Assalamualaikum
Alhamdulillah, hari ini 14hb Julai, 2014, Ramadan yang ke-16, buah hati yang kedua, Iman Edna dah setahun. Cepat betul rasanya masa. Pejam Celik Pejam Celik da setahun anak mama. bila nak pandai jalan ni dikkkk.. hehe
aku tak berapa pasti sama ada aku pernah post atau tak pasal kelahiran yang kedua ni. tapi takpe lah, kite cerita lagi sekali ye dak. Since Dani genap 2 tahun aku dah get ready untuk ada baby lagi, tapi rezeki je takde masa tu.
aku tak yakin sangat aku senang pregnant masa ni, sebab period tak teratur lepas setahun bersalinkan Dani, so kira tawakal la, kalau ada, ada, takde pun, kita cuba lagi. so one day, aku rasa macam period aku delay 2-3 hari, tapi aku tak bother sangat, sebab macam aku cakap dah tau period jenis memain. tapi part yang tak best bila bahagian breast sakit ya hampun, kalau terlanggar apa-apa memang jadi amarah la.
aku rasa aku mengadung la kot, terus beli test kit. beli yang murah-murah je, tak macam masa Dani dulu, excited terlebih, sampai 4-5 test kit aku beli. hehe. lepas test, crystal clear 2 lines (November 23rd, 2012). terkejut memang ya, tapi deep down of cos la excited jugak. hehe. laki aku? jangan tanya, dia memang mana pandai buat muka excited. hehe
ok lah, nak cerita pasal saat kelahiran Edna. at first EDD 28th July, 2013, aku dah hepi time ni sebab sama birth date Dani. tapi nak buat macamana Edna nak sangat keluar 2 minggu sebelum EDD. sepanjang mengandungkan Edna nak kata aku beria pegi scan or checkup takde la sangat, aku just ikut schedule Hosp bagi je.
ingat lagi sehari sebelum bersalin, aku da siap-siap kemas rumah, tukar cadar baru, masa tu hari sabtu, puasa jugak time tu. anak-anak aku memang semua anak Ramadan. hehe. last keja aku buat aku panjat kerusi, tukar langsir. haha. mati la kalau laki nampak time tu.
esok nya Ahad, aku sempat call mak aku, saja je borak kosong, dia tanya ada sakit-sakit tak, masa ni still lagi rasa biasa. lepas letak je fon, aku duduk sebelah laki aku, sekali eh apsal laju je air mengalir ni, aku kencing ke apa. masuk bilik tengok da berdarah. ah sudah, tapi aku still cool lagi jalan rileks je contraction pun takde lagi.
doctor check dah 4cm, dalam pukul 4pm gitu kot baru masuk labor room. masa dah pasang CTG semua, aku baru rasa sakit. yang pelik tu sakit dia terus continuous but still bearable la. aku pelik dah, eh tak kan la bukaan dah besar. skali cek, eleh baru 5-6cm gitu. Tsk.
tapi kan, tak strategic sangat timing aku pun, sebab dalam pukul 7pm semorang tinggal kan aku termasuk laki sendiri, sebab diorang nak buka puasa. haha. sedih wei dalam labor sakit sorang-sorang. tapi macam aku cakap sakit kali ni takde la aku meroyan ke apa, bearable lagi. tapi mungkin masa Dani kena induce, sakit dia of cos berganda la.
dalam pukul 11pm, aku suruh laki panggil nurse cek dilation, baru 7cm gitu la. hangin gak apsal lama nau nak bukak nya. tak lama lepas tu aku da tak tahan sangat. rasa macam benda nak keluar sangat dah. yang Hafiz malu nak panggil nurse sebab nurse baru datang tadi. aku paksa jugak panggil. ha sekali betul kau, nurse siap cakap eh da nampak kepala ni, boleh da teran. Alhamdulillah 2 kali teran terus keluar anak dara ni :)
Iman Edna Mohd Hafiz 14th Julai, 2013 11.41pm 3.2kgs
sekejap je masa berlalu. sedih rasa tengok anak cepat je membesar. selalunya budak-budak kalau dah masuk setahun, lagi la cepat progress diorang eh :)
ha bulat mata. haha. Selamat Hari Jadi anak dara mama. jadi anak yang baik ye. In Sha Allah~
Till Then~ Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment