HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, December 27, 2018

Placenta Previa ataupun Uri Bawah

Assalamualaikum,

Ok as promised hari ni saya nak share la serba sedikit pasal placenta previa ni, sebab saya tau sure ramai yang akan carik info ni kalau uols punya pregnancy detected as placenta previa. sama la macam saya, memula jer dapat tau mengagau carik info.

ok as we know, placenta previa ni ada 4 stages, kita kenal dulu stage dia ok macam gambar kat bawah ni;


as seen ada macam-macam bentuk kedudukan placenta previa (PP) ni. masing-masing ada faktor risiko. tapi nak cite pasal saya sendiri la. tak silap masa 20 weeks pregnancy la rasanya, masa tu teruja nak scan baby la ni, then Doc pusing-pusing kat perut dia kata, "Awak ni low lying placenta la.." time ni still tak paham, or bahasa lain nya macam ignorant pun ada sebab masa tu Doc cakap its normal since uri masih ada chance untuk naik atas. tapi Doc ada pesan jangan buat kerja berat since u ada potensi untuk bleeding dan dia mintak masa checkup dekat KK nanti bagitau Doktor. ouh masa saya mengandung kali ni saya buat 2 checkup, satu kat klinik luar (Klinik Hana Adda Heights, servis best!) dan satu lagi kat KK. sebelum ni Dani dengan Edna tak pernah bukak buku kat KK, entah kali ni tergerak nak bukak buku, ada hikmah tau.. later kite cerita hikmah nya..hihi

so nak jadikan cerita masa checkup kat KK pun disahkan low lying placenta lagi. then masa 24 weeks pergi scan lagi sekali kat Klinik Hana, Doc cakap based on scan awak ni PP type IV, so potensi heavy bleeding ada since uterus makin besar dan dinasihatkan jangan buat kerja rumah atau pun bersama suami. tapi macam biasa la degil, pantang tengok rumah bersepah, atas bawah non stop buat kerja.

then dijadikan cerita masa tengah ralit tengok TV dalam 10.30pm kot, Edna tidur depan TV, saya kan "bijak" sangat, dukung Edna yang seberat 20kg tu masuk bilik. the moment sambung balik tengok TV tu tetiba saya bleeding, macam air paip tau memancut. gelabah sangat pegi emergency PAC dekat HSI JB. untuk pengetahuan mommies kes PP sangat diutamakan tau sebab melibatkan nyawa, darah banyak keluar kan. masa tu Doc terus buat scan nak tengok keadaan baby, masa ni darah dah stop keluar tapi dalam 3 pads penuh jugak, ha one thing mommies yang kena PP kalau bleeding kena ingat berapa pads ya to determine how serious the blood loss. Doc check baby OK, heart beat OK, then Doc check uri masih lagi type IV. masa ni Doc cakap "saya hanya boleh monitor je dulu since no frequent contraction appear, kalau i keluarkan jugak baby u wont survive since berat dia baru 600gram.." OK la mama dalam hati memang barai la kan, so mama refuse to warded, cakap dengan Doc saya nak balik la monitor sendiri. then Doc lepaskan atas dasar patient take own responsibility. time ni HSI booked kan appointment dengan pakar on a later date. bila jumpa pakar pun dia bagi chance lagi sebab kadang uri ni masih boleh naik paling lewat 32 weeks.

then 2nd episode of bleeding masa saya baru balik dari grocery shopping, agaknya angkat berat plastik-plastik tu, bleeding but not heavy.. so masa ni tak pergi hospital. sebab previous bleeding, Doc ada pesan awak akan sentiasa bleeding cuma monitor berapa banyak pad penuh darah, kalau setakat stain still OK lagi.

