HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, February 8, 2011

agak2 NOKIA marah x kalau aku review pasal ketidakbestlangsung E5 ni?

hari ni adalah hari bermalas-malasan. aku memang sokmo macam ni, kalo setengah hari pegi meeting kat luar, petang blk ofis, jangan harap la nak buat keja..lagi2 esok aku cuti! ahhh heaven nya part tu..

esok aku cuti sempena membawa si kecik tu pegi jumpa Orthopedic Specialist, so agak2 lagi 2 jam nak balik ni, baik aku utilize update blog (bagus nya pekerja macam aku..heh!). ok kali ni, aku nak kasi review sikit pasal phone NOKIA E5 ni.

hadiah dari suami tercintak ku


dipendekkan cerita, phone ni B yang belikan untuk aku, aku x sure sempena apa..birthday kah? anniversary kah? berjaya beranakkan anak utk dia kah? entah laa.. tapi itu bukan apa yang aku nak cerita, yang menjadikan aku nak review pasal E5 ni sebab ketidak user-friendly nya..ahh

ok, ni aku bercakap secara general tau..so jangan la pengguna tegar NOKIA buat serang hendap pulak lepas ni. aku sebenar nya pernah sekali jer pakai brand NOKIA, tu pun mama yang belikan, 3310 je kot. then lepas tu aku x perna lagi pkai NOKIA. hanya MOTOROLA dengan SONY ERICSSON yang menjadi pilihan. aku pilih both brand ni pun sebab design semata ok, aku ni kan tuli technology, so aku x amik port pun kecanggihan phone2 ni, asal boleh call/sms/mms..ok la kan?

dan kenapa aku beralih ke NOKIA balik? sebab aku x tahan dengan SONY ERICSSON, manjang "hang" .. setahu aku NOKIA gak yang tahan lasak. tapi aku x pernah expect plak phone NOKIA sekarang macam2 software ada sampai aku jadi "weng" nak guna..alahai~~

so antara application yang aku menyampah dalam E5 ni adalah:

  • kalo nak view calender pun xde button shortcut, kena tekan menu dulu baru bole view.
  • kalo nak tangkap gamba dekat public, jangan harap, sebab camera die x boleh off tone. malu kot~~!
  • aku benci dgn auto flash dia, flash tu buat gamba jadi buruk, x pasal2 setiap kali nak tangkap gamba, kena re-set balik.
  • dan every time aku nak call org secara tergesa-gesa, aku x bole direct recall dari previous call data, aku pun x tau nak explain macamana..bagi pengguna E5 pasti tau!
  • alarm clock x bole set low/high volume tone. so setiap pagi, bila alarm clock aku berbunyik, akak sebelah rumah pun bole terjaga sama. sebab dia memang auto hi-volume.
  • animation xde ker? ahhh hampa!hanya emoticon smiley biasa~
  • lepas tu kan, kalo abang aku sms mintak no phone mak aku. aku gagal copy paste or direct forward daripada phone book. nak anta buss card? si abang yg pakai phone cikai, sure x boleh view.
  • kalo aku ada important appointment or macam reminder birthday bff aku kan, alahai bunyi reminder dia~~kalo semut ada telinga, pasti si semut pun x sedar! (eh semut ada telinga ke?kena google ni..)

tu jelah yang aku ingat buat masa ni. dan disebabkan da orang bagi aku phone ni, so hati tetap cinta phone ni very much..heh~~

conclusion: segala ketidakpuashatian di atas adalah kerana ketulian aku terhadap teknologi, so abaikan la ok =) peace! eh tapi kan kalo la sebenar nya aku yang ngek x pandai guna application di atas, macam sebenar nya aku bole set benda tu macam aku nak, tapi-aku-yang-tak-pandai.. sila la ajar ok =)

8 comments:

ღnFashyaღ said...

hehehe, entri comel...:)
saya pun tuli technology, ade E71, tapi guna SMS,MMS, call n amik pic/video...hahaha

lala said...

suke design die sb mcm blackbery
e5 arga standard
mampu nk beli

Ayuraza said...

salam..BW...dani comeiii...
meh la tgok Azad Ryan...hehe

Honeysour said...

hai...

ayuraza pun ada kat sini..:)

hai afni, nama anak kita sama la..:)

afni+hafiz=dani said...

ღnFashyaღ: hai fashya =) bole geng la kita ni..haha..

afni+hafiz=dani said...

lala: nak pkai blackberry pun mcm useless, sdg kan e5 pun aku x tau nak guna..huwaaa!

afni+hafiz=dani said...

Ayuraza: hai ayuraza! tengs =) ok, nnt kita tgk Azad Ryan k? macho la nama..wewitt

afni+hafiz=dani said...

Honeysour: hai awak =) eh yeke? wah bes nye.. first time dgr ada sama..suke <3