HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, July 12, 2011

bila bergaduh dengan suami..

hai semua..



aku bab-bab title ni memang manjang nak yang gempak jer. haha.. padahal jauh api dari panggang la aku nak cerita kisah dalam kain sendiri betul tak?




apa yang aku nak cerita adalah perihal panggilan kita pada suami atau isteri bila bergaduh. yang ni aku kaitkan secara general ok. tapi disebabkan aku percaya kalangan kawan-kawan blogger adalah kaum isteri juga, so jom kita sama-sama muhasabah diri..cecece..



aku tengok trend suami-isteri sekarang tidak seperti dulu, kalau panggil suami tu mesti; "baby..", "B..", "Darling..", "Abang.." etc.. tapi bila bergaduh pulak macamana? aku pasti mesti kata nama tu dah bertukar, dari yang panggilan manis-manis terus jadi, "aku/engkau.." ada juga yang worst sampai mencarut-carut.



aku tak cakap aku baik, takde langsung perang mulut. mungkin ada, tapi minor one la..haha. aku selalu juga saling mengingatkan, "eh B, apa cakap aku-aku ni..tak suka la..i bukan kawan u nak beraku-aku" so , bagi aku rasa macam kurang manis la bila kau tengah mesra, orang keliling tengok pun meluat..tapi bila bergaduh, ha hamek macam malapetaka besar je kan?



hidup sebagai suami, isteri ni mesti saling menghormati. ini bukan macam zaman couple, kau tak suka, kau maki sesuka hati. dah kawin kena lah ubah kan? dan penting dalam hubungan saling mengingatkan, agak-agak pergaduhan tu jadi bertambah parah, salah seorang kena step away, try to turn down the argument.



sebagai contoh, kau yakin kau betul. dan suami pulak mati-mati nak tegakkan benang yang basah. kau buat rileks jer, agak-agak dia tetap jugak nak carik pasal, kau terus masuk bilik. macam aku kalau marah sangat, aku terus amik wuduk, terus solat.. so mulut pun tak sempat nak memaki hamun kan? dari hati jadi panas, terus hati jadi tak kuasa nak sambung pergaduhan.



dan pasal panggilan 'aku,engkau' kala bergaduh, kalau boleh biar lah yang pihak lagi satu 'ber-aku-aku'.. yang penting kita tetap maintain dengan panggilan kurang kasar. seperti dari selama ni kau panggil suami 'baby', gara-gara marah sangat, kita tukar kepada 'awak' jer.. tak susah kan?



oh berkenaan kata-kata carutan ni aku paling tak gemar. kalau boleh kekalkan boundaries kita dan suami. marah macamana pun tak perlulah mencarut pada pasangan. kalau anak dengar, jiran dengar, malu ooo..



"B, i tau u baca ni..mari sama-sama muhasabah.. bila gaduh ingat tuhan dan anak ..peace! hoho.."





ha kalau hati tengah panas tu, bukak balik album lama-lama..pasti hati jadi sejuk =)

9 comments:

AxieAziz said...

betul afni! setuju oh~!

hurm.. tapi boleh ke aku yg grumpy ini?

ahahah.. =P

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

setuju!! jgn gado2 oke sumerr !!

sharEna said...

takat nie kalo gadoh ngn habi, masih ingat la rasa hormat utk dia. still panggil dia abang mcm biasa. dia pon masih panggil sayang. syukur...

xde lg gaduh tinggi2 suara seme. muke jelah sllu mencuke..hahaa

ღnFashyaღ said...

Kalau bab gaduh ni, kitorang gadoh dalam sms je. Masing2 kalau marah muka mencuka je.

So far kalau gadoh still guna kate panggilan. Sebab gadoh dalam sms. hihi...

mun said...

mun pulak masih lagi panggil b walaupun time gaduh tue memang marah habis...hormat tue still adalah kan..hehehee

FAD RMLN said...

mcm mane buruk pun, maruah suami kena di jaga. =)

kecuali kalau melampau sgt lah kan. hihihi.

Aishah Rahim said...

Thanks Afni for reminding. Betul tu, kadang-kadang kita rasa mulut ni melancang je nak cakap bukan-bukan. Jalan terbaik, angkat kaki dan blah masuk bilik. Agak2 dah sejuk, slow talk lah balik.

mamaelly said...

hihi macih afni ingatkan ye..

tp elly setakat ni jarang lagi gaduh besar2 sangat.kalau gaduh biasa2 pun tak pernah tukar nama panggilan.maintain abang..sayang.. kalau marah sangat pun elly juz diam je..pastu nangis..tu je la cara elly

afni+hafiz=dani said...

azie, hehe! yeah yakin boleh!

mya, yes..kena makin sayang..

sharena, haha..kalo muka tu mmg x bole buat apa..da nama marah kan.

fasya, tu la..ada kebaikan jugak gado dlm sms kan??

mun, yes..kena ada sesnse of respect =)


fadila, yepp..kita kena pndai set boundaries

aishah, a'ah afni pun buat mcm tu..kalo 2,2 nak menang, susah la kan?

elly, haha..dulu afni pun selalu nangis. tp skang da x kuasa. bukan dia pujuk pun..haha