HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, January 31, 2012

suami dan hobi = menyakitkan hati atau tidak?

si suami selalu membebel atau geleng kepala kalau tengok si isteri berbelanja dengan cara tak berhemah langsung kan? tapi kita yang perempuan ini memang selalu menidakkan hakikat sambil tunding jari kat laki sambil cakap, "awak tu lagi la over. saya beli barang memang dalam kuantiti banyak, tapi murah-murah tau. yang awak beli sport rim je dah harga riban-riban.."



ha camno tu? tak pasal-pasal gaduh benda kecik-kecik camtu kan. setiap orang lain lah cara penerimaan nya. ada yang tak suka dengan hobi suami yang melibatkan duit yang banyak, ada jugak yang tak kisah asalkan tau sempadan nya. macam aku memang aku tak kesah sangat, bagi aku dia yang carik duit keja siang malam, so he deserve to do anything with his own money, asalkan dia tahu limit.



jangan pulak bila aku cakap, "bang nak duit, nak beli susu anak..", yang suami pulak jawab, "eh saya mana ada duit lagi, awak tak nampak saya baru beli rim seribu lebih, duit gaji habis licin.." .. itu makna nya memang tunggu masa nak kena "fire" la gamak nye eh? haha



sebenarnya banyak cara kita boleh praktikkan agar suami berpada-pada dengan pelaburan yang di buat demi hobi tu. kita sebagai isteri kena slow talk remind kan dia. let say kalau every week tengok asyik lebur duit jer, tugas kita sebagai isteri ingatkan dia, bagitau one day kalau ada emergency camno bang, duit takde.. jangan pulak kita geram, balas dendam, habiskan duit gaji kita jugak. laki dah takde duit, bini pulak da habis berjoli, yang tinggal hanya apa uols?


macam si Hafiz, favourite dia memang make-up kereta kesayangan dia tu, dan kumpul robot-robot nih. aku pun memang tak faham apa faedah nya. tapi yelah macam aku cakap tadi, lantak kau lah bang, asalkan duit dapur cukup, wa rileks jer~~ sebab lelaki ni ada satu pe'el, iaitu pantang ditegur tentang sesuatu yang dia minat, so yang kita si isteri pun tak perlu kot nak meroyan tak tentu pasal. bagi la member tu enjoy dengan apa yang dia suka, kalau dia enjoy dengan benda lain kat luar, lagi haru uols. yang penting adalah support his interest, set the boundaries, explain nicely to your partner. Good Luck!



heart you bebeh~

Sunday, January 29, 2012

Buat Suami.




ehem..untuk suami..LOVE. HUG. KISSES

Wednesday, January 18, 2012

pengalaman paling berharga dalam hidup berumahtangga

alkisah bermula bila pagi semalam aku, dayu, dan reen berborak kosong di twitter pada mulanya. tapi biasa lah kalo perempuan bercerita, memang boleh drag sampai entah ke mana, sampai la kami bertiga bercerita mengenai realiti kehidupan.

realiti kehidupan yang sangat realiti, bukan seperti dalam drama yang semua manis di depan mata. cerita kami lebih berkisar mengenai kos kehidupan, perancangan masa hadapan.. sampai la reen membuka cerita mengenai pengalaman hidup di awal perkahwinan dia.


takpe reen, kau bukan sorang. sebab aku pun ada pengalaman yang sangat pahit untuk ditelan, tapi itu lah yang mengajar aku erti sebenar kehidupan dan pengorbanan sebagai pasangan suami dan isteri.


sebelum aku cerita, suka aku nak highlight, bila korang baca cerita aku take it positive, jangan pula beranggapan seperti aku poyo nak menjaja cerita ok :)


ok, aku dengan B boleh dikategorikan datang dari keluarga yang agak senang, tapi kami lebih suka hidup sendiri. sebab bagi aku, bila kita kawin jer, bermakna susah atau senang hidup kita, lebih manis kalau kita dan suami yang sama-sama harungi.


selepas berkahwin, 4 bulan aku ber-PJJ dengan suami, dia kat JB, aku kat KL, sampai satu tahap aku rasa letih hidup ber-PJJ, aku nak duduk dengan suami. masa tu dekat rumah sewa kami di JB memang takde apa-apa perabot pun. cuma ada sebijik TV, dan beberapa barang asas yang sempat mak aku belanjakan sebelum kami pindah JB.


