HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, October 12, 2016

Wean-Off, susah ke senang?

Assalamualaikum,

saya rasa benda ni benda paling common yang selalu mak-mak fikirkan. saya rasa nak gelak pun ada blog saya sekarang semua cerita pasal permasalahan mak-mak..haha .. ok lah nak cerita pasal breastfeed journey memang dah bertahun la saya tinggalkan.

Edna sekarang dah 3 tahun lebih, dia menyusu badan memang complete 2 tahun. tapi tak la exclusive breastfeed (bf) sebab susu saya tak banyak mana. masa 6 bulan pertama tu boleh tahan la, saya mampu la buat stock sikit. tapi masalah saya ni susah sikit nak consistent untuk pumping session. nak pump kena consistent timing, without failed. saya pulak kerja tak menentu masa, kadang time nak pump tu saya tengah drive nak pegi meeting ke apa. so bila kurang consistent, itu yang ke laut penghasilan susu.

walaupun saya tak mampu provide eksklusif bf, tapi saya keep bagi je kat Edna. so far cukup la untuk anak tu, tapi kalau nak kata untuk super kenyang wallahualam la pulak saya. nampak Edna ok je tak nangis, maknanya cukup la susu saya seadanya untuk dia kan? kalau rasa-rasa tak cukup memang saya bagi dia susu formula. yang extreme bf jangan kecam saya tau, lain orang lain cara, awak dengan cara awak, saya dengan cara saya. peace.

ok lah melalut ni, how to wean off? dah dengar banyak versi kan? ada yang kata letak benda pahit/masam dekat keliling nipple lah, ada yang paksa anak hisap botol lah..etc. macam-macam cara.

macam saya memang takde specific date saya nak wean-off, agak-agak lagi 2,3 bulan Edna nak genap 2 tahun. saya slowly avoid direct bf. Edna siang memang minum susu formula kat rumah pengasuh. bila saya ada dengan dia baru dia direct bf. so bila balik kerja, dia merengek nak susu. saya bancuh susu untuk dia. trust me, struggle weh, anak tu memang akan mengamuk teruk punya. tapi korang kena steady la, buat pekak je dia nangis, jangan tewas. pujuk dia perlahan-lahan, cakap la dengan dia, "Edna dah besar, takmo la hisap tets mama lagi.." memang susah, tapi lama-lama budak tu akan redha, automatic dia akan amik jugak botol susu tu hisap.

tapi jangan lupa waktu paling challenging adalah time nak tidur... masa minggu pertama nak wean-off, saya bagi dia hisap sekejap-sekejap, dia tidur je, saya terus "cabut".. then masuk 2nd week, saya pujuk lagi, memang saya buat keras tak nak bagi. bayangkan memang Edna mengamuk sakan...tapi saya pujuk dia perlahan-lahan, tepuk-tepuk dia lalaikan sampai dia tertidur.

lama-lama budak tu fedup la, saya rasa kurang sebulan la trial saya, terus Edna completely wean-off. tapi yang tak tahan tu saya pulak macam sentimental rindu momen-momen dia "mengempeng" dengan kita. hihi.. tapi kena kuat, mak-mak jangan sentimental sangat k :)

ha tapi kan yang seronok sikit, bila masa nak wean-off tu saya tak ajar dia dengan hisap botol tengah-tengah malam, saya bagi dia botol sekali je sebelum tidur, then tepuk-tepuk sampai lena. hasil dia, sampai sekarang Edna memang tak pernah mintak susu tengah-tengah malam. saya cuma sediakan botol air masak sebelah dia. tapi kena la pastikan perut anak tu kenyang sebelum tidur, ni kalau tak bagi makan apa, bagi susu semata-mata, pengsan la anak menahan lapar..hihi


rindu la nak ada baby lagi T__T



No comments: