HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, December 27, 2012

Detik Cemas

masa ni aku dengan Hafiz tolong hantar SIL pegi keja, Hafiz drive, SIL kat depan, aku dengan dani duduk belakang. selalunya kami jarang sangat bukak tingkap keta, asal naik keta je mesti pasang aircond. tapi hari tu kenapa entah teringin nak rasa angin luar.

sampai je tempat kerja SIL, ternampak boifren dia. Knowing Hafiz yang teringin sangat nak berkenalan dengan boifren SIL, dia pun keluar keta. tinggal lah aku berdua dengan dani. dalam keadaan enjin keta tak dimatikan, pintu driver tak ditutup rapat, tingkap keempat-empat pintu terbuka luas. masa ni aku agak separa sedar akibat non stop muntah-muntah, aku biarkan jelah Hafiz beramah mesra dengan bakal abang ipar dia tu.

tiba-tiba aku rasa macam pelik, kenapa ada sorang perempuan cina, usia late 40s, tak semena-mena masuk kereta di tempat driver. dalam keadaan tak larat aku abaikanlah, mungkin dia tersalah kereta. Hafiz masa tu pun berangan apa entah, terus pergi ke arah keta, tapi dia duduk di seat belakang, sebelah aku. Hafiz pun rasa something went wrong, dia keluar balik nak ke pintu driver, tapi tak sempat, perempuan cina dah turunkan handbreak, terus larikan kereta kami, dalam keadaan aku dengan dani dalam kereta. aku agak panik, tanya perempuan ni, "hey, u nak bawak kami pergi mana??" ; perempuan tu jawab, "u duduk diam-diam saja, saya tak kan cederakan awak!" . masa ni aku dah gelabah, terus wide awake, sedar apa yang berlaku.

aku cuba untuk call Hafiz, dan masa ni baru aku sedar betapa bangangnya handphone touch screen, sebab bila kita gelabah, semua benda tertekan. aku fed up, terus pikir cara lain untuk larikan diri. pintu belakang memang tak boleh bukak dari dalam, sebab kami dah set kan child lock. aku try capai ke luar tingkap, tapi aku tak berani nak terjun, sebab bayangkan dalam keadaan berbadan dua, dengan dani lagi, lepas tu perempuan cina ni bawak laju. silap haribulan mau kepala aku terhantuk kena divider. masa ni perempuan tu perasan aku cuba lari, dia cubit-cubit kaki aku. geram rasa dengan tindakan dia ni.

aku tak tau kenapa masa ni aku dah takde kudrat. aku redha dengan nasib aku. sampai satu lorong yang gelap, aku nampak ada sorang lelaki melayu berdiri tegak di tengah-tengah lorong, ada satu beg panjang yang dikendong. hati aku dah berkata, ni kalau tak senapang, mesti pedang T__T sebelum lelaki tu masuk, perempuan cina warning aku supaya senyap, jangan bercakap. lelaki melayu masuk kereta, duduk sebelah aku. nervous dalam hati aku hanya tuhan je yang tau.

hampir setengah perjalanan aku senyap. akibat tak tahan sangat, aku bukak mulut, "lepaskan saya lah, awak nak amik kereta ni, amik la!!" ; lelaki melayu tu terus pandang aku, dia terus cakap, "ooo ini kereta kau yer?diorang culik kau yer?"............ kami terus bergelut kat belakang, perempuan cina tu tetap teruskan pemanduan......aku berdebar, tapi tetap carik tenaga untuk melawan...........




tapi, tak sempat tau ending.. alarm clock dah berbunyik jam 6.40am. phuiii.

moral of the story;


  • everytime driver keluar, walaupun sekejap, please kunci pintu dari dalam.
  • kalau nak bukak tingkap, jangan bukak luas-luas.
  • kalau kita baru masuk dalam kereta dan baru nak hidupkan enjin, sebaik nya terus tutup pintu dan kunci, jangan keranakan panas, korang biarkan pintu kereta terbuka.
  • sentiasa aware dengan keadaan sekeliling.
  • unlock kereta bila korang dah ready nak keluar kereta, selagi tak ready, jangan unlock dulu.

even benda ni berlaku dalam mimpi aku. tapi ia kerap terjadi secara realiti. mintak dijauhkan lah yer.

Till Then.

Wednesday, December 19, 2012

Iman Jr.


mesti ramai yang dah tau, dan mungkin juga ada yang macam blur-blur ayam what is happening kan? haha. iye rakan-rakan sekalian saya dikurniakan rezeki untuk mengandung lagi sekali..



ramai yang jadi ahli nujum bila membuat andaian aku memang dah tau aku pregnant bila aku post entry ni .. haha..tak baik tau. masa aku post entry tu aku memang tak tahu menahu aku pregnant, sebab period aku pun belum due masa tu.

Alhamdulillah, ini semua rezeki. rezeki yang tak di sangka-sangka. sebab aku memang nak kan baby lagi, tapi takde lah beria planning nya tu, kalau ada, ada la, takde pun, takpe. aku memang tak harap sangat sebab lepas setahun aku bersalin kan dani, period cycle aku tak tetap, sekejap awal seminggu, sekejap lambat seminggu. lepas tu datang pun secoet je, dan last up to 3 days. 

bulan 10 hari tu period aku datang awal, 21hb Oct. so masa bulan 11 tu aku tunggu jugak bila sign period nak muncul. normally kita akan rasa stomach cramp, atau bengkak kat cik B kan. tapi kali ni takde cramp, cuma cik B aku sakit tahap melampau. ibarat kalau tersentuh tu, memang makan penampar la. masa tu pun memang kerap urinate, tapi aku takde la pikir apa, sebab memang kuat minum air masak, so ignore jer.

tapi yelah berkat experienced lepas, aku dah boleh agak aku pregnant, bila cik B sakit melampau. genap 3 hari delay, aku test UPT, Alhamdulillah POSITIF. syukur sangat..pregnant kali ni tak macam dani tahap excitednya, masih under control. cukup 8 minggu baru aku buat check-up. Alhamdulillah masa scan tu,  Iman Jr. dah ada heartbeat :)

 
sekarang dah masuk 9 minggu. doa kan aku dan baby selamat sampai final stage ok :) pregnant kali ni jauh beza masa pregnant kan dani. masa dani, no morning sickness, cuma selalu cramp dan heartburn. cramp ubatnya calcium, heartburn ubatnya Gaviscon. so memang aku enjoy masa pregnant kan dani.

cuma yang kali ni aku di uji supaya merasa morning sickness. dulu selalu pandang enteng benda ni, sekarang hameekkk merasa morning sickness. dia punya meloya dengan pening kepala tu yang buat ahkak letih. lepas tu perut kerap ada angin. aku tak pasti apa cara atau petua untuk kurangkan angin ni. kalau korang ada tips, di alukan untuk share ok :) tidak lah, nak kata aku tak enjoy pregnant kali ni, cuma aku agak tenang, takde lah macam zaman dani dulu, heboh nak bgtau orang aku pregnant. haha. kali ni, siapa yang tau tu, tau lah.

Dani ok tak? yes, my big boy tu macam matured sikit. dia ok je dan dia pun tau aku pregnant. cuma lately dia macam tak suka, sebab orang keliling usik tak nak sayang dia, nak sayang baby. haha. sentap abe Dani. ok lah, nanti free aku cite pasal abe Dani plak k. lama tak cite pasal budak tetik tu. Till Then.