HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Sunday, August 28, 2011

kenangan manis di hari raya

semua orang sibuk post entry selamat hari raya sebelum masing-masing bertolak balik kampung. yeah, hari ini bersamaan isnin, 29hb, aku masih stuck di ofis. gigih kan? banyak deadline harus dikejar.


tahun ni adalah tahun pertama aku beraya di kampung mertua. so agak kelainan. sebabnya di tahun-tahun lepas aku gigih tolong mama buat rendang, blend kacang, kemas rumah.. tapi tahun ni aku tak buat semua tu..hoo sedih! tapi takpe, raya kedua nanti, insyallah akan pulang ke kl.


dan dikesempatan ini aku teringin nak imbau kembali apa yang aku sangat rindu bila dekat-dekat nak raya ni;


1. Asal raya, sure jadikan lagu raya sebagai ringtone;


2. Aku rindu nak balik kampung, carpool adek beradik satu kereta; tapi sekarang semua dah kawin, so kereta pun asing-asing


3. Boleh berborak dengan sepupu sampai tak tidur; sekarang sudah ada anak kecik dan suami menunggu paksa tidur sekali!


4. Lagu-lagu raya yang relevan je berkumandang di radio; sekarang lagu raya yang baru-baru, semua seperti sampah bunyi nya!


5. Boleh beraya sepuas-puasnya; sekarang tidak lagi, sebab kena kembali bekerja Y__Y


oh ok lah, cukup sekadar short entry. di kesempatan ini aku, suami, dan iman dani nak ucap selamat hari raya to all readers. nanti naik cuti kita kembali menulis ok =)

Thursday, August 25, 2011

resepi lauk berganding bahu

ewah title..apakah resipi lauk berganding bahu itu? haha.. begini lah kalau laki aku berpeluang balik awal dari keja. dia sampai umah pukul 6.45pm, pastu ajak aku pegi supermarket nak carik lauk untuk di M.A.S.A.K! masak ok, bukan ajak aku pegi bazaar beli lauk yang S.U.D.A.H S.I.A.P D.I.M.A.S.A.K!


end up orang lain semua dah sedap berbuka di rumah, kami laki bini tengah pilih sayur lagi kat sana. kalau dah gini gaya nya, memang confirm kami berbuka pukul 10pm. ok berbalik pada cerita kita, yang menjadi resipi berganding bahu tu sebab aku laki bini macam take baton nak masak kat dapur. dia mandi, aku masak dulu, lepas tu aku pulak mandi, dia sambung masak. sweet kan?haha..apa yang penting kerjasama~~~!



ikan bakar, air asam, sup sayur, cili hijau masak-apa-ntah-ini-laki-aku-masak



yang paling penting, ini adalah pertama kali aku buat air asam atas ajaran si sha ..tapi aku buat masih kurang ummpphh! sebab laki aku tak sentuh. dia cakap nampak cair, that's why tak nak makan...eeee do i care? asalkan aku dapat jugak hilangkan kempunan nak makan ikan bakar =)



boleh dah meniaga ikan bakar kat bazaar ramadhan ni..heh~

Wednesday, August 24, 2011

macamana nak elak anak dari terhantuk dengan cara paling menjimatkan

amboi, title kau tak menahan sungguh...al maklum lah bila rumah kecik, tapi kau beli barang macam rumah kau sebesar banglo, gini lah jadi nya..si dani kerap terhantuk sana sini.


lepas dani dah masuk usia setahun ni aku tengok dia memang lasak..sampai mak kau ni selalu la mengucap panjang. kadang-kadang aku ada jugak tanya dekat mak-mak yang lebih berpengalaman, normal kah kelasakan dani ni? majoriti cakap lelaki macam tu la, memang terlebih lasak. dengar nya kalau perempuan lembut sikit. betul eh? camtu anak kedua aku nak kasi proses perempuan la..haha..macam senang jer nak proses.


tapi kan kita patut bersyukur tau bila anak lasak macam ni, sebab ada makcik ni bagitau aku.. "awak nak macamana, nak anak lasak ker? or nak anak yang duduk diam tak mampu buat apa?" uuu sedih, ok lah aku redha anak aku lasak =) ahh dah aku melalut jauh ni. sebenar nya aku nak cerita pasal kepentingan child safety ni.


dah banyak kita nampak produk yang jual barang-barang safety ni. tapi korang perasan tak benda-benda ni semua sangat costly. kadang-kadang bikin laki aku sakit jantung. macam rubber cover untuk bucu meja tu, biasa aku tengok kat luar jual satu pack dalam RM 18++.. mahal kan? then ko kira berapa banyak bucu kat umah kau, agak-agak boleh tercekik tak? ha bukan la aku berkira tau, tapi kalau ada option lain apa salah nya..