then 3rd episode bermula masa 32 weeks pregnancy, pagi sebelum pergi kerja agak kelakar la ni sakit perut sangat so masuk toilet la memerut kan.. sekali bleeding yang keluar melimpah banyak, apa lagi visit to emergency PAC again, time ni Doc cakap ward HSI penuh, so dia nak transfer saya pergi ward HSA, saya refuse sebab awat jauh nooo rumah saya kat Sri Saujana, Kota Tinggi, kenapa nak hantar HSA. fyi, Hospital Kota Tinggi tak amik ya risky pregnancy, kalau pegi sana diorang akan hantar balik kat HSI. then, Doc kata gini la kena amik 2 injection Dexa, satu buat kat HSI la since saya dah ada kat sini, Dexa tu untuk kuat kan paru-paru baby ya. satu lagi dos Dexa amik kat Hospital Kota Tinggi since gap untuk 2nd Dexa kena 11 jam kot rasanya, tak kan nak patah-patah balik ke HSI kan. kali ni 4th episode bleeding jadi masa malam selepas amik 2nd Dexa, kelakar jugak masa amik injection OK jer, the moment masuk kereta and keluar dari pagar hospital terus bleeding lagi teruk non stop. so kitorang berkejar ke HSI since Hospital Kota dah nasihat kalau bleeding terus pegi HSI, jangan datang Kota sebab nanti naik ambulan hantar HSI jugak.

jadinya bermula la episod saya warded kat HSI, fyi juga, jangan la kita paksa-paksa Doc untuk keluarkan anak kita cepat since risau takut apa jadi, they know better than us, macam kes saya ni Doc keep cakap kita akan monitor awak, but awak kena total bed rest sebab tu diwardedkan. almaklum kalau kat rumah tak reti duduk diam.. sepanjang saya warded, nurse akan monitor CTG, hanya pakar je akan decide apa nak buat untuk kes PP. kebetulan masa 3rd day hospitalise kot saya detected frequent contraction tapi light cramp la, tapi pakar advise buat tocolytic untuk stop kan contraction.. kenapa nak stop kan contraction sedangkan baby da complete Dexa, apa masalah? harap maklum ya baby saya masa tu baru 32weeks, Dexa baru sangat complete it can be belum fully absorb pada baby, so kalau Dexa belum take effect, baby perlukan bantuan ventilator untuk survive. kebetulan masa ni ventilator di HSI dah fully-utilised. so HSI memang terpaksa call semua hospital seluruh Johor nak dapatkan ventilator. kena ingat juga, if let say Hospital Kluang ada ventilator, it means that HSI akan hantar anak kita ke Kluang, bukan bawak ventilator dari Kluang pegi HSI. sedih kan? tak cukup equipment, takpe kita redho ini bahagian kita. jadinya sebab itu la Doc sedaya upaya kalau boleh stop contration by doing tocolytic, Doc akan usahakan. mama hanya berdoa pada Tuhan agar semua dipermudahkan.

on the 5th day hospitalise, Doc cakap most probably saya kena warded sampai date czer which is 38 weeks, adoi time tu saya baru 32 weeks nak nangis rasa. then next day pakar buat round, saya merayu nak discharge dan berjanji akan jaga diri sendiri. OK la pakar kesian then memandangkan ward HSI pun congested dengan patient, dia pun lepaskan saya balik. masa ni ventilator untuk baby dah ada, tapi sebab pakar tengok saya dah stabil, dia OK je dischargekan saya.

tapi tak lama ya, masa 34 weeks pregnancy, malam sebelum bleeding saya sempat borak dengan baby sebab dia aktif sangat then asyik hiccup je. tepat jam 4 pagi, saya rasa macam ada benda mengalir, bila bukak lampu tengok atas katil ada lautan darah da. bangun je dari katil memancut laju darah, masa ni saya dah rasa lain macam kalau nak compare dengan bleeding episode sebelum ni, sebab kali ni heartbeat saya laju, contraction saya kuat sampai menitis airmata iols. sampai emergency PAC terus gamat suasana sebab kes saya dah berat sangat sebab non stop darah makin laju tak terkira pads dah ni. terus pakar turun dia decide; "OK puan sabar ya kita dah check heartbeat baby everything OK, heartbeat puan pun dah stable sikit, pukul 8 pagi kita terus czer eh, kita tak nak tunggu dah sebab kerap sangat puan bleeding ni..Dexa pun dah complete, weight baby ok..tapi sementara kita nak tunggu backup darah sampai, kita akan buat tocolytic dulu kasi reduce contraction.."

