HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, February 15, 2011

tanpa kita sedari, kita adalah penyanyi terhebat di mata anak sendiri

amboi panjang bukan main da title aku ni..
meh straight to the point. mak-mak perasan x? bila kita da ada anak, memang otomatik mulut kita ni laju je mendendangkan lagu-lagu untuk anak kita. x kira la lagu apa sekali pun, tapi yang pasti rasa happy je dapat berbonding session dengan anak sambil nyanyi2.

aku ni kategori sangat pemalu tau nak menyanyi di khalayak ramai, waima masa zaman bercinta. naik keta dengan B, memang haram la nak dengar suara aku ikut nyanyi dengan dia. aku rela nyanyi dalam hati. sampai dia pernah tanya, "i x pernah dengar u nyanyi dalam keta..". tapi bila aku sorang dalam keta... ha hambikkk.. rasa macam tengah buat konsert gamak nya~~

tapi bila je aku da ada dani. try ko sebut lagu apa aku x perna nyanyikan kat dia? segala lagu kat iklan tv pun aku berjaya hafal..haha... so far dani suka aku nyanyi lagu Twinkle Twinkle dengan selawat. dan ko jangan x tau, aku plak sekarang ni da jadi penyanyi tegar kat dalam keta. sampai laki aku pun da bingit..hahaha

alahai sumbang sgt ke suara mama? sampai awak rela tonggeng macam tu dari dengar suara ibu mu ini.. T__T

Monday, February 14, 2011

milestone dani yang sangat membahagiakan




entry di mula kan dengan pencair hati saya, Encik Iman Dani Bin Mohd Hafiz. hati aku terpikat sangat bila tengok my lovely cousin, lala, masuk kan gamba dalam blog dia.. xoxo

rasa nak peluk-peluk budak lasak ya rabbi ni..grr

bila tengok anak makin membesa ni, rasa rindu tengok muka naive dia masa mula-mula lahir..ingat lagi masa aku tengah gabra bila tiba-tiba tengok anak aku muntah sampai keluar kat hidung bagai. sebab tu aku cakap semua ni adalah precious moment, hanya akan di rasai oleh wanita yang bergelar ibu, syukur alhamdulillah!

ouh, lupa nak khabarkan, yang aku baru je dapat berita baik, yang adik ipar aku da selamat melahirkan Fatin Iylia Bt. Mohd Faris.. happy sangat..rasa rindu nak rasa pengalaman melahirkan tu~~

hai fatin =)

satu lagi last week period aku x muncul2 weh, satu badan da gabra. aku ada jugak bincang2 dengan B, kot2 aku ditakdirkan mengandung lagi sekali. happy bila dengar B cakap dia x kesah, setiap anak ada rezeki nya. so, aku rasa x salah kot kalau aku x nak jawab soalan2 yang bertanyakan kalau aku da pasang IUD ke belum..hoho

tapi..."bulan da jatuh ke riba" khamis lepas T__T

ok..ok..apa aku mengarut ni, ini lah dia kalau orang yang kontang idea. tapi aku harus gigih kot carik idea. Blogwalking blog na tadi, dia rajin update progress wazeef. so aku pun teringin nak update gak, since lepas dani demam hari tu, banyak betul akal dia, sampai hilang akal aku tengok perangai dia yang makin menjadi2 tu!

kalau mengikut ticker di atas hari ni dani da genap 6 bulan, 2 minggu, 3 hari.. ouh da dekat 7 bulan la, patut la macam2 akal baru keluar..

dari apa yang aku nampak:

  • dani da semakin selera bab makan, sumbat apa pun xda hal lah!
  • susu pun boleh tahan. kata orang kalo anak da start makan, susu akan kurang. anak orang lain mungkin, tapi anak aku TAK.
  • dani da pandai cakap..err..yeker? ok mula2 aku memang x percaya. first word dia; "mama.." tapi bagi aku standard la baby ni mumbling bahasa dia. tapi bila dia da start panggil; "abah.." dengan jelas nya, aku nak cakap camna eh?
  • hebat budak ni panjat badan mak bapak dia, besa nak jadi rock climber eh?
  • sekarang hobi terbaru, panjat kerusi, then berdiri dengan jaya nya, lepas 5 saat jatuh..haha apa cerr~~ keep up baby!
  • dia suka tengok iklan Lifebuoy..ala yang ada Amy Mastura tu..nak gelak ok, kalo dia dekat dapur, tiba2 dgr lagu iklan tu, bukan main laju lagi dia merempit dgn walker, semata2 nak tengok..cute!
  • dah mula focus dengar dan tengok azan. penat aku asuh. dulu dia x suka, buat xtau jer, pdhal masa preg, aku rajin mengaji, hampa gak la at first. lately ni jer, dia da start interested.syukur..
  • dia da kenal nama dia. so let say kalau time tu dia kat hall, aku panggil dari dalam bilik, laju jer dia datang. harap dani akan jadi anak yang mendengar kata.

mama sayang dani..muahh muahh

lupa jer nak update entry trigger finger.. ouh sekadar menanam tebu di tepi bibir sunggoh engkau ni lah!

