HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, November 11, 2015

Kembali Menulis

Assalamualaikum.. 

Lama saya menghilang..setahun ya tak menulis. dulu berjanji bulan dan bintang nak post pasal progress rumah, tapi sampai ke sudah hampir setahun da saya pindah rumah baru.

hari ni baru tergerak hati nak bukak blog, sebenarnya dah lama tergerak hati nak blog pasal sesuatu. tapi takpe la, what gone be bygone. maaf jugak saya tak sempat nak reply beberapa komen, lagi-lagi komen pasal trigger finger atau yang mana nak request info tu, sori sangat tau. kalau nak jawab sekarang, takut you guys pun dah dapat jawapan.. hehe sori again. tapi kalau masih nak jawapan, boleh komen je direct kat post ni k..

ok lah..how's life? life has been up and down. 2015 bukan tahun saya barangkali. sebab tu terlalu lama mendiam kot. ramai yang nak tau sangat apa jadi dengan saya. saya admit rasa appreciate sangat dikelilingi kawan-kawan yang concern, yang sentiasa ada dengan saya susah senang, yang sentiasa nak tengok kita gembira. jadinya dekat dunia ni masih lagi ada kawan atau manusia yang baik ya, yang masih lagi ada sifat setiakawan. Alhamdulillah, I've been surrounded by this one kind.

cuma saya ada beberapa lesson yang sangat saya pelajari dalam hidup sepanjang tahun ni. yang mana buat saya bertambah matang, membuatkan saya lebih certain ke atas sesuatu, membuatkan saya lebih fokus. cuma ada beberapa perkara je saya rasakan sesuatu kejadian tu buatkan saya lebih keras hati dan hampir tidak mahu pedulikan drama duniawi yang berlaku skang. ikutkan kudrat hati dan jiwa memang dah lama berkecai, tapi ingat satu je Allah tetap ada. seperti kata kawan-kawan saya, Allah tidak akan turunkan ujian di luar kemampuan kita.

hidup dalam dunia sekarang ni, tak perlulah kot kita terlalu pandang ke atas walaupun kita di situ, sekali sekala memang perlu kita tunduk ke bawah atau reminisce again di waktu susah senang, di waktu kita berpayah mendaki untuk hidup bahagia seperti sekarang, untuk hidup senang seperti sekarang. kata orang dengan cara ni will keep us sane. 

satu lagi yang saya perasan kebanyakan dari kita dah kurang sifat sensitiviti atau lebih tepat dah takde yang pernah terpikir perasaan orang lain. ramai yang jenis kalau bercakap, baik good side or bad side, semua nak bertegang urat nak utarakan pendapat masing-masing. bear in mind nada percakapan berbeza ya dengan nada pembacaan. segala tulisan kita mungkin di'interpret'kan dengan cara yang berbeza. saya pun mungkin ada khilaf, kadang-kadang sangat tak setuju dengan sesuatu perkara, tangan laju je manaip nak bertekak. there is no point, seriously no point nak bertekak over benda-benda kecik. we all grown up, masing-masing ada cara tersendiri, kau setuju ke tak setuju dengan cara orang tu, just keep it to yourself. unless orang yang kita nak tegur tu menyimpang akidah, then go ahead you may nasihat la.. provided cakap elok-elok la kan?

untuk saya pulak selepas bertimpa-timpa dugaan hidup, saya jadi orang yang a bit isolated kot. saya jadi tak berminat untuk terlalu mencampuri hal orang lain atau lebih tepat hal-hal yang tiada kaitan dengan saya mahupun hal-hal yang terlalu kecik untuk dipeningkan. dulu saya terlalu manis, terlampau...terlalu jugak pentingkan kegembiraan orang lain dari diri sendiri. penyudahnya saya pun tak ke mana.. jadi apa yang saya cuba buat sekarang, stay focus, be positive. orang nak cakap buruk kita suka hati la, at the end of the day bahasa kasarnya, "bukan kau yang bagi aku makan".. 

I've gone through so much, too much for my age. nanti la kalau ada kekuatan, saya tulis lagi..