delay a bit tunggu back up darah dengan siapkan document, pukul 9 pagi baru masuk OT room, masa ni macam blur sangat sebab out of sudden tak sempat cium anak-anak, tak sempat cakap banyak sangat dengan suami, dah kena tolak ke OT. as usual pelbagai form sign untuk dapatkan consent.

procedure tak lama dalam less than 30 minutes kot, kalau nak cerita experience czer ni, masa czer tak sakit, pre-czer sakit sebab banyak nau kena inject sana sini. tapi sedih la the moment dengar baby Ayra nangis Doc terus bawak pegi NICU cos breathing problem campur dah infected dengan pneumonia. seee.. kerja Tuhan kan, Dexa dah complete, baby ok masa CTG, tapi semua tu urusan Tuhan..still Ayra kena hantar ke NICU, dan bersyukur sangat sebab ada vacant ventilator. masa czer saya hilang in total 1litre darah..adoi.

experience kat NICU later kita cite in different post k. berbalik pada hikmah Alhamdulillah saya buat keputusan check kat KK, trust me our government clinic sangat bagus sebab diorang memang monitor thoroughly kes kita, lagi-lagi untuk kes yang complicated. ni pengalaman saya kat HSI dan KK Kota Tinggi lah ye, saya tak pasti kalau mommies yang lain ada bad experience.

tapi one thing la ya saya nak advise please,please jangan sesekali pegi urut urut ni, chance untuk bleeding lagi tinggi. ini uri tau, bukan baby breach position u boleh pusing-pusing, take nota ya :)

Till Then :)



Tuesday, December 25, 2018

Presenting Iman Ayra

Assalamualaikum..

lama nya tak bersiaran, dekat 2 tahun lebih ada eh? pastu da lama tak blogwalking, tengok update dari instagram je skang.. Alhamdulillah, kita pun ada penambahan orang baru da, Iman Ayra Binti Mohd Hafiz nama diberi.

lama gak berkira-kira nak ke tak nak proceed yang ketiga ni sebab da lama sangat kitorang rehat dari beranak kecik ni. Edna dah 5 tahun, Dani pun dah 8 tahun. lama benau dah kitorang tidur dengan lena ni...hihi

tapi as usual la bila scroll IG tengok geng semua ramai da menambah umat rasa teruja gak, ketap bibir je tengok baby. so early this year memang kitorang plan nak conceive. Alhamdulillah on February dapat tau dah pregnant. tapi terlebih bijak on April saya plan nak ke Phuket dengan suami. pening gak pikir acane nak travel tengah fragile ni. tapi kitorang tawakal je as long tak buat aktiviti extreme, should be ok. memang sepanjang kat Phuket kitorang tak gi mana pun, betul2 rileks, Alhamdulillah everything went well.

tapi nak cerita sikit la sepanjang pregnant kan Ayra not an easy journey. satu sebab faktor umur, betul la orang cakap pregnant time 30 series ni memang pancit, letih dia lain macam wei. lain sangat energy masa pregnant kan Dani dengan Edna. semua benda tak larat, then masa early stage selalu cramp bahagian bawah.

tapi kan ingatkan biasa rupanya tak.. ada penyakit lain yang menyerang. pregnancy kali ni diclassified sebagai Placenta Previa Type IV, apa placenta previa tu? or orang panggil uri bawah? nanti kita cite in details ya.. sebab kalau sebelum ni ada experienced smooth pregnancy ni memang tak pernah bother pun pasal placenta previa ni. dah terkena baru nak nangis seksanya T__T

post kali ni kita cite pasal Ayra la sikit-sikit k. Ayra born at 34 weeks of pregnancy, preterm la kiranya ni. kenapa awal? sebab 5th episode of PV bleeding. memang sedih masa delivery process ni.. emmm nak cite skang ke or kena create another special post pasal ni??

later la kite cite details eh sebab panjang sangat. mama pun memang saja nak abadikan kat blog, biar one day Ayra baca bertapa mama struggle nak keluarkan Ayra ni. mama bersalinkan Ayra on Oct 12, 2018, time tak ingat la rasa nya dalam 9 pagi, emergency c-section. masa ni Ayra 2.3kg, memang lega sangat dengar Ayra ada good weight, plus Dexa injection (matangkan paru-paru) pun dah complete so sangat berharap semuanya ok je.

