alkisah bermula bila pagi semalam aku, dayu, dan reen berborak kosong di twitter pada mulanya. tapi biasa lah kalo perempuan bercerita, memang boleh drag sampai entah ke mana, sampai la kami bertiga bercerita mengenai realiti kehidupan.
realiti kehidupan yang sangat realiti, bukan seperti dalam drama yang semua manis di depan mata. cerita kami lebih berkisar mengenai kos kehidupan, perancangan masa hadapan.. sampai la reen membuka cerita mengenai pengalaman hidup di awal perkahwinan dia.
realiti kehidupan yang sangat realiti, bukan seperti dalam drama yang semua manis di depan mata. cerita kami lebih berkisar mengenai kos kehidupan, perancangan masa hadapan.. sampai la reen membuka cerita mengenai pengalaman hidup di awal perkahwinan dia.
takpe reen, kau bukan sorang. sebab aku pun ada pengalaman yang sangat pahit untuk ditelan, tapi itu lah yang mengajar aku erti sebenar kehidupan dan pengorbanan sebagai pasangan suami dan isteri.
sebelum aku cerita, suka aku nak highlight, bila korang baca cerita aku take it positive, jangan pula beranggapan seperti aku poyo nak menjaja cerita ok :)
ok, aku dengan B boleh dikategorikan datang dari keluarga yang agak senang, tapi kami lebih suka hidup sendiri. sebab bagi aku, bila kita kawin jer, bermakna susah atau senang hidup kita, lebih manis kalau kita dan suami yang sama-sama harungi.
selepas berkahwin, 4 bulan aku ber-PJJ dengan suami, dia kat JB, aku kat KL, sampai satu tahap aku rasa letih hidup ber-PJJ, aku nak duduk dengan suami. masa tu dekat rumah sewa kami di JB memang takde apa-apa perabot pun. cuma ada sebijik TV, dan beberapa barang asas yang sempat mak aku belanjakan sebelum kami pindah JB.
sebulan pertama aku di JB, aku tak keja lagi. masa tu sebulan aku rasa kan bagai setahun, sebab aku rasa macam perit sangat. kalau selama ni KFC tu ibarat makanan rugi, tapi bila kita hidup dalam catuan, KFC tu ibarat makanan di hotel 5 star. dengan bergantung pada gaji laki aku sorang, memang cukup-cukup makan jer. sebab nya dia terpaksa bayarkan duit kereta aku, sewa rumah, expenses yang lain, mujur jugak kereta suami dah takde hutang. kalau 2,2 kereta ada hutang, serious akak nak pengsan okeh!
pernah sampai satu tahap, aku terpaksa catu makan, malah pernah jugak 2,3 hari aku asyik masak nasi goreng jer. bila suami cakap,"bosan la asyik masak nasi goreng jer.." .. aku rasa sangat serba salah nak bagitau suami yang duit dapur dia bagi dah habis, tak cukup untuk buat beli lauk. tido beralaskan hanya sekeping comforter, meja makan hanya menggunakan meja yang kami beli di Tesco berharga rm10.
ada jugak sekali sekala aku call mak aku mengadu nasib, ayah aku ada jugak sound, kata nya tu la, elok-elok duduk kl umah selesa, nak jugak hidup sendiri. tapi terus terang aku cakap, iman perlu kuat bila kita berhadapan dengan situasi macam ni, kompromi suami isteri juga sangat la penting.
tahun pertama beraya, memang serius kami sengkek, masa tu suami tak bertukar baju, manakala baju aku pulak, mak aku yang belikan. mesti ada yang pelik, kenapa la sanggup susah-susah nak hidup, mintak je la tolong mak bapak. oh BIG NO! walaupun aku ni anak tunggal perempuan, tapi aku lebih suka hidup berdikari. aku lebih suka makan pakai aku disediakan oleh suami. apa yang suami aku mampu, itu lah yang aku terima. sampai sekarang kami jarang sekali bergaduh kerana duit, sebab aku sentiasa redha, cukup atau tidak, biar kami suami isteri jer yang tahu.
tapi itulah setiap mansia telah ditetapkan aturan nya. hanya Allah SWT sahaja yang tahu. even di awal perkahwinan kami, aku rasa sangat susah untuk hidup. tapi rezeki kita memang sukar di jangka, dengan tak semena-mena aku dapat job offer yang sangat memikat dengan gaji yang double dari sebelum nya. aku masih ingat lagi aku start keja 10hb november, dan 16hb november tahun yang sama aku disahkan mengandungkan dani. dan suami pula sentiasa di murah kan rezeki. alhamdulillah, ada sahaja rezeki kami, belum lagi rasa nya kami terputus sumber.
