bulan, dorang ketawa..erkk. bila aku tanya umur diorang, majoriti adalah awal 30-an. aku da start kira2 dalam kepala, diorang bersalin kan anak pertama masa umur 24tahun, which is sama tahun dengan aku lahirkan dani. adakah ini bermakna, bila umur aku 32, aku da ada anak 4?? T__T

FYI lagi, majoriti mereka ada kes accident! accident di sini bukan bermaksud pelanggaran di antara 2 kereta yer adik2.. accident bermakna... ahh kaum ibu pasti tau T__T ouh bukan la aku nak pandang senget dengan kes accident, itu terpulang pada masing2. semua nya kerja tuhan. DIA tau apa yang terbaik untuk kita. mungkin pada mereka, da accident nak buat macamana. hahaha.. kalo bagi aku plak, memang 50% aku tidak kesah kalo terjadi nya accident, manakala 50% lagi aku akan cuba elakkan. dan sebab tu la sampai sekarang aku x carik apa2 pun pregnancy prevention.

tapi sumpah aku rasa sangat awkward bila duduk dengan geng mak orang. walaupun aku akui sangat best bila bercerita perihal anak masing2. kalo aku blogwalking pun aku prefer blog mak orang dari aku tengok blog budak mentah yang bercerita hari ni dia pegi dating, boifren bagi thousand of rosses, he truly make my day..wekk wekk .. eh jap jap, apsal hari ni aku lancang sangat ni? haha..afni behave! sorry to those kids.. =)

sebelum ada si anon yang kata aku "ek eleh awkward konon, sedar2 la da jadi mak orang.." yer saya sedar, dan aku sangat bangga jadi mak. cuma nya aku x perna berjimba dengan geng mak orang in real world. most of kawan2 aku masih bujang atau sedang bunting. so celah mana aku nak cite pasal dunia ibu? plus dalam ofis aku plak majoriti adalah geng mak yang suda berumur 40 tahun ke atas, yang memang sah2 la x berminat nak bercerita debaran menunggu anak pertama, sebab nya mereka lebih happy bercerita perihal persiapan perkahwinan anak masing2 ataupun share sesama mereka bila result UPSR anak diorang nak keluar..haha..

aku betul2 get into geng mak orang dalam blog ni haa.. dan they are truly make my days. mungkin juga aku ni perasan muda, tu yang perasan auww awkward nya.. haha.. dah2, pening aku tengok apa aku cite ni. tapi saya berikrar tidak akan berlaku awkward bila satu hari nanti berkesempatan bertemu dayu, elly, nurul, hannah, yaya dan yang lain...


si jantung hati saya

Wednesday, March 16, 2011

reaksi si suami pabila si isteri berblogging


ha lelaki di atas adalah suami saya. maaf yer penat da aku korek mana gamba B single photo, tapi memang xde. aku carik gak kot2 ada gamba masa kami bercinta ke, tapi hampeh x jumpa or aku x pedulik setelah kehadiran boifren baru saya si iman dani bagi menggantikan lelaki di atas.

tu bukan lah point sebena aku nak cerita, tapi ni berkenaan dengan B da berjaya terjah blog aku~!haha..hai B sayang..xoxo..oppss..sebelum tu untuk yang wondering, suami saya tau saya ada blog ok. cuma dia xde masa nak investigate apa yang ada kat blog bini dia ni. da mari kita berbalik kepada point sebena, aku memang x kesah kalo B nak baca, dari dulu aku da inform dia yang aku tidak akan sekali2 cuba untuk bercerita perkara yang melibatkan sensitiviti rumahtangga.

so apa first impression dari B? haha..nak gelak aku bila dia bercerita pengalaman pertama dia menjejak kaki di blog aku;

B: hoho..i da tengok blog u?

aku: ha? yela tu macam la tau url blog i.

B: eleh i pandai la carik.

aku: ok, apa yang i cerita hari ni?

B: aaaa~~ u cite pasal benda yang menggembirakan!

aku: eleh..ntah2 main teka je. try bagitau apa i cerita yang menggembirakan tu?

