HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, December 28, 2011

menjaga kata depan anak

jangan di tanya sama ada aku tak jumpa ker peta ke blog sendiri? kerana hakikat nya masa yang terlampau cemburu dengan diri aku. damn u masa! towards the end year 2011, adalah waktu yang sangat busy. lagi-lagi bila aku dah kena rencana program untuk year 2012, so memang otak tengah haywire. bear with me wokeh?


jum cite pasal anak nak? sekarang dani dah level petah bercakap. ada je perkataan yang dia soseh-kan, membebel tak pernah sudah. kalah mak dia kata kau~~ memang seronok melayan anak bercakap, rasa bahagia je. kalau gaduh dengan abah dia, boleh borak dengan anak ye tak? haha..



tapi aku tersangat concern dengan development budak-budak sekarang, sebab diorang ni cepat sangat terikut apa yang kite cakap. macam baru-baru ni, pengasuh ada mengadu dekat aku, yang dani ada cakap dengan acik pengasuh; "mak, aku nak.." what? am so shocked! siap makcik tu tanya mana dani belajar cakap "aku, kau".. haha. aku senyap je tak berjawab, walau hakikat nya aku tau dani belajar mana..



memang salah kami, iyer tak syak lagi, mama dan abah nya. kami ni kalau bergurau, suka nau guna perkataan aku, kau. almaklum kadang-kadang seronok jugak usik suami menggunakan perkataan-perkataan macam tu. mungkin dani kerap dengar kami cakap macam tu. itu yang buat dia terikut.



demi anak, aku ada bagitau B pasal benda ni. harap kami lebih menjaga kata selepas ni. bahaya la dengan budak-budak zaman sekarang eh? ok lah, sampai sini saja.. nanti aku post entry lagi wokeh! =D



abang besar suda satu tahun 5 bulan =D


Friday, December 9, 2011

mana satu ni? nak atau tak nak?

apa yang mana satu?


apa yang nak? apa pulak yang tak nak? ok cerita nya begini, sebelum tu kasi lihat hasil di bawah;

imej hasil pencarian si google



selalu orang duk tayang hasil positif. kali ni aku slumber je tayang hasil negatif. yeah, ini lah hasil UPT baru-baru ni, lagi -lagi bila diperkukuhkan dengan secara tiba-tiba aku datang bulan pulak.


oh angin takde, ribut takde, aku rancang nak mengandung lagi ker? ok, hakikat nya aku dengan B tak pernah pun rancang nak anak lagi dalam masa terdekat. memang aku admit aku tak menggunakan apa-apa pregnancy control. bukan disebabkan aku takde family planning. tapi sebab aku selalu lupa nak buat. boleh cenggitu? haha~


tapi apa yang membuatkan aku rasa cam ye,ye jer ada simptom nak mengandung. firstly, of cos sebab secara tiba-tiba aku rasa macam rindu sangat nak ada anak kecik, bila nampak dekat mana-mana mall, aku rasa macam nak dukung je. tapi aku tak pernah berdiskusi secara serius dengan B yang aku mahu dibuntingkan lagi. tapi kenapa berani test UPT? of cos sebab period aku lewat, hampir seminggu. tapi hasil nya negatif.


jauh di sudut hati.. "ohh..sedih nya~" tapi kenapa perlu sedih sedangkan aku tak pernah merancang mahukan anak. tapi rupa nya selama ni aku menidakkan keadaan, sebenanrnya, YES, I'm ready to be a pregnant mom again =D


tapi budak ni sedia tak nak adik lagi?


ololo.. abang dani ready la, nanti boleh ada geng untuk main car dengan ball ok? =)