
progress terbaru jari dani
progress terbaru jari dani
actually, kalau nak cite pasal merajuk ni, aku dengan merajuk memang x boleh di pisahkan. dari kecik sampai ke besa. kalau da sekali merajuk, confirm muncung tu boleh buat sangkut hanger. benda ni sebenar nya dari kecik lagi. tapi masa aku baru nak meningkat remaja tu, aku punya tahap merajuk tu memang sampai tahap unbelievable, sampai tahap mak aku tahan geram je nak lempang..haha. meh aku cite chronology merajuk aku yang sampai orang sekeliling pun geram jer.
masa baru nak meningkat remaja:
Let say, aku tengah jalan dengan family aku, then ternampak satu kasut comel sangat2, aku mintak mak aku belikan, dia x bagi, terus dia heret aku pegi kedai makan, aku rela keras kematu x nak makan selagi x dapat kasut tu. time ni mak aku baik lagi, x pernah lagi cubit aku kalo aku da merajuk. so dia pun bawak la aku beli kasut, baru la aku boleh makan dengan hati gumbira. Lagi satu, dulu aku adalah sangat alergic kalo orang sentuh makanan aku. konon poyo lapar sangat. order nasi goreng sepinggan. orang nak, aku memang x bagi. sape ambik sesudu pun, aku pun meleleh airmata macam ada orang meninggal. end up memang x habis makan pun, dasar kedekut.
masa zaman belajar:
Bila da masuk U, x main la merajuk2 weh. i kan da anak dara yang bila2 saja bakal di sunting...auwww ouh tapi jangan la tertipu, yang menjadi mangsa adalah kekasih hati ku iaitu B la. masa mula2 kenal B hangin je tengok aku. sampai dia perna tanya roomate aku, "kenapa la afni tu kuat merajuk.." haha..tu memang confirm dia ketap bibir jer tengok perangai aku. Satu perangai bila aku merajuk. B just nak bagitau jer yang dia x dapat topup hari ni, yang aku pulak dah meroyan x tantu arah macam B minta break-up. padahal aku boleh jer berlaku tenang dengan memahami situasi dia mungkin time tu dia xde duit nak topup. erk!
bila dah kawin:
haha..bila masuk fasa ni, memang sah2 la B yang jadi mangsa aku. silap sikit, aku da muncung x bercakap. padahal salah dia mungkin dia lupa nak off suis rice cooker jer. wah huduh la perangai aku ni. haha..x pun , salah cakap sikit, da berjujur airmata ku.
eh tapi da kurang banyak tau perangai merajuk aku ni. yelah dulu masa bercinta, B sanggup pujuk aku beria2, sampai 102 miscal, 43 sms. sekarang da kawin? hahaha..bolayan! si dani aku x tau la bakal menurun perangai aku ke x, harap x ikut la, buruk kalo lelaki merajuk..hehe
ok, itu antara yang aku da biasa dengar. sebelum tu aku mintak maaf pada yang terasa ok! niat aku hanya untuk menjadi iktibar pada yang lain. ouh sbelum kita proceed, FYI, aku orang wilayah persekutuan, B pula orang kelantan, tapi kami stay di JB. aku ni jenis x kesah bila ada kawan2 yang bercerita mengenai hal ni. bagi aku tu pendapat masing2, so selalu nya aku memang x campur kalo mereka nak bercerita.
bagi aku senang je, kadang2 mungkin individu tu pernah terkena dengan orang negeri tu. so dia jadikan isu. sebagai contoh;
rahmah: eh aku benci btoi dengan pompuan tu?
zalikha: eh kenapa?
rahmah: pompuan tu gatal sangat kacau boifren aku. da xde jantan lain agaknya!
zalikha: ouh yeke? dia orang mana?
rahmah: mana lagi orang kelantan la..
zaikha: uh kelantan jangan cakap la..memang pompuan dia jenis macam tu...!
itu sebagai contoh ok! sesiapa yang terasa aku tampar kang..huhu.. as conclusion, bagi aku kenapa ko nak kaitkan sifat seseorang tu dengan asal negeri dia. bagi aku da memang perangai dia macam tu. jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga. kerana perempuan tu gatal, ko kaitkan semua perempuan kelantan gatal. aku bukan nak backup orang kelantan ke apa ok! not even sebab B tu orang kelantan. cuma aku alergic orang yang bersifat kenegerian.
