ok mari straight to the point...kita cite pasal dani dan katil. sebenarnya, dani da pandai turun katil sendiri. of cos la mak dia ni ha orang paling gumbira. punya la duk meronta ronta dalam hati bila la anak bujang aku nak pandai turun katil sendiri. yelah, aku ni selalu jadi orang pertama yang sakit jantung kalo tengok si dani duk senang lenang golek2 atas katil.
kalo nak cakap pasal katil ni. sure hampir semua ibu pernah ada pengalam anak jatuh katil ni. dani pun da 3 kali jatuh katil..opsss jangan pulak ada yang nak melaser aku tak pandai jaga anak ok! memang la aku sebagai mak ni perlu disalahkan sebab cuai, tapi nak buat macamana, bukan aku yang golekkan anak aku sampai jatuh katil.
aku ingat lagi kali pertama, masa dani umur 4 bulan kot, masa tu dia da pandai golek2 kan badan. B masa tu tengah mandi, aku pulak tengah buat air. so biarkan dani atas katil, keliling kepung dengan bantal. aku tak expect dani punya guling tu sampai bole naik atas bantal. tu yang gedebuk jatuh. tapi rasa nya jatuh badan dulu. kali kedua aku tak ingat sangat time bila. tapi kali ketiga ni, memang aku akan ingat sampai mati. masa ni dani da pandai panjat2. dani time tu tido tengah. dani kalo bilik gelap dia x berani lasak2 sangat. tapi ntah macamana, lampu tido terbukak,maybe lupa tutup lepas abis buat susu. yang mak bapak dia keras tido, tak sedar anak tu panjat badan, terus tergolek. aku sedar2 terdengar dia nangis da. yang paling worse, mulut dani berdarah, kepala benjol. maybe sebab terhentak dekat button lampu tido.. aku rasa macam nak nangis kot! terus aku kerah B alih katil tepi dinding.
sebab tu la aku ni selalu berharap dani pandai turun katil sendiri. senang aku nak buat keja. bila 2 hari lepas tengok dia da pandai, aku happy sangat. tak perlu risau secara maksima lagi.
si bujang lasak selepas kena gunting rambut oleh mama nya~