Tuesday, February 8, 2011

agak2 NOKIA marah x kalau aku review pasal ketidakbestlangsung E5 ni?

hari ni adalah hari bermalas-malasan. aku memang sokmo macam ni, kalo setengah hari pegi meeting kat luar, petang blk ofis, jangan harap la nak buat keja..lagi2 esok aku cuti! ahhh heaven nya part tu..

esok aku cuti sempena membawa si kecik tu pegi jumpa Orthopedic Specialist, so agak2 lagi 2 jam nak balik ni, baik aku utilize update blog (bagus nya pekerja macam aku..heh!). ok kali ni, aku nak kasi review sikit pasal phone NOKIA E5 ni.

hadiah dari suami tercintak ku


dipendekkan cerita, phone ni B yang belikan untuk aku, aku x sure sempena apa..birthday kah? anniversary kah? berjaya beranakkan anak utk dia kah? entah laa.. tapi itu bukan apa yang aku nak cerita, yang menjadikan aku nak review pasal E5 ni sebab ketidak user-friendly nya..ahh

ok, ni aku bercakap secara general tau..so jangan la pengguna tegar NOKIA buat serang hendap pulak lepas ni. aku sebenar nya pernah sekali jer pakai brand NOKIA, tu pun mama yang belikan, 3310 je kot. then lepas tu aku x perna lagi pkai NOKIA. hanya MOTOROLA dengan SONY ERICSSON yang menjadi pilihan. aku pilih both brand ni pun sebab design semata ok, aku ni kan tuli technology, so aku x amik port pun kecanggihan phone2 ni, asal boleh call/sms/mms..ok la kan?

dan kenapa aku beralih ke NOKIA balik? sebab aku x tahan dengan SONY ERICSSON, manjang "hang" .. setahu aku NOKIA gak yang tahan lasak. tapi aku x pernah expect plak phone NOKIA sekarang macam2 software ada sampai aku jadi "weng" nak guna..alahai~~

so antara application yang aku menyampah dalam E5 ni adalah:

  • kalo nak view calender pun xde button shortcut, kena tekan menu dulu baru bole view.
  • kalo nak tangkap gamba dekat public, jangan harap, sebab camera die x boleh off tone. malu kot~~!
  • aku benci dgn auto flash dia, flash tu buat gamba jadi buruk, x pasal2 setiap kali nak tangkap gamba, kena re-set balik.
  • dan every time aku nak call org secara tergesa-gesa, aku x bole direct recall dari previous call data, aku pun x tau nak explain macamana..bagi pengguna E5 pasti tau!
  • alarm clock x bole set low/high volume tone. so setiap pagi, bila alarm clock aku berbunyik, akak sebelah rumah pun bole terjaga sama. sebab dia memang auto hi-volume.
  • animation xde ker? ahhh hampa!hanya emoticon smiley biasa~
  • lepas tu kan, kalo abang aku sms mintak no phone mak aku. aku gagal copy paste or direct forward daripada phone book. nak anta buss card? si abang yg pakai phone cikai, sure x boleh view.
  • kalo aku ada important appointment or macam reminder birthday bff aku kan, alahai bunyi reminder dia~~kalo semut ada telinga, pasti si semut pun x sedar! (eh semut ada telinga ke?kena google ni..)

tu jelah yang aku ingat buat masa ni. dan disebabkan da orang bagi aku phone ni, so hati tetap cinta phone ni very much..heh~~

conclusion: segala ketidakpuashatian di atas adalah kerana ketulian aku terhadap teknologi, so abaikan la ok =) peace! eh tapi kan kalo la sebenar nya aku yang ngek x pandai guna application di atas, macam sebenar nya aku bole set benda tu macam aku nak, tapi-aku-yang-tak-pandai.. sila la ajar ok =)

Monday, February 7, 2011

pointless yang secara tiba-tiba jadi useful..apakah?

hari ni macam xde modal sangat nak share apa. actually post untuk kesinambungan trigger finger tu dah berapa hari asyik tertangguh, aku yakin ramai yang nak tengok sangat peralatan yang di gunakan untuk pesakit trigger finger. tapi aku manjang x sempat je nak share. balik rumah, sibuk nak kemas rumah la, masak la..tapi aku janji, dalam minggu ni aku pasti akan share further pasal trigger finger..(tiba2 rasa takut kalau hanya janji manis bagai menanam tebu di tepi bibir~~erk!)

