HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Sunday, March 13, 2011

kata orang, sayang anak di tangan-tangan kan.....


entry di mula kan dengan penuh kebahagiaan sebab bos xde kat ofis, so x payah berlaku baik. hari ni nak cite pasal dani lagi..nak nangis ni T__T T__T sebab budak ni da 4 hari buat aku laki bini x cukup tido.. T__T

tapi kan gila ko nak tangan kan anak? silap-silap aku yang kena tangan balik..haha..ok la, cite dia camni aku x tau la dani berubah angin ke apa? tapi da straight 4 hari, selagi x pukul 1 pagi, selagi tu dia x nak tido. siap boleh gelak2. sebelum ni aku ajar dani tido awal, pukul 8 malam da masuk tido, so dia akan tido sampai la esok pagi. bangun nak susu pun 2 kali jer.

tapi kali ni worse weh, dia akan tido pukul 6, pukul 7 lebih da bangun celik terang mata. aku ni pulak jenis balik keja, kemas apa patut, pukul 8 tido kan dani, then senang la nak buat keja. kemas rumah, masak, iron baju, entertain laki..ni bila dani celik, pengsan beb. mana nak kejar anak lagi, mana nak cedok nasik utk B lagi..@~@ senang cite, memang aku x cukup rehat da.

then agak2 pukul 10, aku bawak dani masuk bilik, tutup lampu. tapi kan, tapi kan, dani x takut gelap T__T nak nangis lagi boleh x?? T__T FYI, dani ni memang super drama king. agak2 dia tengok lampu depan x tutup lagi, dia akan main jer, panjat kepala katil la, bila da terhantuk ke apa, "dang!" menangis macam kena dera. aku memang makin hangin kalo tengok dia nangis kuat sangat, mujur la B selalu cepat2 take over. B selalu pesan kat dani.. "Dani..molek skit perangai tu, mama tengah bekeng(mara) tu.." ciss~~

eh bila aku tengok dani perangai meroyan x tentu hala ni, aku teringat la kat mak bapak yang dera anak tu. memang kalo tengok sangat menguji kesabaran. tapi aku selalu istighfar dalam hati..haii kalo iman x kukuh..wallahualam~~ so aku advise, pada sapa yang ada anak seangkatan dengan dani yang menangis macam kena dera tu, istighfar banyak2 ok. setakat mara budak tu skit2 sudey, xnak la pukul secara melampau tau, sian budak tu. ni pun peringatan utk aku jugak.

ok cukup luahan rasa hari ni, aku nak pegi blogwalking. enjoy your monday blues..heh~~


ko tengok la muka budak panjang akal ni..mana la sampai ati aku nak tangan kan @~@


p/s: minggu ni aku straight keja sampai ahad, ada kursus. lagi pengsan aku. nak nangis lagi T__T

Thursday, March 10, 2011

impian kami nak jadikan iman dani ahli tinju

wah title x beragak aku ni..haha. pengsan kalo nenek dia dengar aku nak dera cucu dia jadi peninju. xde la, aku nak anak aku da besa nanti jadi skilled worker.. haha what the heck skilled worker? saja je la mention macam tu, so terpulang la pada anak bujang i nak jadi apa. sejak2 da pegang portfolio HR ni, aku da makin "weng" dengan term HR yg menimbun @~@

ok, just nak jaja kat korang yang kami baru beli punching bag untuk dani. ni semua B punya keja la, dia suka sangat nak belikan dani punching bag ni. aku tengok si dani jeling benda alah ni pun tak, ni nak suro dia punch benda alah ni? memang tak la.. actually, da 2,3 kali kitorang beli yang kat pasar punya, tapi x sampai 2 hari punching bag tu da kempis.

ni kotak dia. nak beli? pegi carik kat Giant ok

ada cerita di sebalik nya ni, masa nak beli ni aku hangin betul dengan B. benda ni sebenarnya ada je yang da siap tiup, so x payah la kita bazir oksigen tiup benda ni. yang B gila2 paksa aku amik yang belum tiup. alasan dia sebab malas nak bawak dengan troli, eleh..padahal malu~~ aku macam biasa isteri solehah kan? ikut je la.. x kuasa aku nak tolong tiup.

balik umah B gigih tiup..haha. benda ni besa tau..percayalah~~dekat setengah jam jugak dia tiup benda ni, aku laki bini da la ada lelah.. bertambah2 lelah bila aku pun tolong dia tiup..caitt! ouh, lupa nak bgtau, maaf ye kalo gamba di bawah ada kaki seksi laki i, aku da suruh dia ke tepi, tapi dia buat muka dunno je T__T


bila da siap tiup, puas hati..memang confirm aku akan paksa dani secara keras supaya main dengan punching bag ni..haha..penat kami tiup~~



korang teringin tak nak tengok size normal punching bag yang kat pasar malam tu compare dengan yang kitorang beli ni?


