HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, October 10, 2016

Struggle nak pandaikan anak

Assalamualaikum,
 
rasanya mesti ramai mak-mak yang ada anak baya Dani, next year nak Darjah 1 dah...trust me benda yang paling mak-mak takutkan sekarang adalah nak bagi anak pandai baca sebelum start sekolah next year. huwaaa nak nangis pun ada, lagi berbaki lebih kurang 3 bulan nak masuk 2017, saya masih lagi struggle nak bagi Dani fasih membaca.
 
pelik kan, dulu-dulu lain, rasanya mak-mak dulu takde nak bother anak kena pandai baca ke apa, tadika it just for fun, untuk build self-confidence, nak bagi bebudak kenal dengan persekitaran, macamana nak bergaul. but trust me sekarang totally different. saya masih ingat lagi zaman saya sekolah tadika KEMAS dulu, balik sekolah cool je rileks tengok kartun, mana ada homework ni.
 
tadika sekarang Masyallah..saya yang mak ni stress, yang bebudak lagi stress kot. macam Dani tadika di Smart Reader, masa memula dulu memang saya shock setiap hari paling sikit homework ada 3 buku. lepas tu in case absent ke apa, merana la kau homework tu teacher akan kumpul, then you settle la semua. berderai-derai la airmata si Dani nak siapkan homework bertindan-tindan.
 
saya ni lagi la alpening, rasanya semua parent yang bekerja pun pening especially mak-mak la kan. macam saya routine setiap hari pick up bebudak dekat rumah pengasuh, then sampai rumah terus senseng lengan nak masak, basuh baju, lipat kain, kemas umah, and the list goes on..stress kan? so masa bila la nak dapat focus duduk belajar dengan anak. nak harapkan suami, dia balik pun dah lambat, by the time pukul 9pm bebudak masuk tidur dah. so nak tak nak, saya kena handle semua.
 
paling saya sakit jantung bila tengok Dani tak fasih membaca lagi, so far dia memang dah kenal huruf, dah boleh mengeja..tapi membaca memang way to go la kan. saya google sikit-sikit ramai cakap try guna buku "Bacalah Anakku", ok give a try. nak mencarik serius susah, banyak jugak bookstore saya pegi tapi takde buku ni, then finally saya decide beli online je dari MPH, trust me life so much easier, dah la murah, saya tak ingat harga, tapi murah sikit la banding dengan other online stores.


nak tau saya curik masa time bila? saya curik masa time driving nak balik rumah, perjalanan dari rumah pengasuh ke rumah ambil masa dalam setengah jam. so by hook or by crook, memang saya akan paksa Dani amik buku ni, baca sebelah saya.. so far dah dekat sebulan saya practice cara macam ni everyday without failed, mak-mak kena disiplin jugak, jangan skip even a day. sebab nanti anak-anak confuse, haih sekejap hari ni baca buku, then esok lusa tak baca..nanti bebudak akan cepat lupa apa dia belajar.


hasil? Alhamdulillah much better. masih tak berapa fasih, tapi improve, itu yang penting. macam Dani ni banyak drama airmata, saya tak cubit or marah pun, sekadar naik suara pun dia boleh menangis je sepanjang perjalanan baca buku.. ikut kan hati geram, tapi sabar je lah.
 
next mission saya, nak diaper-off kan si Edna..next year dah 4 tahun T__T
 
 
ni budak ni geram saya.. kuat amukan, kuat memerintah, tak makan dek saman T___T

2 comments:

Halimaton Hanafee said...

aah buku ni mmg bagus...saya ajar anak pakai ni..4 tahun dah pandai dah baca sikit2 walaupun gagap2 lg..huhu

afni+hafiz=dani said...

waaa 4 tahun dah ajar lagi budak senang absorb kan, saya nak try kat anak dara saya la gini :)