Wednesday, August 6, 2014

sakitnya jiwa dgn late payment interest

BTW, rasanya masih belum terlambat untuk wish Selamat Hari Raya :)
 
cerita pasal raya ni, memang takde apa sangat lah. gamba pun aku dah all out upload kat FB, so nak tengok gamba, sudi-sudi lah terjah FB yer :)
 
kali ni aku nak cite perihal late payment, for sure punya 80% dari pembeli rumah memang kena punya late payment ni. dah la masa proses nak beli rumah habis beribu eh, sekali berangan nak dapat kunci takde la kena bayar apa-apa, sekali hamek, not just late payment, maintenance fees lah, cukai tu, cukai ni. omjayy keja cop duit eh kita ni T___T
 
masuk rumah kang for sure la kena get ready duit nak siapkan rumah. macam kitorang tak buat apa pun, pasang grille, buat kitchen, autogate gitu, perabot kalo nak tambah pun set sofa dgn set katil. takde banyak nau duit nak buat macam-macam. but still yer, lepas buat calculation mcm lari je budget ha. nangis.
 
macam aku baru ni entah kenapa boleh 'bijak' sangatt lupa nak masukkan budget kipas lampu tau. sebab bagi aku tak payah la kot masukkan dalam budget, bukan mahal sangat, bukan kite nak beli lampu or kipas yang fancy-fancy. sekali hamek, aku beli yang cikai-cikai je ni, serius cikai, dalam RM2k. so kalau sape yang nak kipas canggih2, lampu LED ke hape, get ready la duit more than that.
 
cerita pasal late payment ni, developer pandai tau, kalau nak kunci, of cos kena setel bayar dulu, dan paling tahik ni, dia pulak yang suruh kita follow up dengan bank sama ada bank dah release final disbursement ke belum. masa kitorang memang bad timing, lagi seminggu nak raya, follow up sana sini semua dah cuti raya. tapi aku memang strict bab gini, ye lah bukan salah kita tapi kena bayar kan.
 
aku call bank dia kata dah release duit, aku check dengan developer dia kata takde, aku call bank balik, dia kata agaknya developer tak dapat official notification lagi kot. aku pun hangin la, then kalau macam tu berapa lama you baru boleh pos surat pada developer? tau apa bank kata, ouh normally kalau developer nak notification cepat, kita boleh email kan je. seeeeee? tak ke amarah sangat rasanya. aku terus cakap dengan bank suruh email by today jugak!
 
lepas part yang tu, korang kena buat surat rayuan pada developer mintak depa waive or bagi diskaun la late payment tu. so ni nak share sikit la sample surat rayuan aku. mintak hampun la yer my bad grammar. ngeh ngeh..


click image to enlarge
 
 
 
so lepas dah hantar surat rayuan, dalam 2,3 hari baru developer call dapat la diskaun sikit, sikit sangat pun, mujur la masa awal beli rumah aku ada letak deposit, so diorang tolak, balance aku kena bayar dalam RM500++ but still duit kot.
 
aku pernah tengok ada satu page ni, even dia bayar late payment pun, tapi dia gigih btol claim balik duit dia dengan lawyer ke banker entah, sebab bagi dia tu bukan salah dia. so depends la kalau korang segigih tu, kalau aku buat masa ni malas nak serabut follow up sana sini dah, ni uruskan quotation dengan contractor pun aku dah pening. rasa dah takde kudrat nak layan perangai seribu satu alasan ni.
 
 
ouh lagi satu rayuan hanya terpakai untuk late payment interest je eh, kalau nak rayu waive kan bayar cukai tanah, maintenance fee bagai, payah la gituuu.. hehe
 
 
ok lah, teruja ni nak siapkan rumah. nanti kasi update lagi.
 