ha da bole imagine kepenatan kitorang yang kuasa tiga time tiup? haha..keja gila T__T xpe la, kot2 nanti kami di serang lelah, boleh sedut oksigen dalam punching bag ni balik..haha.. ok la, aku banyak keja ni, have a nice weekend yáll

Wednesday, March 9, 2011

mari berbicara perihal si anonymous

tiba-tiba aku tergerak nak buat entry pasal si anonymous aka cik anon ni. aku admit kadang2 aku ok dengan kehadiran ck anon ni, kadang2 hati panas pun ada. tapi most of the time, aku banyak ignore je, melainkan komen para cik anon ni memberangsangkan.

sebagai contoh mengenai entry trigger finger, ada beberapa komen dari cik anon yang bercerita perihal anak mereka pun sama2 kena trigger finger. so aku amat menyambut baik bila boleh sama2 share masalah yang kita hadapi. buat masa ni cik anon yang masuk dalam page aku masih di bawah limit kesabaran aku. dalam erti kata lain, " tak lut" la aku dengan komen2 diorang ni. just mintak maaf la kalo aku x reply komen cik anon sebab rasa x selesa pulak bercakap dengan orang yang kita x tau dari mana muncul nya.

bagi aku mudah je, mungkin cik anon ni xde blog, tapi dia berminat nak kongsi pendapat bila dia baca sesuatu entry. tapi alangkah baik kalo kenal2 kan la diri, kita pun seronok nak sama share pendapat. ala macam ko datang umah orang x bertabik langsung, agak2 tuan rumah nak ajak x ko masuk umah? haa macam tu la konsep dia~~

cik anon ni aku suka nak classified mereka pada 3 kategori:

- cik anon berniat baik dan komen secara baik
- cik anon yang baik tapi suka komen sesuka hati tanpa pikir perasaan orang
- cik anon yang memang berhati busuk, xde keja, dan komen macam dia pandai sangat

haha..pandai2 aku kategorikan orang. dalam banyak2 ni, of cos aku prefer dengan cik anon yang berniat baik dan komen secara baik.

tapi aku hangin dengan cik anon yang baik tapi suka komen sesuka hati tanpa pikir perasaan orang. alhamdulillah setakat hari ni, aku x pernah lagi kena dengan cik anon kategori ni. tapi aku tergerak nak cakap pasal diorang ni, bila baru2 ni aku baca blog mama putry isha dengan blog mama rayyan (sekadar menyebut beberapa nama..), ye mungkin cik anon ni berniat baik dan sekadar ingin menegur. tapi bukan ke cik anon boleh buat dengan cara baik, x payah la menegur perbuatan kita seperti cik anon ni bibik di rumah yang nampak semua perbuatan luar dalam kain kita. satu lagi cik anon kategori ni, mula2 je dia baik menegur sesuatu perkara yang dia x senangi, tapi bila di balas pulak oleh si tuan punya blog dalam nada yang x senang. cik anon ni plak yang naik hantu, makin menjadi2 komen dia sampai panjang lebar. pada cik anon kategori ni, x payah la terlalu busy body hal orang lain, kalo dengan niat nak membaca, baca je la..kalo x suka pun, pendam kan aje.

kategori terakhir ni yang aku tahap nak gelak guling2 bila tengok. kategori nya adalah..cik anon yang berhati busuk, xde keja, dan komen macam dia pandai sangat aka pendengki. hahahaha.. aku cukup x paham la cik anon jenis ni. agak nya dia x bersyukur dengan apa dia ada kot, so dia rasa apa orang ada, dia mesti ada jugak! aku teringat komen cik anon di blog sis lynna dan beberapa blog lain. pelik la cik anon ni, x baik la dengki ke apa ke, kalo ko curious pun, senyap2 sudey..x payah nak berlaku berani dengan menanya secara tepat macam ko hala m-16 kat tuan punya blog. cik anon ni bukan apa, diorang tau yang identiti diorang invisible, so kita x detect diorang tu sape, tu yang bukan main lancang berkata2. bagi aku cik anon kategori ni memang jenis x pandai duduk diam, ada je benda dia nak attack. lepas ni insaf2 la, kalo ko tahap xde keja yang maksimum pun, ni haa AF 9 da nak start, so ko attack/kutuk la pelajar2 AF sesuka hati 24 jam ok?

ok la, aku malas nak buat dosa free pagi2 ni. btw, para mama tolong aku cadangkan krim apa yang sesuai nak ilangkan parut gigitan nyamuk or insect pada baby?

kesian hero ku abg dani..auww

parut ni da 3 bulan kot x hilang2..