B: ala u cakap astro x datang pasang lagi la..apa laa..

aku: eleh~~

ha tu la conversation aku dengan si suami. malu gak..bila sebiji2 dia nak mention apa aku cite..cait! eh tapi aku nak share beberapa point pada kaum isteri yang berjinak dalam blog ni, ouh sebelum tu point ini juga bakal menjadi sempadan aku sepanjang berblog:

  • jangan sesekali membuka aib suami. contoh nya, kita jaja yang laki kita ni pemalas, keja dia asik menepek depan tv, x tolong kita satu hapak pun. walau hakikat suami kita begitu, senyap2 sudey. x perlu jaja pada public, sebab kita x tau sape baca blog kita.
  • kalo kita rasa ada benda yang kita x puas ati dengan dia akibat bergaduh malam tadi, x perlu la meluahkan perasaan mara kita dalam blog. x manis kot~
  • jangan la menjaja ketidak comelan tindak tanduk keluarga suami. lagi2 bila blog kita x private, kot2 mertua ko google nama ko..ha hamik dia da detect blog tu.

ouh saya berjaya jumpa gamba kami berdua yang suwit muwit. tapi bukan gamba masa bercinta ok. gamba di kala saya sedang mengandungkan seorang manusia comel..





p/s: ahh suda..B da bunyi nak baby lagi..ouch ouch..gud bye la jus mate gamak nya~

Tuesday, March 15, 2011

idea! idea! come to mama..

ouh serius sungguh aku xde idea nak post apa2 entry disebabkan tuntutan kerja yang sangat la membuak sampai tahap aku nak nangis laju2. di tambah pula dengan mertua ada di rumah, so aktiviti aku minggu ni dipanjangkan dengan pencarian food terhebat di JB.

tapi maaf la yer, kalo bersama mertua saya sangat pemalu nak amik2 gambar ni. haha.. kalo dengan B pun aku terpaksa sorok2 amik gamba. padahal mamat tu sedia maklum aku da berjinak dengan blog, so dia memang x amik port pun kalo aku sibuk nak bergamba.

ok la stop meleret2 sangat, just nak share apa yang tersirat sepanjang minggu ni:


apa yang menggembirakan:

  • aku baru beli krim sebamed untuk hilang kan parut dani, alhamdulillah da semakin surut. tapi aku tetap akan hunting for elomet!
  • B dapat increment yang menyenangkan hati.
  • BFF aku suda ke Mekah untuk umrah..ahh saya sangat envy T__T
  • aku masih berjaya mengekalkan hubungan baik aku dengan mertua dan ipar duai.
  • mak aku dan yang lain bakal turun ke JB bulan depan.

aku hangin bila:

  • ASTRO janji nak call within 3 days for installation, ni da seminggu haram nak call!
  • rumah sewa aku semakin teruk maintenance nya sehingga sampah merata, no more guarded, anjing meliar x tentu hala.
  • aku ditugaskan untuk pergi kursus yang bakal membuatkan weekend aku pack, dan masa bersama dani is nehi!
  • aku benci kalo keluar malam balik lewat, xde parking di blok rumah aku, akibat satu isi rumah sampai 3,4 biji keta.
  • B mention yang mungkin kilang dia akan tutup setengah bulan akibat tsunami di Jepun menyebabkan pengimportan bahan mentah tergendala.
  • bila aku nak balik KL T__T B busy, aku busy T__T
  • jiran aku cakap, aku dengan B x romantik macam dia dengan hubby dia yang da kawin dekat 10 tahun kawin masih berpeluk cium di public.
  • B bakal balik kelantan sorang2 untuk renew lesen kontraktor. aku dan dani bakal tercicir di JB T__T
  • road tax dengan insuran da nak mati, duit x kumpul lagi.

haha..aku rasa banyak keluh kesah bersama kak esah jer minggu ni. ok la aku nak buat keja ni, eh tapi part yang aku paling takut nak bukak email ni, berdebar tunggu email pending yang berduyun2..arghh..

BTW, enjoy your day semua~~ eh eh jap rasa x best entry xde gamba kan? rasa nak letak gamba dani masa newborn. nampak naive jer, skarang? masyaallah~~

rindu mau beranak lagi