 
Till Then~ Assalamualaikum dan again Selamat Hari Raya :)
 


Sunday, July 13, 2014

Selamat Hari Jadi Kesayangan Iman Edna Mohd Hafiz

Assalamualaikum
 
Alhamdulillah, hari ini 14hb Julai, 2014, Ramadan yang ke-16, buah hati yang kedua, Iman Edna dah setahun. Cepat betul rasanya masa. Pejam Celik Pejam Celik da setahun anak mama. bila nak pandai jalan ni dikkkk.. hehe
 
aku tak berapa pasti sama ada aku pernah post atau tak pasal kelahiran yang kedua ni. tapi takpe lah, kite cerita lagi sekali ye dak. Since Dani genap 2 tahun aku dah get ready untuk ada baby lagi, tapi rezeki je takde masa tu.
 
aku tak yakin sangat aku senang pregnant masa ni, sebab period tak teratur lepas setahun bersalinkan Dani, so kira tawakal la, kalau ada, ada, takde pun, kita cuba lagi. so one day, aku rasa macam period aku delay 2-3 hari, tapi aku tak bother sangat, sebab macam aku cakap dah tau period jenis memain. tapi part yang tak best bila bahagian breast sakit ya hampun, kalau terlanggar apa-apa memang jadi amarah la.
 
aku rasa aku mengadung la kot, terus beli test kit. beli yang murah-murah je, tak macam masa Dani dulu, excited terlebih, sampai 4-5 test kit aku beli. hehe. lepas test, crystal clear 2 lines (November 23rd, 2012). terkejut memang ya, tapi deep down of cos la excited jugak. hehe. laki aku? jangan tanya, dia memang mana pandai buat muka excited. hehe
 
ok lah, nak cerita pasal saat kelahiran Edna. at first EDD 28th July, 2013, aku dah hepi time ni sebab sama birth date Dani. tapi nak buat macamana Edna nak sangat keluar 2 minggu sebelum EDD. sepanjang mengandungkan Edna nak kata aku beria pegi scan or checkup takde la sangat, aku just ikut schedule Hosp bagi je.
 
ingat lagi sehari sebelum bersalin, aku da siap-siap kemas rumah, tukar cadar baru, masa tu hari sabtu, puasa jugak time tu. anak-anak aku memang semua anak Ramadan. hehe. last keja aku buat aku panjat kerusi, tukar langsir. haha. mati la kalau laki nampak time tu.
 
esok nya Ahad, aku sempat call mak aku, saja je borak kosong, dia tanya ada sakit-sakit tak, masa ni still lagi rasa biasa. lepas letak je fon, aku duduk sebelah laki aku, sekali eh apsal laju je air mengalir ni, aku kencing ke apa. masuk bilik tengok da berdarah. ah sudah, tapi aku still cool lagi jalan rileks je contraction pun takde lagi.
 
doctor check dah 4cm, dalam pukul 4pm gitu kot baru masuk labor room. masa dah pasang CTG semua, aku baru rasa sakit. yang pelik tu sakit dia terus continuous but still bearable la. aku pelik dah, eh tak kan la bukaan dah besar. skali cek, eleh baru 5-6cm gitu. Tsk.
 
tapi kan, tak strategic sangat timing aku pun, sebab dalam pukul 7pm semorang tinggal kan aku termasuk laki sendiri, sebab diorang nak buka puasa. haha. sedih wei dalam labor sakit sorang-sorang. tapi macam aku cakap sakit kali ni takde la aku meroyan ke apa, bearable lagi. tapi mungkin masa Dani kena induce, sakit dia of cos berganda la.
 
dalam pukul 11pm, aku suruh laki panggil nurse cek dilation, baru 7cm gitu la. hangin gak apsal lama nau nak bukak nya. tak lama lepas tu aku da tak tahan sangat. rasa macam benda nak keluar sangat dah. yang Hafiz malu nak panggil nurse sebab nurse baru datang tadi. aku paksa jugak panggil. ha sekali betul kau, nurse siap cakap eh da nampak kepala ni, boleh da teran. Alhamdulillah  2 kali teran terus keluar anak dara ni :)

 
 
 
Iman Edna Mohd Hafiz 14th Julai, 2013 11.41pm 3.2kgs
 


sekejap je masa berlalu. sedih rasa tengok anak cepat je membesar. selalunya budak-budak kalau dah masuk setahun, lagi la cepat progress diorang eh :)

 
ha bulat mata. haha. Selamat Hari Jadi anak dara mama. jadi anak yang baik ye. In Sha Allah~

Till Then~ Assalamualaikum.