tapi tak jugak, sebab paru-paru Ayra still tak pandai nak function, the moment Ayra keluar je terus Doc hantar pegi NICU. so sad.. Ayra duk NICU for complete 10 days, berat pun drop to 2kg.

tapi Alhamdulillah till to date, Ayra sihat, cuma progress nya mama tak berapa nak faham lagi. sebab Doc ada cakap eventhough today umur Ayra 2 bulan 14 hari, but the corrected age is 35days. so progress Ayra akan berdasarkan baby umur 35days. patut la anak dara kita masih cranky macam baby dalam pantang. mama dah macam zombie melayan mood Ayra.

now at 2 mos 14 days, berat Ayra dah 3.7kg, abnormal for full term baby. tapi kalau preterm kira ok, so every time checkup mama kena duk highlight Ayra ni preterm. susu memang terpaksa campur FM dan BF. for FM mama guna susu khas for premature, Similac Neosure.

ouh cuma satu je Ayra suspected umbilical hernia, tapi since dia preterm its quite normal, Doc akan monitor sampai umur Ayra 3 tahun then screening again kalau betul hernia kena la adik manis kita undergo minor surgery. harap semua baik-baik jer.

ok la banyak sangat celoteh ni, mama da penat campur ada keja nak buat. Inshaallah ada masa kite update pasal conflict sepanjang pregnant kan Ayra k :)



Sunday, October 23, 2016

Kilang Bateri Johor Bahru

Assalamualaikum,
 
adoi letih nya saya seminggu ni, serius banyak melampau kerja. petang ni pun ada meeting, curik masa sekejap update blog :)
 
ok ada pernah dengar tak Kilang Bateri kat JB ni? kalau johorean of cos mesti tau sangat la kan. untuk bukan orang Johor mesti macam wonder apa Kilang Bateri ni. ok actually tempat ni boleh kata macam ala-ala indoor downtown kot.. memang banyak local stores dalam ni, ada foodcourt, ada indoor games, dan banyak sangat hipster café.
 
tapi kenapa nama dia Kilang Bateri? actually tempat ni dulu adalah Kilang Eveready yang buat bateri tu. so memang Kilang Bateri take over untuk transform jadi macam sekarang. interior memang diorang kekal kan ciri-ciri kilang tu. takde major transform pun, so macam classic la tempat dia. one thing, saya rasa hampir 90% stores monopolised by bangsa kita. so nampak macam best la jugak tengok orang-orang muda berniaga. try la search gambar-gambar kat Kilang Bateri, such a new thing la, thumbs up to the team sebab came out dengan idea creative macam ni.
 
nak cakap pasal hipster café memang banyak sangat dalam ni. sampai saya cakap dengan suami kalau agak-agak boring tak tau nak pegi makan mana, kita boleh la jelajah satu-satu café kat sini. malam tu kitorang pilih untuk makan kat "Pantry Café". sebab malam tu rasa nak makan light-light je, so lets give a try kat pantry since saya nampak ada sign ni:


Mango Cheese Cake by KulaCakes. ha sebenarnya saya memang dah lama teringin nak makan kek diorang ni. sebab banyak review kata the best cheese cake in Kuantan. saya share my personal thought k, kek ni diorang serve kat saya dalam keadaan frozen. so saya tak pasti the real serving memang frozen ke atau macamana. saya try makan masa tengah beku, macam so-so je la. kek dia tak manis sangat, a bit blunt pun ada. then, saya cakap dengan suami, agaknya Pantry Café ni beli kek all the way from Kuantan kan, so maybe dia tak serve fresh, so saya biarkan kek ni defrost dulu. tapi masalahnya lepas defrost kek ni mencair, lembik sangat.. but taste still kurang aummm sikit la. entah la eh..haha mati la orang kecam. hello citarasa kan very general, kalau u kata sedap, sedap la.. terpulang. 


malam tu kitorang order nachos cheese, Hawaiian pizza, dengan apple juice. haaa saya kan sebenarnya a bit frustrated la dengan all the hipster café ni. saya dengan suami ni memang kaki jelajah mencarik makanan. so memang we have tasted several hipster café, rating kalau dari 10 cafes hanya 2 jelah kot yang kitorang akan visit lagi. rasanya mesti semua agree dengan saya yang café macam ni charge you really over price, tapi tu saya tak kesah sangat, sebab motto hidup saya as long you serve makanan best, saya tak kisah bayar lebih sikit pun. tapi its really upset bila kedai dah cantik, food presentation creative dah, tapi taste tak sesedap harga.



