HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, August 24, 2011

macamana nak elak anak dari terhantuk dengan cara paling menjimatkan

amboi, title kau tak menahan sungguh...al maklum lah bila rumah kecik, tapi kau beli barang macam rumah kau sebesar banglo, gini lah jadi nya..si dani kerap terhantuk sana sini.


lepas dani dah masuk usia setahun ni aku tengok dia memang lasak..sampai mak kau ni selalu la mengucap panjang. kadang-kadang aku ada jugak tanya dekat mak-mak yang lebih berpengalaman, normal kah kelasakan dani ni? majoriti cakap lelaki macam tu la, memang terlebih lasak. dengar nya kalau perempuan lembut sikit. betul eh? camtu anak kedua aku nak kasi proses perempuan la..haha..macam senang jer nak proses.


tapi kan kita patut bersyukur tau bila anak lasak macam ni, sebab ada makcik ni bagitau aku.. "awak nak macamana, nak anak lasak ker? or nak anak yang duduk diam tak mampu buat apa?" uuu sedih, ok lah aku redha anak aku lasak =) ahh dah aku melalut jauh ni. sebenar nya aku nak cerita pasal kepentingan child safety ni.


dah banyak kita nampak produk yang jual barang-barang safety ni. tapi korang perasan tak benda-benda ni semua sangat costly. kadang-kadang bikin laki aku sakit jantung. macam rubber cover untuk bucu meja tu, biasa aku tengok kat luar jual satu pack dalam RM 18++.. mahal kan? then ko kira berapa banyak bucu kat umah kau, agak-agak boleh tercekik tak? ha bukan la aku berkira tau, tapi kalau ada option lain apa salah nya..


then, memang nasib aku baik kot, that day aku ada singgah satu kedai accesories Japanese called Daiso, kat OU ada, kat JB pun ada kedai ni. dan yang membuatkan aku happy benda ni hanya RM5 je satu pack..benda nya sama je yang macam harga RM18. pandai berjimat, suami pun makin sayanggg~~ haha euww



exactly sama kan??


dengan ada nya benda ini, dani sudah selamat daripada kerap terhantuk, menangis macam kena dera tu..lega aiii =))


6 comments:

mun said...

daiso....mcm penah dgr tapi tak penah pon lagi terjumpa disini......

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

mana nak dapta benda ni afni?

afni+hafiz=dani said...

mun, duk kat n9 eh? kalo mcm tu naik kl la, kat sana ada =)

mya, awk g jusco bukit indah. kedai dia kat tingkat 2.

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

afni ok..tq afni..

Hanani said...

nani br plan nak g bli...mmg brguna benda ni kan afni

Hanani said...

nani br plan nak g bli...mmg brguna benda ni kan afni