HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Sunday, August 7, 2011

bila dani dah keluarkan tantrum nya..

masa balik kl baru-baru ni, memang dani banyak buat perangai. aku sifatkan benda tu hanya sementara jer, sebab dani memang jenis kurang bersosial..so mungkin perkara biasa la bila dia jenis tak berapa nak dengan orang lain..

tapi sangkaan aku totally meleset, lepas seminggu balik dari sana, dani masih lagi dengan perangai dia yang agak irritating.. aku rasa perangai ni, memang semua ibu akan rasa takut tengok, bila mana anak kita dah mula mengeluarkan tantrum mereka.


tanda awal yang aku nampak, bila dia menangis benda-benda yang tak sepatut nya. ibarat kita tak boleh buat silap kat dia, salah sikit dia akan menangis sekuat-kuat hati. kalau dia tak puas hati memang habis dia pukul aku dengan B. itu belum lagi bila dia marah tak dapatkan sesuatu, memang dia akan baling semua benda.. haihh..


dulu masa aku takde anak, aku tengok anak orang lain perangai macam tu, memang aku rasa nak wakilkan mak dia tolong cubitkan jer..tapi bila anak aku sendiri macam tu..masyaallah. time mood mama dia baik, fine la. time aku tengah kecah nak masak ke apa, memang kena jugak dia.


aku pun ada terpikir jugak apa penyebab la si dani perangai macam ni. dulu aku pikir kan, budak yang kurang perhatian jer yang akan lontarkan tantrum mereka. tapi untuk kes dani, he's too spoilt. yes, itu adalah benda paling tepat. terlebih manja..itu yang semua benda kena dengar cakap dia. ada jugak kadang-kadang kalo dia perang unbelievable macam tu, aku peluk dia kuat-kuat.. baru dia tenang. or korang ada any suggestion? boleh share how to handle budak yang kuat mengamuk ni =)


jum tengok muka budak "baik" ni..



1 comment:

Aishah Rahim said...

SAMA!! Nashriq pon dah mula start melembik-lembik badan kat shopping complex kalau tak dapat something. Pastu, meraung sampai Mama Ayah dia taktau nak sembunyi muka kat mana dah.

Memang sebab terlalu manjalah agaknya. Kan?