macam aku pulak, mentang2 aku kawin dengan B yang asal dari kelantan. orang lain suka nak korek2 tanya aku..ok ke kawin dengan orang kelantan? damn shit aku x suka! atau kalo ko busy body sekali pun, x perlu tanya aku face 2 face. cukup sekadar ko tanya dengan hati kau tu. pada aku, aku memang x kesah kalo ko nak bersifat kenegerian depan aku, tapi x perlu nak kaitkan dengan aku sambil tanya:
Temah: eh aku benci la dia tu. dasar selfish! aku memang agak da kalo orang kelantan memang perangai macam tu! oppsss..afni sorry k, i x maksud nak cakap camtu. yelah, hubby u kan orang kelantan..
jawapan aku? memang dalam hati confirm sumpah seranah. ko nak cite, cite je la, aku dengar. tapi x payah la nak kaitkan dengan aku. sebab yang penting aku sndiri TAK PERNAH MENGAMALKAN SIFAT KENEGERIAN! kalo ada yang nak cakap aku ek eleh mentang2 dia kawin dengan orang sana, nak backup la tu.. hello! aku x pedulik pun tau B asal dari mana ok!
bagi aku mudah saja., sentiasa la amalkan sifat JUST KEEP IT TO YOURSELF! selalu ingat semua umat manusia ada perasaan berkecil hati =)
no wonder la baru2 ni pengasuh asyik mengadu, kena tukar baju dani sampai 4,5 pasang sebabkan air liur dia keluar banyak. then dia sibuk nak gigit orang keja dia. maybe dia rasa gatal pada gusi. habis la dia gigit jari aku, paling worse dagu mak ko ni pun nak gigit. berjejer air liur.. ok la, aku x boleh cite panjang, banyak pending x siap lagi. ouh sebelum tu korang nak tengok x gigi abe dani kita?
ouh sorry korang. tuan punya gigi xnak bagi kerjasama..heh~~
si jantung hati saya
so apa first impression dari B? haha..nak gelak aku bila dia bercerita pengalaman pertama dia menjejak kaki di blog aku;
B: hoho..i da tengok blog u?
aku: ha? yela tu macam la tau url blog i.
B: eleh i pandai la carik.
aku: ok, apa yang i cerita hari ni?
B: aaaa~~ u cite pasal benda yang menggembirakan!
aku: eleh..ntah2 main teka je. try bagitau apa i cerita yang menggembirakan tu?
B: ala u cakap astro x datang pasang lagi la..apa laa..
aku: eleh~~
ha tu la conversation aku dengan si suami. malu gak..bila sebiji2 dia nak mention apa aku cite..cait! eh tapi aku nak share beberapa point pada kaum isteri yang berjinak dalam blog ni, ouh sebelum tu point ini juga bakal menjadi sempadan aku sepanjang berblog:
ouh saya berjaya jumpa gamba kami berdua yang suwit muwit. tapi bukan gamba masa bercinta ok. gamba di kala saya sedang mengandungkan seorang manusia comel..
p/s: ahh suda..B da bunyi nak baby lagi..ouch ouch..gud bye la jus mate gamak nya~
ok la stop meleret2 sangat, just nak share apa yang tersirat sepanjang minggu ni:
apa yang menggembirakan:
aku hangin bila:
haha..aku rasa banyak keluh kesah bersama kak esah jer minggu ni. ok la aku nak buat keja ni, eh tapi part yang aku paling takut nak bukak email ni, berdebar tunggu email pending yang berduyun2..arghh..