sebulan pertama aku di JB, aku tak keja lagi. masa tu sebulan aku rasa kan bagai setahun, sebab aku rasa macam perit sangat. kalau selama ni KFC tu ibarat makanan rugi, tapi bila kita hidup dalam catuan, KFC tu ibarat makanan di hotel 5 star. dengan bergantung pada gaji laki aku sorang, memang cukup-cukup makan jer. sebab nya dia terpaksa bayarkan duit kereta aku, sewa rumah, expenses yang lain, mujur jugak kereta suami dah takde hutang. kalau 2,2 kereta ada hutang, serious akak nak pengsan okeh!


pernah sampai satu tahap, aku terpaksa catu makan, malah pernah jugak 2,3 hari aku asyik masak nasi goreng jer. bila suami cakap,"bosan la asyik masak nasi goreng jer.." .. aku rasa sangat serba salah nak bagitau suami yang duit dapur dia bagi dah habis, tak cukup untuk buat beli lauk. tido beralaskan hanya sekeping comforter, meja makan hanya menggunakan meja yang kami beli di Tesco berharga rm10.


ada jugak sekali sekala aku call mak aku mengadu nasib, ayah aku ada jugak sound, kata nya tu la, elok-elok duduk kl umah selesa, nak jugak hidup sendiri. tapi terus terang aku cakap, iman perlu kuat bila kita berhadapan dengan situasi macam ni, kompromi suami isteri juga sangat la penting.


tahun pertama beraya, memang serius kami sengkek, masa tu suami tak bertukar baju, manakala baju aku pulak, mak aku yang belikan. mesti ada yang pelik, kenapa la sanggup susah-susah nak hidup, mintak je la tolong mak bapak. oh BIG NO! walaupun aku ni anak tunggal perempuan, tapi aku lebih suka hidup berdikari. aku lebih suka makan pakai aku disediakan oleh suami. apa yang suami aku mampu, itu lah yang aku terima. sampai sekarang kami jarang sekali bergaduh kerana duit, sebab aku sentiasa redha, cukup atau tidak, biar kami suami isteri jer yang tahu.

tapi itulah setiap mansia telah ditetapkan aturan nya. hanya Allah SWT sahaja yang tahu. even di awal perkahwinan kami, aku rasa sangat susah untuk hidup. tapi rezeki kita memang sukar di jangka, dengan tak semena-mena aku dapat job offer yang sangat memikat dengan gaji yang double dari sebelum nya. aku masih ingat lagi aku start keja 10hb november, dan 16hb november tahun yang sama aku disahkan mengandungkan dani. dan suami pula sentiasa di murah kan rezeki. alhamdulillah, ada sahaja rezeki kami, belum lagi rasa nya kami terputus sumber.


itulah kebesaran Allah SWT, setiap kesabaran Allah SWT akan balas dengan ganjaran yang tidak sesekali kita jangka. aku paling rasa sangat-sangat bersyukur sebab alhamdulillah, by the time dani hidup di dunia aku dan suami sentiasa murah rezeki, dan kami dapat menyediakan keperluan yang terbaik untuk dani, dan insyaallah untuk adik-adik dani. AMIN~!

kepada suami;


"terima kasih sayang sebab sentiasa berkorban untuk keluarga kecil kita. walaupun kelakuan atau percakapan saya kadang-kadang sukar di terima akal, tapi apa yang saya buat adalah yang terbaik untuk kita sekeluarga. ME,DANI always love u sayang =D "




aku dan suami


keluarga kecil



ouh pada sesiapa yang ada twitter sila-sila la add aku ok ;) boleh join aku dan kawan-kawan yang lain berborak!

Wednesday, January 4, 2012

mangkuk penyelesai masalah

aku rasa bukan aku je yang menghadapi masalah ni, surely semua mak-mak kat luar kerap naik darah tinggi everytime anak korang buat sepah barang makan or tumpahkan air ke apa kan. so baru-baru ni dalam pada aku tengah tengok catalog dekat FB Maria, aku ternampak dia jual mangkuk ni, Gyro Bowl. perghh tak perna ku fikir ada mangkuk macam ni. terus book dengan Maria.







ini la barang nya, tengok dia quote "The Food Bowl That Never Spills!" harap dani tak kan berjaya tumpahkan makanan lagi. sebab dani ni ada satu perangai, let say kalau aku tengah leka masak ke apa, senyap-senyap dia buat projek, tuangkan semua isi makanan dalam mangkuk, pastu dia tuang air atas lantai, then he blends the makanan altogether. hangin kan?


macamana benda ni berfungsi? meh tengok..



macamana best kan? seronok aku dapat jumpa benda ni. kalau korang nak beli, boleh la contact
Maria wokeh =) nak tengok tak muka budak hangin tak dapat campak makanan lagi??