Sunday, August 28, 2011
kenangan manis di hari raya
Thursday, August 25, 2011
resepi lauk berganding bahu
ikan bakar, air asam, sup sayur, cili hijau masak-apa-ntah-ini-laki-aku-masak
boleh dah meniaga ikan bakar kat bazaar ramadhan ni..heh~
Wednesday, August 24, 2011
macamana nak elak anak dari terhantuk dengan cara paling menjimatkan
exactly sama kan??
dengan ada nya benda ini, dani sudah selamat daripada kerap terhantuk, menangis macam kena dera tu..lega aiii =))
Monday, August 22, 2011
di hari operation trigger finger dani
gambar di atas adalah jam terawal kami di hospital. sekarang aku dah tau macamana jaga anak di hospital. serious penat weh. aku lebih rela kalo jaga baby kecik, dari jaga baby besar..haha.. alhamdulillah, semua nya masih under control. FYI, day 1st dani kena puasa 8 jam sebelum operation.
pasang drip pukul 6 am, dan operation pukul 9 am. jarak masa tak jauh, tapi bila kena handle si dani, aku rasa masa berjalan sangat panjang. ok, cerita masa di Operation Theatre (OT) adalah sangat sedih. pada yang tak tau, jangan risau, ibu dibenarkan teman anak di OT, tapi aku just inform doctor yang aku akan teman dani sampai bius je, masa operation di jalankan aku memang tak sanggup nak teman.
gambar di atas adalah dani 3 jam selepas operation. alhamdulillah dani tak meragam dan aktif seperti biasa. FYI, macam aku cakap tadi dani kena puasa 8 jam sebelum operation. dan aku baru tau masa tu, dia akan continue puasa 6 jam selepas operation. giler kan? ini disebab kan dia fully bius, so takut kalau after operation terus bagi susu, di takutkan susu tu masuk dalam paru-paru, which is lagi bahaya. so aku ni sebagai mak kena la mainkan peranan lagi, biarkan si kecik ni busy.. mujur juga dani jenis hisap puting, so dia takde la merengek nak susu.
begini lah hasil nya. alhamdulillah ibu jari dani dah tegak macam biasa. nak tau apa perasaan aku? of course, rasa sangat puas hati. pada yang tak tau, hampir setahun aku turun naik hospital follow up kes dani. sekejap aku jumpa pakar orthopedic, sekejap bawak dani pergi fisio. kadang-kadang aku rasa sedih pun ada, yelah tak sangka sampai begini yer tahap pengorbanan aku sebagai mak bagi memastikan masa depan terbaik untuk anak..
Monday, August 15, 2011
doa kan dani ok? =)
Wednesday, August 10, 2011
kek birthday last minute iman dani
ini ada sedikit nota untuk anak mama, iman dani:
" yeah, I'm so happy to see you growing in a healthy condition. mama hope that you will always be my good boy, someone whose smart enough to choose your right path. please bear, that mama and abah will always pray for you, give much hugs and kisses.. mama and abah love you so much baby =) happy 1st birthday sayang, more years to come, we will always pray for you"
Monday, August 8, 2011
puasa pertama aku sebagai seorang isteri dan ibu
apakah isu nya?? ianya menjadi isu bila aku kena bangun sahur untuk memasak. dulu ku fikirkan perkara itu mudah dan menyeronokkan. but honestly, agak menyeronokkan dan sedikit letih. sebab dulu masa aku duduk dengan parent, aku ada tolong mak aku masak. tapi semua idea nak masak apa, datang dari mak aku. tapi kali ni aku kena pikir sendiri.. tu yang letih beb. tak kan pagi-pagi buta nak call mak aku tanya dia aku kena masak apa untuk sahur..LOL
seminggu pertama sahur bersama, aku dah blank. siap cakap kat B, alahai bosan nya nak masak apa.. lauk pun jadi berulang-ulang lauk sama. sampai la aku konon-konon nya termotivate tengok lauk korang kat blog.. kalau sebelum ni aku duk ulang telur dadar jer.. kali ni kasi up sikit =)
masakan paling bermaruah setakat ni..haha
cik abang ni nak ucap selamat berpuasa semua =)
Sunday, August 7, 2011
bila dani dah keluarkan tantrum nya..
Thursday, August 4, 2011
si dani dapat hot blogger mom's tee & friso sachet
rabu lepas orang courier hantar 2 barang yang aku tunggu-tunggu..
finally 2 benda ni sampai jugak..tapi barang apakah??
hot blogger mum baby tee untuk si dani
yeah, finally dapat jugak tshirt ni. rasa macam seronok jer sebab tshirt ni exclusive hanya untuk para ibu-ibu yang bergelar blogger jer. tak dapat der nak beli kat petaling street ke haper..hihi. so siapa yang teringin nak baju yang sama, aku dengar dayu nak buat 2nd batch order. korang deal lah dengan dia ok? btw, tqvm to dayu dan onniey eh =)
baju ni aku dah try dekat dani.. dan cantik terletak kat badan dia. tapi sori lah tak dapat nak tangkap gamba..sebab itu budak tengah demam, so mood pun tak berapa nak cantik.
friso gold sachet
sebelum dani masuk umur setahun hari tu, aku memang ada jelajah beberapa website sebab hajat nak tuka dani ke susu lain. so aku just simply click untuk request sample sachet. after 2 months weh baru dapat..haha. tapi aku still stick dengan S-26.
kalau nak cakap pasal susu ni, hari tu masa mula-mula aku beli susu yang untuk setahun ke atas, dani macam tak berapa nak? padahal brand sama.. adakah rasa nya lain? pelik eh. korang tau tak? meh la share sama. so dalam pada dia tak berapa nak susu hari tu, aku ada try tuka Anmum, lagi hampeh dia tak nak.. aku baru bukak kot.. ada sesiapa nak tak? kalau nak pm aku, aku bagi free jer. kalau boleh biarlah johorians, boleh aku by hand je. kalau pos mengepos ni.. tak berbaloi..haha
ok lah, till then =)