I harap sangat Pantry café improvise la the taste. sebab you serve food yang sangat light, which is nachos cheese, boleh je mewahkan sikit dengan cheese sauce, tabur lebih sikit the garnishing. pizza pulak u got the taste, flatbread ok la not bad ada rasa crunchy, tapi again topping dia macam takde rasa apa, cheese awat kedekut sangat
 
Pantry café please take note kalau you nak repeat customer, please improve, improve. sayang la sebab café dah cantik, layanan ok, ambience cantik, tapi food kurenggg. tapi still saya tetap tak serik nak cuba hipster café yang area situ, saya nak jelajah satu-satu, suami take note jugak eh :)

Wednesday, October 12, 2016

Wean-Off, susah ke senang?

Assalamualaikum,

saya rasa benda ni benda paling common yang selalu mak-mak fikirkan. saya rasa nak gelak pun ada blog saya sekarang semua cerita pasal permasalahan mak-mak..haha .. ok lah nak cerita pasal breastfeed journey memang dah bertahun la saya tinggalkan.

Edna sekarang dah 3 tahun lebih, dia menyusu badan memang complete 2 tahun. tapi tak la exclusive breastfeed (bf) sebab susu saya tak banyak mana. masa 6 bulan pertama tu boleh tahan la, saya mampu la buat stock sikit. tapi masalah saya ni susah sikit nak consistent untuk pumping session. nak pump kena consistent timing, without failed. saya pulak kerja tak menentu masa, kadang time nak pump tu saya tengah drive nak pegi meeting ke apa. so bila kurang consistent, itu yang ke laut penghasilan susu.

walaupun saya tak mampu provide eksklusif bf, tapi saya keep bagi je kat Edna. so far cukup la untuk anak tu, tapi kalau nak kata untuk super kenyang wallahualam la pulak saya. nampak Edna ok je tak nangis, maknanya cukup la susu saya seadanya untuk dia kan? kalau rasa-rasa tak cukup memang saya bagi dia susu formula. yang extreme bf jangan kecam saya tau, lain orang lain cara, awak dengan cara awak, saya dengan cara saya. peace.

ok lah melalut ni, how to wean off? dah dengar banyak versi kan? ada yang kata letak benda pahit/masam dekat keliling nipple lah, ada yang paksa anak hisap botol lah..etc. macam-macam cara.

macam saya memang takde specific date saya nak wean-off, agak-agak lagi 2,3 bulan Edna nak genap 2 tahun. saya slowly avoid direct bf. Edna siang memang minum susu formula kat rumah pengasuh. bila saya ada dengan dia baru dia direct bf. so bila balik kerja, dia merengek nak susu. saya bancuh susu untuk dia. trust me, struggle weh, anak tu memang akan mengamuk teruk punya. tapi korang kena steady la, buat pekak je dia nangis, jangan tewas. pujuk dia perlahan-lahan, cakap la dengan dia, "Edna dah besar, takmo la hisap tets mama lagi.." memang susah, tapi lama-lama budak tu akan redha, automatic dia akan amik jugak botol susu tu hisap.

tapi jangan lupa waktu paling challenging adalah time nak tidur... masa minggu pertama nak wean-off, saya bagi dia hisap sekejap-sekejap, dia tidur je, saya terus "cabut".. then masuk 2nd week, saya pujuk lagi, memang saya buat keras tak nak bagi. bayangkan memang Edna mengamuk sakan...tapi saya pujuk dia perlahan-lahan, tepuk-tepuk dia lalaikan sampai dia tertidur.

