Wednesday, July 27, 2011
happy birthday sayang mama
Tuesday, July 26, 2011
ini entry terakhir saya....
susu bagi bayi..err bayi ker? ok la, susu untuk budak setahun ke atas
sayu beb. sebab macam susu ni juga, dani pun da beralih ke fasa yang lebih jauh. dani dah semakin lasak, tak macam bayi kecil yang terkulat-kulat. ok lah tak nak cerita panjang.. aku teringin nak post simple chronology kelahiran iman dani =)
27/7/2010
- 7.40 am: time ni aku dah overdue 5 hari, tapi masih gagah hantar B pegi keja, sebab time ni roadtax keta B mati, semua orang kat tempat keja dia kagum melihat kegilaan aku yang masih drive keta.
- 10.30 am: aku ajak mak aku dan MIL pergi jusco untuk beli besen mandi dani.
- 4.30 pm: aku masih drive amik B dari keja, dan terus shoot ke bandar untuk hantar MIL balik kelantan. masa ni agak kelakar sebab MIL aku dari Mekah, terus duduk rumah aku 3,4 hari, sebab nak tengok aku bersalin. tapi still, gua masih juara mak buyung. dia pun kena lah balik kelantan.
- 7.30 pm: otw balik rumah, aku dan B turun keta untuk ke kedai. masa ni lah aku jatuh terduduk depan kedai tu.
- 7.45 pm: B hantar aku pegi hospital.
- 9.30 pm: doctor decide pecahkan jer air ketuban since aku dah overdue lama sangat.
- 10.00 pm: gua cool lagi..siap bole hina jiran di bilik sebelah yang terjerit-jerit menahan contraction.
- 11.00 pm: aku tiba-tiba muntah. contraction mengganas..
28/7/2010
- 5.00 am: aku paksa B panggil doctor. doctor check baru 9 cm. tapi aku tak pedulik cakap nak teran!! haha
- 6.55 am: si hensem saya selamat dilahirkan dengan bantuan vacuum. mak dia time ni dah K.O..letih~
si hensem saya di usia 11 bulan
Sunday, July 24, 2011
bila budak sekolah sibuk bercinta..
rabu lepas, habis jer appointment dengan doctor dani, aku bawak si kecik tu ke MCD. time lunch hour memang super pack. tapi bila fikirkan dani suka makan fries, dan itu je tempat paling selesa tengah-tengah musim panas ni..aku redah jer!
bila berdua jer dengan dani, apa lah sangat untuk di borakkan dengan dia. kalau dia dah pandai cakap, boleh jugak mama dia share masalah di tempat kerja..haha. so apa yang aku boleh buat, aku duk sibuk mata melilau tengok gelagat budak-budak sekolah.
boleh tahan eh budak zaman skang. agak nya makbapak keja, so diorang bagi duit kat anak-anak to have lunch kat MCD. yang buat kan aku jelek melihat telatah budak-budak ni. bila diorang sibuk memadu asmara dengan pasangan masing-masing.
tapi aku suka pandang ada 2 couple ni. satu couple cina, satu couple melayu. yang cina ni, duk rushing nak habiskan meal. yang melayu asyik terkekek-kekek dengan boifren sambil berpeluk-peluk. then, aku nampak couple cina keluarkan buku dan buat revision. manakala yang si cpuple melayu tak habis jugak terkekek-kekek.
then, of cos aku terus jadi malu. ouh mungkin aku sorang jer yang malu, sebab masa dulu aku duk asrama. habis skolah terus shoot ke hostel. nak berpimpin tangan balik hostel dengan boifren pun di haramkan. so itu lah agaknya aku jadi jelik dengan perangai budak-budak sekolah yang sibuk bercinta dengan monyet masing-masing.. haha.. peace!
si hensem saya <3
Thursday, July 21, 2011
Tuesday, July 12, 2011
bila bergaduh dengan suami..
aku bab-bab title ni memang manjang nak yang gempak jer. haha.. padahal jauh api dari panggang la aku nak cerita kisah dalam kain sendiri betul tak?
aku tengok trend suami-isteri sekarang tidak seperti dulu, kalau panggil suami tu mesti; "baby..", "B..", "Darling..", "Abang.." etc.. tapi bila bergaduh pulak macamana? aku pasti mesti kata nama tu dah bertukar, dari yang panggilan manis-manis terus jadi, "aku/engkau.." ada juga yang worst sampai mencarut-carut.
aku tak cakap aku baik, takde langsung perang mulut. mungkin ada, tapi minor one la..haha. aku selalu juga saling mengingatkan, "eh B, apa cakap aku-aku ni..tak suka la..i bukan kawan u nak beraku-aku" so , bagi aku rasa macam kurang manis la bila kau tengah mesra, orang keliling tengok pun meluat..tapi bila bergaduh, ha hamek macam malapetaka besar je kan?
hidup sebagai suami, isteri ni mesti saling menghormati. ini bukan macam zaman couple, kau tak suka, kau maki sesuka hati. dah kawin kena lah ubah kan? dan penting dalam hubungan saling mengingatkan, agak-agak pergaduhan tu jadi bertambah parah, salah seorang kena step away, try to turn down the argument.
sebagai contoh, kau yakin kau betul. dan suami pulak mati-mati nak tegakkan benang yang basah. kau buat rileks jer, agak-agak dia tetap jugak nak carik pasal, kau terus masuk bilik. macam aku kalau marah sangat, aku terus amik wuduk, terus solat.. so mulut pun tak sempat nak memaki hamun kan? dari hati jadi panas, terus hati jadi tak kuasa nak sambung pergaduhan.
dan pasal panggilan 'aku,engkau' kala bergaduh, kalau boleh biar lah yang pihak lagi satu 'ber-aku-aku'.. yang penting kita tetap maintain dengan panggilan kurang kasar. seperti dari selama ni kau panggil suami 'baby', gara-gara marah sangat, kita tukar kepada 'awak' jer.. tak susah kan?
oh berkenaan kata-kata carutan ni aku paling tak gemar. kalau boleh kekalkan boundaries kita dan suami. marah macamana pun tak perlulah mencarut pada pasangan. kalau anak dengar, jiran dengar, malu ooo..