ok, yang pasti aku sekarang tengah pening ni. tadi baru jer check kad appointment dani. tiba2 minggu ni ada lagi follow up OCC Therapy. baru jer last week aku bawak dia pegi follow up..nampak gaya nya cuti la lagi..tapi yang buat aku pening ni, tadi aku call hosp utk double confirm, doctor tu cakap minggu ni kena bawak dani pegi Orthopedic, lagi 2 minggu follow up OCC Therapy pulak. aku bukan apa..obvious sangat bulan ni aku tiap2 minggu cuti. last week bawak dani OCC Therapy plus cuti raya cina, minggu ni follow up Orthopedic, minggu depan cuti maulidur rasul, minggu lagi satu follow up OCC Therapy lagi..wadushh~~

tapi jangan salah paham tau, aku x pernah berkira pasal cuti pun bila berkaitan hal anak aku.lagi pun cuti aku berbayar, kasi perabih la annual leave. tapi sure la macam x best kan, bila tiba2 bos ko duk wondering apsal la budak ni asyik cuti jer. nak harap laki ku pegi sorang? erk!susah kot..takut dia x terhandle "kebaikan" dani..hoho

ok ok..berbalik kepada tajuk, saja la nak share satu benda since aku pun xda apa benda nak share kan~~



ok, ini adalah telur.tau?

apa ni cite pasal telur kan? macam ni, sebelum ni aku sangat confuse.berkenaan dari segi hukum basuh telur dan juga nutrien yang terkandung dalam telur. apa yang aku belajar dari seminar2 yang aku attend, mengikut hukum, kita wajib basuh telur tu, kalau x basuh, akan jadi haram. manakala secara saintifik nya, kita hanya perlu basuh telur tu kalo kita nak masak. which mean, bila ko nak masak, nak guna sebiji telur, baru la ko capai sebijik dalam fridge, then baru basuh. ini semua bagi memelihara nutrien yang terdapat dalam telur.

so sekarang macamana? beli je telur 1 pek kat tesco, sampai rumah, terus kena basuh sebelum masuk dalam fridge ke, or, masuk je terus dalam fridge tanpa basuh, bila nak guna, baru kita basuh? haihh tiba2 jadi pening ni @~@

apa yang aku google;


Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah ini.Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu.Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya. Perlu diingat,ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut(maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini).Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut ,maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu ,kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.



conclusion: aku sekarang tengah praktikkan, basuh bila nak guna jer, konon nya bagi memelihara nutrien dalam telur tu. apa kata kita sama2 share, dan kalo ada sape2 yg expert bahagian halal haram pun mari la share, mungkin apa yang saya praktikkan atau secara saintifik salah disisi hukum islam.


Sunday, February 6, 2011

alahai berat badan ku, peha ku..oh oh

haha..da macam lagu la pulak~~ hai semua =) cuti sangat best, lama.. sampai hari ni jadi blur nak buat kerja. how i wish i could be a housewife, tapi poket mesti tebal..haha.

ok, ok enough! pagi-pagi aku da dapat parcel, benda yang aku sangat2 tunggu nie..apakah?



finally, aku berjaya beli Jus Mate 5 (jm5)

actually, da lama da aku aim benda ni, lagi2 lepas bersalin kan dani. para mak2 memang maklum la kan, bila da bersalin ni body part kita memamg da x semenggah langsung. aku muda lagi weh, baru 24 tahun 5 bulan, so kena la amik inisiatif sikit nak comey2 kan badan, lagi2 muka laki gua macam budak2, so x kan la aku nak nampak x senonoh sebelah dia kan?


alahai laki ku yg kurus, lagi buncit..

ok apa la yang di jadikan isu sangat kan pasal berat badan ni? entah la, bagi aku terpulang kat masing2, kalo pada aku, of cos nak nampak cantik pakai baju, sihat & fit, dan pasti untuk suami ku jua..ahh

rasa gerak hati nak beli jm5 ni bila lepas 5 bulan bersalin, aku pegi tesco, timbang berat, skali hamek 71kg!! aku type balik nih 71kg ok!! gila mak aihh..aku memang sah2 la confius dgn berat badan aku, sebab lepas je dani bersalin, berat aku jadi 65kg. FYI, berat biasa aku adalah 58kg. masa preg kan dani pun berat aku naik 13kg je. so bila lepas bersalin tengok berat aku 65kg, aku xde la jadi kan isu sangat, sebab berapa kg je nak gigih turun kan lagi. tapi yang buat aku x puas hati, aku still makan portion biasa, memang aku x makan secara berlebihan. FYI lagi, da 6 tahun kot aku makan hanya sesenduk nasi walau lapar, hanya buat x tau pada periuk nasi yang melambai2 suruh; "tambah la lagi nasik, tambah la lagi~~~"".. so bila da tengok jarum timbang tu dekat 71kg, so paham2 la eh cari inisiatif..haha