lama-lama budak tu fedup la, saya rasa kurang sebulan la trial saya, terus Edna completely wean-off. tapi yang tak tahan tu saya pulak macam sentimental rindu momen-momen dia "mengempeng" dengan kita. hihi.. tapi kena kuat, mak-mak jangan sentimental sangat k :)

ha tapi kan yang seronok sikit, bila masa nak wean-off tu saya tak ajar dia dengan hisap botol tengah-tengah malam, saya bagi dia botol sekali je sebelum tidur, then tepuk-tepuk sampai lena. hasil dia, sampai sekarang Edna memang tak pernah mintak susu tengah-tengah malam. saya cuma sediakan botol air masak sebelah dia. tapi kena la pastikan perut anak tu kenyang sebelum tidur, ni kalau tak bagi makan apa, bagi susu semata-mata, pengsan la anak menahan lapar..hihi


rindu la nak ada baby lagi T__T



Monday, October 10, 2016

Struggle nak pandaikan anak

Assalamualaikum,
 
rasanya mesti ramai mak-mak yang ada anak baya Dani, next year nak Darjah 1 dah...trust me benda yang paling mak-mak takutkan sekarang adalah nak bagi anak pandai baca sebelum start sekolah next year. huwaaa nak nangis pun ada, lagi berbaki lebih kurang 3 bulan nak masuk 2017, saya masih lagi struggle nak bagi Dani fasih membaca.
 
pelik kan, dulu-dulu lain, rasanya mak-mak dulu takde nak bother anak kena pandai baca ke apa, tadika it just for fun, untuk build self-confidence, nak bagi bebudak kenal dengan persekitaran, macamana nak bergaul. but trust me sekarang totally different. saya masih ingat lagi zaman saya sekolah tadika KEMAS dulu, balik sekolah cool je rileks tengok kartun, mana ada homework ni.
 
tadika sekarang Masyallah..saya yang mak ni stress, yang bebudak lagi stress kot. macam Dani tadika di Smart Reader, masa memula dulu memang saya shock setiap hari paling sikit homework ada 3 buku. lepas tu in case absent ke apa, merana la kau homework tu teacher akan kumpul, then you settle la semua. berderai-derai la airmata si Dani nak siapkan homework bertindan-tindan.
 
saya ni lagi la alpening, rasanya semua parent yang bekerja pun pening especially mak-mak la kan. macam saya routine setiap hari pick up bebudak dekat rumah pengasuh, then sampai rumah terus senseng lengan nak masak, basuh baju, lipat kain, kemas umah, and the list goes on..stress kan? so masa bila la nak dapat focus duduk belajar dengan anak. nak harapkan suami, dia balik pun dah lambat, by the time pukul 9pm bebudak masuk tidur dah. so nak tak nak, saya kena handle semua.
 
paling saya sakit jantung bila tengok Dani tak fasih membaca lagi, so far dia memang dah kenal huruf, dah boleh mengeja..tapi membaca memang way to go la kan. saya google sikit-sikit ramai cakap try guna buku "Bacalah Anakku", ok give a try. nak mencarik serius susah, banyak jugak bookstore saya pegi tapi takde buku ni, then finally saya decide beli online je dari MPH, trust me life so much easier, dah la murah, saya tak ingat harga, tapi murah sikit la banding dengan other online stores.


nak tau saya curik masa time bila? saya curik masa time driving nak balik rumah, perjalanan dari rumah pengasuh ke rumah ambil masa dalam setengah jam. so by hook or by crook, memang saya akan paksa Dani amik buku ni, baca sebelah saya.. so far dah dekat sebulan saya practice cara macam ni everyday without failed, mak-mak kena disiplin jugak, jangan skip even a day. sebab nanti anak-anak confuse, haih sekejap hari ni baca buku, then esok lusa tak baca..nanti bebudak akan cepat lupa apa dia belajar.


hasil? Alhamdulillah much better. masih tak berapa fasih, tapi improve, itu yang penting. macam Dani ni banyak drama airmata, saya tak cubit or marah pun, sekadar naik suara pun dia boleh menangis je sepanjang perjalanan baca buku.. ikut kan hati geram, tapi sabar je lah.
 