then, memang nasib aku baik kot, that day aku ada singgah satu kedai accesories Japanese called Daiso, kat OU ada, kat JB pun ada kedai ni. dan yang membuatkan aku happy benda ni hanya RM5 je satu pack..benda nya sama je yang macam harga RM18. pandai berjimat, suami pun makin sayanggg~~ haha euww



exactly sama kan??


dengan ada nya benda ini, dani sudah selamat daripada kerap terhantuk, menangis macam kena dera tu..lega aiii =))


Monday, August 22, 2011

di hari operation trigger finger dani

first of all, perit aku nak tunggu cable bluetooth aku ok. hari ni baru berpeluang nak update mengenai hari operation dani. oh pagi-pagi aku bukak blog, semua syok duk update persiapan raya..hehe. aku punya persiapan biasa-biasa ajer. aku lebih berminat nak update kisah operation trigger finger ni.



kenapa aku beria nak update pasal hari operation ni? sebab aku nak motivate pada kaum ibu yang mempunyai anak trigger finger. nak inspire korang which is selagi kita ada option, we have to work for it. oh nak bagitau entry kali ni, banyak gamba sikit eh? =)




gambar di atas adalah jam terawal kami di hospital. sekarang aku dah tau macamana jaga anak di hospital. serious penat weh. aku lebih rela kalo jaga baby kecik, dari jaga baby besar..haha.. alhamdulillah, semua nya masih under control. FYI, day 1st dani kena puasa 8 jam sebelum operation.



rasa mencabar? yeah, sangat-sangat. tapi aku agak bertuah sebab si dani jenis tak bangun malam menyusu, kira nya aku masih boleh berasa lega. tapi biasa lah bila duduk di hospital, pukul 6 pagi nurse dah bukak lampu, then kejut dani untuk pasang drip. ha time ni aku da rasa sangat mencabar. detik je dani tercelik dia akan jadi sangat aktif. sebab nya..dia sedap berlari.. aku ni yang kena kejar dia sambil heret tiang drip Y__Y



pasang drip pukul 6 am, dan operation pukul 9 am. jarak masa tak jauh, tapi bila kena handle si dani, aku rasa masa berjalan sangat panjang. ok, cerita masa di Operation Theatre (OT) adalah sangat sedih. pada yang tak tau, jangan risau, ibu dibenarkan teman anak di OT, tapi aku just inform doctor yang aku akan teman dani sampai bius je, masa operation di jalankan aku memang tak sanggup nak teman.


ha jangan kata aku selfish ok sanggup tinggalkan anak. hanya mak-mak yang pernah melalui saat ini je yang tau betapa perit nya tengok anak kita pasang wayar sana sini, kena cucuk sana sini..aku dari mula dah berazam kena tahan airmata. dani masa tu dah menangis, sebab semua yang di dalam OT pakai full covered, even aku ni mak dia pun dia tak kenal.. mana tak meraung si kecik tu..hehe





gambar di atas adalah dani 3 jam selepas operation. alhamdulillah dani tak meragam dan aktif seperti biasa. FYI, macam aku cakap tadi dani kena puasa 8 jam sebelum operation. dan aku baru tau masa tu, dia akan continue puasa 6 jam selepas operation. giler kan? ini disebab kan dia fully bius, so takut kalau after operation terus bagi susu, di takutkan susu tu masuk dalam paru-paru, which is lagi bahaya. so aku ni sebagai mak kena la mainkan peranan lagi, biarkan si kecik ni busy.. mujur juga dani jenis hisap puting, so dia takde la merengek nak susu.




nak tengok hasil nya?



begini lah hasil nya. alhamdulillah ibu jari dani dah tegak macam biasa. nak tau apa perasaan aku? of course, rasa sangat puas hati. pada yang tak tau, hampir setahun aku turun naik hospital follow up kes dani. sekejap aku jumpa pakar orthopedic, sekejap bawak dani pergi fisio. kadang-kadang aku rasa sedih pun ada, yelah tak sangka sampai begini yer tahap pengorbanan aku sebagai mak bagi memastikan masa depan terbaik untuk anak..


sebab tu aku sangat berharap, pada ibu-ibu yang ada nak trigger finger, cari lah solution. jangan hanya duduk diamkan sahaja, or just admit the fact.. fikir kan masa depan anak ok =)

Monday, August 15, 2011

doa kan dani ok? =)

assalamualaikum..