itulah kebesaran Allah SWT, setiap kesabaran Allah SWT akan balas dengan ganjaran yang tidak sesekali kita jangka. aku paling rasa sangat-sangat bersyukur sebab alhamdulillah, by the time dani hidup di dunia aku dan suami sentiasa murah rezeki, dan kami dapat menyediakan keperluan yang terbaik untuk dani, dan insyaallah untuk adik-adik dani. AMIN~!
kepada suami;
"terima kasih sayang sebab sentiasa berkorban untuk keluarga kecil kita. walaupun kelakuan atau percakapan saya kadang-kadang sukar di terima akal, tapi apa yang saya buat adalah yang terbaik untuk kita sekeluarga. ME,DANI always love u sayang =D "
aku dan suami
keluarga kecil
ouh pada sesiapa yang ada twitter sila-sila la add aku ok ;) boleh join aku dan kawan-kawan yang lain berborak!
12 comments:
Afni, bace cerita ko ni, aku macam nak berhenti kerja n duduk dengan suami kat Klang. Aku pun letih jugak ni. Lagi2 bila ada anak 2 nanti...
Okay Afni, lepas bace entri ko, macam bagi inspirasi lak kat aku.aku rasa aku nekad berhenti kerja lepas aku habis pantang nanti.... Huh! doakan aku Afni!
Aku dah sebak sangat neh ha :((
Aku percaya aku memang dapat memahami perasaan kau dan kau pon faham perasaan dalam entry aku semalam. Kita serupooo..
Tapi kan, rezeki Allah tu memang Masyaallah. Takkan dapat disangka kan?
pengalaman..pengalaman
bila sama-sama bersusah, lagi kuat rasa cinta tu kan..
lebih kurang lah kes kita..tapi dina bukan sebab PJJ, tp sebab company yg hubby keje tu nak lingkup..3 bulan pertama kitorang kawen, hubby dpt separuh je gaji..masuk bulan ke4 company dia langsung tak bayar gaji..huihhh..masa tu punye laa nazak..dgn nak bayar 2 kete, rumah etc etc..alhamdulillah, sebaik je dapat tahu dina preggy, hubby dapat keje baru..memang rezeki baby..=)
Pengalaman itu sangat berharga kan? tapi selalunya orang baru kawin mmg kena belajar hidup sendiri. mcm nurul lah dulu mcm tu jugak. samalah afni cuma nurul beruntung sbb family dah siap belikan kami peti ais, mesin basuh semua. sbb nurul ni nama anak suung tp manja mengalahkan anak bongsu. itu pun ibu nurul yg nak belikan kami keperluan mcm perti ais, mesin basuh tu semua. lepas tu kami sikit demi sedikit kumpul perabot sikit2 sbb tak nak bergantung sepenuhnya dgn family.
tp itu semua pengalaman kan? nurul pun dulu awal perkahwinan hidup pjj dgn saiful dlm 6 bulan mcm tu tp dekat je sorang kat shah alam sorang kat pj tp mcm rasa jauh sgt
tumpang nyampuk...;)
yes tue btul, awl2 p'kahwinan mmg ibarat kais pg mkn pg...
mid nyer pengalaman mse mengandung hbt jgk sbb cmpny x byr gj n hrp kn gj sorg jerk n alhmdlh rezeki dtg lps di uji ;)
entry2 cenggini wat aku rasa bkn aku sorang yg ada mcm2 rintangan awal kwen.semoga ko,hafiz dan dani sentiasa happy ditambah dgn kehadiran next bby insyalah.
Pengalaman masing-masing kan..orang tengok luaran takkan tahu apa masalah kita..bila kenang2 balik macam tak sangka kan kita dah harungi cabaran di awal perkahwinan..
Semoga Afni, Hafiz dan Dani terus bahagia dan dipermudahkan semua urusan..
tapi kepahitan tu la yg akan membawa kepada kemanisan...
syukur atas nikmat allah.. jue pun sama, memula kawen seksanye rasa..
tapi sabar.. alah tu ada aturan dia..
alamak afni...yanty cam sebak lak bace n3 ni...huhuhuuuu...sedih ni husband jauhhhhhh...berkorban...
sedih plak bc entry ni..dina pun sama sbb letih nk duduk pjj nekad berhenti kje and follow husband.time tu mmg fikir gak cukup ke nanti gaji sorang je..tp alhamdulillah bila lahir je danial,husbnd dpt kje yg gaji dia double dr sblumnya..rezeki Allah tak siapa tahukan..
salam semua,
terima kasih korang sebab drop kan comments. aku baca semua =D
Allah tu maha berkuasa, dia dah tetapkan segala kejadian, kita sebagai umat harus kuatkan iman supaya kita boleh tempuhi segala dugaan dengan hati yang tenang dan redha.
AMIN~
Post a Comment