Tuesday, March 8, 2011

Skim Rumah Pertama Ku.. berita baik utk pekerja swasta

bahagia aku bila dengar kerajaan umum kan ada Skim Rumah Pertama Ku (SRP) ni. FYI, bagi penjawat awam, kamu patut lagi berlipat kali ganda rasa bahagia sebab sebelum ni kamu di provide kan dengan government loan. or else, bertambah untung, kalau umur x panjang pun, rumah tu akan kekal menjadi hak milik korang secara free, aku tau benda ni sebab ayah aku ex-army. x ke bahagia tu? tapi bagi pekerja swasta macam aku ni lelah beb. nak cekau 10% down payment beli rumah, nak2 kalo ko tringin beli rumah harga rm300k, kalo 10% mau nak kena dulukan rm30k, then kalo agak2 umur ko baru 25tahun, even gaji rm3k, tapi keja baru 3 tahun, agak2 balance akaun kedua kat kwsp ada brapa?hahaha..sebab tu la bulan2 aku gigih bayar sewa rumah kat owner T__T

aku selalu adore dgn penjawat awam, tapi sesetengah kawan aku yang kerja under kerajaan selalu mempersoalkan yang bekerja swasta gaji lebih tinggi. aku admit benda tu, tapi kalo ko tengok workflow orang keja swasta ni, mau menangis 3hari 3malam beb..bak kata bos aku; "everyone in this company will wear 2 hats" haa..boleh bayangkan x? even kerja tu x indicate dalam offer letter ko, tapi ko kena buat jugak keja orang lain..hangin aku~~ eh eh ni da mengomel hal dalam kain sendiri ni..haha

da enough2..so skim SRP ni memberi satu keuntungan pada org muda belia dgn gaji dibawah rm3k utk memiliki rumah. syarat2 dia sgt mudah weh, kalo korang tengok syarat2 dia pun, aku pasti 90% drpd korang semua memenuhi ciri. tapi yang jadi isu sekarang dia ikat brapa tahun aku x pasti. normally, beli rumah ikat 25tahun. kalo under skim ni aku x pasti. atau pun mungkin juga sama 25tahun, tapi installment mungkin tinggi. so jangan la terburu2, baik pikir panjang ok

kita amik calculation mudah la eh, skim ni maximum gaji adalah rm3k, maximum house loan rm220k, beserta 100% pinjaman. kata kan lah..ni kata kan lah eh.. gaji aku rm3k, kalo bersih rm2600 la.. utang keta, utang kad kredit, utang MARA, duit bagi mak.. balance brapa?haha. so kalo aku rembat max house loan rm220k, disebabkan pinjaman 100%, so kat situ da markup harga installment. mau rm900 ke rm1000 sebulan, aku rasa la, atau mungkin lebih. so tolak utang piutang, ko rasa tinggal brapa balance ko tiap2 bulan? haha..kena ingat, dulu xde duit, bole makan burger rm1, tapi skang burger pun da rm3, so nk mkn apa?hahaha

ini terpulang pada masing2, mungkin sesiapa yang xde big commitment, macam ko laki bini, pakai satu keta je, anak sorang, duit PTPTN/MARA pun agak bayar x berapa nak bayar.. bole la kot yg si bini amik skim ni. so laki ko bayar utang2 lain, bini bayar utang rumah. amboi aku plak mengajar..haha.
aku personally prefer aku letak 10% downpayment, so installment aku pun akan kurang sikit plus range harga rumah yg nak dibeli pun besa sikit, ko pikir la rm220k nak rumah cantik tersergam kat country height memang x la.. kat JB mungkin harga rumah still in range, macam aku ni ha nak blk KL blk, dengan rm220k..alahai lemah longlai aku dengar.. tapi currently la aku cakap macam ni, x tau la esok lusa aku berubah fikiran amik skim SRP ni. tapi kan hangin tadi masa aku nk masuk official website skim ni. try korang search: http://www.srp.com.my/ then bgtau aku hangin ke x ok? @~@

kalo guna skim tu, beli rumah macam ni boleh x? hoho


p/s: pemaju perumahan diharapkan jangan gedik2 ko letak harga mahal2 pasni

Monday, March 7, 2011

dani si pembuli

semalam pick up dani dari umah pengasuh, terkejut aku bila pengasuh tu cite dani pukul anak jiran sebelah. sebab nya anak jiran yang sebaya dani tu, usik dani punya walker. masyaallah, terkejut aku dengar. kesian anak jiran tu sampai menangis la budak tu..alahai anak la anak. ikut sape la kedekut ni..adeh!