sepatut nya hari ni aku dah berjanji pada diri sendiri untuk post entry mengenai child safety. tapi cable buat hal, rasa tak complete hidup bila entry tidak disertakan gambar.



so, nanti-nanti lah aku cerita lanjut mengenai child safety ok.



fyi, si hensem saya bakal admit esok. operation pula hari rabu pagi. doakan untuk iman dani ok? next week akan kembali menulis. salam =)





Wednesday, August 10, 2011

kek birthday last minute iman dani



seminggu ni aku kurang berjaya untuk fokus pada blog yang satu ini. tapi bila semalam aku saja duk scroll down, scroll up. bosan~ then, aku ternampak ticker di atas.. wah, si hensem saya dah berada di hujung ticker, atau erti kata lain dah berusia setahun la.. alhamdulillah.


seperti ramai yang sedia maklum, memang plan party dani terpaksa di batalkan saat akhir. aku ada plan nak buat lepas raya ni, tapi masih tak pasti di KL atau di JB. nak buat kat KL, aku pasti ramai lagi yang berada di kampung time tu untuk beraya. nak buat di JB, kami sedang sibuk mahu pindah rumah. conclusion nya? nanti kan saja lah announcement aku nanti eh? hehe..



walaupun party terpaksa dibatalkan, kami tetap balik KL hari tu. dan masa tu aku tiba-tiba cakap dengan B; "jum carik kek untuk dani..." maka ke OU lah kami mencari. tapi dah nama pun last minute, hanya kek ini sahaja dihidang untuk meraikan dani. tak dapat la nak order kek deco-deco gamba zoo negara ke..


budak bertuah muka excited


ini ada sedikit nota untuk anak mama, iman dani:


" yeah, I'm so happy to see you growing in a healthy condition. mama hope that you will always be my good boy, someone whose smart enough to choose your right path. please bear, that mama and abah will always pray for you, give much hugs and kisses.. mama and abah love you so much baby =) happy 1st birthday sayang, more years to come, we will always pray for you"

Monday, August 8, 2011

puasa pertama aku sebagai seorang isteri dan ibu

huu apa kes puasa pertama sebagai seorang isteri dan ibu? yeah, seriously ini adalah the real puasa pertama aku serentak sebagai isteri dan ibu. confuse lagi??haha.. ok macam ni, masa tahun pertama aku dengan B kawin, kami masih duduk asing, which is aku di KL, dan B di JB. tahun kedua pun aku tak sempat puasa bersama, sebab aku dalam pantang di KL gak. that's why ini adalah tahun pertama kami bersama.


apakah isu nya?? ianya menjadi isu bila aku kena bangun sahur untuk memasak. dulu ku fikirkan perkara itu mudah dan menyeronokkan. but honestly, agak menyeronokkan dan sedikit letih. sebab dulu masa aku duduk dengan parent, aku ada tolong mak aku masak. tapi semua idea nak masak apa, datang dari mak aku. tapi kali ni aku kena pikir sendiri.. tu yang letih beb. tak kan pagi-pagi buta nak call mak aku tanya dia aku kena masak apa untuk sahur..LOL


seminggu pertama sahur bersama, aku dah blank. siap cakap kat B, alahai bosan nya nak masak apa.. lauk pun jadi berulang-ulang lauk sama. sampai la aku konon-konon nya termotivate tengok lauk korang kat blog.. kalau sebelum ni aku duk ulang telur dadar jer.. kali ni kasi up sikit =)



masakan paling bermaruah setakat ni..haha


cik abang ni nak ucap selamat berpuasa semua =)



Sunday, August 7, 2011

bila dani dah keluarkan tantrum nya..

masa balik kl baru-baru ni, memang dani banyak buat perangai. aku sifatkan benda tu hanya sementara jer, sebab dani memang jenis kurang bersosial..so mungkin perkara biasa la bila dia jenis tak berapa nak dengan orang lain..

tapi sangkaan aku totally meleset, lepas seminggu balik dari sana, dani masih lagi dengan perangai dia yang agak irritating.. aku rasa perangai ni, memang semua ibu akan rasa takut tengok, bila mana anak kita dah mula mengeluarkan tantrum mereka.


tanda awal yang aku nampak, bila dia menangis benda-benda yang tak sepatut nya. ibarat kita tak boleh buat silap kat dia, salah sikit dia akan menangis sekuat-kuat hati. kalau dia tak puas hati memang habis dia pukul aku dengan B. itu belum lagi bila dia marah tak dapatkan sesuatu, memang dia akan baling semua benda.. haihh..


