HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Monday, August 22, 2011

di hari operation trigger finger dani

first of all, perit aku nak tunggu cable bluetooth aku ok. hari ni baru berpeluang nak update mengenai hari operation dani. oh pagi-pagi aku bukak blog, semua syok duk update persiapan raya..hehe. aku punya persiapan biasa-biasa ajer. aku lebih berminat nak update kisah operation trigger finger ni.



kenapa aku beria nak update pasal hari operation ni? sebab aku nak motivate pada kaum ibu yang mempunyai anak trigger finger. nak inspire korang which is selagi kita ada option, we have to work for it. oh nak bagitau entry kali ni, banyak gamba sikit eh? =)




gambar di atas adalah jam terawal kami di hospital. sekarang aku dah tau macamana jaga anak di hospital. serious penat weh. aku lebih rela kalo jaga baby kecik, dari jaga baby besar..haha.. alhamdulillah, semua nya masih under control. FYI, day 1st dani kena puasa 8 jam sebelum operation.



rasa mencabar? yeah, sangat-sangat. tapi aku agak bertuah sebab si dani jenis tak bangun malam menyusu, kira nya aku masih boleh berasa lega. tapi biasa lah bila duduk di hospital, pukul 6 pagi nurse dah bukak lampu, then kejut dani untuk pasang drip. ha time ni aku da rasa sangat mencabar. detik je dani tercelik dia akan jadi sangat aktif. sebab nya..dia sedap berlari.. aku ni yang kena kejar dia sambil heret tiang drip Y__Y



pasang drip pukul 6 am, dan operation pukul 9 am. jarak masa tak jauh, tapi bila kena handle si dani, aku rasa masa berjalan sangat panjang. ok, cerita masa di Operation Theatre (OT) adalah sangat sedih. pada yang tak tau, jangan risau, ibu dibenarkan teman anak di OT, tapi aku just inform doctor yang aku akan teman dani sampai bius je, masa operation di jalankan aku memang tak sanggup nak teman.


ha jangan kata aku selfish ok sanggup tinggalkan anak. hanya mak-mak yang pernah melalui saat ini je yang tau betapa perit nya tengok anak kita pasang wayar sana sini, kena cucuk sana sini..aku dari mula dah berazam kena tahan airmata. dani masa tu dah menangis, sebab semua yang di dalam OT pakai full covered, even aku ni mak dia pun dia tak kenal.. mana tak meraung si kecik tu..hehe





gambar di atas adalah dani 3 jam selepas operation. alhamdulillah dani tak meragam dan aktif seperti biasa. FYI, macam aku cakap tadi dani kena puasa 8 jam sebelum operation. dan aku baru tau masa tu, dia akan continue puasa 6 jam selepas operation. giler kan? ini disebab kan dia fully bius, so takut kalau after operation terus bagi susu, di takutkan susu tu masuk dalam paru-paru, which is lagi bahaya. so aku ni sebagai mak kena la mainkan peranan lagi, biarkan si kecik ni busy.. mujur juga dani jenis hisap puting, so dia takde la merengek nak susu.




nak tengok hasil nya?



begini lah hasil nya. alhamdulillah ibu jari dani dah tegak macam biasa. nak tau apa perasaan aku? of course, rasa sangat puas hati. pada yang tak tau, hampir setahun aku turun naik hospital follow up kes dani. sekejap aku jumpa pakar orthopedic, sekejap bawak dani pergi fisio. kadang-kadang aku rasa sedih pun ada, yelah tak sangka sampai begini yer tahap pengorbanan aku sebagai mak bagi memastikan masa depan terbaik untuk anak..


sebab tu aku sangat berharap, pada ibu-ibu yang ada nak trigger finger, cari lah solution. jangan hanya duduk diamkan sahaja, or just admit the fact.. fikir kan masa depan anak ok =)

20 comments:

sharEna said...

alhamdulillah...

dani makin comel la..anT lobe byk2..

bdk baye dani mmg tgh melasak. sabokan jelah ye afni

hrp jari dani akan normal mcm org lain. amin.

Unknown said...

alhamdullilah
jari dani dah tegak mcm biasa
dan dani pun sehat2 je
aktif macam biasa

wahhh camne la cha kalau tak dpt susu sampai 14 jam
mau meraung2 dia

sharEna said...

alhamdulillah...

dani makin comel la..anT lobe byk2..

bdk baye dani mmg tgh melasak. sabokan jelah ye afni

hrp jari dani akan normal mcm org lain. amin.

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

alhamdulillah..memang menguji kesabaran menjaga anak yg sedang aktif..kalau kasih aku tak taula camne gayanya....

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

afni kalau jari tu macam tu ajer dani sakit tak?

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

tapi aper pun alhmadullilah dani sihat gud boy sayngggg

afni+hafiz=dani said...

sharena, yeah..dani sudah sihat =)

dayu, memang serius mencabar jaga anak yg tengah puasa..

nani, memang serious dani lasak..aku pun pening..haha

mya, even masa bengkok tu pun dia tak sakit. tapi depends pada budak. ada yang sakit, tgk dani macam cool je x sakit

mun said...

syukur alhamdulillah dani sihat...tertunggu jugak mun entry nie....syukur sangat..bolehlah raya lepas nie

AnaLyana said...

alhamdulillah...bergenang air mata baca entry ni afni... sebab dapat rasa apa yg afni lalui kalau anak masuk hospital..

ok Dani, makin hensem lah dia... bila nak jumpa ngan Dani lagi sorang ni eyh..:)

nanonano said...

Alhmdulillah slamat semuanya,
na pun klu duk tmpata fni
xtao nk tgk ank operate or x..
xdpt nk bayangkan..
cpt sembuh yer dani :)

AxieAziz said...

Syukurlah~
Dah boleh tarik nafas lega sikit dani nye jari dah okay. =)

misha.w said...

alhamdulillah semuanya selamat..syukurrrr.. :)

kite risau bab drip air dani angkut kulur-kilir jek. yela, takut sakit je jarum bergerak. huhu

afni+hafiz=dani said...

mun, hehe..dari sehari ke sehari nak update rasa malas..finally.

ana, mari la temukan dani dan dani..hehe

na, kan? tal sanggup tengok anak sakit

azie, yeah beb..lega. berbaloi usaha aku follow up kes dia

sha, tau takpe. kita yang tua ni pun kalo drip bergerak pun, kita da rasa sakit sangat

shahela said...

alhamdulillah..
he's fine

afni+hafiz=dani said...

lala, yeah ..see u on raya =)

C-I-K-I-N-T-O said...

alhamdulillah dani dah sihat..mesti rasa lega kan :)

Unknown said...

berapa kos perubatan nie? insurance cover x?

afni+hafiz=dani said...

Salam Suhaida,

Insurance tak cover due to "nature defect since birth".. depends harganya which hospital u dapatkan rawatan. kalo GH, tak sampai seratus pun.

Anonymous said...

Salam. Dani operate di hospital mana ye. Jumpa ortopedic or paed surgeon.

Anonymous said...

Pn..brp kos n bt di hospital mana?