HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, March 10, 2011

impian kami nak jadikan iman dani ahli tinju

wah title x beragak aku ni..haha. pengsan kalo nenek dia dengar aku nak dera cucu dia jadi peninju. xde la, aku nak anak aku da besa nanti jadi skilled worker.. haha what the heck skilled worker? saja je la mention macam tu, so terpulang la pada anak bujang i nak jadi apa. sejak2 da pegang portfolio HR ni, aku da makin "weng" dengan term HR yg menimbun @~@

ok, just nak jaja kat korang yang kami baru beli punching bag untuk dani. ni semua B punya keja la, dia suka sangat nak belikan dani punching bag ni. aku tengok si dani jeling benda alah ni pun tak, ni nak suro dia punch benda alah ni? memang tak la.. actually, da 2,3 kali kitorang beli yang kat pasar punya, tapi x sampai 2 hari punching bag tu da kempis.

ni kotak dia. nak beli? pegi carik kat Giant ok

ada cerita di sebalik nya ni, masa nak beli ni aku hangin betul dengan B. benda ni sebenarnya ada je yang da siap tiup, so x payah la kita bazir oksigen tiup benda ni. yang B gila2 paksa aku amik yang belum tiup. alasan dia sebab malas nak bawak dengan troli, eleh..padahal malu~~ aku macam biasa isteri solehah kan? ikut je la.. x kuasa aku nak tolong tiup.

balik umah B gigih tiup..haha. benda ni besa tau..percayalah~~dekat setengah jam jugak dia tiup benda ni, aku laki bini da la ada lelah.. bertambah2 lelah bila aku pun tolong dia tiup..caitt! ouh, lupa nak bgtau, maaf ye kalo gamba di bawah ada kaki seksi laki i, aku da suruh dia ke tepi, tapi dia buat muka dunno je T__T


bila da siap tiup, puas hati..memang confirm aku akan paksa dani secara keras supaya main dengan punching bag ni..haha..penat kami tiup~~



korang teringin tak nak tengok size normal punching bag yang kat pasar malam tu compare dengan yang kitorang beli ni?


ha da bole imagine kepenatan kitorang yang kuasa tiga time tiup? haha..keja gila T__T xpe la, kot2 nanti kami di serang lelah, boleh sedut oksigen dalam punching bag ni balik..haha.. ok la, aku banyak keja ni, have a nice weekend yáll

10 comments:

Izan Ishak said...

hikhik...mesti abis kejap oksigen nak nafas nih. punya besar nak bagi dia kembang gitu...kalau dpt kat kembar kak izan ni mmg syoklah dorang buat tumbuk2 nih~

afni+hafiz=dani said...

Izan Ishak : haha..tau xpe, semput rasa. beli la kak, besa skit dpt main..hehe

mun said...

wow..gigih tiup nie..hehehee..besar lak tue....comella dahle kaler hijau..macam nak beli gak untuk mirza...

afni+hafiz=dani said...

mun: beli la mun, murah je rm10. plastic die pun elok, nmpak tahan lama. tapi afni nasihatkan beli yg da siap, jgn beli mcm kitorg. letih nak tiup nanti..haha

mamaelly said...

hihih mcm best je afni..mahal tak

sharEna said...

hahaa..jenuh nk meniup tue. beli pump beskal tu je senang. 20 hengget je kt giant. sbb dulu da pernah try tiup boya, tersembur sembur air liur laki bini..hahhaha..sudahnya beli pam lg bagos =p

afni+hafiz=dani said...

mamaelly: elly yg best makbapak die..haha..dani x pandai main lagi.

murah je elly, rm10. try carik kat giant

afni+hafiz=dani said...

sharEna: hahaha..btoi tu. sampai tersembur2 air liur. adoi klakar laa..haha

Anonymous said...

mcm best je.... nape tak beli pum nye sekali...

afni+hafiz=dani said...

duit x cukup nak beli pum..hoho