Wednesday, July 9, 2014

Deco Area Tangga - Nippon Momento

ini la di namakan berangan je keja. haha. kunci tak dapat lagi ni wei, tapi idea da tahap mencurah-curah ni. cepat la settle CF ni, kitorang pun da tak larat sebenarnya bayar 2 rumah.
 
to ensure segala angan-angan jenin aku tak dilupakan, kita kasi post kat blog, at least aku boleh recall nanti apa planning aku. al maklum, design ni semua aku sorang je yang duk imagine, bila cite kat laki, dia tak boleh bayangkan. then dia suruh aku lukis, wahh memang tak dapat ler. haha. kita update kat blog kasi untuk tatapan laki aku skali, bagi dia senang nak imagine. :)
 
lagi skali sebenarnya tak berkenan bawah tangga aku tu lopong gitu je, ada certain design rumah dia tutup bawah tangga jadikan stor. tapi rumah aku takde gitu. so kawasan situ jadi macam kurang function pulak eh.

bawah tangga:

 


area tangga atas:

 
 


ok sebenarnya aku pun tak pasti lagi sama ada apa yang aku angankan ni nak didesign kat area tangga or bawah tangga. pros n cons nanti kite cite hujung-hujung nanti. tapi sebelum tu nak cite la aku berkenan sangat dengan Nippon Momento. sebab dia ada special effect, cantik sangat untuk jadikan feature wall. aku berkenan yang ala-ala brown/gold tu.

 


cantik ke tidak? even benda ni more untuk kegunaan feature wall, tapi aku tak berani sangat nak main dengan warna terang or contras. kalo brown/gold gini kira playsafe sikit. aku survey-survey ada yang cakap satu set Nippon Momento dalam RM 150-RM170. pakej ni siap ada undercoat, aku tak pasti kegunaan sebenar undercoat, tapi tak silap aku kalau dinding kite dah putih, tak perlu nak coating lagi skali. entah la eh.

apa sebenarnya aku nak buat kat feature wall ni? ha, korang tengok bawah ni:

 


ha aku nak letak frame gini kat feature wall tu. aku tak nak dia sama design or size, tapi aku nak dia satu kaler je. ha matik la nak carik frame merata tempat. haha. aku memang suka design gini.

pictures credit to: http://www.okviagem.com

kalau rumah mak aku dia buat design atas gini kat area tangga terus bawak ke atas. cantik sangat tengok macam-macam frame gantung, tapi kena ada cara gantung gak la jangan caca marba sangat, kang nampak crowded.
 
pasal frame, aku ada google kata dekat Kaison murah, ok takpe, nanti raya balik KL, kite kasi terjah!
 
ok apa pros n cons? ini pada pendapat aku la.

kalau bawah tangga:

- nampak tak ada meter box bawah tu, so kalau aku deco bawah tu, macam limited je space, sebab box tu da menggangu pemandangan.

- bila buat bawah tangga, effect siang ok la. tapi kalau malam perlu bantuan lampu. so dah kena buat wiring bawah tangga. eh macam satu hal pulak kan.


kalau area tangga atas:

- memang cantik sebab dinding luas. tapi perlu ingat harga cat ni mahal, abis laki aku bising nak invest berapa rats pulak untuk cat tangga jer.

- apart of harga cat, tukang cat perlu beli roller pepanjang sikit, sebab ruang tangga atas tinggi sampai syiling. eh macam rajin sangat laki aku nak cat.


so skarang masih duk imagine lagi area mana yang sesuai untuk frame feature wall ni. ouh jangan bagi idea cat je satu rumah dengan Nippon Momento, there again cat mahal wei, rumah pulak sedar tak besar mana, so tak boleh berangan cat satu rumah gitu, nanti lagi la nampak super crowded. ingat concept kite English Modern Minimalis. haha. kemain concept.