masa balik kg B lagi aku da makin lelah dgn kelasakan dani ni..haha..pengsan aku di buat nya. itu pun doc cakap dani still underweight, badan dia tiap2 bulan checkup naik 300gm macam tu jer. mana x nya, lasak ya rabbi. MIL aku ada suruh kitorang beli playpen, sebab risaukan dani jatuh ke apa. aku ngan B da duk berkira2 da, bukan apa..umah yang di sewa ni sempit ya amat. barang da sedia byk, kalo tambah dgn playpen, bertambah pitam aku tgk umah ni.

tapi sekali lagi berkira2 baik beli je lah, since utk sementara dani tgh lasak ni, dia da besa, kita simpan la balik kan?

dani 1st time dalam playpen, nampak teruja!

ko tengok la umah aku yang sempit ni, tambah playpen? lelah mak~~

worse, umah ni attached dgn dapur. x ke menangis aku tengok T__T

mak aku da berbuih mulut suruh pindah, tapi bila aku pikir kan nak mengangkut barang, packing barang, ohhh memang x ku rela T__T aku selesa dgn umah ni, kecik je. aku ni da la penakut, duk sini pun kalo nak pegi toilet kul 2 pagi, aku rela kejut B suro teman..haha. umah skang ada 3 bilik, 1 bilik kitorang utilise, 1 bilik jadi guest room, 1 bilik jadi store. nampak terang lagi bersuluh, aku jarang guna 2 bilik tu. so, agak2 kalo aku baru tgk cite hantu kak limah baru2 ni, memang haram la aku nak jejak 2 bilik ni..heh~~

btw, dalam diam2 aku letak dani dalam playpen. dia da memanjat nak capai kipas yg letak tepi playpen. ko tengok la apa dia buat..huwaaa..nak nangis sedu sedan aku tengok apa dia buat T__T

mula-mula duk sedap gigit blade kipas tu..aku relaks lagi

sekali aku duk tengok dia makan apa la tu..

rupa nya da botak kipas tu dikerja kan dani..ahh luluh hati ku T__T

Sunday, March 6, 2011

saya bakal bergelar pelajar semula oh!

lama sangat dah ni x update blog.huhu..nak buat camne, nama pun balik kg, so harus la blog ni di ignore2 kan..haha

x banyak pun aktiviti yang di buat, yang penting diet ku hancuss..makan nasik tahap x hengatt punya..haha. meh view sikit aktiviti2 yang di buat sepanjang kat kg B:

B yang sampai kesudah x berjaya naik kan heli.. ish ish kesian~~

aku xde benda lain asik serang salon. end up, mahal nak mampus.

dani macam biasa. mana bole tgk mak dia senang, bercalar-balar keja memanjat

da tutup cita pasal balik kg. ni cita pasal aku nak further study semula.hoho. rasa nya da tiba masa kot. aku baru grad 3 tahun lepas. otak pun agak2 fresh suam kuku. so harus la di cepat kan usaha murni aku..haha

cita dia bermula bila baru2 ni B decide nak ambik exam dari NIOSH utk Safety & Health Officer. so kelas dia maybe start pertengahan tahun ni. then bila bincang2 dengan B, aku pun decide nak further Master. bila lagi nak tunggu kan? tengah muda lagi, komitmen pun x byk sgt, so aku rasa ni la keputusan terbaik. Tapi xde la sampai aku nak berenti keja, sayang dgn keja yg ada, part time sudey. kalo x sape nak byr bil yg membuak sampai nk muntah aku tengok tu..haha

biasa la, bila da kahwin ni, x kan nak duduk kat takuk lama, hidup mesti ada mission beb. lagi2 bila aku dengan B plan nak hantar dani kat Montessori bila dia umur 2 tahun. aku da survey da rate Montessori ni, luluh jantung aku tengok rate dia. banyak belanja da berlegar2 dalam kepala aku ni, tu x tambah lagi bila dani umur 2 tahun, nak tambah anak sorang lagi. haha..tinggi cita-cita..then dalam masa 3 tahun lagi, kami nak balik ke KL semula, so mesti la kena pandai plan. duk KL lagi besar belanjawan nya. sebab tu la aku dengan B nak sumbat ilmu byk2 dalam pale otak ni..insyaallah..

