salam,
pagi pagi da rasa macam nak marah, nak send urgent sms tak dapat disebab kan line maxis ku kena barred. grrrr~~
rasa nya ramai da perasan yang maxis ni macam ada main tipu tipu sikit. dan aku da banyak kali jugak dengar orang mengeluh yang terkejut tengok bil maxis. aku pun terkena weh.. hangin aku dengan maxis ni, siapa yang keja maxis? sila sila lah explain kat aku macamana tatakerja korang!
aku pakai bil ni dah lama, sebelum kahwin lagi. sebab aku fikirkan pakai bil lebih jimat daripada prepaid. sebab nya, masa bercinta dengan B, kami memang kaki gayut. selagi bateri tak mati, selagi fon tak panas, jangan harap nak stop bercakap. padahal tak borak apa pun, balik2 benda sama..huhu. masa bercinta sehari aku akan topup rm10-rm20, so try korang kira sebulan? sebulan ada 30 hari kan? kali kan rm10 , mau rm 300 beb. that's why aku bertukar dengan bil, aku just amik plan rm150. tak berani nak up tinggi max plan dia. karang lagi tinggi plan yang aku pakai, lagi sengkek nak bayar bil.
ok la masa bercinta, fine la bil tinggi. alah paling tinggi pun rm100 jer sebulan, dan aku xde history kena barred. tapi yang aku paling hangin bila da lepas kahwin, setiap bulan aku kena barred. FYI, lepas kahwin, dah duduk sama, jarang la call2 ni. dulu masa bercinta, dah sampai ofis, cal, nak pegi lunch, cal, nak balik, cal, da sampai umah, cal, nk tido, cal. sekarang? mana ada beb. paling2 pun B yang akan call time lunch, itu pun 5,10 minit jer. yang lain kitorang sms jer. kalo aku cal B pun, pakai fon ofis. so mana datang nya bil aku yang mencanak tinggi tu??
memang jarang aku buat call out, banyak sms jer. tapi still kena barred. apa kena la ko ni maxis? mak mertua aku pun da naik hangin tengok fon aku asik kena barred jer. nak buat macamana, kadang2 aku yakin bil aku ok, tiba2 tak semena2 fon kena barred T__T
lepas tu, semua yang aku call adalah dalam number active 5 eh nama dia? tapi kalo pakai bil kita bole set 8 nombor. so da sah2 la kalo sms ke, call ke, jadi murah. ini haram~~ ni kes lain pulak, macam aku cakap yang aku punya max plan rm150, ada sehari tu aku on9 guna line internet fon, aku on9 setengah jam je weh, bil aku jadi rm300 lebih? logik tak weh? tu pun nasib baik aku cepat2 matikan internet, kalo aku sedap on9 2 jam, ntah2 bil jadi rm800-rm900.. arhhh hangin aku.
B memang dah bising suruh tukar jadi prepaid, aku malas la nak topup2 ni. nak pegi kedai ke apa, kalo urgent payah. ada jugak yang suggest pakai celcom, lebih murah. nanti la aku fikirkan.. pening oh T__T
8 comments:
gune celcom bagus....
sokong!
maxis dah hampes.huhuu..
tp still guna maxis gak sbb sayang lah.
maxis je tak syg customer kan???
nurul dr dulu pki maxis
samalah kes kita afni
dr bujang guna postpaid maxis
tp masa bujang, yg guna phone tak ingat dunia
bil adalah munasabah
tapi lps kawin lak makin merapu
sedangkan buat call kat active8 numbers
mmg last2 tukar ke prepaid
jimat.. sebulan rm40 je
zuris: tau xpe. satu pun sbb malas nk menapak pegi maxis centre nk stop line..hehe
dayu: tu la ingat nak tuka je bil ni.takut pulak bil mencanak2 naik
sama la kes kite..last2 no sama tukar ke celcom..ok la..takde la masalah..
tu la maxis ni apa agenda ntah
Post a Comment