dulu masa aku takde anak, aku tengok anak orang lain perangai macam tu, memang aku rasa nak wakilkan mak dia tolong cubitkan jer..tapi bila anak aku sendiri macam tu..masyaallah. time mood mama dia baik, fine la. time aku tengah kecah nak masak ke apa, memang kena jugak dia.


aku pun ada terpikir jugak apa penyebab la si dani perangai macam ni. dulu aku pikir kan, budak yang kurang perhatian jer yang akan lontarkan tantrum mereka. tapi untuk kes dani, he's too spoilt. yes, itu adalah benda paling tepat. terlebih manja..itu yang semua benda kena dengar cakap dia. ada jugak kadang-kadang kalo dia perang unbelievable macam tu, aku peluk dia kuat-kuat.. baru dia tenang. or korang ada any suggestion? boleh share how to handle budak yang kuat mengamuk ni =)


jum tengok muka budak "baik" ni..



Thursday, August 4, 2011

si dani dapat hot blogger mom's tee & friso sachet

masyaallah mahu jadi apakah aku? sifat nak meng-update blog tak berapa nak membuak-buak.. so sempena bulan puasa ni kita update yang light-light je ok =)


rabu lepas orang courier hantar 2 barang yang aku tunggu-tunggu..



finally 2 benda ni sampai jugak..tapi barang apakah??



hot blogger mum baby tee untuk si dani


yeah, finally dapat jugak tshirt ni. rasa macam seronok jer sebab tshirt ni exclusive hanya untuk para ibu-ibu yang bergelar blogger jer. tak dapat der nak beli kat petaling street ke haper..hihi. so siapa yang teringin nak baju yang sama, aku dengar dayu nak buat 2nd batch order. korang deal lah dengan dia ok? btw, tqvm to dayu dan onniey eh =)


baju ni aku dah try dekat dani.. dan cantik terletak kat badan dia. tapi sori lah tak dapat nak tangkap gamba..sebab itu budak tengah demam, so mood pun tak berapa nak cantik.


friso gold sachet


sebelum dani masuk umur setahun hari tu, aku memang ada jelajah beberapa website sebab hajat nak tuka dani ke susu lain. so aku just simply click untuk request sample sachet. after 2 months weh baru dapat..haha. tapi aku still stick dengan S-26.


kalau nak cakap pasal susu ni, hari tu masa mula-mula aku beli susu yang untuk setahun ke atas, dani macam tak berapa nak? padahal brand sama.. adakah rasa nya lain? pelik eh. korang tau tak? meh la share sama. so dalam pada dia tak berapa nak susu hari tu, aku ada try tuka Anmum, lagi hampeh dia tak nak.. aku baru bukak kot.. ada sesiapa nak tak? kalau nak pm aku, aku bagi free jer. kalau boleh biarlah johorians, boleh aku by hand je. kalau pos mengepos ni.. tak berbaloi..haha


ok lah, till then =)

Monday, August 1, 2011

tragedi air tebu di bulan puasa

semalam aku dengan B travel dari KL ke JB. memang purposely kitorang malas nak balik JB lepas berbuka, so kami keluar dari KL dalam pukul 2.30pm. cuaca memang super terik. aku pun letih nak layan B bercakap, tengah-tengah puasa ni kalau bercakap, tekak jadi kering giler.


then, sebelum berbuka aku sempat la singgah ke bazar ramadhan, tekak aku teringin nak minum air tebu. yang buat kan aku marah, bila mana..


aku nampak abang yang jual tu, tuang air dalam cawan dulu then baru dia transfer ke plastik bungkusan. aku kira abang ni first time meniaga kot, tu yang dia nak estimate betul-betul. kalau terlebih estimate, nanti dia rugi..haha


so, dalam pada abang tu nak tuang air tebu ka dalam cawan, aku nampak dalam cawan ada getah. abang tu slumber gila celup tangan dia dalam cawan, then continue tuang air sampai penuh cawan. dan bertambah slumber mamat ni tuang dalam plastik, bungkus bagi aku. kau rasa aku patut maki ke apa??


aku saba jer, tak kuasa nak bergaduh, sebab aku nak kejar buka puasa. sampai rumah, aku try rasa skit.. bertambah aku nak mengamuk..confirm abang tu campur dengan air paip..


haihh.. apa la macam tu.. pada peniaga-peniaga bazaar, meh akak nak nasihat sikit.. korang kalau berniaga biarlah ikhlas ok? jangan lah hanya kerana nak mengejar untung. pengajaran nya, memang confirm aku tak kan beli air tebu lagi..ee