Till Then~ Assalamualaikum :)


Monday, July 7, 2014

Kitchen Cabinet Idaman

wah rekod ni rajin betul aku update blog 2,3 hari ni, takde la.. bila bulan puasa ni memang sendu sikit tak banyak keja sangat, so ada masa sikit boleh la update blog. geng UB pun aku tengok dah jarang update..wei update la~~ aku bosan ni takde bahan bacaan. hehe
 
kali ni kita cite pasal rumah lagi ok, nak cite pasal makanan nanti, bukan takat korang terliur, nanti aku yang update pun tak senang duduk. ok, kali ni nak cite pasal kitchen cabinet (KC). bab KC ni terpulang la pada masing-masing nak buat ke tak, tapi aku tengok mostly yang beli rumah baru macam satu kewajipan allocate sikit budget untuk buat KC idaman.
 
macam kitorang memang sangat kompem, wajib sesangat kena buat. sebabnya living hall dengan dapur takde divider, kira ala konsep open kitchen. tapi da banyak eh aku tengok rumah baru style gini, aku seriously memang tak berkenan. tapi nak buat macamana ye dak? kalau nak naikkan dinding block 2 bahagian ni, aku rasa not a good idea, sebab nanti rumah nampak sempit pulak.

 

ni gamba rumah masa in progress lagi. nampak tak betapa open concept sangat dapur tu, sakit mata. haha. tapi ada rezeki In Sha Allah planning nak extend lagi belakang tu memang ada. tapi jangan tanya bila, yang pasti planning tu ada. haha.
 
dengan itu nak tak nak memang kami ada allocate budget sikit untuk buat dapur. tak silap aku binaan dapur aku dalam 12sqft panjang je kot, kalau tak silap la eh, kecik cenonet je. so kitorang ada la pegi beberapa kedai KC, akibat kurang info pasal KC, kami tak tau pun ada pelbagai material KC ni, table top pun gitu, lagi hi quality of cos lagi mahal ye walaupun binaan dapur tu kecik. so sebelum pegi, better korang feed some info dulu at least masa duduk discuss takde nampak blur macam kitorang. hehe. so far yang aku rasa la eh, KC made by aluminium paling mahal, sebabnya long lasting dan of cos takde anai-anai boleh makan aluminium. aku pernah tanya, 12sqft = RM 10k++, tu belum masuk table top. golongan marhaein macam kitorang mintak hampun ler, memang tak letak budget sebegitu banyak, ada banyak lagi benda kena utamakan.
 
ok kalau cakap pasal design pulak, aku tengok ramai yang suka modern design. tapi kalau aku, memang of cos English Vintage..auwww. old-fashioned ker? haha..takpe la, asalkan aku suka. boleh kata design yang aku nak lebih kurang gini:
 
 
 
** pic credit to google
 
ha lebih kurang la. korang jangan ingat aku berangan nak buat island kitchen bagai, memang tak la, sedar diri dapur kecik kot. hehe. maksud aku English Vintage tu gini la. memandangkan rumah tak besar mana, memang aku prefer something yang nampak moderate and plain.
 
dan dan dan yang best tu aku da tempeh pun kitchen ni :) dengan harga yang superbly murah, macamana boleh dapat murah? sebab aku ni kategori rajin gak pegi Home Expo, kat situ je kita bole bargain kaw-kaw ikut budget kita. so far memang within budget kitorang dan dapat banyak free gifts.
 
aku nasihatkan kalau korang nak decide apa-apa pembelian besar gini which involve sum amount of money, better rajinkan diri survey betul-betul, pegi Expo. In Sha Allah dapat apa yang korang nak.
 
ok yang mana nak tau harga or kedai yang aku nak tempah ni area mana? aku rasa better kita tunggu hasil kerja diorang dulu ok, kalau bagus, baru aku kasi war-war kan eh :)
 
Till Then~ Assalamualaikum :)

Sunday, July 6, 2014

Progress Rumah II

Baru ni ada la kitorang pegi tengok progress rumah. actually dah takde apa pun yang boleh di tengokkan sebab rumah dalam proses CF, developer pun tinggal claim dalam another RM50k kot dengan bank.
 