next mission saya, nak diaper-off kan si Edna..next year dah 4 tahun T__T
 
 
ni budak ni geram saya.. kuat amukan, kuat memerintah, tak makan dek saman T___T

Tuesday, October 4, 2016

Petua Hilangkan Kotor Pada Tiles

Assalamualaikum,
 
Saya pindah rumah yang baru ni ada dekat 2 tahun dah rasanya. tapi saya always struggle dengan masalah tiles. How I wish tiles saya macam rumah orang lain jenis licin kilat gitu. tiles rumah saya Masyaallah, dah la warna putih, lepas tu jenis yang kesat tu.
 
sebut je lah petua yang mana saya tak cuba. ada yang advise saya campurkan pencuci lantai dengan Clorox, hasil memang kurang baik mungkin sebab Clorox tu ada kandungan acidic, so bertambah kesat la lantai saya.
 
ada jugak saya baca, masa buat bancuhan tu, campurkan dengan air panas, lepas tu mop guna kain batik. seriously saya gigih cuba tau, tapi still lantai ku degil T__T
 
saya ada cuba sekejap Basic H keluaran Shaklee, not bad.. membantu jugak, tapi kalau nak kata super shining tu tak lah. tapi nampak la putih sikit lantai saya tu. lama jugak saya pakai Basic H ni, ada lah dalam lebih setahun. sebab masa tu ini je la paling effective.
 
tapi sekarang saya dah stop sebabnya, saya dah jumpa cara lain yang lebih cost-effective. seriously saya tak pernah terpikir pulak dengan cara ni menjadi. semua nya kebetulan bila tengah tolong suami bersihkan lantai dapur lepas dia buat drain clogging. saya guna "Sabun Basuh Baju", yes you heard me, sabun basuh baju je saya guna, bukan yang jenis liquid tau, saya guna yang serbuk, any brand will do.
 
caranya saya taburkan sikit serbuk basuh, jangan campur air, lepas tu amik kain yang telah dibasahkan, then gonyoh je la. tak perlu menggonyoh beria sangat, tak perlu pkai berus ke apa, tools dia: kain basah & serbuk basuh baju. lepas dah gonyoh, amik lagi satu kain basah yang bersih, lap je lah, memang akan nampak perubahan. tak payah beria nak guna banyak air sangat.
 
In Sha Allah cara ni effective, sebab lantai rumah saya jenis kesat then putih pulak tu, bebudak tengah membesar so paham-paham je lah tahap "baik" diorang when it comes to hygiene. kadang-kadang sakit mata tengok menitik-nitik aiskrim tumpah atas lantai. so try la k :)

 
ini lah lantai nya, sakit mata tak? seriously geram. rumah zahirnya nampak bersusun kemas, tapi bila tengok lantai, failed teruss T__T
 
 
 ini lah hasil lepas guna sabun basuh, better kan? sedap la mata memandang sikit :)

Monday, October 3, 2016

Forest City @ Johor Bahru

Assalamualaikum,

Ya Allah susahnya nak kekalkan kerajinan ni..haha..bukan tak rajin, tapi memang jadual tengah pack tahap melampau, so tu yang satu entry seminggu. takpe lah, saya cuba k :)

ok hari ni tak boleh nak cite panjang sangat, banyak sangat keja hakiki tengah menanti ni. saya just nak highlight kan pasal salah satu lagi area "must visit" kalau pegi Johor. kalau tak silap sebenarnya ada beberapa tempat lebih kurang dengan Forest City ni, satu nama dia Country Garden kat Danga Bay, satu lagi saya tak berapa ingat nama apa.

Actually Forest City ni memang agak jauh la dari Bandar JB, dia dekat area Gelang Patah/Nusajaya.. kalau visitor ke arah LEGOLAND/Puteri Harbour ke, worth it la travel jauh-jauh.

saya memang saja je bawak budak-budak pegi sana, tak tahan la kalau asyik pegi Shopping Mall ni. nanti sorang menangis nak mainan, sorang lagi merajuk..pening kepala. so kita jalan-jalan tengok pemandangan sudah.

ok apa Forest City ni sebenarnya, saya pun susah nak describe in details. dia macam satu development/residential area yang baru. macam mega projek pun ada. kalau nak tau further visit link ni ok: http://forestcityjohor.com/

tak nak cerita banyak, keja tengah membukit ni T___T

 
gambar yang paling saya suka, cantik kan ni tengah sunset