BTW, enjoy your day semua~~ eh eh jap rasa x best entry xde gamba kan? rasa nak letak gamba dani masa newborn. nampak naive jer, skarang? masyaallah~~
rindu mau beranak lagi
ko tengok la muka budak panjang akal ni..mana la sampai ati aku nak tangan kan @~@
p/s: minggu ni aku straight keja sampai ahad, ada kursus. lagi pengsan aku. nak nangis lagi T__T
korang teringin tak nak tengok size normal punching bag yang kat pasar malam tu compare dengan yang kitorang beli ni?
ha da bole imagine kepenatan kitorang yang kuasa tiga time tiup? haha..keja gila T__T xpe la, kot2 nanti kami di serang lelah, boleh sedut oksigen dalam punching bag ni balik..haha.. ok la, aku banyak keja ni, have a nice weekend yáll
- cik anon berniat baik dan komen secara baik
- cik anon yang baik tapi suka komen sesuka hati tanpa pikir perasaan orang
- cik anon yang memang berhati busuk, xde keja, dan komen macam dia pandai sangat
kesian hero ku abg dani..auww
parut ni da 3 bulan kot x hilang2..
kalo guna skim tu, beli rumah macam ni boleh x? hoho
p/s: pemaju perumahan diharapkan jangan gedik2 ko letak harga mahal2 pasni
ko tengok la umah aku yang sempit ni, tambah playpen? lelah mak~~
worse, umah ni attached dgn dapur. x ke menangis aku tengok T__T
mak aku da berbuih mulut suruh pindah, tapi bila aku pikir kan nak mengangkut barang, packing barang, ohhh memang x ku rela T__T aku selesa dgn umah ni, kecik je. aku ni da la penakut, duk sini pun kalo nak pegi toilet kul 2 pagi, aku rela kejut B suro teman..haha. umah skang ada 3 bilik, 1 bilik kitorang utilise, 1 bilik jadi guest room, 1 bilik jadi store. nampak terang lagi bersuluh, aku jarang guna 2 bilik tu. so, agak2 kalo aku baru tgk cite hantu kak limah baru2 ni, memang haram la aku nak jejak 2 bilik ni..heh~~
btw, dalam diam2 aku letak dani dalam playpen. dia da memanjat nak capai kipas yg letak tepi playpen. ko tengok la apa dia buat..huwaaa..nak nangis sedu sedan aku tengok apa dia buat T__T
mula-mula duk sedap gigit blade kipas tu..aku relaks lagi
sekali aku duk tengok dia makan apa la tu..
rupa nya da botak kipas tu dikerja kan dani..ahh luluh hati ku T__T
B yang sampai kesudah x berjaya naik kan heli.. ish ish kesian~~
aku xde benda lain asik serang salon. end up, mahal nak mampus.
dani macam biasa. mana bole tgk mak dia senang, bercalar-balar keja memanjat
da tutup cita pasal balik kg. ni cita pasal aku nak further study semula.hoho. rasa nya da tiba masa kot. aku baru grad 3 tahun lepas. otak pun agak2 fresh suam kuku. so harus la di cepat kan usaha murni aku..haha
cita dia bermula bila baru2 ni B decide nak ambik exam dari NIOSH utk Safety & Health Officer. so kelas dia maybe start pertengahan tahun ni. then bila bincang2 dengan B, aku pun decide nak further Master. bila lagi nak tunggu kan? tengah muda lagi, komitmen pun x byk sgt, so aku rasa ni la keputusan terbaik. Tapi xde la sampai aku nak berenti keja, sayang dgn keja yg ada, part time sudey. kalo x sape nak byr bil yg membuak sampai nk muntah aku tengok tu..haha
biasa la, bila da kahwin ni, x kan nak duduk kat takuk lama, hidup mesti ada mission beb. lagi2 bila aku dengan B plan nak hantar dani kat Montessori bila dia umur 2 tahun. aku da survey da rate Montessori ni, luluh jantung aku tengok rate dia. banyak belanja da berlegar2 dalam kepala aku ni, tu x tambah lagi bila dani umur 2 tahun, nak tambah anak sorang lagi. haha..tinggi cita-cita..then dalam masa 3 tahun lagi, kami nak balik ke KL semula, so mesti la kena pandai plan. duk KL lagi besar belanjawan nya. sebab tu la aku dengan B nak sumbat ilmu byk2 dalam pale otak ni..insyaallah..
so far, aku da survey course dgn rate dekat Open University. since OpenU ni memang terkenal dengan course PJJ. rate sgt reasonable la. antara course yg menjadi pilihan hati:
wahh berpinar mata aku tengok..haha. boleh adapt ke x tu belakang kira..haha..doakan aku. bye! time to work T__T