nak masuk dalam pun of cos ler tak boleh, da lock bagai. tapi yang best tu rumah kitorang dah bernombor, nama jalan pun dah ada. masa pegi tu nampak la contractor tengah tanam rumput.. memang serius tak sabar nak pindah, skang memang aku tak larat dah hari-hari naik turun tangga dukung Edna, bawak barang bebudak ni lagi, ooo cukup la dekat 5 tahun kot duduk rumah lama ni. tapi kan dalam pada tak sabar nak pindah tu, ada jugak rasa macam sedih je nak tinggalkan, yelah, orang kata rumah lama ni la rumah susah senang kami. dari tidur beralaskan toto, sampai la up sikit tidur atas katil. takpe, bila ingat balik benda-benda gini yang buat aku rasa"beringat" selalu.


 
ni gambar 2,3 minggu lepas, sekarang dah ada da nama jalan semua




apa abang Dani gitu. hehe. kalau yang baru ni kitorang pegi, da takde da tanah gitu.. elok je semua



alalala seronoknya tengok rumah akhirnya dah siap :)


 
ha ni gambar rumah depan kitorang, rumah ni actually tahun depan baru siap, tapi baru ni pegi tengok, da complete semua..rasanya owner rumah depan boleh kot masuk hujung tahun ni. bagus jugak diorang masuk awal. takde aku rasa takut sangat rumah depan takde orang.
 
 
 
enterprem sat. hehe.. dagu dua T___T
 
 
ikut kan developer kalau takde aral bulan depan dah dapat kunci. memang tak sempat sambut raya rumah baru. takpe lah, aku pun tak nak rushing sangat. karang rumah macam tongkang pecah, orang serbu nak raya. pengsan. hehe.
 
memang skarang aku dengan Hafiz duk tawaf je kedai perabot, bukan nak carik apa, nak beli sofa baru dengan set bilik tidur je. tapi seram eh tengok harga sofa. kalau yang 3+2+1, kalau tak lebih RM3k jangan mimpi la. haha. happy nak masuk rumah, tapi pikir duit yang bakal keluar...nangis T__T
 
Till Then :) Assalamualaikum.

Thursday, July 3, 2014

Hampir Setahun Bersama Iman Edna

Assalamualaikum :)
 
Salam Ramadan. MasyaAllah lama betul aku tak update blog. sebenarnya dah takde feel sangat nak update blog..hehe.. tapi tadi aku saja la nak search some info, tetiba keluar link blog aku. eh eh sayunya rasa tengok blog terabai.
 
tapi still tak bole nak janji bole update dengan lebih rajin :)
 
rasanya blog aku ni jarang benar update pasal anak bongsu aku, Iman Edna. dah nak setahun dah ucuk atam mama tu. minggu depan 14hb genap la Edna setahun. tapi apsal aku tengok dia macam baby je lagi? haha
 
kalau ikutkan masa Dani setahun dulu, dia dah pandai berlari sebab 10 bulan da berjalan.Edna pulak masih takde lagi ye tanda-tanda nak berjalan. maybe sebab perempuan kot, mak aku cakap perempuan memang lemah lebut sikit. tapi semalam masa kitorang keluar berbuka kat luar, aku pakaikan Edna kasut, then paksa ajar dia berjalan. Nampak macam dia suka, so pasni mama kena rajin la pimpin Edna jalan.
 
hampir setahun dengan Edna.. hurmm.. aku boleh kata aku dengan Hafiz totally "feel the progress", sebabnya aku bagitau Hafiz, "B, kita kena feel betul-betul layan Edna ni, sebab I tak jamin tahun bila I nak pregnant lagi and nak bagi baby kat u  lagi..haha"
 
bam bam mama :)
 
 
In Sha Allah ada rezeki nak buat birthday Edna dengan Dani sekali, sebab Dani pun lahir bulan ni, tapi dia 28hb. Eh kalau ikutkan si Edna punya EDD sama dengan tarikh Dani tau 28hb, tapi dah si Edna tak menyaba nak tengok dunia, tu yang terkeluar 2 minggu awal..hehe
 
 
Dan In Sha Allah kalau takde aral, kitorang pindah next month, tu pun kalau contractor sempat siapkan renovate sikit-sikit tu la. so hajatnya kalau ada rezeki nak buat makan-makan, blogger area JB kalau sudi, jemput la datang :)