HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Sunday, November 18, 2012

kisah hamil

korang semua ada baca tak dekat BN yang Diana Danielle dah pun mengandung. big congratz to her :)

tapi yang buat aku tak berkenan tu bila baca comment-comment para cendekiawan sekalian. masing-masing mulut takde insurans bila tuduh si Diana ni bunting dulu sebelum kahwin. aku rasa masa Fasha Sandha dulu pun kena condemn macam ni jugak kan? haiya..

bila aku baca pasal ni aku teringat kesah aku mengandungkan si Dani dulu. lepas aku kahwin 5 bulan, memang aku tak pregnant lagi. sebab masa tu aku baru berenti keja, so kami terpaksa lah buat family planning dulu. sampai lah aku kena panggil interview dan aku success. 

bila dah success tu of course company aku mintak buat medical examination. very thorough checking sampai test UPT. bila keluar result, memang rahim aku free, takde apa-apa di dalam. November 11, aku start keja baru, happily. masuk minggu ke-2 aku dah rasa badan aku lain, aku kerap buang air kecil, emo terlebih, masa ni nausea memang takde langsung. sampai la minggu ke-3 aku tengok period aku delay 4 hari. pegi check, confirm aku pregnant 4 minggu.

yang buat kan benda jadi tragis bila bos aku dapat tau. dia mati-mati ingat aku tipu result medical aku. kata nya aku berpakat dengan doktor. perghhhh aku rasa macam nak sound setepek je muka dia, apa dia ingat doktor tu bapak aku ke hape. sebab dia rasa macam tak logik baru 2-3 minggu lepas aku buat UPT masih fail, tup-tup masuk minggu ke-3 pregnant pulak kan. aku rasa aku takde lah bijak sangat dalam ilmu sains dan agama, tapi aku faham lah kejadian indah Allah SWT ni.

meh sini ahkak nak ajar sikit to those bermulut puaka duk cakap orang yang bunting pelamin tu dah buat "kerja" sebelum kahwin..hamboihh nak kena cili baru tau;

let say kalau kita period 10hb Oktober, dan waktu kita subur normally 10-11 days after menstrual, dan ditakdirkan pulak kau bernikah pada tarikh subur tu, dan rezeki memang lekat pulak. then bila check lagi seminggu dua, dapat tau "eh aku pregnant dah?" .. jangan la panik ye dik non, its normal. walaupun kau baru kahwin 2 minggu ke apa.

yang paling sadis masa Fasha Sandha hari tu, orang tu punya la happy share bagitau die dah pregnant 4 minggu, padahal baru kahwin 2 minggu. Der.. sah-sah la kalau kiraan pregnancy akan ambil dari tarikh hari pertama last menstrual period. sebab tu la kita selalu dengar baru kawin 2 minggu dah pregnant 4 minggu. mana datang lagi 2 minggu? projek dulu baru kawin ker? hey choiii sangat tau mulut. lebihan 2 minggu tu di ambil kira dari hari pertama period bulan lepas. sebabnya hanya Allah SWT je yang tau bila kejadian conception tu berlaku, so cara mudah para Doktor bijak pandai akan kira dari period bulan lepas. 

so conclusion di sini ialah dont simply jump into the conclusion. haha. takde lah, tak baik tau korang buat assumption sesuka hati, aku yakin yang bermulut puaka ni mostly takde anak lagi or bujang trang tang tang. kalau one day kau bunting pelamin baru tau dan bermati-matian menegakkan keadilan. haha. what goes around comes around beybeh.

ni aku tampal beberapa good articles untuk bersihkan otak durjana itu:





till then.

hero amma ~~


6 comments:

Dayu said...

ni dani ke adik dani ni?

afni+hafiz=dani said...

hahaha..comel sangat soalan kau tu..

mun said...

betul tue afni..masa mun memula kawen dulu pun masuk je bulan kedua kawen terus pregnant alhamdulillah rezeki kan ALLAH nak bagi cepat tapi tuelah mulut orang bercakap sana sini lah sebab cepat betul melekat hahahaa

yaya+frdz+auf said...

yeahhh afni. cayalah siap penerangan. tapi mmg betul pon kan. cara kira dia gitu. dah jenis kalau subur, lepas nikah terus lekat nak buat camno. Takkan semua orang nak kena bagitahu orang bila last period dia kot. huahuahua! :P

AxieAziz said...

Terima kasih afni. aku memang buta info pasal ni. haha. almaklumlah, single lagi. :P

bridetobeclubhouse.blogspot.com said...

Kes saya lawak skit ...sy ni chubby ... tang perut jgn ckp la montel gak... ms buat perancangan kawen mmg kami x hebah2 byr duit dewan catering whatsover mmg share dgn family pon x.. da settle a to z baru kitorg cakap dgn family tu pon 1 month before wedding..(tarikh kawen kami pilih sendiri) ..ms majlis sedara mara even sepupu buat andaian mcm2.. plus sy ni montel baju kat pinggang ketat skit...wakaka..org igt sy preggy sbb tu kawen mgejut..alhamdullilah skg sy redha dgn ketentuan Allah dr kawen smpi skrg sy masih ttc :) ..org yg mulut puaka semua malu... hebat perancangan Allah doakn sy berjaya jd ibu ye....