"B, i tau u baca ni..mari sama-sama muhasabah.. bila gaduh ingat tuhan dan anak ..peace! hoho.."
ha kalau hati tengah panas tu, bukak balik album lama-lama..pasti hati jadi sejuk =)
Monday, July 11, 2011
backstabber, mulut tempayan, penipu, kaki bodek
seriously, bila aku semakin dewasa dan matang, aku mula dikelilingi oleh orang-orang seperti ini. sebut sahaja, backstabber, mulut tempayan, penipu, kaki bodek, itu adalah ciri-ciri yang sesiapa jer jadi menyampah bila mendengar.
tapi aku paling menyampah kalau semua di atas itu adalah di kalangan orang melayu sendiri. sampai buat aku terfikir mana pergi semua nilai-nilai murni seorang manusia. dari kecik memang aku terap kan sifat penyimpan rahsia tegar, hormati orang, berlaku jujur. dan bila buat pertama kali nya aku berhadapan dengan situasi begini, buatkan aku terfikir, susah nya nak carik orang yang kita boleh percaya..
aku jadi terfikir;
"kau memang jenis tak boleh simpan rahsia eh, semua orang kau nak cerita hal aku?"
"kau kalau tak tipu sehari boleh mati eh?"
"kenapa perlu kau nak membodek untuk sampai tahap ni?"
so moral of the story, kita kena sentiasa berhati-hati dalam kehidupan ni, sebab tak semua orang yang kita boleh percaya. bagi aku mudah jer, kalau cerita yang agak-agak private tu tak perlu lah kot kita share pada orang sebarangan. lebih baik cerita dengan kawan hidup mati kita. macam dengan suami or mak sendiri. sah-sah orang-orang ni tak kan backstab kita.. kan? haihhh dunia dunia~~
tengok muka aku naik pimples, sebab baru-baru ni aku stress akibat kena backstab..grr
Sunday, July 10, 2011
buah hati saya dah pandai jalan terkedek-kedek =)
jari dia melecet T__T mujur aku perasan
aku suka kasut ni. nanti ada bunyi bila dia pakai.. baru lah baby..hihi
dulu masa dani tengah sibuk crawling, mak dia sibuk nak suruh cepat jalan. nah hamek ko, lepas pandai jalan, berpeluh lah nak handle T__T sekarang ni pantang cabut kasut, sure dia menangis. ajak naik atas pun, dia meroyan tak tentu hala. end up, mak ko yang nangis dani oii T__T
Thursday, July 7, 2011
birthday party dani mungkin akan di-cancel-kan
Wednesday, July 6, 2011
dugaan yang menimpa, lebih mendekatkan kita kepada Allah SWT
memang dah lama aku abaikan blog ni, lately cerita yang aku post pun agak mengarut, sebab aku da letih.. aku letih yang teramat, dugaan menimpa tanpa segan terus-terusan menghimpit aku..
kadang-kala aku rasa macam nak balik ke zaman umur aku 10,11 tahun mungkin, masa tu aku tak perlu fikir masalah orang dewasa. aku tak perlu berhadapan dengan backstabber, aku tak perlu hidup dikelilingi mulut tempayan, aku tak perlu hidup dalam keadaan aku pura-pura bahagia. tapi kalau aku jadi budak berusia 11 tahun semula, mana mungkin aku jumpa si Iman Dani pengarang jantung..dia adalah hidup mati aku, dia lah penyebab aku masih bertahan untuk menjadi lebih matang..
mungkin juga salah aku, terlalu baik, terlalu percaya pada orang.. dan akibat nya aku sendiri di tikam. tapi itu tak bermakna akan ubah diri aku yang sebenar, aku tetap akan menjadi orang yang baik, tapi mungkin lebih berhati-hati.. bagi aku masa untuk tenangkan diri, insyallah aku akan share semula cerita-cerita menarik seperti biasa =)
orang yang paling saya cinta selamanya
Monday, July 4, 2011
finally macaron dalam kunyahan ku!
ahhh kenapa kau cantik sangat??
di pendek kan cerita. ada satu hari tu, aku tak tau kenapa aku gatal tangan bukak fb nurul, so terus aku pm dia nak order macaron. padahal aku takde lah kempunan sangat, tapi gatal nak merasa. so urusan selesai. macaron ditunggu sudah tiba. adat lah kan bila macaron ti di export sejauh 330km.. rupa nya pun memang harap maklum lah kan..hihi
overall, it was nice. of cos aku tak boleh compare dengan yang di jual kat mana-mana. sebab ni first time aku makan. tapi nak warning ni, benda ni manis tau. bagi aku, sebijik, sehari pun dah cun. pada yang belum rasa boleh la order dengan nurul ok! so lepas ni aku boleh buat muka berlagak kalau orang cerita pasal macaron depan aku..haha