at first, aku memang makin kurangkan makan.kalo dulu aku makan nasik 2 kali sehari. tapi sekarang pagi aku minum milo cereal, tengahari nasi sesenduk, malam mushroom soup. kadang2 ada gak aku puasa, alang2 bole ganti puasa kan. tapi yang buat aku bertambah hangin tu bila berat aku turun 1kg je bila aku praktik kan semua di atas..caitt! nak pegi gym, memang x la, mana ada kawan beb, malu aku~~

so bff aku syor kan, jm5! dia kata, dia main2 makan pun, bole turun 3 kg. kalo serious mau turun 6-7 kg. so apa lagi, try la kan.. dalam kotak ni ada 20 sachets. aku akan start makan esok, so apa kata follow aku punya 20 days journey with jm5! aku nak tgk keberkesanan nya..x sabar ni nak balik umah mak mentua aku bulan depan, biar dia terbeliak tgk menantu dia da hot balik..hahahahahaha

lastly, meh aku tempek gamba masa badan flat je, sekarang? huh! main konda kondi pun boleh =

dulu selamba badak posing2 badan dari tepi. sekarang? big no! aku rela nyorok belakang stroller..haha

aku rasa time ni lagi kurang dari 58kg, cos time ni gigih main futsal


Monday, January 31, 2011

dani first solid food

sabtu lepas aku da start bagi makan kat anak bujang aku.so far aku tengok dia ok je, tapi aku kena rajin la tukar menu untuk dia.kira kalau da pagi aku bagi baby rusk, petang pandai2 la ubah eh, aku try bagi dia mix kentang dengan carrot.

froggie nyum nyum

tapi dani ni jenis mat kepoh sikit, aku duduk kan dia dalam walker, tapi kena lock weh, so set walker jadi rocker..tu pun x boleh duduk diam..pening aku! ni pun sebuk je tangan kanan nak pegang soother dia, yang tangan lagi sebelah sibuk nak pegang botol. FYI, dani ni malas sikit nak pegang botol. dia rela hisap macam tu je,so omak dia la tolong tonggeng kan botol dia..haiyaa

untuk rumah pengasuh, aku bekal kan variety nestum, takut2 dani bosan, susah pulak nanti. harap dani makan dengan sopan. jangan sembur2 tau!

"firstly, kita tepuk2 dulu kotak ni, nak tgk fragile ke x.."

"eh mama, kita kena baca instruction dulu, senang dani nak explain kat mak munah nanti.."

"ouh..macam tu ke..ok ok paham " @~@

ouh sebelum conclude, dani da pandai senyum depan camera..cair hati mama..nyum nyum

dekat JB hujan x henti2, x pasal2 aku satu family pkai baju mcm duk kat oversea..euww

Thursday, January 27, 2011

bila lapar, tapi xde apa dalam fridge, jadi nak masak ape?

semalam punya la lapar masyaallah, sejak2 da beranak satu ni, memang malas gila nak keluar malam. bukak fridge ada seketul ayam (seketul yer, bukan sekor), 3 ekor sotong, dgn 10 ekor udang je.pasrah gila rasa..x kan aku masak utk sorang sambil share/suap B?? ahh cannot cannot..

tengok yee mee ada lagi 2 keping, so taraaa..nah Yee Mee Cantonese~~

meh sini nak share ngan korang..kot2 bosan asik makan nasik je, skali skala makan yee mee cantonese sedap gak kan?


ni bahan2 utama yang diperlukan
ni bahan penting ni, so xde la mee tu rasa x complete kan?

sedih x?sayur ni je ada kat umah aku..tu pun da lunyai..hoho.kalo ada carrot lagi sodap!


ouh jangan dilupakan bahan tumisan, bawang putih/merah, wajib ada cili padi

ha ni mana bole lupa, garam, kiub pati bilis, telur
1st, kita kasi tumis bahan2 tumisan tadi..

lepas da garing, masukkan la ayam, udang, sotong tadi

tengah2 tunggu tu, siap2 kan la yee mee atas mangkuk elok2

ha masa utk masukkan sayur pulak

bila semua nya sudah empuk, masuk kan la putih telo, kacau cepat2, then masuk kan pulak tepung jagung untuk pekat kan kuah ok

taraaa..da siap kan? kejap je 10 minit settle untuk di ngap ngap!!

meh aku kasi close up sikit.amacam? kenyang nih pecah purut woo

bak kata Chef Dani: "kenapa beli kalau bole buat sendiri?" keh keh..selamat mencuba!