so far, aku da survey course dgn rate dekat Open University. since OpenU ni memang terkenal dengan course PJJ. rate sgt reasonable la. antara course yg menjadi pilihan hati:

  • Master of Business Administration
  • Master of Human Resource Management
  • Master of Management
  • Master of Public Administration

wahh berpinar mata aku tengok..haha. boleh adapt ke x tu belakang kira..haha..doakan aku. bye! time to work T__T

Wednesday, February 23, 2011

entry trigger finger seperti yg dijanjikan

hah lega hati ni bila dapat gak setel kan hutang entry trigger finger

semalam aku dengan dani ada appointment dgn OCC Therapy. kami pergi berdua je, B x dapat nak temankan. lately dia sibuk sikit, tapi kadang2 aku paksa gak. aku bole cuti, so B harus la bersama2 cuti. bukan mengada, tapi saja nak B alert dgn keadaan anak dan sama2 rasa tanggungjawab. tapi aku isteri baik wei, agak2 benda mudah ni, malas la nak heret B sekali.

kami berdua. maafkan sinar suria yg menerangi wajah aku..hoho

bila ada appointment dgn OCC Therapy ni memang aku x kesah sgt. Sebab sampai je hospital, terus tuju ke Jabatan Rehabilitasi. Kat dalam ni ada lagi 2 sub-unit. satu fisioterapi, satu lagi unit pemulihan cara kerja (OCC Therapy). dani under unit OCC Therapy, sebab jari dia melibatkan anggota cara kerja. gamba dalam OCC Therapy x bole la nak capture, malu la aku..haha.da la datang sorang, sibuk nk amik gamba. sebelum ni aku x share lagi secara close-up trigger finger dani. tapi semalam aku berjaya capture, tu pun kena bersilat dgn dani..

itu ibu jari dani akibat trigger finger

jab. rehabilitasi tempat dani undergo treatment


ok, overall mengikut kata doc semalam, aku kena rajin massage jari dani sampai tendon dia jd normal balik. tendon dia membengkak, tu yang jadi macam tu jari dia. doc pun ada cakap, aku xpayah risau sebabkan trigger finger ni akan jadi normal secara sendiri. memang aku lega la bila doc ckp macam tu. kesian dani semalam, pagi kena buat fisio, petang pulak bawak dia pegi cucuk..sampai tertido kawan tu~~


masa pegi cucuk, of cos B ikut. x sanggup aku nak hadap crowded kat KK. aku ikutkan memang serik dengan KK ni, aku x tau KK tempat lain, tapi tempat aku memang pening aku tengok. aku hadapkan jugak KK ni bila aku perna kena mara masa nak beranakkan dani. mana x nya, masa checkup preg, aku follow-up hosp penawar, bila nak bersalin, hospital kerajaan jugak ko cari..haha..jauh kot hosp penawar dari rumah aku, mau terberanak dalam keta kalo nak pegi sana. semalam aku ada borak dgn nurse ni, dalam rekod dani ada stated yg dani ni trigger finger. so dia ada tanya:

nurse: "iman dani ada sakit trigger finger? apa tu eh?"

aku: "aáh, ni ibu jari dia jd macam ni.."

nurse: "ouh saya kena rekodkan dalam buku kecacatan..tapi saya nak letak dalam kategori apa eh?"

aku: "ntah la nurse..saya xtau.." (pehal tanya aku plak..)

nurse: "tapi nak letak cacat pun macam x sesuai kot. sebab benda tu xde apa2 kan?"

aku: "memang bukan cacat pun, salah tendon bengkak..skarang tgh undergo treatment"

nurse: "tapi saya kena rekodkan jugak, nnt bos saya pelik dalam ramai2 baby, xde kes cacat"

aku: (senyap je..mujur mood tgh baik. nasib nurse x rekodkan. kalau x, mau aku meroyan dalam tu)

p/s: pada bos KK tu, bagus la kalo xde baby yg cacat. yang nak sgt carik baby cacat kenapa? masyaallah...

ouh btw, nak tunjuk korang "splint" dani utk mengubati trigger finger dia..



gamba before n after guna splint aku post kemudian. bukan senang nak amik gamba jari dia..ouh, semalam da berjaya ajar dani senyum pandang camera..hehe



da, terpanjang pulak aku type..hehe.. nasihat aku pada kaum ibu yg ada baby trigger finger, cepat2 bawak undergo treatment sebelum terlambat ok! jangan malas, in future yang menanggung nya anak kita..dan jangan sesekali kedekut duit untuk rawatan anak.. anak sihat, kita pun boleh tersenyum kemudian hari~~